Halaman

Translate

Selasa, 9 Julai 2024

Kisah Ya'qub bertemu Yusuf عليهما الصلاة والسلام



٢٤- يعقوب عند يوسف

ولما سار الرجال بقميص يوسف إلى كنعان، أحس يعقوب رائحة يوسف، وقال : إني لأجد ريح يوسف

قال تالله إنك لفي ضلالك القديم

ولكن كان يعقوب صادقا، فلما أن جاء البشير ألقاه على وجهه فارتد بصيرا، قال ألم أقل لكم إني أعلم من الله ما لا تعلمون

قالوا يا أبانا استغفر لنا ذنوبنا إنا كنا خاطئين

قال سوف أستغفر لكم ربي إنه هو الغفور الرحيم

ولما وصل يعقوب إلى مصر استقبله يوسف، ولا تسأل عن فرحهما وسرورهما

وكان يوما مشهودا في مصر وكان يوما مباركا

ورفع يوسف أبويه على العرش ووقعوا كلهم سجدا ليوسف

وقال يوسف : هذا تأويل رؤياي من قبل قد جعلها ربي حقا

إني رأيت احد عشر كوكبا والشمس والقمر رأيتهم لي ساجدين

وحمد يوسف الله حمدا طيبا كثيرا

وشكر يوسف على ذلك شكرا عظيما

وبقي يعقوب وآل يعقوب في مصر زمنا طويلا ومات يعقوب وزوجه في مصر

24. Ya'qub ke sisi Yusuf 

Dan tatkala lelaki-lelaki itu pergi ke Kan'aan dengan membawa baju Yusuf, Ya'qub merasakan bau Yusuf, lalu dia berkata: "Sesungguhnya aku mendapati bau Yusuf. 

Mereka berkata: Demi Allah! Sesungguhnya kau cuma tersesat dalam memori lampau. 

Tetapi Ya'qub adalah benar; maka tatkala datang pembawa berita gembira itu, dia telah meletakkannya (pakaian Yusuf) dekat dengan mukanya, maka kembali akan penglihatannya. Dia berkata: Bukankah aku telah katakan kepada kamu: Sesungguhnya aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak ketahui? 

Mereka berkata: Wahai ayah, mohonkanlah ampun bagi kami atas dosa-dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang kesalahan.

Dia berkata:  nanti aku akan memohon ampun bagi pihak kamu kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

Dan tatkala Ya'qub sampai di Mesir, Yusuf menyambutnya. Dan janganlah ditanya tentang kegembiraan dan kebahagiaan mereka berdua itu.

Dan pada hari itu disaksikan di Mesir (penduduk Mesir menyaksikan) itulah hari yang diberkati penuh keberkatan. 

Dan Yusuf telah mengangkat kedua ibu bapanya ke atas takhta, lalu jatuhlah mereka semuanya dalam keadaan sujud kepada Yusuf. 

Dan Yusuf berkata: Inilah tafsiran mimpiku yang sebelum ini, Tuhanku telah menjadikannya benar.

Sesungguhnya aku melihat 11 bintang dan matahari dan bulan, aku melihatnya sedang bersujud kepadaku. 

Dan Yusuf memuji Allah dengan indah dan terlalu banyak.

Dan Yusuf telah bersyukur dengan kesyukuran yang sangat besar.

Dan tinggalah Ya'qub dan keluarga Ya'qub di Mesir untuk tempoh yang lama. Dan Ya'qub dan isterinya telah meninggal dunia di Mesir.

*Dipetik dari Kitab Qasas An Nabiyyin karya Hadhrat Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi رحمه الله تعالى

*Telah siap diterjemahkan pada 4 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 9 July 2024 Masihi pukul 11:02 Malam di Maahad Madrasah Dakwah Wa Tarbiyyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

*setelah mengalami kemalangan sebanyak lebih 2 kali dan dalam beberapa kali kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan kanan serta tulang kawasan bahu cacat kekal, maka saya tidak dapat melakukan banyak pekerjaan. Oleh itu, saya menulis blog ini tanpa sebarang keuntungan, maka sekiranya pihak diri tuan puan atau mana-mana syarikat, ngo, badan pertubuhan, majikan-majikan yang kaya raya, bolehlah salurkan sumbangan kepada saya melalui akaun bank personal di bawah ini atas nama Azmye bin Asli :

5648 4712 8095 [Maybank]

Atau dengan menekan paparan iklan yang ada di blog ini sudah memadai untuk membantu saya. Setiap klik daripada iklan ini, maka saya akan dibayar. Terima kasih sebelumnya.


Sekiranya ada apa-apa urusan atau pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui whatsapp : +60 16 77
7 0714.

Tiada ulasan: