Halaman

Translate

Memaparkan catatan dengan label Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alfi Tsani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alfi Tsani. Papar semua catatan

Rabu, 21 Ogos 2024

Ilmu Ladunni - Hadhrat Imam Rabbbani Mujaddid Alfi Tsani Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi


Ilmu Ladunni 

Hadhrat Mujaddid قدس الله سره menceritakan pengalamannya menerima ‘Ilmu Ladunni. 

Pertamanya, beliau telah menerima ‘Ilmu Ladunni menerusi perantaraan Rauhaniah Hadhrat Nabi Khidir عليه الصلاة والسلام. 

“Juga, faqir telah menerima ‘Ilmu Ladunni melalui Rauhaniat atau perantaraan Ruhaniah atau Wasilah Hadhrat Nabi Khidir عليه السلام. Bagaimanapun, ianya hanya sehingga jangkamasa faqir melepasi Maqam Aqtab.” 

Keduanya, selepas Hadhrat Mujaddid قدس الله سره ‘Uruj naik melepasi Maqam Aqtab, beliau mula menerima ‘Ilmu Ladunni secara langsung dari Hadhrat Allah تعالى dalam dirinya tanpa sebarang apa-apa perantaraan.

“Selepas itu, faqir telah melepasi Maqam tersebut dan meneruskan Taraqqiyyat maju menuju ke Maqam mulia yang lebih tinggi. Kemudian, faqir mula menerima ‘Ilmu menerusi Haqiqat Diriku (Haqiqat Khud) atau faqir mula menerima pengetahuan secara langsung di dalam Diriku (Dar Khud), dengan Diriku (Ba Khud), dari Diriku (Az Khud). Kemudian, faqir terus-menerus menerima pengetahuan secara langsung dan tidak ada peluang perkara lain datang di antaranya.” 

Disalin dari Kitab Tasdiqul Fuad Syarah Mabda Wa Ma'ad Karangan Hadhrat Maulawi Jalalludin Ahmad Ar Rowi An Naqshabandi Al Mujaddidi

Ahad, 21 Julai 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Ke 49 Jilid 1



Maktub yang ke empat puluh sembilan untuk Sayyid Naqib Syaikh Farid Al Bukhari pada mengesyorkan kepadanya untuk menghimpunkan dua daulat iaitu Tahalliyat Al Zahir dengan mendirikan ketetapan syariat dan Takhalliyat Al Batin daripada perhubungan dengan selain-Nya تعالى

Semoga Allah سبحانه mengurniakan kamu kebahagiaan dengan melalui  Pemerintahan Empayar Suriah (dahulunya sebuah Dinasti Afghan dan kini adalah sebahagian daripada India dan Bangladesh) dan memberikan kebahagiaan yang maknawi untukmu.

Kedamaian Empayar Suriah sebenarnya adalah mengikut keadaan zahir yang telah dibersihkan melalui hukum ketetapan syariat Musthafawiyah ke atas pemiliknya shalawat, salam dan penghormatan. Sedangkan kebahagiaan maknawiyah adalah bebasnya batin dan sunyinya batin daripada perhubungan dengan suatu yang selain-Nya dan pertambatan dengan selain-Nya تعالى 

Alangkah beruntungnya orang yang mendapat kemuliaan dengan dua daulat ini.

Syair :

“Inilah yang diperintahkan dan yang selebihnya adalah permainan senda gurau.”

Berlebih-lebihan dari ini adalah kerosakan.

*Siap diterjemahkan pada 15 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 21 July 2024 Masihi pukul 5:36 petang di Maahad Daarus Sa'aadah, Keningau, Sabah.

Sabtu, 20 Julai 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 179 Jilid 1



Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 179 Jilid 1



Maktub yang keseratus tujuh puluh sembilan dituliskan untuk Mir Abdillah bin Mir Nu'man pada memberikannya sebuah nasihat.

Anak yang dicintai, hendaklah sentiasa mendapatkan peluang untuk sentiasa mendapatkan kejayaan seperti namanya yang dipanggil masa muda. Hendaklah juga menyibukkan diri dalam menghasilkan ilmu-ilmu syariat dan amal perbuatan yang bersesuaian dengannya. Hendaklah berhati-hati dalam perkara yang dapat memalingkan umur yang mulia ini kepada perkara yang tidak penting dan janganlah sia-siakan umur dengan bersenda gurau dan bermain-main. Ayahanda kamu yang mulia akan datang bertemu dengan kamu selepas beberapa hari. 

إن شاء الله تعالى


Hendaklah kamu selalu memberikan khabar tentang ahwal keadaan kamu yang berkaitan sehinggalah ayahanda kamu sampai kepada kamu.

Syair :

Orang yang sentiasa menyerupai ayahnya, dia tidak akan dianiaya

*Siap diterjemahkan pada 14 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 20 July 2024 Masihi pukul 2:38 petang di Maahad Darus Sa'adah, Keningau, Sabah, Malaysia

Jumaat, 19 Julai 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 199 Jilid 1


Maktub yang keseratus sembilan puluh sembilan dituliskan untuk Mulla Muhammad Amin Al Kaabali pada menerangkan penerimaan dari permintaannya untuk mengamalkan wirid


Telah sampai surat yang mengingatkan tentang sebuah kecintaan yang mendalam dan keikhlasan. Surat yang memberitahu tentang kesempurnaan kasih sayang dan perhatian. Dengan sampainya surat ini telah menimbulkan kegembiraan. 

Mudah-mudah Allah سبحانه memberi 'afiyat kesejahteraan kepada kamu.

Terlihat dalam surat tersebut adanya permintaan untuk diajarkan wirid daripada sekian banyaknya aurad. Untuk urusan jni, daku telah menghantar saudara yang dapat memberi petunjuk pengajaran iaitu Maulana Muhammad Shiddiq supaya dia dapat mengajarkan zikir yang sesuai dari sekian banyak azkar pada tariqat yang tinggi ini. Sepatutnya dia sedang dalam perjalanan dan akan tiba untuk menunaikan arahan tentang urusan ini. 

Mudah-mudahan urusan ini akan membuahkan natijah kesan-kesan. Kerana urusan ini sebenarnya tidak memadai hanya dengan semata-mata tulisan di atas kertas, maka diserahkan urusan ini secara bertemu berdepan dalam suhbat persahabatan. Maka daku telah mengutus seorang saudara yang telah diceritakan tadi untuk menjelaskan dengan lebih lanjut.

Wassalam.

*Siap diterjemahkan pada 13 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 19 July 2024 Masihi pukul 6:10 petang di Maahad Darus Sa'adah, Keningau, Sabah, Malaysia.