Halaman

Translate

Jumaat, 2 Ogos 2024

Maqam Kedudukan Nisbat Hadhrat 'Adam عليه السلام - Mahbubul Ulama Wa Sulaha Hadhrat Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi

Maqam kedudukan nisbat Hadhrat Adam  عليه السلام




Allah تعالى  menerima doa hamba-Nya dengan berkat Nabi. Sebabnya ialah ketika Sayyiduna Adam عليه السلام diturunkan ke dunia ini, dia menangis dengan penuh khusyuk dan berdoa di hadapan Allah تعالى selama dua ratus tahun atau tiga ratus tahun sehingga jika air mata itu dikumpulkan, ia akan menjadi seperti sebuah sungai yang mengalir. Akhirnya, Hadhrat Adam عليه السلام memohon ampun kepada Allah تعالى dengan perantaraan Mahbub kekasih-Nya ﷺ dengan berkata, "Ya Allah! demi nisbatku dengan Mahbub Kekasih-Mu ﷺ , terimalah taubatku, ya Allah! ."

Tuhan bagi sekalian alam telah menerima doanya itu, tetapi pada masa yang sama bertanya, Wahai Adam عليه السلام sayangku!  Bagaimana kamu tahu bahawa dia itu Muqarrab seorang yang hampir dan Mahbub kekasih-Ku? 

Hadhrat Adam عليه السلام berkata, Ya Allah!  Ketika aku berada di dalam Syurga, aku melihat tertulis di atas arasy, 

لا اله الا الله، محمد رسول الله

Aku mengetahui bahawa orang yang mana namanya di sebelah nama-Mu, dia adalah seorang yang Kamu sangat cintai. 

Itulah sebabnya aku telah berdoa kepada Kamu dengan tasawwur membayangkan orang yang Kamu sayangi ini.

سبحان الله

Sesudah itu diturunkan wahyu kepada Hadhrat Adam عليه السلام bahawa dia itu adalah Khatamun Nabiyyin penutup sekalian nabi-Ku dan termasuk dalam zuriat keturunan kamu, kalau tidak kerana dia, kamu tidak akan diciptakan. 

Telah disebutkan dalam Hadis yang suci bahawa pada hari kiamat nanti, atas sebab nisbat hubungan yang berkat ini, Hadhrat Adam عليه السلام ingin dipanggil oleh Nabi Akhir Zaman ﷺ dengan namanya Nabi ﷺ iaitu (Muhammad) dan bukannya Adam.

Maka para ulama telah menulis bahawa Hadhrat Adam عليه السلام akan dipanggil dengan nama kunniyat "Abu Muhammad ﷺ " di dalam syurga. 


سبحان الله

Telah menjadi keinginan hati Hadhrat Adam عليه السلام bahawa dirinya ingin dipanggil dengan namanya (Muhammad ﷺ) yang mana dengan keberkatan nisbat dengannya iaitu dari anak keturunannya, maka taubatnya telah diterima.

Tiada ulasan: