Halaman

Translate

Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Ahad, 28 Julai 2024

Puisi Nizar Qabbani — Adakah Ini Satu Petanda ?



هل هذه علامة

لم أتأكد بعد، يا سيدتي، من أنت
هل أنت أنثاي التي انتظرتها 
أم دمية قتلت فيها الوقت
لم أتأكد بعد، يا سيدتي
فأنت في فكري اذا فكرت
وأنت في دفاتري الزرقاء
إن كتبت
وأنت في حقيبتي..
إذا أنا سافرت
وأنت في تأشيرة الدخول
في ابتسامة المضيفة الخضراء
في الغيم الذي يتلف كالذراع..
حول الطائرة


Adakah ini satu petanda ?

Kini aku tidak dapat pastikan, wahai perempuanku, siapakah kamu
adakah kamu wanitaku yang sedang aku tunggukan? 
atau boneka yang telah aku bunuh pada suatu ketika dulu
kini tidak dapat aku pastikan, wahai perempuanku
kamu sentiasa dalam fikiranku saat aku memikirkanmu
kamulah yang berada dalam buku catatanku yang biru
saat aku menulis
kaulah yang berada dalam begku
apabila aku ingin berjalan
kaulah dalam visaku
dan kaulah pramugari berpakaian hijau yang tersenyum 
pada ketika mendung kau melingkarku seperti lengan
di sepanjang perjalanan dalam pesawat

Nizar Qabbani

Khamis, 25 Julai 2024

Puisi Nizar Qabbani — Katakanlah "Aku Mencintaimu"

 


قولي أحبك كي تزيد قداستي
ويصير شعري في الهوى انجيلا
سأغير التقويم لو احببتني
امحو فصولا او اضيف فصولا
وسينتهي العصر القديم على يدي
واقيم مملكة النساء بديلا
قولي احبك كي تصير قصائدي
مائية... وكتابتي تنزيلا
ملك انا... لو تصبحين حبيبتي
اغزو الشموس مراكبا وخيولا
لا تخجلي مني... فهذي فرصتي
لاكون ربا... او اكون رسولا

Katakanlah " aku mencintaimu " supaya bertambah kesucianku
dan syair cintaku menjadi injil
akan kuubah kalendar kalau kau mencintaiku
akan kuhapus semua musim atau mungkin akan kutambah beberapa musim
masa lalu akan berakhir di tanganku
akan kudirikan kerajaan para wanita sebagai gantinya
katakanlah "aku mencintaimu" supaya puisi-puisiku menjadi
air dan tulisanku menjadi titisan
raja adalah aku, kalau kau menjadi kekasihku
akan kuburu matahari dengan tunggangan berkuda
jangan kau malu padaku, kerana inilah saja kesempatanku
untuk aku menjadi tuan atau menjadi utusan

Nizar Qabbani

Rabu, 24 Julai 2024

Diwan Shams Tabrizi Karya Maulana Jalalludin Rumi





I. Diwan Shams Tabrizi - Maulana Jalalludin Rumi

Apa alasan yang kamu akan berikan wahai hati, atas banyaknya kekurangan? Keteguhan sedemikian pada diri Kekasih, ketidaksetiaan itu sendiri!

Begitu banyak kemurahan hati di sisinya, di sisi kamu adalah keterbalikan yang menjijikkan! semakin banyak rahmat daripadanya, semakin banyak kesalahan yang dilakukan oleh kamu!

Iri hati seperti itu, khayalan yang jahat dan fikiran yang gelap di dalam hatimu, lukisan seperti itu, rasa seperti itu, kebesaran olehnya!

Mengapa semua rasa ini? Agar jiwamu yang pahit menjadi manis. Kenapa semua lukisan ini? Supaya kamu boleh menyertai kumpulan orang-orang kudus.

Kamu bertaubat daripada dosa-dosamu, kamu mempunyai nama Tuhan di bibirmu; pada saat itu Dia menarik kamu, supaya Dia menyelamatkan kamu hidup-hidup.

Kamu takut pada akhirnya kesalahan kamu, kamu mencari jalan untuk keselamatan; pada saat itu mengapa kamu tidak melihat di sisi kamu dia yang meletakkan ketakutan sedemikian ke dalam hati kamu?

Jika dia telah menutup mata kamu, kamu seperti kerikil di tangannya; dia menggulung kamu seperti ini, kemudian dia melemparkan kamu ke udara.

Dialah yang menanamkan dalam sifat kamu keghairahan terhadap perak, emas dan wanita; dia juga yang menanamkan dalam jiwamu cahaya bentuk Mustafa.

Di sebelah ini menarik kamu ke arah yang indah, di sebelah itu menarik kamu kepada yang tidak disayangi; di tengah-tengah pusaran air ini kapal hanya boleh melalui atau bertahan.

Banyakkan berdoa, menangislah dengan sangat banyak pada tengah malam, agar gema itu sampai ke telingamu dari tujuh petala langit.

Ketika rintihan, ratapan dan air mata Shu'aib seperti hujan ais yang melampaui batas, pada waktu pagi datanglah berita kepadanya dari langit:

“Jika kamu seorang yang berdosa, sesungguhnya Aku telah mengampuni kamu dan mengampuni dosa kamu. Adakah syurga yang kamu cari? Sesungguhnya, Aku telah memberikannya kepadamu; sekarang diamlah, dan hentikan permohonan ini!”

Shu‘aib menjawab, “aku tidak mencari ini atau itu. Apa yang saya inginkan adalah untuk melihat Tuhan muka dengan muka; walaupun tujuh lautan semuanya berubah menjadi api,

aku akan terjun ke dalamnya sekiranya itulah cara agar dapat aku berjumpa dengan-Nya.

Tetapi jika aku dibuang dari penglihatan itu, jika mata aku yang berlumuran air mata tertutup terhadap penglihatan itu, aku lebih layak untuk tinggal di dalam api neraka; syurga menjadi tidak layak buat diriku.

Tanpa wajahNya, syurga bagiku adalah neraka yang dibenci. Aku termakan oleh warna dan bau kematian ini; di manakah kemegahan cahaya keabadian?”

Mereka berkata, "Sekurang-kurangnya hentikan tangismu, supaya penglihatanmu tidak berkurang, kerana mata menjadi buta apabila tangisan itu melampaui batas."

Dia berkata, “Sekiranya kedua mataku pada akhirnya melihat selepas itu, setiap bahagian diriku akan menjadi mata: maka mengapa aku harus bersedih kerana buta?

Tetapi jika pada akhirnya mata aku ini akan dirampas selama-lamanya, biarlah penglihatan itu menjadi buta yang tidak layak untuk melihat Kekasih!”

Di dunia ini, setiap lelaki akan menjadi tebusan untuk kekasihnya; kekasih seorang lelaki adalah kantung darah, yang lain adalah matahari dalam kemegahan.

Oleh kerana setiap lelaki telah memilih yang dikasihi, baik atau buruk, sesuai dengan sifatnya sendiri, sayang sekali jika kita harus memusnahkan diri kita demi yang bukan apa-apanya!

Pada suatu hari seorang pengembara sedang menemani Ba Yazid di jalan tertentu. Kemudian Ba ​​Yazid berkata kepadanya, "Perdagangan apa yang telah kamu pilih, wahai penyangak?"

Lelaki itu menjawab, "aku seorang pemandu keldai." Ba Yazid berseru, “Pergilah dariku! — Tuhanku, izinkan keledainya mati, supaya dia dapat menjadi hamba Tuhan!”

Isnin, 22 Julai 2024

Katakanlah "Aku Mencintaimu" - Nizar Qabbani




قولي أحبك

قولي أحبك كي تزيد وسامتي
فبغير حبك لا أكون جميلا
قولي أحبك كي تصير أصابعي
ذهبا ... وتصبح جبهتي قنديلا
قولي أحبك كي يتم تحولي
فأصير قمحا، أو أصير نخيلا
الآن قوليها، ولا تترددي
بعض الهوى لا يقبل التأجيلا

Katakan "Aku Mencintaimu"

Katakanlah "aku mencintaimu" agar tampilanku semakin menarik
tanpa cintamu aku tidak dapat menjadi tampan
katakanlah "aku mencintaimu" agar jari-jemariku
menjelma emas ... dan dahiku menjadi lilin
katakanlah "aku mencintaimu" agar aku tidak berubah 
atau aku akan menjadi gandum, atau pun kurma
sekarang katakanlah ia, janganlah kau ragu
sebahagian dari perasaan cinta tidak menerima yang namanya penundaan.

Nizar Qabbani

Ahad, 21 Julai 2024

[Doo Wop] The Shells - Baby Oh Baby



The Shells - Baby Oh Baby

Baby oh baby I love you, love you so madly

Baby oh baby I need you, need you so badlyBaby oh baby there is nothing I wouldn't do for you
Yeah, I go walkin' down the streetThere is a favorite, favorite girl I meetYeah, yeah, yeah, on the arm to look niceBut then when I'm with you, I'm in paradise
Baby I love you, oh baby I doBaby oh baby why don't you be trueBaby oh baby there is nothing I wouldn't dofor you
Baby I doI do love you

Sabtu, 20 Julai 2024

[Doo Wop] The Danleers - One Summer Night



The Danleers — One Summer Night

One summer night, we fell in love
One summer night, I held you tight
You and I under the moon of love (moon of love, yeah)
One summer night, I kissed your lips
One summer night, I held you close
You and I under the moon of love
You kissed me, oh so tenderly
And I knew this was love
And as I held you, oh so close
I knew no one could ever take your place, oh
One summer night, we fell in love
One summer night, I held you tight
You and I under the moon of love (moon of love)

Puisi Nizar Qabbani — Pementasan Drama


التمثيلية

أقول أمام الناس. لست حبيبتي
وأعرف في الأعماق كم كنت كاذبا
لأبعد عن نفسي وعنك المتاعبا
وأنفي إشاعات الهوى .. وهي حلوة
وأجعل تاريخي الجميل خرائبا
وأعلن في شكل غبي، براءتي
وأذبح شهوتي .. وأصبح راهبا
وأقتل عطري عامدا متعمدا
وأخرج من جنات عينيك هاربا
أقوم بدور مضحك .. يا حبيبتي
وأرجع من تمثيل دوري خائبا
فلا الليل يخفي — لو أراد — نجومه
ولا البحر يخفي — لو أراد — المراكبا


Pementasan Drama

Aku katakan di hadapan manusia, kau bukanlah kekasihku
aku mengaku dalam lubuk hatiku betapa aku telah melakukan kebohongan
aku menganggap tiada suatu pun yang dapat menyatukan kita
kerana aku ingin menjauhkan diriku dan dirimu dari penderitaan
aku menolak khabar angin cinta .. tentang manisnya cinta itu
aku jadikan sejarah hidupku yang indah menjadi puing-puing reruntuhan
aku suarakan kebebasanku dengan penuh kebodohan
aku sembelih syahwatku, lalu jadilah aku seorang pendeta
aku bunuh minyak wangiku dengan sengaja
aku bergegas keluar daripada syurga kedua matamu 
aku melakonkan peran lucu, wahai kekasihku
aku pulang dari pementasan drama dengan kecewa
kalau malam ingin, dia tidak akan menyembunyikan bintangnya
dan lautan tidak akan bersembunyi untuk menenggelamkan, jika dia mau


Nizar Qabbani

Rabu, 17 Julai 2024

Tazkirah Hadhrat Khawajah Shah Ahmad Sa'id Dehlawi Al Faruqi An Naqshabandi



HADHRAT KHAWAJAH SHAH AHMAD SA'ID MUJADDIDI
FARUQI MADANI (1802-1860)

Khawajah Hadhrat Shāh Ahmad Sa'id Mujaddidi Fārūqi Dehlawi kemudian Madani (1802- 1860), قدس الله سره الأقداس, adalah salah seorang syaikh Naqshbandi
India yang termasyhur, dan pewaris
rohani Hadhrat Khawajah Maulana Shah Ghulām Ali Dehlawi. Beliau dilahirkan pada tahun
1217H/1802M di Rāmpur, India. 

Beliau
adalah anak sulung kepada Hadhrat Khawajah Shah
Abū Sa'id Mujaddidi Dehlawi yang
merupakan pengganti rohani pertama
kepada Hadhrat Khawajah Shah Ghulām Ali Dehlawi. Mursyid ayahnya yang pertama adalah murid Hadhrat
Shah Dargāhi, seorang syaikh yang
terkenal pada masa itu, dan sering
membawa anak kecilnya ini untuk bersuhbah dengan Hadhrat
Syaikh. Apabila Hadhrat Khawajah Shah Abu Sa'id pergi ke
Hadhrat Shah Ghulam Ali Dehlawii untuk
mencari tahap lanjutan dalam daerah Wilāyat (kewalian),
Hadhrat Khawajah
Shah Ahmad Sa'id juga menemaninya. Oleh itu dia telah memasuki dalam majlis suhbat dengan Hadhrat Khawajah Shah
Ghulam Ali sejak usia mudanya. 


Pada saat beliau masih muda dan masih menuntut
ilmu
pendidikan Islam. Hadhrat Khawajah Shah Ghulam Ali
menasihatinya bahawa ; seseorang itu
harus menggabungkan Haal kerohanian dengan Qaal pendidikan sastera, jadi kamu
harus belajar ilmu luaran daripada ulama
dan menyertai Halqah zikir apabila memiliki kelapangan. Oleh
itu dia telah memajukan pendidikan luar dan
latihan dalaman/rohani secara serentak. Beliau juga telah mempelajari ilmu Islam,
khususnya ilmu Hadis daripada bapa
saudara bapanya iaitu Hadhrat Khawajah Shah Sirāj Ahmad
Mujaddidi dan ulama lain.

Sementara itu
dia juga terus mendapatkan latihan
rohaninya daripada Hadhrat Khawajah Maulana Shah Ghulam Ali yang telah
melatihnya dalam semua kaedah pelajaran tasawwuf
yang lazim pada masa itu.

Akhirnya, apabila dia telah dapat menyelesaikan
latihan kerohanian dan mencapai tahap
tertinggi Wilāyat, Hadhrat Syaikhnya telah memberikan kepadanya hak
kuasa dalam tujuh tariqat sufi,
terutamanya tarīqah Naqshbandi Mujaddidi. Ketika Syaikhnya meninggal dunia, beliau baru berusia 22 tahun pada ketika itu. Hadhrat Syaikhnya telah meninggalkan dunia ini pada 22
Safar 1240H (Oktober 1824 Masihi). Ayahnya Hadhrat Khawajah Shah Abū Sa'id telah dilantik
oleh Hadhrat Syaikh Ghulam Ali sebagai pewaris utamanya
yang menggantikan gerakan rohani dan khānqāh Mazhariya yang mulia.

Selepas
berusaha untuk melatih ribuan murid
selama kira-kira sepuluh tahun, bapanya iaitu Hadhrat Khawajah Shah Abu Sa'id Dehlawi telah
berangkat menunaikan haji dan meninggal
dunia dalam perjalanan pulang, pada
malam 1 Syawal 1250H (31 Januari 1835). Jenazahnya dibawa ke Delhi dan akhirnya
dikebumikan di khanqah yang agung ini. 

Hadhrat Khawajah Shah Ahmed Sa'id telah menjadi
pengganti seterusnya kepada Syaikhnya
selepas kematian bapanya, dan mewarisi
khanqah dan memimpin semua pengikut tariqatnya. 

HIJRAH KE MADINAH

Semasa hayatnya, sebahagian besar India
telah ditawan oleh British yang telah
sampai berhampiran dengan Delhi tempat
Hadhrat Syaikh tinggal. Ulama Islam telah mengisytiharkan
India sebagai Darul Harb secara sah,
dalam keadaan perang dan membenarkan
Jihad menentang British.

Pemberontakan
pada tahun 1857 Masihi merupakan peristiwa
penting dalam sejarah India, di mana ibu
kota Delhi telah diambil alih oleh British
dan pemerintahan raja-raja Islam yang
lama ke atas India telah pun berakhir. 

Pemberontakan ini disokong oleh fatwa ketetapan undang-undang ulama Islam,
dan salah seorang daripada mereka ialah Hadhrat Khawajah
Shah Ahmad Sa'id sendiri. Sesungguhnya, dia adalah orang pertama
yang mengesah dan menandatanganinya. Fatwa ini menjadikan pemerintah Inggeris
sebagai musuhnya, dan dia terpaksa
melarikan diri dari Delhi untuk mengelak
penindasan dan ketidakadilan pemerintah
baru yang ingin menganiayanya. Dia
memutuskan untuk berhijrah ke kota suci
Madinah. 

Semasa perjalanan, beliau
tinggal selama 18 hari di khanqah Mūsā
Zaī Sharīf, yang ditubuhkan oleh ketua
khalifah Hājī Dost Muhammad Qandahari di
daerah Derā Ismāīl Khān (sekarang di
Pakistan). Di sana dia telah mengisytiharkan
Haji Dost Muhammad Qandahari sebagai penggantinya dan
menjadikannya Sajadah Nashin iaitu penjaga khānqah
Mazhariya di Delhi dan memerintahkannya
sama ada tinggal di sana sendiri atau
menghantar khalifah untuk menjaganya. 

Haji Dost Muhammad telah memutuskan untuk
tinggal di Musa Zai dan menyampaikan
khalifahnya Maulana Rahīm Bakhsh Ajmeri
kepada Syaikhnya untuk tinggal di khanqah Delhi.

Akhirnya, daripada Musa Zai Sharif beliau
berangkat ke Makkah dan menunaikan
haji di sana pada tahun 1274H (1858). Pada Rabi'ul-Awwal 1275H (Oktober 1858)
beliau sampai ke Madinah Al Munawwarah. Dalam perjalanan itu, banyak orang yang telah
berbai'ah dengannya termasuk para ulama,
dan kemasyhurannya telah sampai ke
tempat-tempat yang jauh.

Beliau tinggal di Madinah selama lebih
kurang dua tahun. Beribu-ribu orang di
sana telah berbaiah dengannya. 

Penulis biografinya mengatakan bahawa
jika dia tinggal di sana selama beberapa
tahun lagi, bilangan muridnya akan
mencapai ratusan ribu. 


ANAK - ANAK

Hadhrat Khawajah Shah Ahmad Sa'id mempunyai
empat anak lelaki dan seorang anak
perempuan: 

1. Hadhrat Shah Abdur Rashid
Mujaddidi
2. Hadhrat Shah Abdul Hamid
Mujaddidi (meninggal dunia semasa
kecil)
3. Hadhrat Shah Muhammad Umar
Mujaddidi
4. Hadhrat Shah Muhammad Mazhar
Mujaddidi
5. Anak perempuannya Roshan Ãrā,
semoga Allah meridhai mereka semua. 


PARA KHALIFAH

Lapan puluh nama daripada khalifahnya telah
dilaporkan oleh anaknya Hadhrat Shah Muhammad
Mazhar dalam buku Manāqib Ahmadiyah. 

Nama-nama yang diberkati itu
disenaraikan di bawah:

1. Hadhrat Syaikh Hājī Dost
Muhammad Qandahārī, ketua khalifah
dan pengganti rohaninya, meninggal
dunia pada 22 Syawal 1284H (Februari
1868)
2. Hadhrat Khawajah Shāh Abdul Ghanī Fārūqī Mujaddidī (lahir 4 Sha'bān 1234H,
meninggal 7 Muharram 1296H / 3
Disember 1878), adiknya
3. Hadhrat Shāh Abdul-Mughnī Fārūqī
Mujaddidī, adik bongsunya
4. Hadhrat Shāh Abdur-Rashīd Fārūqī
Mujaddidī, anak sulungnya
5. Hadhrat Shāh Muhammad Umar
Fārūqī Mujaddidī, anaknya
6. Hadhrat Shāh Muhammad Mazhar
Fārūqī Mujaddidī, anaknya. Beliau ialah
Syaikh Maulānā Murād Al-Manzilvī Al-Makkī yang menterjemah surat-surat
Imām Rabbānī Syaikh Ahmad Sirhindī
ke dalam bahasa Arab. 
7. Hadhrat Maulānā Muftī Muhammad
Irshād Husain Mujaddidī Rāmpurī
(1248-1311H)
8. Hadhrat Maulānā Waliyun-Nabī
Mujaddidī Rāmpurī
9. Hadhrat Maulānā Sayyid Abdus- Salām Haswī, anak kepada Sayyid
Abul-Qāsim Haswī
10. Hadhrat Mufti Hāfiz Razā Ali Fārūqī
Hanafī Banārasī (1240-1312H)
11. Hadhrat Nawāb Mustafā Khān
Dehlawī 
12. Hadhrat Syaikh Ahmad Jān Dehlawī
13. Hadhrat Shāh Abdul-Wahīd Fārūqī
Mujaddidī
14. Hadhrat Syaikh Khurshīd Ahmad
Fārūqī Mujaddidī
15. Hadhrat Malānā Habībullāh
Multānī, menemaninya dalam Haji
16. Hadhrat Maulānā Husain Ali Bājorī
17. Hadhrat Maulānā Qurbān Bukhārī
18. Hadhrat Maulānā Yusuf Arganji
19. Hadhrat Maulānā Hājī Abdul-Karīm
Kūlābī
20. Hadhrat Maulānā Husāmuddīn
Bājorī
21. Hadhrat Maulānā Tāj Muhammad
Qandahārī
22. Hadhrat Maulānā Safar Darwāzī
23. Hadhrat Maulānā Pir Muhammad
Qandahārī
24. Hadhrat Maulānā Muhammad
Yusuf Kūlābī
25. Hadhrat Maulānā Muhammad
Sharīf Kūlābī
26. Hadhrat Maulānā Nūr Muhammad
Kūlābī
27. Hadhrat Maulānā Iskandar Bukhārī
28. Hadhrat Maulānā Faiz Muhammad Ghaznawi
29. Hadhrat Maulānā Sharfuddīn
Ghaznawī
30. Hadhrat Maulānā Faiz Ahmad
Qandahārī
31. Hadhrat Maulānā Muhammad Jān
Qandahārī
32. Hadhrat Maulānā Zahiruddīn Bājorī
33. Hadhrat Maulānā Jawas
34. Hadhrat Maulānā Muhammad Kabīr
Qandahārī Shahid
35. Hadhrat Mir Abdullāh Pishāwarī,
dimakamkan di Madinah
36. Hadhrat Hāji Mīr Mazhar Kābulī
37. Hadhrat Maulānā Sayyid Bashīr Ali
Amrohī
38. Hadhrat Shāh Abdul-Hakīm Punjābī
39. Hadhrat Maulānā Muhammad
Ghaust Naqshbandī
40. Hadhrat Maulānā Muhammad
Sālim Qandahārī
41. Hadhrat Maulānā Abdul-Latīf
Qandahārī
42. Hadhrat Maulānā Chandan Khān
43. Hadhrat Maulānā Muhammad
Nawāb
44. Hadhrat Syaikh Abū Bakar Rūmī Diyārbakrī Syafi'ī
45. Hadhrat Syaikh Muhsin Basrī
Hanbali
46. Hadhrat Maulānā Ghulām
Muhammad Ghaznawī
47. Hadhrat Hājī Gul Muhammad Rūmī
48. Hadhrat Syaikh Sayyid Mahmūd
Husainī Afandī Makkī (1233-1304H)
49. Hadhrat Maulānā Muhammad Shāh
Lakhnawi
50. Hadhrat Sayyid Qamruddīn Ahmad
Lakhnawī
51. Hadhrat Maulānā Abul Hasan
Lakhnawī Makkī
52. Hadhrat Maulanā Muhammad
Murād Jalālābādī
53. Hadhrat Syaikh Rahīmuddīn Dehlawī
54. Hadhrat Syaikh Hasan Afandī Rūmī
55. Hadhrat Hājī Alī Razā Afandī
56. Hadhrat Sayyid Ibrahim Kurdi
57. Hadhrat Maulānā Rahmatullāh
Bukhārī
58. Hadhrat Hājī Ahmad Afandī Azmīrī
59. Hadhrat Munshī Razā Ali
Hyderābādī
60. Hadhrat Maulanā Muhammad
Husain Hyderābādī 
61. Hadhrat Maulānā Abdur-Rahīm
Chīnī, Malībār, India
62. Hadhrat Akhund Hamza Bājorī
63. Hadhrat Maulānā Abdul-Quddūs
Kashmīrī
64. Hadhrat Maulānā Bādshāh Mir
65. Hadhrat Maulānā Yūnus Yarkandī
66. Hadhrat Sayyid Uthmān Nasafī
Qureshī
67. Hadhrat Maulānā Hasan Ghaznawi
68. Hadhrat Maulānā Nādir
69. Hadhrat Maulānā Sālār
70. Hadhrat Maullānā Nazar
Muhammad Khūqandī
71. Hadhrat Maulānā Abdul-Hakīm
Charkhī
72. Hadhrat Syaikh Ahmad Bakhsh
Kurdi
Beliau meninggal dunia pada 2 Rabi'ul- Awwal 1277H (18/19 September 1860) di
Madinah dan dimakamkan di tanah
perkuburan Jannatul-Baqi bersebelahan
dengan makam suci Sayyidina Usmān
Ghani, semoga Allah meridhainya. Solat
Janazahnya pengebumian dihadiri oleh
orang ramai yang ramai, dan penduduk Madinah berkata kami tidak pernah
menyaksikan ramai orang menghadiri
pengebumian seramai ini sebelum ini.

PENULISAN BELIAU

Hadhrat Khawajah Shah Ahmad Sa'id adalah
seorang pengarang dan penulis buku
berikut:
1- سعيد البيان في مولد سيد الإنس والجان
2- اثبات المولد والقيام
3- الذكر الشريف في اثبات المولد المنيب
4- الفوائد الضابطة في اثبات الرابطة
5- الأنهار الاربعه در بيان اربعه سلاسل
6- الحق المبين في الرد على الوهابيين


SUMBER
1. Maqāmāt Mazharī, Terjemahan
Urdu oleh Muhammad Iqbal Mujaddidi,
Lembaga Sains Urdu Lahore, edisi kedua, 2001
2. Tazkirat al-Sulahā, Urdu, oleh
Maulana Muhammad Hasan Jan
Sirhindi
3. Biografi dalam bahasa Urdu oleh
Mukhtar Ahmad Khokhar, diterbitkan
dalam Attahir

*Disalin dan dikemaskinikan daripada karangan Hadhrat Syaikh Jalalludin Ahmad Ar Rowi An Naqshbandi Al Mujaddidi عفى عنه

Selasa, 16 Julai 2024

Puisi Nizar Qabbani




ربما أكون
مشاغبا، أو فوضوي الفكر
أو مجنونا
إن كنت مجنونا — وهذا ممكن—
فأنت يا سيدتي
مسؤولة عن ذلك الجنون
أو كنت ماعونا — وهذا ممكن —
فكل من يمارس الحب بلا إجازة
في العالم الثالث
يا سيدتي، ملعون
فسامحني مرة واحدة
إذا أنا خرجت عن حرفية القانون
فما الذي أصنع يا ريحانتي
إن كان كل امرأة أحببتها
صارت هي القانون

Barangkali aku 
mulai dungu atau fikiran yang tidak menentu
atau gila 
jika aku sudah gila — itu boleh jadi —
kamu pula, wahai puanku
bertanggungjawab tentang kegilaanku
atau aku sudah dicela — itu juga boleh jadi — 
setiap orang yang mencintai tanpa izin
pada alam yang ketiga
wahai puanku, orang itu akan dicela
oleh itu, maafkan aku sekali lagi
apabila aku keluar daripada penderitaan ini
apakah yang boleh aku buat wahai wangian kegemaranku
jika aku mencintai semua perempuan 
semua perempuan itu akan terseksa

Nizar Qabbani

Isnin, 15 Julai 2024

Puisi Nizar Qabbani — Kekasihku Ialah Penderitaan



حبيبتي هي القانون

أيتها الأنثى التي في صوتها
تمتزج الفضة بالنبهذ، بالأمطار
ومن مرايا ركبتيها يطلع النهار
ويستعد العمر للابحار
أيتها الأنثى التي
يختلط البحر بعينيها مع الزيتون
يا وردتي
ونجمتي
وتاج رأسي

Kekasihku Ialah Penderitaan

Wahai wanita yang pada suaranya
bercampur perak, arak dan air hujan
dan daripada cermin dua lututnya terbitnya siang
dan umurnya yang bersiap untuk berlayar
wahai wanita yang mana
Tenggelam laut ke dalam dua matanya beserta  zaitun
wahai mawarku
bintangku
mahkotaku

Nizar Qabbani