Halaman

Translate

Rabu, 31 Julai 2024

Maqam Kedudukan Nisbat Nama Hadhrat Yusuf عليه السلام - Mahbubul Ulama Wa Sulaha Hadhrat Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi

Maqam kedudukan nisbat nama Hadhrat Yusuf عليه السلام


Seseorang yang menjaga nisbat, sebenarnya menjaga dirinya sendiri. Suatu ketika, seorang budak lelaki yang sedang kelaparan telah datang kepada Hadhrat Yusuf عليه السلام untuk meminta gandum. Hadhrat Yusuf عليه السلام telah memberikannya gandum. Selepas itu, budak itu telah menyampaikan satu perkhabaran kepada Hadhrat Yusuf عليه السلام yang menyebabkan Hadhrat Yusuf عليه السلام gembira sehingga dia telah memberikan budak itu lebih banyak gandum. Hadhrat Yusuf عليه السلام telah menghantarkan budak itu pulang dengan membawa kurniaan dan penghormatan dari Hadhrat Yusuf عليه السلام . Kemudian Allah menurunkan wahyu kepada Hadhrat Yusuf عليه السلام. "Wahai Nabi kekasihku! Kenapakah kamu terlalu menghormati budak ini?."  
Maka Hadhrat Yusuf عليه السلام menjawab, " wahai Tuhanku! Pada mulanya daku memberikannya bahagian yang sepatutnya saja, akan tetapi setelah dia memberitahu kepadaku bahawa dia adalah salah seorang kanak-kanak yang bersaksi bahawa daku adalah tersuci dari segala fitnah tuduhan orang terhadapku. Maka hatiku dipenuhi cinta terhadapnya apabila daku mendengar bahawa ini adalah seorang budak lelaki yang telah memberikan kesaksian terhadap kesucianku sewaktu menjadi budak dahulu. Hari ini dia telah datang kepadaku dalam keadaan melarat hanya untuk meminta sesuatu, mengapa tidak daku memberikannya kehormatan atas sebab kesaksiannya itu?. Oleh itu, wahai Allah, daku menghormati dia, daku sanggup memberikan kepada dia apa saja yang ada padaku."  
Lalu Allah تعالى telah menurunkan wahyu, "wahai Nabiku! Atas sebab dia telah menjadi saksi atas kesucianmu, engkau telah memberikan segala yang dapat engkau berikan, engkau telah melakukan apa yang sesuai dan termampu mengikut kemuliaan dirimu. Maka ketahuilah! Hamba yang mana telah bersaksi terhadap ketuhanan Uluhiyyat-Ku di dunia ini, hamba mana yang telah menjadi saksi terhadap ketuhanan Rububiyyat-Ku, apabila hamba-Ku itu menghadap-Ku pada hari kiamat nanti, Aku lah yang akan memberikan kepadanya kurniaan yang sesuai menurut Kemuliaan Diri-Ku. 

سبحان الله

Tiada ulasan: