Halaman

Translate

Jumaat, 12 Julai 2024

Perbahasan Tentang Mengusap Dua Khuf — Kitab Fathul Qarib

Bab Mengusap Dua Khuf

فصل والمسح على الخفين جائز في الوضوء لا في غسل فرض أو نفل ولا في إزالة نجاسة

Fasal dan mengusap dua khuf ialah harus pada ketika wudhu, tidak (tidak boleh menyapu khuf) ketika mandi wajib ataupun sunnat (mandi sunnat) dan tidak juga pada ketika menghilangkan najis.

فلو أجنب أو دميت رجله فأراد المسح بدلا عن غسل الرجل لم يجز، بل لا بد من الغسل

Maka (gambaran tidak harus menyapu khuf) kalau berjunub atau berdarah kakinya, kemudian dia mahu menyapu (khuf) sebagai ganti daripada membasuh kaki maka tidak boleh. Bahkan tidak dapat tidak (harus) dia membasuh (kaki).

وأشعر قوله : جائز أن غسل الرجلين أفضل من المسح

Telah mengisyaratkan oleh kata musonnif : "jaiz" bahawa (memberi faham) membasuh kedua kaki itu lebih afdhal daripada menyapu khuf.

وإنما يجوز مسح الخفين لا أحدهما فقط إلا أن يكون فاقد الأخرى

Hanya sahnya harus oleh menyapu dua khuf, tidak (tidak harus menyapu) salah satunya saja, melainkan jika dia seorang yang ketiadaan sebelah kaki.

*Siap diterjemahkan pada 6 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 12 July 2024 Masihi pukul 3:16 Petang di Maahad Dakwah Wa Tarbiyah Darus Saadah, Keningau, Sabah.

Tiada ulasan: