Halaman

Translate

Ahad, 4 Ogos 2024

Berkat Sentuhan Nabi ﷺ — Mahbubul Ulama Wa Sulaha Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi

Berkat sentuhan Nabi ﷺ 

Suatu ketika Sayyidah Fatimah Al-Zahra رضي الله عنها sedang membakar roti di dalam ketuhar. Sementara itu, Rasulullah ﷺ datang ke rumahnya. Rasulullah ﷺ sangat menyayangi anak perempuannya itu رضي الله عنها. Anak perempuannya رضي الله عنها itu juga sama mencintainya. Apabila Nabi ﷺ melihatnya sedang membakar roti, dia berkata, Fatimah رضي الله عنها!, aku juga ingin membuat roti. Maka Nabi ﷺ pun mengambil sebuku tepung dan mengadunnya menjadi doh, lantas menyuruh Sayyidah Fatimah رضي الله عنها untuk memasukkan doh itu ke dalam ketuhar. Sayyidah Fatimah رضي الله عنها pun memasukkan adunan roti itu ke dalam ketuhar. Apabila Sayyidah Fatimah Al-Zahra رضي الله عنها selesai membakar roti, dia mula berkata, Ayah! Semua roti telah masak dengan matang, tetapi satu roti tadi tidak juga masak-masak sehingga sekarang, sama seperti asalnya. Kepanasan api itu tidak memberi kesan kepadanya. Nabi Muhammad ﷺ tersenyum lalu berkata, "bahawa api tidak akan menjejaskan doh (adunan roti) yang telah disentuh oleh tanganku ﷺ. 

سبحان الله

Seorang sahabat berkata bahawa "aku telah pergi ke rumah Hadhrat Anas رضي الله عنه atas sebab dijemput untuk makan bersamanya. Setelah selesai makan dia telah meminta hambanya untuk membawakan tuala, apabila hamba itu membawa tuala, Hadhrat Anas رضي الله عنه melihat bahawa tuala itu kotor dan basah. Hadhrat Anas رضي الله عنه memandangnya dengan pandangan marah dan berkata, "bawa pergi tuala itu dan bersihkan". Hamba itu telah pergi dan melemparkan tuala itu ke dalam ketuhar yang panas membakar. Selepas beberapa ketika, dia mengeluarkan tuala itu dari ketuhar dan kain itu telah menjadi bersih. Lalu, hamba itu telah membawa tuala yang kering itu kepada aku. Aku membersihkan tangan sambil memandang Hadhrat Anas رضي الله عنه dengan pandangan ingin bertanya. Hadhrat Anas رضي الله عنه tersenyum dan berkata bahawa, "aku pernah menjemput Nabi ﷺ  datang ke rumahku. Aku telah memberikannya tuala ini kepada Mahbub ﷺ kekasihku untuk membersihkan tangannya yang diberkati itu. Sejak Mahbub ﷺ membersihkan tangannya yang mubarak, api sudah tidak lagi dapat membakar tuala ini.

سبحان الله

Apa saja yang disentuh oleh Nabi ﷺ, atas sebab berkatnya nisbat perkaitan ini api pun turut berhenti dari membakarnya.

Tiada ulasan: