Halaman

Translate

Rabu, 21 Ogos 2024

Ilmu Ladunni - Hadhrat Imam Rabbbani Mujaddid Alfi Tsani Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi


Ilmu Ladunni 

Hadhrat Mujaddid قدس الله سره menceritakan pengalamannya menerima ‘Ilmu Ladunni. 

Pertamanya, beliau telah menerima ‘Ilmu Ladunni menerusi perantaraan Rauhaniah Hadhrat Nabi Khidir عليه الصلاة والسلام. 

“Juga, faqir telah menerima ‘Ilmu Ladunni melalui Rauhaniat atau perantaraan Ruhaniah atau Wasilah Hadhrat Nabi Khidir عليه السلام. Bagaimanapun, ianya hanya sehingga jangkamasa faqir melepasi Maqam Aqtab.” 

Keduanya, selepas Hadhrat Mujaddid قدس الله سره ‘Uruj naik melepasi Maqam Aqtab, beliau mula menerima ‘Ilmu Ladunni secara langsung dari Hadhrat Allah تعالى dalam dirinya tanpa sebarang apa-apa perantaraan.

“Selepas itu, faqir telah melepasi Maqam tersebut dan meneruskan Taraqqiyyat maju menuju ke Maqam mulia yang lebih tinggi. Kemudian, faqir mula menerima ‘Ilmu menerusi Haqiqat Diriku (Haqiqat Khud) atau faqir mula menerima pengetahuan secara langsung di dalam Diriku (Dar Khud), dengan Diriku (Ba Khud), dari Diriku (Az Khud). Kemudian, faqir terus-menerus menerima pengetahuan secara langsung dan tidak ada peluang perkara lain datang di antaranya.” 

Disalin dari Kitab Tasdiqul Fuad Syarah Mabda Wa Ma'ad Karangan Hadhrat Maulawi Jalalludin Ahmad Ar Rowi An Naqshabandi Al Mujaddidi

Tiada ulasan: