Halaman

Translate

Jumaat, 2 Februari 2024

Surat Ijazat Pertama

نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد

Surat Ijazat Pertama


بسم الله الرحمن الرحيم

Sesudah hamd dan solat, hamba yang bergantung penuh dengan rahmat Allah Al Malik Al Wali, Ahmad bin Syaikh Abdul Ahad Faruqi Naqshbandi semoga Allah Ta'ala merahmati ke atas mereka berdua, ingin menyatakan bahawa saudara yang salih, 'alim, siddiq, seorang yang jami' terhimpun  dengan 'ulum syari'at, tariqat dan haqiqat, Hadhrat Syaikh Hamid Banggali, semoga Allah menjadikannya hamba yang dikasihi-Nya dan semoga diberikan taufiq untuk melakukan perkara-perkara yang disukai-Nya, bahawa tatkala beliau menempuh tingkatan-tingkatan manazil suluk, beliau telah mendaki atas peningkatan jazbah dan sampai sehingga ke darjat wilayat. Sesudah perkara itu, adalah bahawa terhasil martabat pencapaian penghujungan nihayah di dalam permulaan bidayah beliau. Maka daku memberikan ijazat keizinan supaya menuruti ajaran Tariqat Para Masyaikh Naqshbandiyyah Qaddasallahu Ta'ala Asrarahum, semoga Allah mensucikan segala rahsia mereka dan supaya dapatlah memberikan ta'lim pengajaran kepada para talibin, para muridin yang mukhlis dan para mustarsyidin setelah melakukan istikharah dan menghasilkan keizinan. Dan adalah dimohonkan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar beliau terpelihara dan dijauhkan dari sebarang perkara yang tidak elok dan tidak bersesuaian dengannya. Dan hendaklah menetapkan jejak langkah atas menuruti Hadhrat Sayyidul Mursalin 'alaihi wa 'alaihimus solawatu wat taslimat.


Sumber : Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah karangan Hadhrat Imam Rabbani Ghauts Samadani Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi Quddisa Sirruhu

Diterjemahkan oleh : Syaikhuna Wa Murshiduna Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar Rowi Al Amani Al Ruhani Al Bazi An Naqshbandi Al Mujaddidi 'Ufiya 'Anhu

والله اعلم

سبحانك اللهم وبحمدك، اشهد ان لا اله الا انت، استغفرك واتوب اليك

'Abdu Dha'if Faqir Haqir Khakpaey Buzurgan La Syaik Miskin Fani

Azmye bin Asli 'ufiya 'anhu

Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, 89008 Keningau, Sabah, Malaysia



Tiada ulasan: