Halaman

Translate

Isnin, 22 Julai 2024

Tazkiratul Asfiya — Hadhrat Khawajah Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi Naqshbandi




HADHRAT KHAWAJAH SHAH 'ABDULLAH GHULAM 'ALI DEHLAWI
NAQSHBANDI

Beliau adalah Mujaddid abad ke -13 dalam kalendar Hijrah. Mujaddid ialah pangkat
tertinggi Auliya yang bertugas menghidupkan
agama Islam pada permulaan setiap abad, dan semua Auliya abad itu mendapat
manfaat daripada Faidhznya (keberkatan rohani). Hadhrat Khawajah Shāh 'Abdullāh Mujaddidī
Naqshbandī, lebih popular dengan nama
Shah Ghulām Ali Dehlawī, semoga Allah
menyucikan rahsianya, adalah seorang Syaikh Sufi
India yang paling terkemuka pada awal
abad ke-13 Hijriah. Seorang ulama besar Islam dan Syaikh mujaddidi tariqat
sufi, beliau adalah pengganti rohani Hadhrat Mirzā Mazhar Jān Jānān , semoga Allah menyucikan sirnya,
yang terkenal sebagai salah seorang
penyair urdu moden yang terawal serta seorang guru sufi yang terkenal. 

Hadhrat Khawajah Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali telah menguasai semua kaedah
sufi dan merupakan Syaikh terhebat dari
semua tariqat sufi di India pada masa itu. Beliau adalah ahli dalam semua bidang ilmu Islam terutamanya
seperti ilmu Hadith dan Fiqh, dan merupakan
Mujaddid pada abad ke-13 Hijrah.

Hadhrat Khawajah adalah ketua bagi para Qutb, di bawah
perintahnya adalah semua orang sufi di
dunia ini. Beliau adalah Qayyum pada
zamannya. Beliau dilahirkan pada 1156 Hijrah / 1743 Masihi,
di Patiala (kini di Punjab India). Ayahnya
Sayyid Abdul Latīf Batālwi رحمه الله, adalah seorang yang
zuhud dan ahli sufi yang hebat dalam tarīqat
Qādiri dan merupakan murid kepada Syaikh Nāsiruddīn Qādiri. Sejurus sebelum kelahirannya, bapanya
mendapat musyahadah bahawa Hadhrat
Ali Al-Murtadhā كرم الله وجهه, datang kepadanya dan
memintanya menamakan anak lelakinya
yang bakal dilahirkan sebagai “Ali”. Oleh itu, dia dinamakan Ali semasa lahir,
tetapi kemudiannya dia menukarnya
kepada Ghulām 'Ali bermaksud Hamba kepada Ali. Bagaimanapun telah bapa saudaranya telah
menamakannya "Abdullāh" seperti yang
diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ. Hari ini
dia dikenali dengan kedua-dua nama itu, walau bagaimana pun namanya "Ghulam Ali" itu lebih biasa disebut. Hadhrat Khawajah mempunyai daya ingatan yang tajam
dan beliau telah menghafal Al-Quran dalam masa
sebulan sahaja. Ayahnya ingin
menjadikannya murid kepada syaikhnya
sendiri iaitu Hadhrat Nāsiruddin Qādiri, dan telah
memanggilnya ke Delhi untuk tujuan ini. Apabila dia tiba di Delhi, tidak lama
kemudian Syaikh kepada ayahnya telah meninggal dunia dan
bapanya kemudian membenarkannya
untuk mengambil baiat daripada mana-mana Syaikh yang dia ingini. 

Hadhrat Khawajah pernah pergi bersuhbat dengan
ramai Syaikh di Delhi, dan selepas dua
tahun, pada usia 22 tahun, dia melakukan
Baiat dengan Hadhrat Mirzā Mazhar Jān Jānān قدس سره yang merupakan guru sufi terhebat di
Delhi pada masa itu. Pengarang terkenal
dan ulama sufi Hadhrat Khawajah Shah Waliyullah Dehlawi telah
mengulas tentang Syaikh Mirza Mazhar Jān Jānān
bahawa dia adalah yang terhebat di
kalangan Auliya hari ini di seluruh dunia, dan aku tidak dapat menjumpai orang
seperti dia di semua tujuh benua. Dia telah dijalankan oleh Syaikhnya dalam
Qādirī silsilah tetapi
dilatih dalam tarīqat Naqshabandi. Ini
menimbulkan kekeliruan dalam dirinya,
kerana dia berkata; 

"aku ragu jika aku
dilatih dalam tarīqat Naqshabandi akan
membuat kecewa Sayyidina Ghaus Al- Ãzham قدس سره."

Suatu hari Hadhrat Khawajah telah melihat dalam mimpi bahawa
Hadhrat Ghaus Al-Ãzham sedang duduk di
sebuah rumah, dan Hadhrat Shāh
Naqshband sedang duduk di rumah jiran. Beliau berkata bahawa beliau ingin pergi ke Hadhrat Shah Naqshband, dan Hadhrat Ghaus Al-Ãzham mengizinkannya
pergi ke sana, dengan mengatakan
bahawa tujuan kita hanyalah Tuhan (bukan
mencari tarīqat tertentu). 

Selepas berkhidmat kepada Syaikhnya
dan mendapat latihan rohani selama lima
belas tahun, Hadhrat Khawajah Shah Ghulām Ali telah ditazkiyahkan nafsnya dan telah menjadi kamil sempurna dalam semua tariqat sufi, dan menerima Ijāzat khilafat daripada Syaikhnya dan
menjadi ketua khalifahnya dan pengganti rohaninya setelah ketiadaan Syaikhnya.

KETURUNAN SUFI
Beliau menerima Ijāzah daripada
Syaikhnya dalam beberapa tariqat sufi,
terutamanya tariqat Naqshbandi Mujaddidi. Beliau adalah Syaikh terulung dalam
tariqat ini pada zamannya, tidak ada
tandingannya di mana-mana bahagian
dunia. Sesungguhnya, beliau adalah
Mujaddid abad ke- 13 setelah Hijrah seperti yang telah
diisytiharkan oleh beliau dalam
Malfūzatnya dan diakui oleh majoriti
ulama Islam. 

Hadhrat Khawajah juga telah dilatih dan
disempurnakan dalam tariqat sufi utama
lain, khususnya tariqat Qādiri dan Chishti, yang mana tariqat ini adalah yang paling lazim di India selepas
Naqshbandi. Ramai Syaikh terkemuka dari
tariqat lain pernah bermuzakarah dengan
beliau dalam hal-hal rohani, kerana beliau
adalah pembimbing utama dalam semua
tariqat di Delhi.

Hadhrat Khawajah telah menerima nisbat dalam tariqat
Naqshbandi dari Syaikh Mirza Mazhar Jān Jānān, yang menerimanya dari Hadhrat Khawajah
Nur Muhammad Badāyūnī, yang
menerimanya dari Hadhrat Hāfiz
Muhammad Muhsin Dehlawi, yang
menerimanya dari Hadhrat Khawājah
Saifuddin Fārūqi Sirhindi, yang
menerimanya daripada ayahnya Hadhrat
Khawajah Muhammad Ma'sum Fārūqi
Sirhindi, yang menerimanya daripada
Hadhrat Imam Rabbāni Mujaddid Alf Thāni
Syaikh Ahmad Sirhindi Fārūqi, semoga
Allah menyucikan roh mereka dan
memberkati kita dengan Faidhz mereka. 


Hadhrat Khawajah telah mendapat izin dalam perintah sufi
Qādiri dan Chishti dari Syaikh Mirza
Mazhar Jān Jānān, yang menerimanya
dari Khawajah Muhammad Ãbid Sanāmi,
yang menerimanya dari Syaikh Abdul Ahad
Sirhindi, yang menerimanya dari Syaikh
Muhammad Sa'id Fārūqi Sirhindi, yang
menerimanya daripada bapanya Imam
Rabbani Syaikh Ahmad Sirhindi, semoga
Allah mensucikan roh mereka.


PERWATAKANNYA
Dia sangat merendah diri dan sederhana. Suatu ketika, seekor anjing jalanan
memasuki rumahnya. Syaikh berdoa kepada Tuhan: 

"Siapakah aku untuk
meminta syafaat kepada sahabat-sahabat-Mu? Oh Tuhan! Tolong ampuni
aku dengan keberkatan ciptaanmu ini (anjing)."
Beberapa orang telah mengambil (mencuri)
buku-bukunya dan kemudian mengembalikan kepada tapi dengan menjual buku itu kepadanya. Hadhrat Khawajah telah memuji buku-buku itu dan
membeli daripada mereka. Jika seseorang
menunjukkan bahawa buku-buku itu dari
perpustakaannya sendiri dan memiliki copnya, dia tidak akan
mendengar dan mempedulikannya. 

Ahli politik dan pemimpin India yang
terkenal Sir Syed Ahmad Khan (wafat 1898)
juga dikaitkan dengan Syaikh semasa
hidupnya. Dia telah menulis bahawa ayah
dan abangnya telah Baiat dengan Syaikh, dan Syaikh mencintai keluarganya dan menganggap ayahnya sebagai
anaknya sendiri. 

Sir Syed sangat mengagumi Hadhrat Khawajah sehingga dalam tulisannya dia ada melaporkan:

“Sekurang-kurangnya lima ratus orang
pernah tinggal di Khanqah Hadhrat, dan
perbelanjaan makanan dan pakaian
mereka dibiaya oleh Syaikh, walaupun
tidak ada pendapatan tetap untuk
Khanqah. Allah memberi rezeki dari Ghaib. Lebih-lebih lagi, Syaikh ialah sangat
baik dan pemurah, dia tidak pernah menolak apa-apa daripada permintaan para pemohon. Dia memberikan apa sahaja yang diminta. Dia pernah menjual apa-apa hadiah yang
mahal dan membelanjakan jumlah itu
untuk fakir. Dia akan memakai apa sahaja
yang mereka pakai, dan akan makan apa
sahaja yang mereka makan.”

(Tuan Syed Ahmed Khan)


Sir Syed selanjutnya menulis,

Hadhrat Khawajah pernah membaca sepuluh ajzā ("para" dalam
bahasa Urdu) daripada Quran selepas Subuh, dan kemudian akan melakukan Murāqabah
bersama-sama dengan murid-muridnya. Selepas Isyrak (solat subuh selepas
matahari terbit), pelajaran Hadith dan Tafsīr akan bermula. Setiap kali dia
mendengar nama Nabi Muhammad ﷺ dia akan asyik dan keadaan rohani yang aneh akan
menguasai para hadirin. Dia tidak tidur di malam hari kecuali kadang-kadang, itu pun untuk beberapa saat saja
kerana tidurnya yang lena apabila dia berbaring di atas Musallanya (tempat
solat). Dia tidak pernah tidur di atas katil selama bertahun-tahun. Dia mempunyai permaidani tua, di atasnya Musalla yang
biasanya diperbuat daripada belukar di mana dia akan berdoa siang dan malam,
manakala murid-muridnya akan mengelilinginya membuat satu Halqah.

Kepercayaannya kepada Tuhan menjadikan dia bebas
daripada perhubungan dengan golongan elit (kaya). Ramai orang kaya termasuk raja ingin
menyokong khānqah secara kewangan,
tetapi dia tidak pernah menerimanya. Dengan segala kesederhanaan dan
kebebasannya, dia tidak pernah bertindak
bertentangan dengan Sunnah, malah
mengikut Syariah dan Sunnah dalam
perkara yang sekecil-kecilnya. Dia tidak
suka orang yang melanggar sunnah
menziarahinya.


AJARANNYA
Katanya, pencari Zauq dan Shauq dan Kashaf serta Mukjizat bukanlah
pencari Tuhan. Pencari mestilah hanya mencari Tuhan sahaja, dan apa-apa yang menghalangi mesti dinafikan, dan dia
harus menegaskan bahawa diriku tidak
mempunyai tujuan lain selain Dzat Tuhan semata-mata. Beliau berkata, tidak ada mujahadah berat-berat
dalam tarīqatku, yang ada hanyalah Wuqūf Qalbi
yang bermaksud hendaklah sentiasa
menjaga hati agar sentiasa berwaspada
kepada Dzat Tuhan Yang Maha Mulia dan
hendaklah menjaganya daripada memikirkan kesusahan yang telah terjadi
dahulunya dan sekarang (fikiran yang
memudaratkan dan tidak berguna). 

Beliau berkata, Zakat itu diwajibkan selepas
berlalunya setahun, tetapi aku membayarnya sebaik sahaja mendapat
sebarang pendapatan mengikut amalan
yang dianjurkan dalam Fiqh Hanafi. 


KEAJAIBAN DAN PENGLIHATANNYA (KASHAF)
Banyak Karāmāt dan penglihatan rohani
diceritakan tentangnya. Doanya terlalu cepat
dikabulkan. Doanya yang makbul telah menjadi sebab kesembuhan pada orang sakit dan ucapannya dapat menyembuhkan hati. 

Hadhrat Khawajah tahu apa yang ada dalam fikiran para pendengar, dan akan bercakap mengikut pengetahuannya itu. Karamat terbesarnya adalah
menyembuhkan hati dari penyakit rohani
dan membersihkan jiwa dari kotoran duniawi. 

Beberapa penglihatan (kashaf) dan
Karamatnya dibentangkan di sini. 

Dia berkata, pada suatu malam aku
memanggil "Ya Rasulallah" (Wahai
Rasulullah), dan aku mendengar jawapan
"Labbaika Yā Abdun Sālih" (aku hadir
wahai hamba yang soleh). 

Katanya lagi, pada suatu malam aku tidur
sebelum Isya. Rasulullah ﷺ datang secara kashaf dan memerintahkan untuk tidak tidur sebelum bersolat
Isya. 

Salah seorang muridnya Zulf Shah berkata,
“Ketika aku dalam perjalanan ke Delhi
untuk mengambil Baiat dengan Syaikh, aku tersesat di padang pasir. Tiba-tiba seorang wali muncul dan membimbingku ke jalan yang betul. Aku bertanya,
siapa kamu? Dia berkata, Akulah orang
yang kamu ingin pergi kepadanya. Ini berlaku
dua kali.”
Seseorang datang kepadanya dari
Bukhara melalui Kabul. Untanya mati
lemas ketika menyeberangi sungai Attock bersama dengan barangannya. Dia berharap jika untanya keluar dari sungai hidup-hidup bersama muatannya, aku
akan membayar Niaz Syaikh (Niaz adalah
sejenis sedekah yang pahalanya ditujukan
kepada orang lain, khususnya seorang Syaikh atau Nabi). Dengan izin Allah, unta itu keluar. Apabila
orang itu datang kepada Syaikh dan
memberitahunya karamat ini, Syaikh bertanya kepadanya adakah dia telah membayar Niaz. Dia berkata ya, saya ada membayarnya. 


LEGASI
Tariqat dan Faidznya merebak ke tempat dekat dan jauh. Orang ramai akan datang
kepadanya untuk mencari cinta Allah dari setiap sudut dunia. Ramai orang termasuk
ulama datang kepadanya dari seluruh pelosok India, dari Parsi dan Tansoxania dari kawasan Turki dan Kurd dan dari
dunia Arab. Maulana Khālid Al-Baghdadi, yang merupakan seorang Kurd, datang kepadanya dan telag menerima Khilafat dalam
tempoh sembilan bulan. Beliau
menyebarkan tarīqat kepada ratusan ribu orang di Timur Tengah dan negara-negara
Turki. Hadhrat Khawajah Shah Ghulām Ali pernah berkata,
“Faidhzku telah sampai ke negeri-negeri
yang paling jauh, Halqah kami (perhimpunan pengikut tariqatnya) diadakan di Makkah dan Madinah
Munawwarah, begitu juga Halqah kami
diadakan di Baghdad, Rom dan Maghribi;
dan (dia berkata sambil tersenyum)
Bukhara adalah seperti rumah nenek moyang kami.”
Beliau adalah Mujaddid abad ke -13 dalam
kalendar Hijrah. Mujaddid ialah pangkat
tertinggi Auliya yang menghidupkan
agama Islam pada permulaan setiap abad, dan semua Auliya di abad itu mendapat manfaat daripada Faidhznya. 

Hari ini, majoriti silsilah
dalam tariqat Naqshbandi memiliki nisbat kepada Hadhrat Syaikh. Mereka
yang berada di Turki dan Iraq
menyambung kepadanya melalui Maulana
Khalid Baghdadi, dan mereka yang berada
di negara Parsi dan benua India melalui
Hadhrat Khawajah Hafiz Abu Sa'id Faruqi. Tariqat
Naqshbandi adalah tariqat yang paling banyak berkembang secara rohani hingga ke hari ini, dan telah
diramalkan oleh para Syaikh tariqat ini bahawa Imam Mahdi عليه السلام juga akan
tergolong dalam tariqah Naqshbandiyah
yang mulia. 


KEMATIAN
Hadhrat Khawajah mengharapkan Shahādah mati syahid
tetapi tidak memohon kepada Tuhan
untuk ini, kerana Shahādah syahidnya Hadhrat Syaikh Mursyidnya Khawajah Mirza telah membawa penderitaan yang amat besar bagi orang ramai (mungkin sebagai tanda kemurkaan Allah). 

Imam besar dan Qutb ini meninggal dunia
ke alam abadi pada 22 Safar 1240 Hijrah
(Oktober 1824) ketika berusia 84 tahun. Beliau telah dikebumikan di sebelah Syaikhnya di Khānqah Mazhariya Delhi, India. Pada saat kematiannya, beliau sedang memegang kitab Hadith Jami' Al-Tirmidhi
yang terkenal itu di dadanya yang mulia. 

Solat jenazah beliau disembahyangkan di
Masjid Jami' Delhi, dipimpin oleh ketua
khalifahnya Hadhrat Hafiz Khawajah Shah Abu Sa'id dan dihadiri oleh ribuan orang. 


KHULAFA DAN PENGGANTINYA
Dia memberikan Ijāzah kepada banyak
pengikutnya, kebanyakan mereka menjadi
Syaikh Sufi yang terkemuka. Tiga puluh lapan nama timbalannya diketahui dan
diceritakan dalam biografinya. Wakilnya
menyebar ke kebanyakan dunia Islam pada masa itu, yang menyebarkan tariqah
Naqshbandi di India, Arab, Parsi, Turki dan
Afrika. Beberapa nama yang paling menonjol di kalangan Khulafa beliau
disenaraikan di bawah:

1. Hadhrat Hāfiz Shāh Abū Sa'id Fārūqī Mujaddidi Naqshbandi , yang dilantik oleh Syaikh untuk menjadi penggantinya dalam khānqah di Dehli. Dia cuma hidup sekitar sembilan tahun selepas kewafatan Syaikh dan telah melatih ribuan pengikut selepas itu. Beliau meninggal dunia pada tahun 1250 Hijrah dan dikebumikan di Khānqah Mazhariya di Delhi. 
2. Hadhrat Shāh Ahmad Sa'id Fārūqī Mujaddidi , anak kepada Shah Abū Sa'id Faruqi, yang menerima Khilafah daripada Hadhrat Khawajah Shah Ghulām Ali, dan menggantikannya selepas kematian bapanya. Oleh kerana popularitinya dalam kalangan Muslim India dan peranan utamanya dalam pemberontakan 1857 terhadap penjajah British, kerajaan ingin mendakwanya, dan oleh itu, dia berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah pada bahagian akhir hidupnya di mana dia meninggal di sana pada 1277 Hijrah. 
3. Maulānā Khālid Al-Baghdādī Kurdī Shahrazūrī (Baghdad, Iraq), meninggal dunia 1242 H / 1827 M. Beliau adalah khalifah yang paling terkenal dari kalangan para Khulafanya. Beliau telah menyebarkan tariqat Naqshbandi di Timur Tengah dan Turki dan sejumlah besar orang termasuk ulama terkenal telah berbaiat dengannya. Beliau adalah Syaikh terkemuka yang telah dijalankan dalam tariqat melalui Hadhrat Khawajah
4. Hadhrat Shāh Raūf Ahmad Rāft Faruqi Mujaddidi Rāmpuri (Bhopal, India, w. 1253 H)
5. Maulana Bashārat-Allah Behrā'ichi
6. Hadhrat Maulana Ghulām Mohiuddīn Qusoori (Qusoor, Pakistan, 1270 Hijrah)
7. Maulana Sayyid Ismā'il Madani (Madinah, Arab Saudi)
8. Maulana Shah Gul Muhammad Ghaznawi (Bukhara,Uzbekistan)
9. Maulana Muhammad Sharif (Sirhind, India)
10. Maulana Pir Muhammad (Kashmir)
11. Maulana Jān Muhammad Herati (Herat, Afghanistan)
12. Syaikh Al-Haram Maulana Muhammad Jān (Makkah, wafat 1266 Hijrah)

PENULISAN
Lima belas karya penulisan dikaitkan dengan Syaikh, selain daripada dua
koleksi Malfūzāt (kata-kata yang ditranskripsi) yang ditulis oleh khulafanya. Karya-karya karangan beliau antara lain:
1. Maqāmāt Mazharī biografi terbaik dan lengkap tentang syaikhnya Hadhrat Khawajah Mirza Mazhar Jān Jānān, semoga Allah meridhainya, ditulis dalam bahasa Parsi sekitar tahun 1211 Hijrah. 
2. Īdāh al-Tarīqat ditulis pada 1212 Hijrah, tentang Azkar, syarat dan prinsip tariqah Naqshbandi. Teks Parsi dengan terjemahan Urdu di sini
3. Ahwāl Buzurgān ditulis selepas 1225 Hijrah Ini adalah karya biografi dengan biografi beberapa orang syaikh yang hebat. 
4. Maqāmāt Mujaddid Alf Thāni risalah ini mengandungi huraian tentang kelebihan dan pencapaian rohani yang tinggi Imam Rabbani Syaikh Ahmad Sirhindi, semoga Allah meridhainya. 
5. Tarīq Bai'āh wa Azkār
6. Tarīqah sharīfah Shāh Naqshband
7. Ahwal Shāh Naqshband
8. Risālah Azkār
9. Risālah Murāqabāt
10. Radd Aetirāzāt, mengandungi penolakan tentang penentangan Hadhrat Imam Rabbani oleh Shah Abdul Haqq Dehlawi, yang kemudiannya bertaubat dari dakwaannya tetapi beberapa orang lain menggunakan tulisannya untuk menyangkal Imam Rabbani Syaikh Ahmad Sirhindi, semoga Allah meridhainya. 
11. Radd Mukhālifīn Hadhrat Mujaddid
12. Risālah Mashghūliyah
13. Kamālāt Mazhari dikarang pada 1237H / 1821M
14. Suluk Rāqiyah Naqshbandiyah
15. Makātīb Sharīfa, 125 suratnya yang dikumpulkan oleh khalifahnya Hadhrat Shah Rauf Ahmad Raaft Mujaddidi, semoga Allah meridhainya. Ini telah diterbitkan beberapa kali. 16. Malfūzātnya telah dikumpulkan oleh dua orang Khulafanya. Yang pertama, bernama Durr al-Ma'ārif, ditulis oleh Hadhrat Shah Rauf Ahmad Raaft pada tahun 1231 H, dan yang kedua yang mengandungi Malfūzāt selama empat puluh hari, ditulis oleh Khawajah Ghulām Muhiuddin Qusoori, semoga Allah meridhai mereka berdua. 

SUMBER
1. Faiz Naqshband , terjemahan Urdu Durr Al-Ma'ārif, ucapan Shah Ghulam Ali Dehlawi, ditulis oleh Shah Rauf Ahmad Raaft Mujaddidi dan diterjemahkan oleh Maulana Abdul Hakim Khan
2. Maqāmāt Mazhari, terjemahan Urdu oleh Iqbal Ahmed Mujaddidi, diterbitkan oleh Lembaga Sains Urdu Lahore, edisi kedua 2001
3. Biografi Pendek dalam bahasa Urdu oleh Mukhtar Ahmed Tahiri, diterbitkan dalam Attahir [www.islahulmuslimeen.org]

*Telah disalin dan dikemasikinikan daripada kitab Tazkirah Al Asfiya karangan Hadhrat Syaikh Jalalludin Ahmad Ar Rowi Al Amani Al Ruhani Al Bazi An Naqshabandi Al Mujaddidi Al Uwaisi pada 16 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 22 July 2024 Masihi pukul 11:31 pagi di Maahad Daarus Sa'aadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan: