Halaman

Translate

Sabtu, 13 Julai 2024

Cara Menyapu Khuf — Kitab Fathul Qarib

Cara Menyapu Khuf

والواجب في مسح الخف ما يطلق عليه اسم المسح إذا كان على ظاهر الخف

Dan wajib pada menyapu khuf ialah suatu yang disebut keatasnya akan nama sapuan (apa yang disebut sebagai sapuan), apabila adalah ia (sapuan itu) atas zahir khuf (bahagian atas khuf).

ولا يجزئ المسح على باطنه ولا على عقب الخف ولا على حرفه ولا أسفله

Tidak memadai oleh sapuan bahagian dalamnya (khuf), dan tidak boleh (juga) tumit khuf, dan tidak juga di tepi khuf dan tidak boleh juga pada bawahnya (khuf).

والسنة في مسحه أن يكون خطوطا بأن يفرج الماسح بين أصابعه ولا يضمها

Dan sunnat pada menyapunya (khuf) adalah bahawa (menyapu itu) dengan menggaris, dengan bahawasanya (gambarannya) melepaskan (merenggangkan) oleh orang yang menyapu itu diantara jari jemarinya dan tidak dia menghimpunkannya (merapatkan jari).

*siap diterjemahkan pada 7 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 13 July 2024 Masihi pukul 5:39 petang di Maahad Dakwah Wa Tarbiyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan: