Halaman

Translate

Jumaat, 2 Februari 2024

Hadas Kecil & Perkara Yang Membatalkan Wudhu

نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد

Hadas Kecil & Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Sebab hadas kecil ada empat dan kesemua ini membatalkan air sembahyang (wudhu)

1) keluar sesuatu daripada salah satu daripada dua jalan yaitu qubul (bahagian depan) atau dubur (bahagian belakang) selain mani dirinya sendiri yang mula-mula keluar

2) bersentuh dua kulit laki-laki dan perempuan yang boleh berkahwin antara keduanya lagi sampai umur yang diingin akan dia

3) menyentuh zakar atau faraj atau halaqah dubur anak adam (manusia) dengan tapak tangan lagi tiada berlapik

4) hilang akal dengan sebab gila atau mabuk atau pitam atau tidur yang tidak tetap kedudukannya

Cara untuk suci daripada hadas kecil itu adalah dengan mengambil wudhu

والله اعلم

Sumber : Kitab Hidayat As Sibyan

سبحانك اللهم وبحمدك، اشهد ان لا اله الا انت، استغفرك واتوب اليك


Faqir Haqir Miskin Fani Muznib lagi Debu di telapak kaki Para Masyaikh

Azmye bin Asli 'ufiya 'anhu

Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, 89008 Keningau, Sabah, Malaysia

Tiada ulasan: