Halaman

Translate

Khamis, 4 Julai 2024

[Filsafat Plato] Anak-anak harus diajarkan musik, seni dan literatur.


Anak-anak harus diajar musik, seni dan literatur, kerana mereka memperkaya jiwa dan menjadikan mereka warga negara yang baik. — Plato


Sebagai manusia yang menduduki bumi, salah satu tugas kita adalah memakmurkan bumi dengan melakukan kebaikan, kemajuan dari sudut sosial, ekonomi, keselesaan dan lain-lain. Apa-apa kemajuan yang menyebabkan kerosakan dan kesusahan kepada penduduk bumi perlu untuk ditinggalkan dengan segera. 


Bangunan-bangunan kini kebanyakannya kosong tidak berpenghuni mahupun disewa. Sedang tujuan asalnya adalah untuk memudahkan manusia mencari keperluan sehari-hari dan untuk berteduh. Bangunan tersebut hanya menyusahkan manusia dengan menyempitkan tempat tinggal, menjadi sarang binatang berbisa, menjadi pelarian tempat orang berniat jahat, meningkatkan suhu haba keadaan setempat dan banyak lagi kemudaratan dari manfaat. 


Disebabkan kerakusan manusia sendiri, manusia menjadi susah. Pada dasarnya, bukan semua manusia bersalah. Namun apabila manusia lain diam ketika melihat hal yang tidak wajar, kita semua sebagai manusia harus merasa bersalah dan kesalahan ini perlu dihentikan dengan segera. Apa tujuan utama hidup di bumi selain mencari ketenangan, kebahagiaan dan keselesaan ?. Jadikanlah bumi ini stabil dengan saling melengkapi antara satu dengan yang lain.  


Anak-anak harus diajarkan musik, seni dan literatur untuk memperkayakan jiwa dan menjadikan mereka warga negara yang lebih baik. Kerana segala keindahan ini datangnya dari jiwa yang halus. Seorang pemimpin sekiranya tidak memiliki kemurnian jiwa, akan menyusahkan rakyatnya. Seorang ayah akan menyusahkan keluarganya. Seorang anak akan menyusahkan ibubapanya. Seorang guru akan menyusahkan muridnya. Seorang murid menyusahkan gurunya dan semua orang saling menyusahkan yang menyebabkan timbulnya keadaan yang tidak menyenangkan.


Musik, seni dan literatur adalah hal yang kekal dalam jiwa kebanyakan manusia. Hampir dikatakan bahawa inilah cara untuk abadi sepanjang zaman. Manusia yang dicintai adalah yang memiliki kemurniaan jiwa mesti tidak semua mencintainya. Namun, mereka yang memiliki kemurnian jiwa adalah lebih bahagia hidup tanpa dendam. Oleh itu, asuhlah anak-anak kita untuk mendapatkan kemurnian jiwa melalui musik, seni dan literatur dan kita akan dapati manusia hidup bersama jiwanya. Hidup bersama jiwa yang kaya adalah lebih membahagiakan sejuta kali ganda bahkan lebih daripada hidup kaya tanpa memiliki jiwa yang kaya.


Khamis July 4, 2024

Azmye Asli

Keningau, Sabah.


*setelah mengalami kemalangan sebanyak lebih 2 kali dan dalam beberapa kali kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan kanan serta tulang kawasan bahu cacat kekal, maka saya tidak dapat melakukan banyak pekerjaan. Oleh itu, saya menulis blog ini tanpa sebarang keuntungan, maka sekiranya pihak diri tuan puan atau mana-mana syarikat, ngo, badan pertubuhan, majikan-majikan yang kaya raya, bolehlah salurkan sumbangan kepada saya melalui akaun bank personal di bawah ini atas nama Azmye bin Asli :

5648 4712 8095 [Maybank]

https://www.paypal.me/asmismeantisinis

Sekiranya ada apa-apa urusan atau pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui whatsapp : +60 16 777 0714. 

Tiada ulasan: