Halaman

Translate

Khamis, 1 Ogos 2024

Tazkirah Masyaikh - Qadhi Muar Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hasan ( 1875 - 1938 )

 Qadhi Muar Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hasan ( 1875 - 1938 )





Beliau ke Mekah sewaktu berusia 6 tahun sekitar tahun 1881 . Beliau pulang semula ke Johor pada tahun 1915 iaitu selepas 34 tahun menuntut ilmu disana . Beliau telah menimba ilmu dari ramai Wali Allah yang tinggi maqamnya disisi Allah .

Diantara guru beliau ialah :

1. Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fathani - Guru bagi sekalian Wali Allah
2. Syeikh Ahmad Bin Muhammad Yunus Lingga - Dengan gurunya ini beliau mendalami hadis Imam Bukhari
3. Syeikh Mukhtar Attarid Bogor
4. Syeikh Umar Bin Abdur Rasyid Sumbawa
5. Syeikh Abdullah Bin Qasim as Sanquri - Wali Allah Alam Melayu Menjadi Ketua Qiraat Tujuh Bumi Hijaz
6. Syeikh Muhammad Nur al Fathani - Qadhi Mekah
7. Syeikh Muhammad Sulaiman Hasbullah

Beliau digelar dengan gelaran " Haji Abu Bakar Alim " kerana kealimannya yang mahsyur di kalangan masyarakat . Beliau dilantik menjadi Qadhi daerah Muar . Tuan Guru pernah menjadi Mufti Johor tetapi cuma seminggu sahaja . Disamping itu , beliau juga merupakan Pengasas Madrasah al Arabiyah al Khairiyah yang mahsyur sebagai pusat pendidikan yang telah melahirkan ramai alim ulamak di selatan tanah melayu .

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Muhammad Yasin - Ayah TS Muhyiddin Yasin
2. Tuan Guru Tan Sri Haji Mohamed Noah - Datuk DS Najib Razak
3. Tuan Guru Datok Haji Mohd Noor

Tuan Guru amat lantang dalam menolak pandangan Kaum Muda yang membawa beberapa fahaman bercanggah dengan hukum hakam ahli sunnah wal jamaah . Beliau juga telah menulis beberapa kitab demi untuk menerangkan pada masyarakat mengenai fahaman Kaum Muda ketika itu . Diantara kitab yang beliau karang ialah :

1. Cogan Perikatan
2. Masalah Uraian Muar-Johor
3. Mustika Ajaib
4. Nihayatut Taqrib fi Ma'rifatil Irtsi wat Ta'shib
5. Syarah Nazam al-Fadhil Abil Hasan 'Ali bin Abir Rijal al-Khatib al-Qairawani

Beliau terkenal dalam kealiman ilmu hisab . Diantara mereka yang sealim beliau sewaktu zaman tersebut ialah :

1. Syeikh Abdullah Fahim
2. Tuan Guru Haji Umar Sungai Keladi
3. Syeikh Tahir Jalaluddin

Beliau meninggal dunia ketika berusia 63 tahun .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin



Tiada ulasan: