Halaman

Translate

Jumaat, 12 Julai 2024

Tazkirah Hadhrat Khawajah Maulana Muhammad Abdullah Rahmatullahi 'Alaih




HADHRAT MAULANA KHWĀJAH
MUHAMMAD ABDULLAH LUDHIANVI
(1322H - 1375H / 1904M - 1956M)

Beliau dilahirkan dalam keluarga "Araaein"
kelas pertengahan yang dipandang
dengan penuh kehormatan oleh penduduk
sekitarnya dikeranakan oleh sikap dan
akhlak mereka yang penuh dengan
kebaikan dan ketaqwaan disamping
mereka merupakan keluarga yang
menjaga kebajikan penduduk sekitarnya. Kehidupan mereka berlatar belakangkan
pertanian dan mereka memenuhi
keperluan dunia dengan hasil pertanian. Bapa Hadhrat Maulana Muhammad
Abdullah memastikan setiap apa yang
diisi ke dalam perut anaknya dan apa yang
menutupi badan anaknya itu adalah dari
hasil yang halal. 

KELAHIRAN DAN PENDIDIKAN AWAL 

Hadhrat Maulana Khwajah Muhammad Abdullah dilahirkan pada 22 Rejab
1322 Hijrah bersamaan 5 Oktober 1904
Masihi di Ludhian, Punjab, India bandar
yang bersempadan dengan Lahore,
Pakistan. Pada usianya 6 tahun bapanya
menghantarnya ke masjid berhampiran
untuk belajar Al-Quran, dan segala ilmu
berkaitan fardhu ain. Beliau memasuki Sekolah Rendah Saleempur pada tahun
1911 sehingga tahun 1916. Seterusnya
beliau belajar di Sekolah Menengah Qasba
Soodi di Ludhiana sehingga tahun 1919. Hadhrat Khawajah Maulana Muhammad Abdullah memiliki minat dalam pengajian agama.
Adakala masjid di perkampungannya
dikunjungi oleh ulama ulama besar India
yang dilihatnya begitu baik budi pekertinya,
berakhlak mulia, zuhud, wara'
, dan
berbagai lagi hal-hal yang membuat
Hadhrat Maulana tertarik dengan mereka
dan mendorongnya untuk melangkah
keluar dari sekolah menuju ke madrasah. Beliau memulakan pendidikan agama
dengan gurunya Maulana Muhammad
Ibrahim Saleempuri selama dua tahun di
Madrasah Azizia, Ludhiana dan
seterusnya Madrasah Arabia di Amatsir. Seterusnya beliau melanjutkan
pelajarannya di Madrasah Darul Uloom
selama empat tahun sehingga tahun
1345H/1927M. Di sini beliau didedahkan
dengan ilmu tasawwuf dan tariqat oleh
Mufti Aziz-ur-Rehman dan berbai'ah
mengikut jalan Tariqat Naqsyabandiyyah Mujaddidiyyah. 

PERKAHWINAN DAN KEDOKTORAN 

Selepas tamat belajar beliau berkahwin
dengan seorang wanita tempatan. Atas
desakan keluarga dan faktor ekonomi
Hadhrat Maulana memutuskan untuk
tidak meneruskan pengajian ilmu agama
tetapi memilih untuk belajar kedoktoran
dan memilih kerjaya sebagai seorang doktor pakar
perubatan. Gurunya adalah Maulana
Hakeem Abdul Rasool. 

BAI'AT KEDUA DAN KETIBAAN DI KHANQAH SIRAJIYAH

Maulana Hakeem Abdul Rasool
merupakan murid Hadhrat Khwajah
Maulana Abu Saad Ahmad Khan
Rahmatullah 'Alaih. Ketika menziarahi
Khanqah Sirajiyah, Mianwali, buat kali
pertama, Hadhrat Maulana Abu Saad
melihat Hadhrat Khwajah Muhammad
Abdullah buat pertama kalinya dan
bertanyakan maklumat mengenainya
kepada Maulana Hakeem Abdul Rasool. Dan
Maulana Hakeem Abdul Rasool menceritakan tentang Khawajah
Muhammad dan pengajian kedoktorannya. Maulana Abu Saad mengatakan "dia tidak
terlihat akan menjadi seorang doktor,
namun kamu harus terus mengajarnya
supaya nafsunya dapat dipenuhi". Tidak lama selepas kejadian itu, Hadhrat
Maulana Muhammad Abdullah kembali
berkhidmat dengan Hadhrat Maulana Abu
Saad, Maulana Abu Saad menyatakan
kepada Maulana Hakeem Abdul Rasool "engkau
hendaklah membacakan hikmahmu
kepadanya secepat mungkin, kerana
selepas itu saya akan membacakan
hikmah saya pula seraya menyebutkan
kata syair

___چند خوانی حکمت يونانياں
حکم ايمانياں راہم بخواں ۔۔

Berapa lama lagikah kamu hendak belajar
kebijaksanaan Yunani? 
Baca juga
hikmahnya orang-orang-orang beriman". 

Apabila Maulana Muhammad Abdullah
mendengar syair ini dari lidah yang
dirahmati Allah, seleranya dalam bidang
perubatan terus menjadi dingin. Beliau
kembali ke Sargodha dan seterusnya memaklumkan melalui surat kepada
Maulana Hakeem Abdul Rasool
menyatakan bahawa pendidikannya dalam
perubatan sudah tamat. Beliau kembali ke
Khanqah Sirajiyah dan bekhidmat dan
menerima berkat rohaniyat daripada
Syaikhnya Hadhrat Maulana Abu Saad
Ahmad Khan selamanya.

BERPISAH DENGAN DUNIA

Selepas kewafatan Syaikhnya, beliau
diwasiatkan oleh Syaikh Mursyidnya untuk
menggantikan kedudukannya sebagai
Syaikh Mursyid di Khanqah Sirajiyah. Beliau dijemput Illahi setelah berkhidmat
15 tahun 8 bulan 15 hari di Khanqah pada
27 Syawal 1375H/ 7 Jun 1956M. Seterusnya beliau mewasiatkan
pengurusan Khanqah kepada khalifahnya
yang mulia Hadhrat Maulana Khawajah
Khan Muhammad Sahib Qutub Dauran

 قدس الله أسرارهم أجمعين

*Disalin oleh Faqir Azmye bin Asli dari kitab Tazkirah Al Asfiya karangan Hadhrat Syaikh Jalalludin Ahmad Ar Rowi

Tiada ulasan: