Halaman

Translate

Isnin, 15 Julai 2024

Tazkirah Hadhrat Khawajah Syaikh 'Usman Damani Naqshbandi Mujaddidi



HADHRAT KHAWAJAH SYAIKH MUHAMMAD 'UTSMAN DAMANI
NAQSHBANDI (1897)

Hadhrat Khawajah Syaikh Muhammad 'Utsman Damani Naqshbandi Mujaddidi (w.1897) قدس الله سره, adalah
salah seorang syaikh Naqshbandi yang besar
dan penerus kerja rohani Hadhrat Khawājah Haji Dost
Muhammad Qandahari (wafat 1868), قدس الله سره yang
menegakkan khanqah Musa
Zai Sharif, di daerah Dera Ismail Khan, Pakistan.

KELAHIRAN DAN KEHIDUPAN

Beliau dilahirkan pada 1244H (1828/1829
M) di Loni, sebuah kampung di tehsil
Kulachi, daerah Dera Ismail Khan, kini di
Pakistan. 

Beliau adalah anak kepada
Hadhrat
Maulana Muhammad Musa Jan, anak
kepada Mulla Ahmad Jan, anak kepada
Mulla Abdul-Haleem, anak kepada Mulla
Abdul-Karim, anak kepada Mulla Qazi
Shamsuddin. 

Dia berasal dari cabang
Achakzai dari suku Durrani Afghan. Datuknya Qazi Shamsuddin adalah
seorang Qazi Hakim Qandahar pada
zaman Ahmad Shah Abdali. Bapanya meninggal dunia ketika dia baru
berumur lima atau enam tahun,
Bapanya telah meninggalkan dia dan adiknya Maulana
Muhammad Said. Bapa saudara sebelah ibunya ialah Maulana Nizamuddin telah mengambil
penjagaan dua beradik itu dan mendidik
mereka dalam ilmu agama Islam. Beliau diberi hak kuasa mutlak dalam lapan
tariqat sufi oleh syaikhnya Hadhrat Khawajah
Dost Muhammad Qandahari. 

1. Tariqat utamanya Naqshbandī Mujaddidī, yang diasaskan oleh
Mujaddid Besar iaitu Hadhrat Syaikh Ahmad Sirhindi
(971-1034H, Sirhind)
2. Qādiri (Qādiriyyah), diasaskan oleh
Ghautsul-A'zam Shaykh Abdul-Qadir al- Jīlanī (470–561H, Baghdad)
3. Chishtī (Chishtiyyah), diasaskan
oleh Khawajah Mu'īnuddin Hasan
Chishtī Ajmerī (w.627H, Ajmer)
4. Suhrawardī (Suhrawardiyyah),
diasaskan oleh Khawajah Umar Ibn
Muhammad Shihabuddīn Suhrawardī
(539-632H)
5. Kubrawi (Kubrawiyyah), diasaskan
oleh Hadhrat Khawajah Najmuddīn Ibn Umar al- Kubra (540-618H)
6. Madārī (Madāriyyah), diasaskan
oleh Khawajah Badi'uddīn Shah Al Madari
7. Qalandarī (Qalandariyyah),
diasaskan oleh Khawajah Najmuddīn
Qalandar Ibn Nizam al-Ghaznawi
8. Shattārī (Shattāriyyah), diasaskan
oleh Syaikh Abdullah Shattar (wafat 1406)


Rantaian lengkap Silsilah ini ada disenaraikan dalam karya biografi dalam kitab
Majmu'a Fawaid Usmaniyyah dan buku-buku 
lainnya. Rantai emas tariqat Naqshbandi sampai
kepada Imam Rabbanī Syaikh Ahmad
Sirhindī sebagai berikut:
1. Hadhrat Khawājah Muhammad
'Utsmān Dāmānī
2. Hadhrat Khawājah Dost Muhammad
Qandahārī
3. Hadhrat Shāh Ahmad Said
Mujaddidī Fārūqī
4. Hadhrat Shāh Abū Said Mujaddidī
Fārūqī
5. Hadhrat Shāh Ghulām Ali Dehlawi
6. Hadhrat Mirzā Mazhar Jān Jānān
7. Hadhrat Sayyid Nur Muhammad
Badāyūnī
8. Hadhrat Hāfiz Muhammad Muhsin
Dehlawi
9. Hadhrat Khawājah Saifuddin
Sirhindī
10. Hadhrat Khawājah Muhammad
Ma'sum Sirhindī
11. Hadhrat Imām Rabbānī Mujaddid Alfi
Tsānī Syaikh Ahmad Sirhindī Fārūqī


KEAJAIBAN DAN PENGLIHATAN

Suatu ketika, seorang muridnya Maulānā
Hussain Ali ragu-ragu sama ada Auliyā
(Para Wali) memiliki ilmu pengetahuan Ghaib atau
tidak, dan apakah jenis pengetahuan
Ghaib yang mereka miliki dan dalam
perkara apa?

Memikirkan hal ini, dia telah pergi ke hadapan
Hadhrat Khawajah Usman Dāmānī yang sedang bercakap
dengan beberapa orang Pashtun dalam
bahasa Pashto, lalu dia pun telah duduk di belakang
orang-orang itu. Hadhrat Khawajah yang mulia tiba-tiba berpaling
kepadanya dan berkata dalam bahasa
Parsi:

“Mulvī Sahab! Auliyā mengetahui setiap perkara tetapi tidak dibenarkan untuk
mereka mendedahkannya”. 

Begitu juga, suatu ketika Maulānā
Hussain Ali yang meragui kepemilikan
Auliyā terhadap ilmu Ghaib, dia telah hadir
ke hadapan Hadhrat Syaikh yang mulia, Hadhrat Syaikh berkata
kepadanya: 

“Molvī Sahab! Pergi ke rumah
kamu, kemudian apabila kamu kembali, apa
sahaja yang berlaku pada masa itu, saya
akan memberitahu kamu segala-galanya
secara terperinci. Kamu tidak akan
mendapati sebarang butiran yang saya berikan sebagai
salah.”

Hadhrat Syaikh Usman Dāmānī sangat sedikit makannya. Sekali dalam perjalanan sebulan, dia hanya makan setengah
kilogram makanan bijirin. Apa yang berlaku adalah hal sebaliknya, dia
agak sihat dan berat badannya menjadi berlebihan. Orang ramai tertanya-tanya tentang
perkara ini. Suatu ketika Hadhrat Syaikh mengeluarkan
seratus rupee (syiling besar) dari sakunya
dan memberikannya kepada hambanya
Noor Alam Khan untuk membeli kambing untuk "Langgar" iaitu makanan percuma
untuk pengunjung dan tetamu di khanqah. Noor Alam tertanya-tanya bagaimana
Syaikh mengeluarkan seratus syiling dari
poket kecilnya? Bagaimanakah dia
mengeluarkan wang dari poketnya untuk
setiap keperluan di khānqāh sharif, sedangkan dia tidak
mempunyai sebarang sumber pendapatan yang
kelihatan, namun wang itu tidak pernah berakhir?
Hadhrat Syaikh telah maklum mengenai
fikiran Noor Alam Khan dan Hadhrat Syaikh pun berkata:

 "Saku Faqir
(merujuk kepada dirinya) adalah karung
Afghanistan, ia tidak akan habis
sekurang-kurangnya sehingga berakhirnya hidup
saya."

Beliau berangkat ke akhirat pada pagi hari
Selasa, 22 Syaban 1314H (26 Januari
1897). Pada saat akhir kewafatannya Hadhrat Syaikh sedang membaca Kalimah
Tayyibah sehingga nafas terakhirnya. Solat
Jenazahnya diimamkan oleh anaknya iaitu
Hadhrat Syaikh Muhammad Sirājuddin dan
dihadiri oleh ribuan pengikut dan
kekasihnya (pecintanya). Hadhrat Syaikh telah dikebumikan di samping maqam
syaikhnya iaitu di maqam perkuburan yang mulia di Musa Zai
Sharif. 

KHALIFAHNYA

Hadhrat Syaikh 'Usman Dāmānī telah menganugerahkan
Khilafat kepada lebih daripada
30 muridnya yang berkelayakan. Beberapa
nama yang diberkati itu disenaraikan di
bawah ini :

1. Anak sulung dan penggantinya,
Hadhrat Syaikh Muhammad Sirajuddin Naqshbandī Mujaddidī
2. Hadhrat Maulānā Sayyid Laʿal
Shāh Hamdānī Bilawalī
3. Maulānā Mahmūd Shīrāzī
4. Syaikh Fazil Aʿwān
5. Maulānā Muhammad Rasool
Laoon Khurasanī (meninggal dunia
pada hari Selasa 29 Dhu al-Hijjah 1314
Hijrah / 1897)
6. Hāfiz Sayyid Ahmad Alī Dehlawī
(meninggal dunia pada hari Ahad 2
Ramadhan 1300 Hijrah)
7. Maulānā Sayyid Akbar Alī Dehlawi
pengarang Majmu'a Fawāid Usmāniyyah
(Parsi)
8. Maulānā Noor Khān Awān
Chakrālwi
9. Maulānā Muhammad Hāshim
Baghārwī (1896)
10. Khawājāh Mairā Qalandar, Pashīn
11. Sayyid Amīr Shāh Hamdānī
Bilawalī
12. Maulānā Husain Ali
13. Maulānā Beg Muhammad
Khurasanī
14. Qāzi Abdur-Rasool Angwi
15. Maulānā Mahar Muhammad
Aʿwān Angwī
16. Sayyid Muhammad Shāh Hamdānī
Bilāwalī, anak saudara kepada Sayyid
Laʿal Shāh Hamdānī

RUJUKAN

1. Jalwa Gah-e-Dost (Urdu) oleh
Khwaja Muhammad Tahir Bakhshi
Naqshbandi
2. Majmoo'a Fawāid-e Usmāniā (Farsi)
oleh Sayyid Akbar Alī Dihlawī
3. Mawahib-e-Rahmania (Urdu) oleh
Khwaja Muhammad Ismail Siraji
Mujaddidi

*Disalin dan dikemaskinikan daripada kitab Tazkirah Al Afiya karangan Hadhrat Syaikh Jalalludin Ahmad Ar Rowi An Naqshabandi Al Mujaddidi.

Tiada ulasan: