Halaman

Translate

Jumaat, 26 Julai 2024

Hadith Dhaif & Dhaif Jiddan Serta Disiplin Mengamalkannya - Al Muhaddith Al Mudaqqiq Maulana Syaikh Latifurrahman Khan Al Bahraiji Al Makki

Nota Kuliah bersama Al-Muhaddith Al-Mudaqqiq Maulana Syeikh Latifurrahman Khan al-Bahraiji al-Makki حفظه الله



Tajuk : Hadith Dhaif & Dhaif Jiddan Serta Disiplin Mengamalkannya
1. Maulana Syeikh telah memulakan dengan mengijazahkan hadith musalsal birrahmah/bilawlawiyyah :
قال صلى الله عليه وسلم : ( الراحمون يرحمهم الرحمن، ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء )
- Diriwayatkan oleh semua ashab al-Sunan
2. Imam Bukhari hanya memasukkan hadith Shahih sahaja dalam Kitab Shahih beliau, tetapi di dalam hadith Ta’liqat, beliau tetap memasukkan hadith Dhaif bagi tujuan Mutaba’at (sokongan)
3. Hadith Dhaif yang ada mutaba’ah/syawahid (sokongan) boleh naik menjadi status Hasan
4. Hadith Dhaif Jiddan walaupun ada sokongan tak boleh naik menjadi status Hasan. Ia boleh jadi Matruk/Munkar. Walaupun begitu, jika diikutkan ianya tidak perlu disebutkan dalam kitab karangan mereka akan tetapi para Muhaddith tetap memuatkan dalam kitab mereka
5. Imam Bukhari telah memasukkan banyak hadith Dhaif dalam Kitab Al-Adabul Mufrad
6. Imam Bukhari datangkan juga hadith Dhaif dalam kitab-kitab dan risalah-risalah beliau yang lain seperti kitab Tarikh Kabir, Juz Raf’u Yadain sehingga di dalam kitab aqidah beliau “Khalq Af’alul-Ibad”
7. Imam Muslim bawa hadith usul (pada awal bab) dan bawa hadith syawahid (sokongan) yang martabatnya Dhaif. Dalam muqaddimah Shahih Muslim pun ada dimuatkan hadith Dhaif
8. Maka perbuatan menerima hadith Shahih sahaja dan menolak hadith Dhaif adalah satu fitnah pada zaman ini
9. Imam Malik juga telah meletakkan hadith Dhaif dalam kitab popular beliau al-Muwatta’ khususnya di dalam Balaghat beliau
10. Dalam semua kitab sunan yang lain seperti Sunan Abu Daud, Tirmidhi, Nasaie juga mempunyai hadith Dhaif. Bahkan di dalam Kitab Sunan Ibnu Majah terdapat juga Hadith Maudhu’
11. Dalam Shahih Ibnu Khuzaimah & Shahih Ibnu Hibban ada lebih 300 hadith Dhaif. Mereka juga menggabungkan/mencampurkan hadith Dhaif dalam kitab mereka
12. Dalam Mustadrak Hakim juga ada lebih 300 Hadith Dhaif bahkan ada juga hadith Maudu’
13. Putera kepada Imam Ahmad iaitu Abdullah bin Ahmad bin Hanbal dalam Kitab al-Sunnah telah mendatangkan hadith melalui sanadnya sendiri dalam bab aqidahnya ada terdapat hadith-hadith Dhaif. Juga Ibn ‘Asim, Al-Khallal (bahkan ada hadith Maudu’) dalam bab Aqidah. Kalau nak diikutkan bab aqidah adalah bab yang penting dan tidak sepatutnya mereka memasukkan hadith Dhaif, akan tetapi mereka tetap menerima hadith Dhaif dalam bab aqidah
14. Dalam Kitab Al-Kalimut Thoyyib oleh Ibnu Taimiyyah terdapat 5 Hadith Maudu’ meskipun kitab itu nipis/kecil. Maka jangan pertikai Kitab Fadhail ‘Amal yang tebal, sudah pasti ada hadith Dhaif lebih-lebih lagi kitab ini berkaitan Fadhail, Targhib dan Tarhib
15. Ibnu Jauzi juga ada memuatkan dalam kitab beliau beratus hadith Dhaif, Maudu’ bahkan Munkar
16. Semua para Imam sanjungan umat ini pun menerima hadith Dhaif. Bagaimana zaman sekarang mereka ingin mengamalkan hadith Shahih sahaja dan menolak Hadith Dhaif? Apakah mereka lebih hebat, lebih mujtahid daripada para imam sanjungan mereka?

Disediakan oleh :
Mohd Amirul Aqif Ismail
Imam Surau Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya

Tiada ulasan: