Halaman

Translate

Rabu, 31 Julai 2024

Tazkiratul Masyaikh - Shahibus Samahah Tuan Guru Haji Mohd Noor Penambang Mufti Kelantan Ke-8 (1905-1987)

Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Mohd Noor Penambang | Mufti Kelantan Ke-8 ( 1905 - 1987 )


Dilahirkan di Pasar Lido , Kota Bahru . Beliau merupakan anak kepada Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Ibrahim Tok Raja Mufti Kerajaan Kelantan ke 6 . Manakala ibunya pula Hajah Che Zainab merupakan anak kepada seorang ulamak terkemuka iaitu Tuan Padang .

Beliau telah pergi ke Mekah bersama ayahnya ketika berusia 8 bulan . Pada 1918 , beliau pulang ke tanahair . Kemudian pada tahun 1923 setelah mendirikan rumah tangga , beliau pergi semula ke Mekah untuk lebih mendalami ilmu agama .

Diantara guru guru beliau ialah :

1. Tok Senggora
2. Syeikh Nuh Jamaluddin Kelantan
3. Syeikh Muhammad Nur al Fathani
4. Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi al Fathani
5. Pak Da Eil Mekah
6. Tuan Guru Haji Sulung al Fathani

Kealiman dan ketokohan beliau terbukti apabila beliau
berjaya menghafal keseluruhan al-Qur’an, mempelajari tujuh qira’at yang masyhur (Qira’at as-Sab’u) dan mendapat tauliah pengajian al-Qur’an daripada 20 orang qari terkenal di Makkah yang telah menyemak bacaannya . Disamping itu beliau juga mahir dalam ilmu tajwid, qira’at, feqah, usuluddin, tafsir, hadis dan juga ilmu tibb (ilmu perubatan) .

Antara jasa beliau yang amat besar pada masyarakat ialah :

1. Qadhi Kelantan 1937
2. Penasihat Sultan 1941
3. Guru di Jami’e Merbai al-Ismaili
4. Diminta oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu untuk mengendalikan kelas tahfiz al-Qur’an di Masjid Negara
5. Dilantik menjadi Mufti Kelantan ke 8 pada tahun 1968 sehingga 1987 mengantikan Sohibus Samahah Dato' Ahmad Maher Bin Ismail .

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Dato Seri Abu Hassan Din al Hafiz
2. Tuan Guru Muhsin Syeikh Ahmad
3. Tuan Guru Haji Ismail Mahmud
4. Tuan Guru Haji Zainal Abidin Ahmad
5. Tuan Guru Haji Salehuddin Omar
6. Tuan Guru Hajah Salamah Binti Haji Hassan - Tuan Guru dari kalangan wanita )
7. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat - Menteri Besar Kelantan & Mursyidul Am PAS

Beliau meninggal dunia pada usia 81 tahun dan disemadikan jasadnya di Kampung Penambang , Kota Bahru .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Tiada ulasan: