Halaman

Translate

Sabtu, 27 Julai 2024

Zikir Dengan Sebanyak-banyaknya - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Zikir dengan sebanyak-banyaknya



قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ١٤
"Beruntunglah orang yang menyucikan batinnya dan menyebut nama Pemeliharanya." (al-A'laa:14/15)

Zikrullah sangat ditekankan dalam Al-Quran dan Hadits. Solat adalah ibadah tetap yang dilakukan lima kali sehari. Puasa juga merupakan ibadat tetap. Adalah fardhu berpuasa selama satu bulan dalam setahun di bulan Ramadhan. Haji adalah fardhu yang dilakukan sekali seumur hidup. Namun mengenai Zikir, Allah Ta'ala berfirman:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ ذِكْرًۭا كَثِيرًۭا ٤١
وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةًۭ وَأَصِيلًا ٤٢

"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang." (al-Ahzaab:41)

Oleh itu, asas membaca tasbih pada waktu pagi dan petang adalah berasal dari ayat ini. Membaca banyak Zikir juga berasal dari ayat ini.

Disebutkan dalam sebuah hadis:

اذكروا الله حتى يقال إنه المجنون
Perbanyakkan Zikrullah sehingga orang mula mengatakan bahawa anda adalah gila.

Tetapi jangan buat Zikir sedemikian rupa sehingga Allah mengisytiharkan kamu gila. Itu akan berlaku jika seseorang itu berzikir dengan cara yang tidak betul atau dalam keadaan yang tidak betul, menyebabkan kesusahan kepada makhluk, mengganggu tidur manusia dengan zikir yang kuat, dan lain-lain. Teruskan berzikir kepada Allah Ta'ala bersama-sama dengan mengambil kira hak orang.

وَذَكَرَ ٱسْمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ ١٥
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (al-A'laa:15)

Bilakah seseorang itu perlu menyebutkan nama Pemeliharanya? Pada semua kesempatan!, pada waktu makan kita ucapkan bismillah ; pada waktu tidur kita membaca bismillah; bangun tidur kita baca bismillah; bila masuk pasar kita baca bismillah. Pada setiap kesempatan kita hendaklah menyebut nama Allah Ta'ala.

Tiada ulasan: