Halaman

Translate

Jumaat, 26 Julai 2024

Merasa Cukup Dan Pengharapan - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Hati yang merasa cukup dan pergantungan penuh kepada Tuhan ialah tulang belakang kemurahan hati




خير الغنى غني القلب
"Kemewahan yang terbaik ialah kekayaan hati"

Orang yang memiliki kekayaan hati, merekalah yang mampu memberikan perkhidmatan yang hebat kepada agama. Umumnya, orang ramai mempunyai kebimbangan ini bahawa jika mereka membelanjakan sejumlah besar wang, bagaimana mereka akan memulihkan kewangannya semula (mendapatkannya semula)?

Apabila hati kita merasa cukup (memiliki kekayaan hati) dan telah meletakkan pergantungan kita kepada Raja segala raja, Yang memiliki khazanah segala sesuatu, (sebagaimana yang telah  Dia sebutkan): "Sesungguhnya perbendaharaan segala sesuatu adalah milik Kami," ini adalah bentuk keyakinan yang paling tinggi. .

Sebabnya, orang yang bakhil sentiasa dibelenggu oleh pemikiran yang tidak rasional. "Jika saya hendak memberikan harta saya kepada orang lain, saya tidak akan mempunyai apa-apa lagi. Ini adalah keperluan saya. Jika saya memerlukan di mana saya akan mendapatkannya? Walaupun saya meneruskan usaha perniagaan, adakah saya boleh memperolehnya atau tidak? Adakah saya akan berjaya atau tidak?"

Semua pemikiran yang tidak masuk akal ini mengganggu fikiran. Walau bagaimanapun, jika orang ini meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah Ta'ala, Dia yang mula-mula memberinya dan Dia akan memberikannya semula, maka untuk berpisah dengan harta ini tidak akan menjadi masalah. Seseorang individu akan berada dalam keadaan selesa tanpa mengira sama ada dia mempunyai kekayaan atau tidak.

Dia akan berkata kepada dirinya sendiri, "Jika ia tidak ada padaku, sudah tentu ia berada dalam perbendaharaan Allah. Dan Dia telah berjanji untuk memberikannya kepadaku. Jika Dia yang memberi, mengapa aku harus ditimpa kebimbangan?"

Tiada ulasan: