Halaman

Translate

Jumaat, 19 Julai 2024

Tazkirah Hadhrat Khawajah Shah Abu Sa'id An Naqshabandi


HADHRAT KHAWAJAH SHAH ABU SA'ID FARUQI MUJADDIDI
DEHLAWI (1196-1250H)

Ḥādhrat Khawajah Shāh Abū Saʿīd Fārūqī Dehlawī Mujaddidī Naqshbandī (1196-1250H),
قدس الله سره الأقداس

Beliau ialah salah seorang Auliya India yang paling
hebat tapi kurang dikenali. Beliau adalah
seorang khalīfāh dan pengganti rohani
Mujaddid abad ke-13 Islam Hadhrat Khawajah Shāh
Ghulām Ali Dehlawī (1156-1240H), semoga
Allah meridhainya.


KELAHIRAN DAN PENDIDIKAN

Beliau dilahirkan di Rāmpur, India, pada 2
Dzul-Qa'dah 1196H (10 Oktober 1782M). Nama ketika beliau dilahirkan ialah Zakī al-Qadr
tetapi kini beliau lebih dikenali dengan gelaran Abū
Sa'id. 

Hadhrat Khawajah adalah keturunan Hadhrat Mujaddid
Alfi Tsani Syaikh
Ahmad Sirhindī Fārūqī

Silsilahnya
adalah seperti berikut:

1. Beliau adalah anak kepada
Hadhrat Safiy al-Qadr Mujaddidi, yang
merupakan seorang Syaikh yang
agung dan seorang sufi yang zuhud,
dan pemegang rahsia rohani nenek
moyangnya. Dia adalah anak kepada
2. Hadhrat Syaikh Azīz al-Qadr
Mujaddidī , anak kepada
3. Hadhrat Syaikh Muhammad Īsā Mujaddidī, anak kepada
4. Hadhrat Khwājā Saifuddīn Sirhindī ,
anak kepada
5. Hadhrat Imam Muhammad
Ma'sūm Fārūqī Sirhindī , anak kepada
6. Hadhrat Imam Rabbani Syaikh
Ahmad Faruqi Sirhindī , semoga Allah
meridhai mereka. 

Ibunya yang mulia juga berasal dari
keluarga Mujaddidī, dan keturunannya
adalah seperti berikut:

1. Faiz-Jahān Begum, anak
perempuan kepada
2. Syaikh Muhammad Murshid
Mujaddidī (1117-1201 H, dikebumikan
di Rāmpur), anak lelaki
3. Syaikh Muhammad Arshad (1095- 1162 H), anak kepada
4. Maulānā Muhammad Farrukh
(1038-1121 H),
5. Khawāja Muhammad Sa'id
(1005-1070 H),
6. Imām Rabbānī (971-1034 H). 

Tanda-tanda Wilāyat (kewalian) telah pun
kelihatan padanya sejak kecil. Dia tidak pernah dilihat bermain-main seperti kanak
-kanak lain. Pada usia 11 tahun, dia telah
menghafal Al-Qur'an dengan hatinya. Pada
usia yang sama, beliau juga telah menerima baiah
tarīqat Naqshbandī daripada bapanya. 

Suatu ketika, saat dia masih muda, dia telah
pergi ke Lucknow, ditemani dengan
Maulana Ziā'un-Nabī iaitu
saudara terdekatnya. Apabila dia pergi ke
masjid, dia akan melalui seorang Darwish
yang biasanya bertelanjang. Tetapi setiap
kali dia lewat, Darwish itu akan menutup
auratnya (Satr menutup aurat seperti yang telah disyariatkan). Ada yang
bertanya kepadanya, kenapa kamu
berselindung apabila melihat budak ini?
Dia menjawab, dia (Shah Abū Sa'id)
suatu hari nanti akan mencapai darjat
yang tinggi yang akan menjadi tumpuan
kaum kerabatnya. Sungguh kata-kata
Darwish itu telah pun menjadi kenyataan. 

Hadhrat Khawajah telah belajar Tajwid dari Qāri Nasim. Hadhrat Khawajah
mempunyai suara yang indah dan beliau biasa
membaca Al-Quran dengan gaya yang
indah. 
Namun beliau tetap ragu-ragu tentang kualiti
bacaannya kerana dia tidak percaya
dengan kelebihan orang ajam  (orang bukan Arab),
sehinggalah beliau telah mendapat penghargaan
daripada orang Arab sendiri di Makkah. Beliau telah menamatkan pengajian dalam
bidang pengajian Islam ketika berumur 19
tahun. Beliau telah mempelajari semua
bidang ilmu dan kitab-kitab agama Islam yang utama seperti kitab-kitab karangan beberapa orang Masyaikh salah satunya ialah Mufti Sharafuddin dan Maulana Rafī'uddīn
seorang Muhaddith yang merupakan anak kepada
Hadhrat Shāh Walī-Allah Dehlawi. 

Beliau juga telah mempelajari ilmu Hadith
daripada tokoh-tokoh lain seperti Shāh
Abdul Azīz Dehlawī, bapa saudaranya
Maulānā Sirāj Ahmad Ibn Muhammad
Murshid, dan kemudian beliau juga telah belajar daripada Syaikhnya sendiri iaitu Hadhrat Khawajah Shāh Ghulām Alī Dehlawi.


MENCARI TARĪQAT

Hadhrat Khawajah memiliki keinginan yang kuat untuk
mencari jalan Tarīqat semasa masih belajar,
dan pada awal mulanya Hadhrat Khawajah telah mengambil jalan yang mulia ini daripada bapanya sendiri Shāh Safīyyul Qadr (wafat 29 Sya'ban 1236H / Mei 1821M),
Ayahnya itu merupakan seorang zuhud yang
hebat dan seorang Syaikh Tariqat Mujaddidi. 

Selepas tamat pengajian, dengan
izin bapanya, beliau telah pergi kepada seorang lagi syaikh iaitu Hadhrat Shāh Dargāhī seorajg yang masyhur (1162-1226 H, 1749-1811 M) dan Hadhrat Khawajah
telah mengambil tariqat daripadany. 

Hadhrat Shah Dargāhi
adalah seorang wali sejak lahir, yang
mempunyai ahwal rohani wajad (keadaan gembira yang kuat)
dan biasa kekal dalam wajad kegembiraan
kecuali pada ketika solat. Keturunan rohaninya
dihubungkan dengan Hadhrat Khawajah
Muhammad Zubair (1093-1152 H) dengan
hanya dua orang perantara. 

Beliau juga
telah berjalan dalam Tariqat Qadiriyyah yang diambilnya daripada
Hadhrat Hāfiz Jamāl-Allāh (wafat 1209 Hijrah di
Rampur). 

Hadhrat Shah Dargahi adalah seorang yang ajaib, orang yang berdekatan dengannya akan
terjejas disebabkan keadaan rohaninya yang
bersangatan
gembira dan kadang-kadang sampai
tidak sedarkan diri. Tidak lama kemudian, Hahdrat Shāh Dargāhī
memberi hak kuasa Tariqat kepada Shāh Abū Sa'id dan menjadikannya sebagai khalifah
pengganti rohaninya. 

Hadhrat Khawajah Shah Abu Sa'id mula melatih murid disamping beliau juga masih berjalan. 

Hadhrat Khawajah juga telah memberikan
kesan rohani yang kuat kepada para
pengikutnya sebagaimana Hadhrat Shah Dargahi. Murid-muridnya akan merasa
gembira yang bersangatan dan hingga tidak sedarkan diri pada ketika bersuhbah dengan Hadhrat Khawajah. 

Walaupun Hadhrat Khawajah mempunyai
khilāfat yang lengkap dan sejumlah bilangan murid yang cukup besar
berkumpul di sekelilingnya,
dahaganya terhadapa ilmu Tariqat masih tidak hilang dan dia
mula mencari-cari pada sekeliling tempatnya untuk
mendapatkan seorang lagi Syaikh
Tariqat Mujaddidi yang sempurna untuk beliau mencapai
maqam rohani yang lebih tinggi. 

Hadhrat Khawajah telah
menulis surat kepada ulama India terkenal
Qādī Tsanāullāh Pānīpatī (w.1225H /
1810M), pengarang Tafsīr Al-Mazhari dan
khalīfah kepada Hadhrat Khawajah Mirzā Mazhar Jān Jānān
(1111-1195H), dan meminta bimbingan
rohani daripadanya, Hadhrat Qadi pun menjawab suratnya itu dan mengatakan bahawa pilihan
yang lebih baik adalah pergi kepada Hadhrat Khawajah
Shāh Ghulām Alī Dehlawī, yang merupakan
Syaikh Tariqat Naqshbandi yang besar di
India pada masa itu dan beliau juga adalah ketua khalifah Hadhrat 
Mirzā Mazhar. 

Mendengarkan nasihat ini, Hadhrat Khawajah Abu Sa'id telah datang ke hadapan Hadhrat Khawajah
Shāh Ghulām Ali dan telah berbaiat di tangannya
pada 7 Muharram 1225H (Februari
1810M). [Hidāyat al-Tālibeen]
 
Hadhrat Khawajah Shāh Ghulām Ali telah melatihnya dengan
sangat baik dan Hadhrat Khawajah telah mencapai tahap
tertinggi dalam Wilāyat (kewalian), dan juga telah
mendapat kesempurnaan dalam semua
perkara. 

Syaikhnya sangat menyayanginya kerana
dia telah meninggalkan kedudukannya yang memiliki ramai
murid semata-mata untuk menjadi seorang murīd
walaupun beliau telah pun menjadi seorang Syaikh
sebelum ini, ini semua dilakukannya hanya untuk mencari kedekatan yang lebih hampir kepada Allah Ta'ala.

Hadhrat Khawajah Shāh Ghulām Ali juga telah memberinya Ijāzat
kekuasaan yang lengkap dalam Tarīqat
Mujaddidi dan beliau mula melatih murid- murid baru. 

Pengikutnya meminta beliau menulis
risalah tentang kaedah dan amalan
kaedah Mujaddidī. Hadhrat Khawajah telah menulis satu kitab yang bernama Hidāyat al-Thalibin dalam
bahasa Parsi, sebuah kitab yang mengandungi butiran ringkas tetapi
lengkap tentang kaedah tasawwuf yang dimuliakan ini, dan tidak lama kemudian kitab ini menjadi popular dan dianggap
sebagai kitab rasmi Tarīqat oleh para pengikut Hadhrat Khawajah
Shāh Ghulām Alī dan dalam kalangan penganut Tariqat Mujaddidi
yang lain. Kitab  ini telah diterbitkan dan
diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk ke dalam bahasa melayu yang telah diterjemahkan oleh Hadhrat Syaikh Jalalludin Ahmad Ar Rowi. 

Selain Tariqat Naqshbandi
Mujaddidi, beliau juga telah mendapat izin
kebenaran dalam Tariqat sufi utama lain
seperti Qādirī dan Chishtī. 

Rangkaian garis
keturunan rohaninya (silsilah) adalah seperti
berikut: 

dia telah menerima Ijāzah daripada Hadhrat Khawajah
Shāh Ghulām Alī Dehlawi, yang
menerimanya daripada Hadhrat Khawajah Mirzā Mazhar Jān Jānān, yang menerimanya daripada
Hadhrat Khawajah
Sayyid Nūr Muhammad Badāyūnī, yang
menerimanya daripada Hadhrat Khawajah Hāfiz Muhammad
Muhsin Dehlawī, yang menerimanya
daripada Khwājāh Saifuddīn Fārūqī Sirhindī, yang
menerimanya dari ayahnya Hadhrat Khawajah Imam
Muhammad Ma'sūm Sirhindī, yang
menerimanya dari ayahnya Hadhrat Khawajah Imām Rabbānī
Syaikh Ahmad Sirhindī, yang menerimanya
dari Syaikh-syaikhnya dari rantai-rantai
silsilah yang berbeza sehingga kepada
Rasulullah Muhammad bin Abdullah ﷺ, semoga selawat dan salam ke atasnya.

Hadhrat Khawajah juga mempunyai tulisan kaligrafi yang
indah, dan beliau telah menyelesaikan penulisan Al-Qur'an dengan mukasurat yang cukup tebal pada tahun
1244H. Salinan Al-Quran dengan 888 muka surat
ini disimpan di Rubat Mazhari di Madinah
Al Munawwarah, Arab Saudi. 


KEAJAIBAN DAN PENGLIHATAN

Suatu ketika Hadhrat Khawajah dalam perjalanan dari
Rāmpur ke Sanbhal dan menemui sungai
pada waktu malam, pada permulaan
waktu solat Ishā'. Beliau menaiki perahu di
tebing sungai, tetapi tidak ada kelasi,
hanya pemilik perahu yang ada di situ
yang musyrik. Hadhrat Khawajah telah mendapat ilham bagaimana hendak berlayar, lalu Hadhrat Khawajah telah melakukannya tanpa
segan silu walaupun sebelum ini dia tidak mengetahui apa-apa tentang pelayaran. Perahu itu selamat belayar dan mereka tiba di
tebing yang satu lagi. Melihat perjalanan
ajaib tanpa tukang perahu ini, pemilik bot
itu telah memeluk Islam. 

Salah seorang muridnya Muhammad
Asghar menceritakan bahawa dia sering
melewatkan solat Tahajjud. Pernah dia memberitahu Hadhrat Syaikh
tentangnya, Hadhrat Syaikh berkata kamu boleh
meminta faqir untuk
membangunkan kamu pada waktu Tahajjud,
Faqir akan membangunkan kamu. Kamu
hendaklah melakukan dengan cara sebegini : 

hendaklah memberi tawajjuh bahawa faqir juga tidur di sebelah kamu, dengan anggapan bahawa faqir akan membangunkan kamu, kerana solat
tahajjud adalah kewajipan di sisi kamu. 

Lalu dia telah melakukan itu, dan keesokan harinya
dan seterusnya dia akan terbangun setiap
hari seolah-olah seseorang telah
membangunkannya. 

Salah seorang muridnya pernah berada
dalam keadaan ahwal rohani wajad sehingga tidak dapat
menentukan arah kiblat dalam solat. Dia mengadu tentang hal ini kepada
Hadhrat
Syaikh, lalu Syaikh berkata, kamu harus
mengarahkan tawajjuh perhatianmu kepadaku sebelum Tahrīmah (takbiratul ihram) pada permulaan solat dan
aku akan membimbingmu ke arah kiblat. Sejak dari itu, apa yang berlaku adalah setiap kali dia
mengingatinya sebelum memulakan solat,
Syaikh akan muncul dan menunjukkan
kepadanya arah kiblat. 

Semasa hendak pergi haji, Hadhrat Syaikh telah menempah tempat
duduknya di sebuah kapal di Mumbai,
yang belayar ke Jeddah membawa orang
untuk haji dan telah membayarnya. Kemudian, dia membatalkan tempahan
dengan mengatakan ia kelihatan tidak
baik untuk belayar di kapal ini. Pembatalan ini adalah sebahagian
daripada kontrak. Kemudian dia menempah kapal lain dan
sampai ke Haji dalam masa yang
ditetapkan, manakala kapal pertama tiba
lewat, selepas haji selesai. 


PENGGANTI SYAIKHNYA

Beliau adalah khalifah Shāh Ghulām Ali
yang dikasihi dan paling disetujui, yang
bukan sahaja sangat menyayanginya, tetapi juga melantiknya sebagai pengganti
rohaninya di khānqāh Mazhariya yang
mulia di Delhi. Pada 11 Jamādāl-Awwal 1231H / 1816M, Hadhrat Khawajah
Shah Ghulam Ali berkata bahawa dia (Abū
Sa'id) akan duduk di tempat faqir
selepas ini, dan harus memimpin
halaqah zikir dan pelajaran Hadith dan
Tafsīr seperti yang biasa dia lakukan sendiri. 

Kata Hadhrat Khawajah Shah Ghulam Ali, ada yang tertanya-tanya kenapa
dia begitu istimewa ?Tidakkah mereka
melihat bahawa Abū Sa'id telah
meninggalkan ramai muridnya hanya untuk
menjadi murid faqir, walaupun telah mendapat 
khilāfat dari Syaikh lain !

Dalam Jamādil-Awwal 1233H / 1818M,
Hadhrat Khawajah Shāh Ghulām Ali memberi khabar
gembira kepadanya bahawa Hadhrat Khawajah Shah Abu Sa'id telah dilantik
menjadi Qayyum. Dia berkata, Aku telah melihat dalam
penglihatan bahawa kamu sedang duduk
di tempatku dan Qayyūmiyat kedudukan
tinggi sebagai Qayyūm telah dianugerahkan kepada kamu. 

Hadhrat Khawajah Shāh Abū Sa'id berada di Lucknow ketika
Hadhrat Shāh Ghulām Ali jatuh sakit buat
kali terakhir sebelum kematian. Hadhrat Khawajah
Shah Ghulam Ali telah menulis surat kepadanya, satu demi satu,
untuk memanggilnya kembali secepat
mungkin kerana dia ingin menjadikannya
pengganti utama baginya dan menyerahkan kepadanya
khānqāh yang mulia. Dalam salah satu surat itu, Hadhrat Khawajah Shāh
Ghulām Ali menulis kepadanya:

“daku terlalu sakit dan tidak boleh duduk
sekarang, dan daku tidak ada keinginan
lain selain berjumpa dengan kamu. Telah
didedahkan dari Ghaib bahawa daku mesti
memanggil kamu, dan roh mulia Hadhrat
Mujaddid, semoga Allah meridhainya, juga
menginginkan perkara yang sama. Daku
perlu menyerahkan khānqāh kepada kamu,
datanglah secepat yang mungkin, semua penduduk khānqāh dan
kebanyakan pembesar kota menginginkan kamu,
seperti Ahmed Yār dan Ibrāhīm Beg dan
Mīr Khurd dan Molvī Azīm dan Molvī Sher Muhammad. Semua pembesar
kota itu sering berkata bahawa Abū Sa'id saja yang
layak untuk duduk di tempat ini, dan Shāh
Abdul Azīz (cendekiawan dan pengarang
India yang terkenal) dan yang lain tidak
mahu orang lain selain daripada kamu
kerana akhlak dan amalan kamu yang
mulia. Dan daku telah menerima ilham
bahawa hanya kamu yang
mempunyai kecekapan untuk tugas ini.”

(Petikan daripada surat no. 125 daripada
Makātīb Sharīfā)

Beliau menjadi pewaris takhta kerohanian
di India ini. Hadhrat Khawajah Shāh Ghulām Ali kembali ke
alam abadi pada 22 Safar 1240H (Oktober
1824M), meninggalkan permata dinasti
Mujaddidi ini untuk melatih dan
membimbing para pencari jalan mulia ini. Beliau melatih ribuan pengikut di jalan
Tariqat selama sembilan tahun, sebelum
berangkat haji pada 1249H. 

Maulānā Khālid Al-Baghdādī adalah salah
seorang khalifah terbesar Hadhrat Khawajah Shāh Ghulām
Ali yang mempunyai ratusan ribu pengikut
di Timur Tengah. Beliau pernah menghantar beberapa
murīdnya kepada Hadhrat Shāh Ghulām
Ali untuk latihan dan bimbingan lanjut, dan
juga menasihati ramai pengikutnya untuk
mengikuti Hadhrat Shāh Abū Sa'id. Maulānā juga menghantar surat kepada
Shāh Abū Sa'id yang menerangkan
populariti tarīqat Naqshbandi dan
penyebarannya yang pesat di Timur
Tengah melalui usahanya. 


HAJI DAN KEWAFATANNYA

Orang-orang Delhi berdukacita apabila
mereka mengetahui bahawa dia akan
berangkat haji. Dia melantik anak
sulungnya Hadhrat Khawajah Shāh Ahmed Sa'id, semoga
Allah mensucikan rohnya, sebagai
wakilnya dalam khānqāh. Semasa
perjalanan, dia disambut dan dihormati di
setiap bandar-bandar yang dilaluinya. Dia tiba di Mumbai pada bulan Ramadhan,
berangkat haji dengan kapal pada bulan Syawal dan
tiba di sana pada awal Dzulhijjah. Dia
disambut di sana oleh Syaikhul Haram Maulānā Muhammad Jān, salah seorang
khalifah terkemuka Hadhrat Khawajah Shāh Ghulām
Ali Dehlawī. Semua ulama, syaikh dan pembesar
Makkah yang lain bertemu dengannya dengan
penuh penghormatan, termasuk Syaikh
Abdullāh Sirāj, Mufti fiqh Syafi'i Syaikh
Umar, Mufti Sayyid Abdullah, Mīr Ghanī
Hanafī dan bapa saudaranya Syaikh Yāsīn
Hanafī, dan ulama besar Syaikh
Muhammad Ābid Sindhi (w.1257H/
1841M). 

Hadhrat Khawajah menunaikan haji dan jatuh sakit pada
bulan yang sama (Zulhijjah) iaitu sakit
diare dan demam. 

Kerana sakit teruk dan
hampir tidak sedarkan diri, kecintaan
terhadap Madinah menguasainya dan dia
pergi ke kota yang bercahaya itu apabila
dia semakin sihat. Beliau menghabiskan
bulan Maulid Rabi'al-Awwal di kota suci
itu. Seseorang melihat dalam mimpi bahawa
Rasulullah ﷺ sedang pergi ke rumah
Syaikh, dan semua orang berjalan kaki
kecuali Hadhrat Sayyidan Umar Amirul Mukminin. Seseorang menafsirkannya bahawa; 
Hadhrat Umar terkenal sebagai nenek moyang Hadhrat Khawajah Shāh Abū
Sa'id. 

Hadhrat Khawajah juga telah mengadakan Halaqah Zikir di
sana, dan sejumlah besar orang telah
menghadirinya. Syaikh Masjidil Haram
menjemputnya, mengatakan dia
mengundang bagi pihak Rasulullah ﷺ. Di Madinah, penyakitnya berkurangan dan
Hadhrat Khawajah hanya boleh berjalan sejauh satu batu. Tetapi
ia bertambah kuat lagi apabila dia kembali ke Makkah, apabila bulan Ramadan bermula, dia berpuasa
pada hari pertama untuk mengetahui
sama ada dia boleh berpuasa pada bulan
yang mulia ini. Tetapi puasa itu telah memburukkan lagi penyakitnya, jadi dia
memerintahkan agar Fidyah (sedekah
untuk mengimbangi puasa dalam keadaan
tertentu) untuk dibayar bagi pihaknya. Katanya, saya ingin membayar Fidyah
walaupun tidak diwajibkan bagi orang
sakit dan musafir dalam Syariah. 

Pada 22 Ramadhan dia sampai ke kota
Tonk (India) dan Nawab pembesar kota Tonk
menunjukkan penghormatan dan
penghargaan yang tinggi terhadapnya. Pada hari raya dia berkata Nawab tidak
boleh mengunjungi daku, kerana daku
merasakan kegelapan dengan kedatangan
orang kaya dan duniawi. Beliau menasihati
anaknya Hadhrat Khawajah Shāh Abdul Ghanī untuk
mengikuti Sunnah dan menjauhi manusia
duniawi. Dia berkata kepada anaknya itu, daku
memberi ijazat kepada kamu dan Abdul Mughnī (anak lelakinya yang ketiga) dalam
semua amalan dan bacaan (Ashghal dan
Aurād) yang telah aku terima [ijazat]. 

Selepas solat Zuhur, Hadhrat Khawajah akan meminta seorang
Hafiz membaca Surah Yasīn. Apabila
Hafiz telah membacanya tiga kali, dia
memintanya berhenti, sambil berkata daku tidak memiliki banyak masa lagi yang tinggal. 

Beliau berpisah dari dunia ini antara solat
Zuhur dan Asar pada hari Idul Fitri, Sabtu 1
Syawal 1250 Hijrah (31 Januari 1835 M).

 “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan
kepada-Nya kami akan kembali!”

Nawāb Wazīr Ad-Daulah dan penduduk kota
berkumpul dalam solat Janāzāhnya yang
diimamkan oleh Qadi kota Maulānā Khalīl
al-Rahmān. Mayat sucinya dibawa ke Delhi
untuk pengebumian terakhir. Apabila
keranda dibuka di situ selepas hampir
empat puluh hari, badannya begitu segar
seolah-olah baru sahaja dimandikan. Kapas yang diletakkan di bawah
badannya wangi dengan bau yang
menyenangkan, dibawa pergi oleh orang
sebagai peninggalan dan tabarrukat. Dia
dikebumikan bersama Murshidnya di Khānqāh
Mazhariyāh di Delhi. Kedudukan Hadhrat Khawajah digantikan oleh anak sulungnya
Hadhrat Shāh Ahmad Sa'id yang
merupakan salah seorang khalifah agung
Hadhrat Khawajah Shāh Ghulām Ali.

Salah seorang muridnya yang terawal ialah Hadhrat Syaikh Ahmad Bakhsh datang ke Delhi
untuk menziarahi kuburnya yang
bercahaya. Hadhrat Khawajah Shāh Abū Sa'id berpesan kepadanya
dalam mimpi bahawa sijil yang kamu
perolehi dari British dan masih ada dalam
bagasi kamu, koyakkannya kerana ia tidak
sesuai untuk Islam, maksudnya seorang
Muslim tidak boleh mencari keredaan dan
persetujuan dengan orang yang tidak beriman. 

Hadhrat Syaikh Ahmad Bakhsh telah berkata aku tidak
ingat bahawa kertas itu masih ada bersama aku,
dan apabila aku mencari bagasi itu, aku telah menjumpai surat itu. Aku mengoyakkannya dan cinta orang-orang yang tidak beriman telah
dikeluarkan dari hatiku. 

“Sahabat Allah tidak mati, tetapi berpindah
dari satu rumah ke rumah yang lain.”


KETURUNAN DAN KHULAFA

Dia berkahwin dengan Hadhrat Zubdah
Mujaddidi binti Syaikh Ghulam Siddiq ibn
Syaikh Azim Al-Qadr ibn Syaikh Muhammad Isa ibn Syaikh Saifuddin
Mujaddidi Sirhindi. Hadhrat Khawajah mempunyai tiga anak lelaki. Yang lebih tua ialah Hadhrat Khawajah Shāh Ahmad Sa'id
Mujaddidī Fārūqī, semoga Allah
merahmatinya, beliau adalah seorang ulama yang
besar, Syaikh yang terkenal dan telah dilatih dan
diberi kuasa dalam Tariqat oleh Hadhrat Khawajah
Shāh Ghulām Ali. Dia adalah pewaris
rohani sebenar Syaikhnya yang
digantikannya selepas bapanya. Beliau
berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah di
mana beliau meninggal dunia pada tahun
1277H. Anak keduanya ialah Hadhrat Khawajah
Shāh Abdul-Ghanī Fārūqī, seorang ulama
besar sains Islam, yang meminta tariqat
daripada bapanya dan kemudian
menyelesaikan Suluk daripada abangnya. Anak lelakinya yang ketiga ialah Hadhrat Khawajah
Shāh Abdul-Mughnī Fārūqī, yang juga
seorang ulama dan syaikh terkemuka dari silsilah Hadhrat Khawajah Shah Abu Sa'id.

Berikut ini adalah nama- nama para khulafanya yang dilaporkan dalam
biografinya yang bilangan sebenarnya adalah diharapkan bahawa dia memberkati lebih ramai lagi dengan anugerah mulia ini. 

1. Hadhrat Shāh Raūf Ahmad Rāft
Mujaddidī (w.1253H), sepupunya. Beliau pertama kali menerima khilafah
daripada Hadhrat Khawajah Shāh Ghulām Ali,
kemudian daripada Shāh Abū Sa'id
Mujaddidī. 
2. Hadhrat Shāh Khatib Ahmad
Mujaddidī (1224-1266H), dan Shāh
Raūf Ahmad Rāft. 
3. Hadhrat Shāh Abdul Ghanī
Mujaddidī (1234-1296H), seorang
Muhaddith dan pengarang yang hebat. Beliau adalah anak kedua Shah Abū
Sa'id. Dia menerima Suluk dan
khilafat dari ayahnya, dan kemudian
dari abangnya Shaāh Ahmad Sa'id. 
4. Hadhrat Shāh Abdul Mughnī Fārūqī
Mujaddidī (1239-1292H), putera ketiga
Shāh Abū Sa'id Mujaddidī. Dilahirkan
di Lucknow dan meninggal dunia di
Madinah al-Munawwarah. 
5. Hadhrat Maulānā Muhammad
Sharīf (1198-1260H): menerima
pendidikan di Rāmpur dan kemudian
meminta tariqat daripada Shāh Abū Sa'id, menerima khilafat dan
kemudian pergi ke Kashmir dan
Punjab di mana ramai orang mendapat
manfaat daripadanya. Beliau
meninggal dunia di Hoshiārpur dan
jenazahnya telah dipindahkan ke Sirhind
dan dikebumikan di sana berhampiran
Maqam Khawajah Muhammad Ma'sūm. Biografinya dalam bahasa Urdu
direkodkan dalam buku Tazkirah
Mashāikh-e Naqshbandia oleh
Maulana Noor Bakhsh Tawakullī. 
6. Hadhrat Mullā Khudā Burdī
Turkistānī: menerima tariqah daripada
Shāh Abū Sa'id semasa beliau
berada di Lucknow. Kemudian pergi ke
Bulgaria di mana ramai orang diberkati
olehnya. 
7. Hadhrat Mullā Alā'uddīn: menerima
latihan Suluk daripada Shah Abū
Sa'id dan pergi ke Peshawar dan
menyebarkan tariqah di sana
8. Hadhrat Syaikh Sa'adullāh:
memulakan jalan Suluk dengan Hadhrat Khawajah Shāh
Ghulām Ali dan kemudian dengan Hadhrat Khawajah
Shāh Abū Sa'id, dan menerima
khilafat. Dia pergi ke Haramain Sharifain (tempat suci) dan kemudian
menetap di Hyderabad (India) pada
1245 H / 1829. Dia sangat menyayangi
para Syaikhnya dan biasa meraikan
Urs mereka dengan penuh ghairah. Ramai orang datang kepadanya dari
seluruh dunia, dan dia memberkati
ramai dengan Khilafat. Dia adalah
seorang yang berbangsa Tajik. Beliau
meninggal dunia pada 28 Jamādā al- Awwal 1270H (Februari 1854)
9. Hadhrat Maulānā Abdul-Karīm
Turkistānī: datang ke Hadhrat Khawajah Shāh
Ghulām Ali dan kemudian menerima
Suluk daripada Hadhrat Khawajah Shāh Abū Sa'id. 
10. Hadhrat Maulānā Ghulām
Muhammad: berasal dari Attock dan
mendapat latihan rohani daripada
Shāh Abū Sa'id semasa Hadhrat Khawajah
Shāh Ghulām Ali masih hidup. 
11. Hadhrat Miān Asghar (w.1255H),
dikebumikan di Khanqah Mazharia,
Delhi. 
12. Sayyid Ismāʿīl Sinnārī Ḥusaynī
Mālikī Sūdānī

SUMBER 

1. Biografi Shāh Ghulām Alī Dehlavī,
oleh Shāh Abdul-Ghanī Mujaddidī. Sebagai lampiran dalam Maqāmāt
Mazharī, Terjemahan Urdu oleh
Muhammad Iqbāl Mujaddidī, Lembaga
Sains Urdu Lahore, edisi ke -2 2001
2. Biografi pendek dalam bahasa
Urdu oleh Mukhtār Ahmed Khokhar,
diterbitkan dalam Attāhir
[www.islahulmuslimeen.org]
3. Hidāyat al-Tālibeen oleh Shāh Abū
Saeed Fārūqī Mujaddidī
4. Makātīb Sharīfa Parsi (huruf), oleh
Hadhrat Shāh Abdullāh Ghulām
Alī Dehlavī
5. Tazkirah Mashāikh-e
Naqshbandiyāh (Urdu), oleh Allāmā
Noor Bakhsh Tawakullī
6. Surat 36 dalam surat Hadhrat Khawajah Shāh Ahmad
Sa'id Mujaddidī, menggambarkan
kehidupan ayahnya Hadhrat Khawajah Shāh Abū Sa'id.

*Disalin dan dikemaskini daripada karangan Hadhrat Syaikh Jalalludin Ahmad Ar Rowi

 عفا الله عنه ولوالديه ولمشائخه وخلفاءه ومريده، آمين

Tiada ulasan: