Halaman

Translate

Memaparkan catatan dengan label Safinah An Naja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Safinah An Naja. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Februari 2024

Cara Mengambil Wudhu

نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد

Cara Mengambil Wudhu

Fardhu wudhu itu enam perkara, wudhu tidak sah tanpa enam perkara ini : 

1) niat dengan hati serentak dengan membasuh satu juzuk (bahagian) daripada mukanya [dan sunnat] melafazkan niat dengan lidah yaitu :

نويت فرض الوضوء

"Nawaitu fardal wudhu" artinya sahaja aku mengambil wudhu

2) membasuh mukanya, bermula had panjang muka ialah dari tempat tumbuh rambut kepalanya hingga dua tulang dagunya dan had lebarnya ialah diantara dua telinganya [dan wajib] basuh apa yang ada atas mukanya daripada bulu dan kulit dan daging yang tumbuh padanya seperti ketuat

3) membasuh dua tangannya hingga siku keduanya, maka wajib basuh apa yang ada di atas keduanya daripada segala bulu-bulu jikalau lebat sekalipun dan [wajib] basuh kulit dan daging yang tumbuh atas keduanya (tangan hingga siku)

4) menyapu sedikit daripada kulit kepalanya atau rambut yang ada dalam had(kawasan) kepalanya

5) membasuh dua kakinya hingga dua mata kaki keduanya, maka [wajib] basuh apa yang ada di atas keduanya (dua kaki hingga dua mata kaki) daripada bulu, daging yang tumbuh dan wajib menyampai akan air pada segala pecah-pecah dan lipatan-lipatan yang ada pada keduanya 

6) tertib seperti aturan yang sudah disebutkan

والله اعلم

Sumber : Kitab Hidayat As Sibyan

سبحانك اللهم وبحمدك، اشهد ان لا اله الا انت، استغفرك واتوب اليك

Faqir Haqir Miskin Fani Muznib Dhaif lagi debu di telapak kaki Para Masyaikh

Azmye bin Asli 'ufiya 'anhu

Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, 89008 Keningau, Sabah, Malaysia

Hadas Kecil & Perkara Yang Membatalkan Wudhu

نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد

Hadas Kecil & Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Sebab hadas kecil ada empat dan kesemua ini membatalkan air sembahyang (wudhu)

1) keluar sesuatu daripada salah satu daripada dua jalan yaitu qubul (bahagian depan) atau dubur (bahagian belakang) selain mani dirinya sendiri yang mula-mula keluar

2) bersentuh dua kulit laki-laki dan perempuan yang boleh berkahwin antara keduanya lagi sampai umur yang diingin akan dia

3) menyentuh zakar atau faraj atau halaqah dubur anak adam (manusia) dengan tapak tangan lagi tiada berlapik

4) hilang akal dengan sebab gila atau mabuk atau pitam atau tidur yang tidak tetap kedudukannya

Cara untuk suci daripada hadas kecil itu adalah dengan mengambil wudhu

والله اعلم

Sumber : Kitab Hidayat As Sibyan

سبحانك اللهم وبحمدك، اشهد ان لا اله الا انت، استغفرك واتوب اليك


Faqir Haqir Miskin Fani Muznib lagi Debu di telapak kaki Para Masyaikh

Azmye bin Asli 'ufiya 'anhu

Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, 89008 Keningau, Sabah, Malaysia

Khamis, 1 Februari 2024

Syarat Sah Sembahyang (Solat)

 نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد

Syarat Sah Sembahyang (Solat)

Syarat Sah Sembahyang itu sembilan perkara :

1) islam

2) aqil(berakal)

3) suci badannya daripada hadas kecil dan hadas besar

4) suci badannya dan pakaiannya dan tempat sembahyangnya daripada najis yang tiada dimaafkan

5) masuk waktu

6) menghadap 'ain kiblat

7) menutup aurat

8) mengetahui kaifiat sembahyang

9) menjauhi daripada barang yang membatalkan solat


والله اعلم

Sumber : Kitab Hidayat As Sibyan 

سبحانك اللهم وبحمدك، اشهد ان لا اله الا انت، استغفرك واتوب اليك



Faqir lagi Haqir Miskin Fani

Azmye bin Asli 'ufiya 'anhu

Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, 89008, Keningau, Sabah, Malaysia

No Tel : +60 16 777 0714

Syarat Wajib Sembahyang (Solat)

 نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد

Syarat Wajib Sembahyang (Solat)


Syarat wajib solat itu lima perkara :

1) islam

2) aqil (berakal)

3) baligh (sampai umur)

4) suci daripada haidh dan nifas

5) masuk waktu

والله اعلم

Sumber : Kitab Hidayatus Sibyan karangan Syeikh Abu Abdillah Husain Nasir bin Muhammad Tayib Al Mas'udi Al Banjari rahimahullahu al bari

سبحانك اللهم وبحمدك، اشهد ان لا اله الا انت، استغفرك واتوب اليك


Faqir lagi Haqir

Azmye bin Asli 'ufiya 'anhu

Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar 89008 Keningau, Sabah, Malaysia

No Tel : +60 16 777 0714

Fardhu Wudhu

 نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد


Fardhu Wudhu

Fardhu wudhu ada enam :

1) Niat

2) Membasuh wajah

3) Membasuh dua tangan hingga dua siku

4) Menyapu sesuatu dari kepala

5) Membasuh dua kaki

6) Tertib (Ikut urutan)


والله اعلم

Sumber : Kitab Safinah An Naja


سبحانك اللهم وبحمدك، اشهد ان لا اله الا انت، استغفرك واتوب اليك

Faqir lagi Haqir

Azmye bin Asli 'ufiya 'anhu waliwalidaihi

Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar 89008 Keningau, Sabah, Malaysia

Rabu, 31 Januari 2024

Perkara Yang Mewajibkan Mandi (Mandi Wajib)

نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد

Perkara yang mewajibkan mandi (mandi wajib)


Perkara yang mewajibkan mandi ada enam :

1) masuknya hasyafah (kepala kemaluan lelaki) ke dalam faraj

2) keluar mani

3) haidh

4) nifas (keluar darah setelah beranak)

5)wiladah (melahirkan)

7) mati


Sumber : Kitab Safinah An Naja

والله اعلم

سبحانك اللهم وبحمدك، اشهد ان لا اله الا انت، استغفرك واتوب اليك


Faqir lagi Haqir

Azmye bin Asli 'ufiya 'anhu

Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, 89008 Keningau, Sabah, Malaysia


Rabu, 24 Januari 2024

Rukun Iman

Rukun Iman

نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد

Rukun iman ada 6 :

1) beriman pada Allah 
2) beriman pada malaikat
3) beriman pada kitab
4) beriman pada para rusul
5) beriman pada hari kiamat
6) beriman pada takdir baik dan buruk daripada Allah Ta'ala

Sumber : Kitab Safinah An-Naja

Wallahu a'lam
Semoga Allah merahmati

سبحانك اللهم وبحمدك، أشهد أن لا اله الا انت، أستغفرك وأتوب إليك


Faqir lagi haqir
 Azmye Bin Asli 'ufiya 'anhu waliwalidaihi

Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, 89008 Keningau, Sabah, Malaysia.

Link :

Rukun Islam

Rukun Islam

نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد

Rukun islam ada lima :

1). Menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah

2). Mendirikan solat

3). Memberi zakat

4). Berpuasa pada bulan ramadan

5). Menunaikan haji ke baitullah bagi mereka yang mampu berjalan kepadanya.

Wallahu a'lam 

Semoga Allah merahmati.

Sumber : Kitab Safinah An-Naja

سبحانك اللهم وبحمدك، أشهد أن لا اله الا أنت، أستغفرك وأتوب إليك


 Faqir lagi haqir
Muhammad Azmi Bin Asli An-Naqshbandi
Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, 89008 Keningau, Sabah, Malaysia.

Link :

Selasa, 23 Januari 2024

Tanda - Tanda Baligh

Tanda-Tanda Seseorang Telah Mencapai Usia Baligh

نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد

Tanda-tanda baligh ada tiga :

1). Sampai umur 15 tahun untuk lelaki dan wanita
2). Mimpi basah untuk lelaki dan wanita pada ketika berumur 9 tahun
3). Datang haidh untuk wanita yang berumur 9 tahun.

Sumber : Kitab Safinah An - Naja

سبحانك اللهم وبحمدك، أشهد أن لا اله الا انت، أستغفرك وأتوب اليك

Faqir lagi haqir

 Azmye Bin Asli 'ufiya 'anhu waliwalidaihi

Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, 89008 Keningau, Sabah, Malaysia

Link :

Rukun Iman

Rukun Islam