Halaman

Translate

Jumaat, 12 Julai 2024

Syarat Menyapu Dua Khuf — Kitab Fathul Qarib

Syarat Menyapu Khuf

بثلاثة شرائط أن يبتدئ أي الشخص لبسهما بعد كمال الطهارة

Harus itu dengan tiga syarat-syarat, bahawa (iaitu) memulakan oleh seseorang memakai keduanya (khuf) setelah sempurna suci.

فلو غسل رجلا وألبسها خفها ثم فعل بالأخرى كذلك لم يكف

Maka kalau membasuh akan satu kaki lalu dia memakaikan satu kakinya itu akan khufnya, kemudian dia buat seperti itu juga pada kaki sebelah (lalu memakai khuf) maka tidak memadai (mencukupi syarat).

ولو ابتدأ لبسهما بعد كمال الطهارة ثم أحدث قبل وصول الرجل قدمالخف يجز المسح

Dan kalau dia mula memakai keduanya (khuf) setelah sempurna suci, lalu dia berhadas sebelum sampainya kaki ke tapak khuf, maka tidak harus akan menyapu (khuf).

وأن يكونا أي الخفان ساترين لمحل غسل الفرض من القدمين بكعبيهما

Dan (syarat kedua) adalah kedua khuf ialah menutup keduanya tempat basuhan yang fardhu daripada dua telapak kaki hingga mata kaki keduanya.

فلو كانا دون الكعبين كالمداس لم يكف المسح عليهما

Maka kalau keduanya (khuf) itu kurang (tidak sampai) kepada dua mata kaki seperti sepatu, maka tidak cukup oleh menyapu keduanya (khuf yang tidak sampai mata kaki).

والمراد بالستر هنا الحائل لا مانع الرؤية

Dan yang dikehendaki dengan lafaz "satir (yang menutup)" disini (dalam bab ini) ialah penghalang (yang menghalang air sampai ke kaki), bukan (bukan maksudnya) yang menghalang penglihatan.

وأن يكون الستر من جوانب الخفين لا من أعلاهما

Dan bahawa adalah satir yang menutup itu daripada bahagian samping dua khuf (merangkumi bawah dan tumit ), tidak dari atas keduanya (khuf). (Berbeza dengan aurat, aurat hendaklah ditutup dari atas dan tepi samping, tapi tidak perlu menutup aurat dari arah bawah seperti memakai sarung).

وأن يكونا مما يمكن تتابع المشي عليهما لتردد مسافر في حوائجه من حط وترحال

Dan bahawa adalah kedua khuf daripada suatu yang dapat berulang alik jalan atas (menggunakan) keduanya (khuf) kerana berulangalik musafir pada memenuhi hajat-hajatnya daripada turun dan pergi (naik).

ويؤخذ من كلام المصنف كونهما قويين بحيث يمنعان نفوذ الماء

Diambil (fahaman) / difahami daripada kalam musonnif keadaan keduanya (khuf) kuat dengan sekiranya (gambarannya) mampu menghalang kedua khuf akan masuknya air.

ويشترط أيضا طهارتهما

Dan disyaratkan juga suci keduanya (khuf).

ولو لبس خفا فوق خف لشدة البرد مثلا فإن كان الأعلى صالحا للمسح دون الأسفل صح المسح على الأعلى

Dan kalau dia memakai khuf diatas khuf (berlapis) kerana bersangatan sejuk sebagai contoh, maka kalau khuf yang bahagian atas sesuai untuk disapu, tidak khuf yang dibawah, maka sah menyapu khuf yang atas (luar).

وإن كان الأسفل صالحا للمسح دون الأعلى فمسح الأسفل صح

Dan jika adalah yang dibawah sesuai untuk disapu tidak yang diatas, lalu dia menyapu akan yang dibawah maka sah.

أو الأعلى فوصل البلل للأسفل صح إن قصد الأسفل أو قصدهما معا لا إن قصد الأعلى فقط

Atau ia menyapu akan yang diatas, lalu sampai basahnya akan khuf yang dibawah , maka sah jika dia meniatkan yang dibawah, atau dia meniatkan menyapu keduanya serentak, tidak sah jika dia meniatkan yang diatas saja.

وإن لم يقصد واحدا منهما بل قصد المسح في الجملة أجزأ في الأصح

Dan jika dia tidak meniatkan akan salah satu daripada keduanya (khuf itu) bahkan dia berniat meyapu secara keseluruhan maka memadai (mencukupi) pada pendapat yang asoh.

*Siap diterjemahkan pada 6 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 12 July 2024 Masihi pukul 5:58 petang di Maahad Dakwah Wa Tarbiyah Darus Saadah, Keningau, Sabah.

Tiada ulasan: