Halaman

Translate

Memaparkan catatan dengan label Nabi Muhammad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nabi Muhammad. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Ogos 2024

Hadis Al Kisa

 Hadis Al Kisa

Daripada Jabir bin Abdullah Al-Ansari, daripada Fatimah Az-Zahra’ alaihassalam, puteri Rasulullah SAW, beliau berkata:
"Pada suatu hari, Rasulullah SAW datang menemuiku dan mengucapkan salam: 'Assalamu alaiki ya Fatimah.' Aku menjawab, 'Wa alaika salam.' Beliau kemudian berkata: 'Wahai Fatimah, sesungguhnya aku merasakan badanku lemah.' Aku berkata: 'Aku mohon perlindungan kepada Allah bagimu, wahai ayahanda, daripada kelemahan.' Baginda berkata: 'Wahai Fatimah, bawakan kepadaku kain Kisa’ Yaman dan tutupilah aku dengannya.' Aku kemudian membawa kain Kisa’ Yaman kepada beliau dan menutupi beliau dengannya. Tidak lama kemudian, aku melihat wajah beliau bersinar seperti bulan purnama di malam yang cerah.
Tidak lama selepas itu, tiba-tiba anakku, Hasan datang dan mengucapkan salam: 'Assalamu alaiki ya Ummah.' Aku menjawab: 'Wa alaika salam wahai penyejuk mataku dan buah hatiku.' Hasan berkata: 'Wahai ibuku, aku mencium bau yang sangat harum di sini, seolah-olah ia adalah bau datukku, Rasulullah SAW.' Aku menjawab: 'Ya, datukmu berada di bawah kain kisa'.' Hasan kemudian menghampiri kain kisa’ dan berkata: 'Assalamu alaika ya Jaddah, ya Rasulullah, bolehkah aku masuk bersamamu di bawah kisa' ini?' Rasulullah SAW menjawab: 'Wa alaika salam wahai cucuku dan pemilik telagaku, sudah tentu aku izinkan.' Maka, Hasan masuk ke bawah kain kisa’ bersama baginda.
Tidak lama selepas itu, anakku Husain pula datang dan mengucapkan salam: 'Assalamu alaiki ya Ummah.' Aku menjawab: 'Wa alaika salam wahai anakku, penyejuk mataku dan buah hatiku.' Husain berkata: 'Wahai ibuku, aku mencium bau yang sangat harum di sini, seolah-olah ia adalah bau datukku, Rasulullah SAW.' Aku menjawab: 'Ya, datukmu dan abangmu berada di bawah kain kisa'.' Husain kemudian menghampiri kain kisa’ dan berkata: 'Assalamu alaika ya Jaddah, assalamu alaika ya orang yang dipilih oleh Allah, bolehkah aku bersama kalian di bawah kain kisa' ini?' Rasulullah SAW menjawab: 'Wa alaika salam wahai cucuku dan pemberi syafaat kepada umatku, sudah tentu aku izinkan.' Maka, Husain masuk ke bawah kain kisa’ bersama mereka.
Kemudian, suamiku, Abu Hasan Ali bin Abi Talib alaihissalam datang dan berkata: 'Assalamu alaiki ya binti Rasulullah.' Aku menjawab: 'Wa alaika salam wahai Abu Hasan, ya Amirul Mukminin.' Ali berkata: 'Wahai Fatimah, aku mencium bau yang sangat harum di sini, seolah-olah ia adalah bau saudaraku dan sepupuku, Rasulullah SAW.' Aku menjawab: 'Ya, beliau bersama anak-anakmu di bawah kain kisa'.' Ali kemudian menghampiri kain kisa’ dan berkata: 'Assalamu alaika ya Rasulullah, bolehkah aku bersama kalian di bawah kain kisa' ini?' Rasulullah SAW menjawab: 'Wa alaika salam wahai saudaraku, ya wasi’i dan penggantiku, pemegang panjiku, sudah tentu aku izinkan.' Maka, Ali masuk ke bawah kain kisa’ bersama mereka.
Kemudian, aku menghampiri kain kisa’ dan berkata: 'Assalamu alaika ya Abatah, ya Rasulullah, bolehkah aku bersama kalian di bawah kain kisa' ini?' Rasulullah SAW menjawab: 'Wa alaiki salam wahai puteriku, wahai sebahagian dariku, sudah tentu aku izinkan.' Maka, aku masuk ke bawah kain kisa’ bersama mereka.
Setelah kami semua berkumpul di bawah kain kisa’, Rasulullah SAW memegang kedua-dua hujung kain kisa’ dengan tangan kanan beliau dan mengangkatnya ke langit sambil berdoa: 'Ya Allah, sesungguhnya mereka ini adalah ahli keluargaku, orang-orang yang istimewa dan yang paling dekat denganku. Daging mereka adalah dagingku, darah mereka adalah darahku. Barang siapa yang menyakiti mereka, maka ia menyakitiku juga. Barang siapa yang membuat mereka sedih, maka ia juga membuatku sedih. Aku berperang dengan sesiapa yang memerangi mereka dan aku berdamai dengan sesiapa yang berdamai dengan mereka. Aku adalah musuh bagi sesiapa yang memusuhi mereka dan aku adalah kekasih bagi sesiapa yang mencintai mereka. Mereka adalah dariku dan aku adalah dari mereka. Maka turunkanlah rahmat, keberkatan, pengampunan, dan keredhaanMu ke atas aku dan ke atas mereka, dan sucikanlah mereka dari segala kotoran, sesungguhnya Engkau adalah Maha Suci dan Maha Penyuci.'
Allah SWT kemudian berfirman: 'Wahai para malaikatKu dan para penghuni langitKu, sesungguhnya Aku tidak menciptakan langit yang terbangun, bumi yang terbentang, bulan yang bercahaya, matahari yang bersinar, galaksi yang berputar, lautan yang mengalir, atau kapal yang berlayar kecuali kerana cinta kepada lima orang yang berada di bawah kain kisa’ ini.' Maka malaikat Jibril bertanya: 'Ya Tuhanku, siapakah mereka yang berada di bawah kain kisa' ini?' Allah SWT menjawab: 'Mereka adalah keluarga nabi, sumber kenabian, dan tempat tinggal wahyu. Mereka adalah Fatimah, ayahnya, suaminya, dan anak-anaknya.' Jibril kemudian berkata: 'Ya Tuhanku, bolehkah aku turun ke bumi untuk bersama mereka sebagai orang keenam?' Allah SWT menjawab: 'Ya, Aku izinkan engkau.'
Maka, Jibril turun ke bumi dan berkata: 'Assalamu alaika ya Rasulullah, Tuhan yang Maha Tinggi menyampaikan salam kepadamu, memberi salam penghormatan, dan berkata: "Demi kebesaran dan kemuliaanKu, sesungguhnya Aku tidak menciptakan langit yang terbangun, bumi yang terbentang, bulan yang bercahaya, matahari yang bersinar, galaksi yang berputar, lautan yang mengalir, atau kapal yang berlayar kecuali kerana kalian dan cinta kalian." Allah SWT juga berkata: "Aku telah mengizinkanmu untuk bersama mereka. Bolehkah aku bersama kalian, ya Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: 'Wa alaika salam wahai penyampai wahyu Allah, sudah tentu aku izinkan.'
Maka, Jibril masuk ke bawah kain kisa’ bersama mereka dan berkata kepada Rasulullah SAW: 'Sesungguhnya Allah telah menurunkan wahyu kepadamu yang mengatakan, "Sesungguhnya Allah hanya ingin menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahli bait, dan membersihkan kamu sesuci-sucinya."'
Kemudian, Ali berkata kepada Rasulullah SAW: 'Wahai Rasulullah, ceritakan kepadaku apakah keutamaan dari pertemuan kita di bawah kain kisa’ ini di sisi Allah?' Rasulullah SAW menjawab: 'Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran sebagai nabi dan memilihku sebagai rasul, tidaklah kisah kita ini disebut dalam pertemuan dari pertemuan-pertemuan di dunia yang dihadiri oleh sekelompok dari syiah kita dan para pencinta kita, melainkan rahmat akan turun kepada mereka dan para malaikat akan mengelilingi mereka dan memohon ampun untuk mereka hingga mereka berpisah.' Ali berkata: 'Kalau begitu, demi Allah, kita telah berjaya dan syiah kita juga telah berjaya. Demi Tuhan Ka'bah.'
Rasulullah SAW kemudian berkata: 'Wahai Ali, demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran sebagai nabi dan memilihku sebagai rasul, tidaklah kisah kita ini disebut dalam pertemuan dari pertemuan-pertemuan di dunia yang dihadiri oleh sekelompok dari syiah kita dan para pencinta kita dan di antara mereka terdapat orang yang sedang dalam kesulitan, melainkan Allah akan menghilangkan kesulitan mereka. Tidak ada yang berada dalam kesedihan melainkan Allah akan menghilangkan kesedihan mereka. Dan tidak ada yang mempunyai hajat melainkan Allah akan memenuhi hajat mereka.' Ali berkata: 'Kalau begitu, kita telah berjaya dan bahagia, dan demikian juga syiah kita berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat, demi Tuhan Ka'bah.' Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Selasa, 6 Ogos 2024

Hadiah untuk yang tersayang ﷺ - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Hadiah untuk yang tersayang ﷺ 


Kita harus membawa dalam diri kita keyakinan bahawa apa sahaja yang diperkatakan oleh Rasulullah ﷺ adalah benar.

"Sesiapa yang membaca shalawat untuk Rasulullah ﷺ dari mana-mana tempat dunia, malaikat pasti akan menyampaikannya kepada Rasulullah ﷺ persis seperti apa yang dibaca."

Jika kita membaca shalawat di kubur Rasulullah ﷺ yang dirahmati, Baginda ﷺ mendengarnya secara langsung; ini ditetapkan dalam Hadith Baihaqi. Disebutkan pula dalam hadits lain,

"Sesiapa yang membaca shalawat kepadaku di samping kuburku, aku dapat mendengarnya dan sesiapa yang membaca shalawat kepadaku dari jauh, shalawat itu akan disampaikan kepadaku."

Oleh itu, kita tidak seharusnya meletakkan keyakinan dan pergantungan pada mata kita. Aspek yang perlu kita yakini ialah sabda Rasulullah ﷺ, sama ada kita mampu melihatnya atau tidak.

Malam ini adalah malam Jumaat. Bacaan shalawat pada Jumaat dan malam Jumaat telah ditekankan di dalam Hadith. Rasulullah ﷺ akan menjadi sangat gembira apabila seseorang membaca shalawat kepadanya. Oleh itu, bacalah shalawat sebanyak mungkin. Sememangnya, kita harus selalu membaca shalawat. Semoga Allah merahmati kita dengan taufiq yang betul. Amin.

Ahad, 4 Ogos 2024

Berkat Sentuhan Nabi ﷺ — Mahbubul Ulama Wa Sulaha Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi

Berkat sentuhan Nabi ﷺ 

Suatu ketika Sayyidah Fatimah Al-Zahra رضي الله عنها sedang membakar roti di dalam ketuhar. Sementara itu, Rasulullah ﷺ datang ke rumahnya. Rasulullah ﷺ sangat menyayangi anak perempuannya itu رضي الله عنها. Anak perempuannya رضي الله عنها itu juga sama mencintainya. Apabila Nabi ﷺ melihatnya sedang membakar roti, dia berkata, Fatimah رضي الله عنها!, aku juga ingin membuat roti. Maka Nabi ﷺ pun mengambil sebuku tepung dan mengadunnya menjadi doh, lantas menyuruh Sayyidah Fatimah رضي الله عنها untuk memasukkan doh itu ke dalam ketuhar. Sayyidah Fatimah رضي الله عنها pun memasukkan adunan roti itu ke dalam ketuhar. Apabila Sayyidah Fatimah Al-Zahra رضي الله عنها selesai membakar roti, dia mula berkata, Ayah! Semua roti telah masak dengan matang, tetapi satu roti tadi tidak juga masak-masak sehingga sekarang, sama seperti asalnya. Kepanasan api itu tidak memberi kesan kepadanya. Nabi Muhammad ﷺ tersenyum lalu berkata, "bahawa api tidak akan menjejaskan doh (adunan roti) yang telah disentuh oleh tanganku ﷺ. 

سبحان الله

Seorang sahabat berkata bahawa "aku telah pergi ke rumah Hadhrat Anas رضي الله عنه atas sebab dijemput untuk makan bersamanya. Setelah selesai makan dia telah meminta hambanya untuk membawakan tuala, apabila hamba itu membawa tuala, Hadhrat Anas رضي الله عنه melihat bahawa tuala itu kotor dan basah. Hadhrat Anas رضي الله عنه memandangnya dengan pandangan marah dan berkata, "bawa pergi tuala itu dan bersihkan". Hamba itu telah pergi dan melemparkan tuala itu ke dalam ketuhar yang panas membakar. Selepas beberapa ketika, dia mengeluarkan tuala itu dari ketuhar dan kain itu telah menjadi bersih. Lalu, hamba itu telah membawa tuala yang kering itu kepada aku. Aku membersihkan tangan sambil memandang Hadhrat Anas رضي الله عنه dengan pandangan ingin bertanya. Hadhrat Anas رضي الله عنه tersenyum dan berkata bahawa, "aku pernah menjemput Nabi ﷺ  datang ke rumahku. Aku telah memberikannya tuala ini kepada Mahbub ﷺ kekasihku untuk membersihkan tangannya yang diberkati itu. Sejak Mahbub ﷺ membersihkan tangannya yang mubarak, api sudah tidak lagi dapat membakar tuala ini.

سبحان الله

Apa saja yang disentuh oleh Nabi ﷺ, atas sebab berkatnya nisbat perkaitan ini api pun turut berhenti dari membakarnya.

Rasul Penyampai Khabar Yang Benar - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Rasul penyampai khabar yang benar ﷺ 



"Rasul yang benar, Rasulullah ﷺ  telah memberitahu kita bahawa melihat wajah Allah تعالى adalah salah satu anugerah di Jannah(syurga) yang paling besar.

"Setelah penghisaban berlaku, pengumuman akan dibuat bahawa setiap orang harus mencari perlindungan dari objek yang mereka telah ambil sebagai dewa di dunia ini. Ada orang yang menyembah bulan, ada yang menyembah matahari, api dan air. Mereka akan diperintahkan untuk mencari perlindungan daripada tuhan-tuhan palsu mereka, orang-orang Islam, yang telah menyembah Allah تعالى sahaja yang akan kekal dengan iman mereka.

Satu suara akan mendakwa: Aku-lah Tuhanmu, Pemeliharamu.

"Apabila orang Islam mendengarnya, mereka akan menyangkalnya dan berkata, 'Tidak, kamu bukan Tuhan kami."

"Setelah itu Zat itu akan menjadi nyata dan mengatakan, "Aku-lah Pemelihara kamu; maka pada saat itu semua orang akan bersujud kepada-Nya."