Halaman

Translate

Isnin, 5 Ogos 2024

Jawapan Sayyid Abdul Aziz Dabbagh Terhadap Suatu Bantahan — Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Jawapan Sayyid Abdul Aziz Dabbagh رحمه الله تعالى terhadap bantahan


Pada ketika ini, timbul bantahan terhadap alim ulama  tentang Zat pertama yang akan zahir pada hari penghisaban nanti dan Zat  itu akan mengaku sebagai Allah تعالى , saat itu mengapa orang Islam akan menolak dari mengakui-Nya? Sedangkan mereka (orang islam) tidak pernah melihat Allah تعالى sebelum ini dan tidak pernah mendengar suara-Nya?.


Akhirat adalah tempat kebenaran lagi pengadilan. Oleh itu, mengapa mereka (orang beriman) kemudian mengingkari-Nya, mengapa pula mereka segera bersujud apabila mendengar suara-Nya yang kedua, sambil mereka berkata, "Ya, Engkaulah Tuhan Pemelihara kami?"

Hadhrat Sayyid Abdul Aziz Dabbagh رحمه الله تعالى telah memberikan jawapan terhadap bantahan ini. Dia berkata bahawa semasa hidup di dunia, kita mengalami nikmat, kurnia, rahmat, kebaikan dan belas kasihan Allah تعالى. Suara bentuk pertama akan menjadi keras dan kasar tanpa belas kasihan dan tanpa kasih sayang. Ini akan menjadi sebab penafian mereka (orang beriman) dengan mengingkari-Nya.

Sepertimana seorang bapa apabila memanggil anaknya yang berada di bilik lain, dan anaknya itu menjawab dengan suara yang kasar dan keras sambil berkata, "Ya!"

Bapanya itu akan berfikir sendiri bahawa anak aku tidak pernah bercakap kasar denganku, oleh itu, dia tidak akan menjawab panggilanku dengan cara sebegini. Mesti ada orang lain yang menjawabnya. 

Begitu juga, nada suara pertama akan menjadi keras manakala suara yang kedua akan dipenuhi dengan belas kasihan dan kasih sayang, sepertimana yang mereka pernah alami di dunia.

Di akhirat nanti kita akan melihat Allah تعالى, di dunia ini kita tidak mempunyai kemampuan untuk melihat-Nya. Kita tidak dapat melihat matahari, yang merupakan ciptaan-Nya, apabila ia telah mencapai kemuncaknya. Kekuatan mata kita sangat lemah. Kita tidak dapat melihat Allah تعالى menggunakan mata itu. Akan tetapi kita akan dapat melihat Dia dengan menggunakan mata yang lain.

Tiada ulasan: