Halaman

Translate

Jumaat, 19 Julai 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 199 Jilid 1


Maktub yang keseratus sembilan puluh sembilan dituliskan untuk Mulla Muhammad Amin Al Kaabali pada menerangkan penerimaan dari permintaannya untuk mengamalkan wirid


Telah sampai surat yang mengingatkan tentang sebuah kecintaan yang mendalam dan keikhlasan. Surat yang memberitahu tentang kesempurnaan kasih sayang dan perhatian. Dengan sampainya surat ini telah menimbulkan kegembiraan. 

Mudah-mudah Allah سبحانه memberi 'afiyat kesejahteraan kepada kamu.

Terlihat dalam surat tersebut adanya permintaan untuk diajarkan wirid daripada sekian banyaknya aurad. Untuk urusan jni, daku telah menghantar saudara yang dapat memberi petunjuk pengajaran iaitu Maulana Muhammad Shiddiq supaya dia dapat mengajarkan zikir yang sesuai dari sekian banyak azkar pada tariqat yang tinggi ini. Sepatutnya dia sedang dalam perjalanan dan akan tiba untuk menunaikan arahan tentang urusan ini. 

Mudah-mudahan urusan ini akan membuahkan natijah kesan-kesan. Kerana urusan ini sebenarnya tidak memadai hanya dengan semata-mata tulisan di atas kertas, maka diserahkan urusan ini secara bertemu berdepan dalam suhbat persahabatan. Maka daku telah mengutus seorang saudara yang telah diceritakan tadi untuk menjelaskan dengan lebih lanjut.

Wassalam.

*Siap diterjemahkan pada 13 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 19 July 2024 Masihi pukul 6:10 petang di Maahad Darus Sa'adah, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan: