Halaman

Translate

Sabtu, 13 Julai 2024

Idea Syaitan — Kitab Qasas An Nabiyyin Juzuk 2



 ٣- فكرة الشيطان

ورأى الشيطان أن يدعو الناس إلى عبادة الأصنام فيدخلوا النار ولا يدخلوا الجنة أبدا
وكان الشيطان يعرف أن الله لا يغفر الشرك ويغفر كل شيء إذا أراد
فأراد الشيطان أن يدعوهم إلى الشرك. فلا يدخلوا الجنة أبدا
ولكن كيف الطريق إلى ذلك، والناس يعبدون الله
إنه لو ذهب إلى الناس وقال لهم : أعبدوا  الأصنام ولا تعبدوا الله لشتمه الناس وضربوه
قالوا : معاذ الله، أنشرك بربنا ؟ أنعبد الأصنام
إنك لشيطان رجيم ! إنك لشيطان خبيث

4- Idea syaitan

Dan telah berpendapat oleh syaitan akan bahawa menyeru oleh dia akan manusia kepada (supaya) menyembah berhala, maka masuk oleh mereka semua (manusia) ke dalam neraka dan tidak masuk oleh mereka semua (manusia) ke dalam syurga selama-lamanya.

Dan adalah syaitan mengetahui bahawa Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan Dia mengampunkan segala suatu apabila Dia mahu

Maka mengkehendaki oleh syaitan bahawa dia mengajak mereka (manusia) kepada kesyirikan. Maka tidak masuk oleh mereka ke dalam syurga sampai bila-bila.

Tetapi, bagaimana cara untuk melakukan yang demikian itu, sedangkan manusia sentiasa menyembah oleh mereka akan Allah.

Sesungguhnya dia (syaitan) kalau dia pergi kepada manusia lalu berkata kepada mereka : sembahlah oleh kamu semua akan berhala, dan jangan kamu semua menyembah Allah, nescaya mengutuk akan syaitan oleh manusia dan memukul oleh mereka akan dia (syaitan)

Berkata mereka (manusia) : aku berlindung pada Allah, adakah kami akan mensyirikkan Tuhan kami ? adakah kami akan menyembah berhala ?
Sesungguhnya engkau ini sungguh syaitan yang direjam ! Sesungguhnya engkau sungguh syaitan yang  jahat !

*Siap diterjemahkan pada 8 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 13 July 2024 Masihi pukul 9:43 malam di Maahad Dakwah Wa Tarbiyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan: