Halaman

Translate

Jumaat, 26 Julai 2024

Tazkiratul Masyaikh - Tok Kelaba Al Fathani (1863-1948)




Kredit : Tengku Yusuff

Tok Kelaba al Fathani ( 1863 - 1948 )


Nama beliau mahsyur di bumi Patani sebagai seorang wali Allah yang banyak berjasa pada ummah khususnya dalam bidang penulisan manuskrip guru guru beliau yang bersangatan alim lagi tinggi maqam mereka .

Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Husein Bin Abdul Lathif al-Fathani dan beliau lahir di Kampung Kelaba Beris , Patani .

Keturunan beliau berasal dari Khurasan . Salasilah keluarganya seperti berikut :

● Moyang Kepada Moyangnya - Syarif Zainal Abidin belayar dari negeri Khurasan merantau ke Pulau Jawa lalu berkahwin dengan seorang wanita berasal dari Minangkabau. Oleh sebab terjadi peperangan di Jawa, Syarif Zainal Abidin bersama salah seorang Raja Jawa keluar dari Pulau Jawa lalu terdampar di Kelaba . Syarif Zainal Abidin adalah seorang ulama, sebab itu mudah baginya mendapat pengaruh di Kelaba. Beliau meninggal dunia di Kelaba .

● Datuk Moyangnya - Syeikh Abu Bakar - berpindah ke Kelantan dan menetap di Kampung Laut

● Ayah Moyangnya - Syeikh Abdullah

● Moyangnya - Syeikh Abdus Shamad berpindah dari Kampung Laut , Kelantan ke Kelaba

● Datuknya - Syeikh Abdul Mu'min

● Ayahnya - Syeikh Abdul Lathif

Kesungguhan beliau dalam menyalin manuskrip guru beliau amat luar biasa sehingga mengakibatkan siku beliau berbekas hitam menebal (membelulang) kerana bertekan sewaktu melakukan penulisan yang terlalu banyak .

Tok Kelaba ialah anak murid kanan pada Tok Bendang Daya Muda . Banyak kitab kitab yang disalin oleh beliau ada tercatit nama gurunya itu di nota nota kitab .

Diantara guru beliau ialah :

1. Imam Abdul Samad - Ayah saudaranya
2. Tuan Guru Haji Kamal - Kampung Setan
3. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pancor Bin Abdul Samad - Abang sepupunya
4. Tok Bendang Daya Muda
5. Tuan Guru Haji Awang Kecil
6. Tuan Guru Lebai Encik Hitam - Kampung Ga‘ma
7. Tuan Guru Haji Wan Abdul Latif - Kampung Bendang Badang
8. Tuan Guru Haji Muhammad Salih - Kampung Bendang Gucil
9. Imam Raja Patani | Tuan Guru Haji Abdul Latif Garak - Bendang Daya
10. Syeikh Muhammad Zain al Fathani - Ayah Syeikh Ahmad al Fathani
11. Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al-Fatani
12. Syeikh Nik Mat Kecik Patani - Pengarang Kitab Matlaul Badrin & Wisyahul Afrah
13. Syeikh Muhammad Bin Sulaiman Hasbullah - Mekah

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tok Ayah Kedah | Tuan Guru Haji Abdullah Bin Tahir
2. Tuan Guru Haji Abdul Hamid Bin Fadhullah Domis Besut

Beliau meninggal dunia pada usia 85 tahun dan disemadikan jasadnya di tanah perkuburan kaki Bukit Selindung Bayu berdekatan Masjid Raja Teluban .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Tiada ulasan: