Halaman

Translate

Khamis, 1 Februari 2024

Kata - Kata Hikmat Para Masyaikh

نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد

Kata-Kata Hikmat Para Masyaikh


1- Allah menerangi alam dengan cahaya makhluk dan menerangi hati dengan cahaya sifat-Nya.

2- kalau Allah jadikan malam saja, siapa tuhan boleh bawa siang?

3- orang kafir kerja mahu makan saja, orang beriman kerja makan untuk ibadat

4- kalau kau makan kerja saja samalah macam yang ada dalam kandang

5- muka saja orang, perangai tidak macam orang

6- kalau hati tidak memandang, jadilah gelap

7- ada masalah kembalilah pada Dia

8- siapa berpaling daripadaku, aku sediakan kehidupan yang sempit

9- orang yang zauq dengan Allah, jawapan dia pening

10- makan minum bukan matlamat, tapi keperluan

11- seorang yang kurangkan makan, Allah penuhkan hatinya dengan nur

12- makrifat apa? Berlipat !

13- zikir itu nur, ilmu itu nur, nur yang maknawi.

14- keyakinan meningkat, rasa makin sedap itulah nur.

15- kita tengok qudrat makhluk, kita lihat qudrat Allah lagi dahsyat. Kita tengok ilmu makhluk, kita ingat ilmu Allah lagi dahsyat.

16- dalam kena topup banyak, biar sinaran lagi kuat

17- hendaklah engkau merasa ringan bala yang menimpa padamu, karena kau ingat Allah yang mengujimu

18- semua yang jadi ada hikmah ilahi.

19- Dia beri adakalanya angkat martabat, adakalanya hapus dosa.

20- nafsu tak nak bala-bala, dia nak sihat, segar.

21- bila tinggi maqam, dia rasa bala itu kurniaan,seronok.

22- mungkin kamu tidak suka tapi itu baik untuk kamu.

23- manusia tidak suka miskin.

24- miskin syariat, miskin hakikat, miskin hakikat lagi teruk

25- seorang miskin masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari orang kaya

26- manusia tidak suka miskin, hina, berpenyakit, sebenarnya nafsu yang tidak suka sedang hikmah besar.

27- 3 hari demam dalam diam dan pasrah pahala 70 tahun ibadat. Sehari demam dosa setahun dihapus, dua hari dua tahun.

28- sakitku lebih manis, lebih sedap dari madu.

29- ujian-ujian pakaian auliya

30- dia ridha sedikit rezeki, tuhan ridha sedikit amal.

31- berjalan di jalan sufi kena ada minat untuk tidak dikenal orang. Hubbul jah kasihkan kemegahan.

32- bersegeralah kepada amal yang banyak, akan datang pada akhir zaman fitnah yang gelap. Pagi beriman, petang kufur.

33- apabila engkau yang menguji buatlah sesukamu (maqam taslim).

34- cinta yang sebenar, serah habis.

35- siapa luput Allah, dia luput segala-galanya.

36-ya Allah jadikanlah aku dalam kalangan orang yang sedikit. اللهم اجعلني من القليل

Sedikit orang yang bersyukur. 

37- bila yang menurunkan ialah Dia, baru senyap.

38- cara pengubatan jiwa, rujukkan qalbi kepada Allah.

سبحانك اللهم وبحمدك، اشهد ان لا اله الا انت، استغفرك واتوب اليك

Disalin dan ditaip semula oleh

Faqir lagi Haqir, Miskin, Fani, Debu di telapak kaki Para Masyaikh 

Azmye bin Asli 'Ufiya 'Anhu

Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, 89000 Keningau, Sabah, Malaysia


Tiada ulasan: