Halaman

Translate

Selasa, 13 Ogos 2024

Kesombongan Mencabar Kekuasaan Allah تعالى - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

 

نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد 

Allah تعالى menjelaskan dalam Hadith Qudsi :

الكبرياء ردائي والعظمة إزاري فمن نازعني واحدا منهما أدخلته النار وفي رواية قذفته في النار (مشكاة ص ٤٣٣)

"Kesombongan adalah Rida-Ku (pakaian atas) dan Kebesaran adalah Sarung-Ku ( pakaian bawah). Maka sesiapa saja yang cuba merampas salah satunya daripada-Ku, Aku akan memasukannya ke dalam api neraka."

Hadith Qudsi ini ialah satu penjelasan daripada Rasulullah ﷺ tentang pernyataan yang dibuat oleh Allah تعالى. Rasulullah ﷺ menyifatkan Hadith Qudsi ini kepada Allah تعالى tetapi Hadith Qudsi bukanlah sebahagian daripada Qur'an Sharif. 

Dalam Hadits Qudsi ini, Allah تعالى berfirman:

الكبرياء ردائي

"Kesombongan adalah Rida-Ku."

Apakah yang dapat kita fikirkan tentang seseorang yang cuba merampas pakaian orang lain? Kita akan mengatakan bahawa orang yang merampas itu adalah seorang yang sangat tidak bermoral dan jahat.

Demikianlah orang yang mempamerkan kehebatannya, yang ingin menonjolkan kelebihannya atas orang lain, dia memperlihatkan kesombongannya terhadap orang lain, sebenarnya orang tersebut sedang berusaha merampas Rida Allah تعالى. 

Adakah kita sedar apakah akibat yang akan menimpa seseorang yang cuba merampas pakaian Allah تعالى?

Jika ada seseorang cuba merampas pakaian kamu, kamu boleh mengertaknya, walaupun orang tersebut dua atau tiga kali ganda lebih berkuasa daripada kamu. Kamu boleh mencabarnya dengan menggunakan alat atau dengan satu benda sebagai bantuan tetapi kebesaran dan kekuasaan Allah تعالى tiada batasan. Tiada siapa boleh menandingi-Nya :

وهو القاهر فوق عباده

"Dan Dialah yang berkuasa penuh atas hamba-hamba-Nya. "  

Surah Al-An'am ayat 65


قُلْ هُوَ ٱلْقَادِرُ عَلَىٰٓ أَن يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًۭا مِّن فَوْقِكُمْ أَوْ مِن تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًۭا وَيُذِيقَ بَعْضَكُم بَأْسَ بَعْضٍ ۗ ٱنظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ ٱلْـَٔايَـٰتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ 

Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.

Surah Al-An'am ayat 65


Allah تعالى memiliki kuasa yang sempurna dan mutlak. Seluruh alam ini adalah ciptaan Allah تعالى. Ular dan kala jengking adalah ciptaan Allah تعالى. Singa dan serigala adalah ciptaan Allah تعالى. Allah تعالى berkuasa menghukum mana-mana pendosa dengan menggunakan ciptaan-Nya. Penyakit yang menyerang manusia adalah musuh manusia. Bencana alam juga musuh tersembunyi. Seseorang didiagnosis dengan tumor, seorang lagi dengan TB. Penyakit kolera yang merebak.

Semua ini dan banyak lagi penyakit adalah 'ciptaan' daripada Allah تعالى  juga. Allah تعالى boleh menghukum mana-mana pendosa menggunakan mana-mana 'ciptaan' yang dikehendakiNya. Dan Allah تعالى juga boleh menghukum seseorang yang cuba merampas pakaian-Nya dengan menggunakan mana-mana daripada ciptaan-Nya.


Tiada ulasan: