Halaman

Translate

Isnin, 8 Julai 2024

Antara Kisah Nabi Yusuf, Saudara-Saudaranya Dan Ayahnya Nabi Ya'qub عليهما السلام

Antara Kisah Nabi Yusuf, Saudara-Saudaranya Dan Ayahnya Nabi Ya'qub عليهما السلام



٢٢- يظهر السر
22 - Rahsia Terzahir

ولكن يعقوب كان بشرا، في صدره قلب بشر لا قطعة حجر

Akan tetapi, Ya'qub adalah seorang manusia, di dalam dadanya terdapat hati manusia, bukannya seketul batu.

فذكر يوسف وتجدد حزنه وقال : يا أسفى على يوسف

Maka teringatlah dia akan Yusuf, dan bertambahlah lagi kesedihannya, lalu dia berkata : celakalah aku, Yusuf !

ولامه أبناؤه وقالوا إنك لا تزال تذكر يوسف حتى تهلك

Dan anak-anaknya mencelanya dan mereka berkata : sesungguhnya kamu akan sentiasa mengingati Yusuf sehingga kamu binasa.

قال يعقوب : إنما أشكو بثي وحزني إلى الله وأعلم من الله ما لا تعلمون
Ya'qub berkata : aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku kepada Allah dan aku mengetahui tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui.

وكان يعقوب يعلم أن اليأس كفر، وكان يعقوب له رجاء كبير في الله

Dan Ya'qub tahu bahawa berputus asa adalah satu kekufuran, dan adalah Ya'qub baginya pengharapan yang besar kepada Allah.

وأرسل يعقوب أبناءه إلى مصر ليبحثوا عن يوسف وبنيامين ويجتهدوا في الله

Dan Ya'qub mengutus anak-anaknya ke Mesir untuk mencari Yusuf dan Binyamin dan berusaha keras oleh mereka pada sedemikian.

ومنعهم يعقوب من أن يقنطوا من رحمة الله، وذهب الإخوة إلى مصر مرة ثالثة

Dan Ya'qub menghalangi mereka berputus asa dari rahmat Allah, dan saudara-saudara Yusuf pergi ke Mesir untuk kali ketiga.

ودخلوا على يوسف وشكوا إليه فقرهم ومصيبتهم وسألوه الفضل

Dan datanglah mereka kepada Yusuf, lalu mengadu kepadanya tentang kemiskinan dan kesusahan mereka dan mereka meminta pertolongan daripadanya.

وهنا هاج الحزن والحب في يوسف ولم يملك نفسه

Dan disini, kesedihan dan cinta timbul semula dalam diri Yusuf dan dia mengawal dirinya.

أبناء أبي وأبناء الأنبياء يشكون فقرهم ومصيبتهم إلى ملك من الملوك

Anak-anak ayahku, dan anak-anak Nabi mengadukan kemiskinan dan kesusahan mereka kepada seorang raja dari banyaknya raja-raja.

إلى متى لا أرى أبي ؟

Sampai bila aku akan menyembunyikan perkara itu daripada mereka, dan sampai bila aku akan melihat keadaan mereka dan sampai bila aku tidak akan berjumpa dengan ayahku ?

لم يملك يوسف نفسه وقال لهم : هل علمتم ما فعلتم بيوسف وأخيه إذ أنتم جاهلون

Yusuf tidak dapat mengawal dirinya dan dia berkata kepada mereka : Adakah kamu tahu apa yang kamu lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya semasa kamu berada dalam keadaan jahil ? 

وكان الإخوة يعلمون أن هذا السر لا يعلمه إلا يوسف ونحن

Dan adalah saudara-saudara sedar bahawa rahsia ini, tiada siapa yang mengetahuinya kecuali Yusuf dan kami. 

فعلموا أنه يوسف

Jadi mereka tahu bahawa dia adalah Yusuf.

سبحان الله ! هل يوسف حي، أما مات في البئر 

سبحان الله ! Adakah Yusuf masih hidup, bukankah dia mati di dalam perigi? 

يا سلام ! هل يوسف هو عزيز مصر ؟

يا سلام ! Adakah Yusuf gabenor Mesir? 

هو الذي على خزائن الأرض ؟

Dialah yang berada di atas khazanah bumi?

هو الذي كان يأمر لنا بالطعام ؟
Diakah yang mengeluarkan perintah untuk kita tentang makanan? 

وما بقي عندهم شك أن الذي يكلمهم هو يوسف بن يعقوب !

Dan tidak ada lagi keraguan pada mereka bahwa yang berbicara kepada mereka ialah Yusuf anak Ya'qub !

قالوا أإنك لأنت يوسف

Mereka berkata: Adakah kamu sendiri Yusuf?

قال أنا يوسف وهذا أخي قد من الله علينا إنه من يتق ويصبر فإن الله لا يضيع أجر المحسنين

Dia berkata: aku Yusuf dan ini saudaraku. Allah telah melimpahkan nikmat kepada kita. Sesungguhnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

قالوا تالله لقد آثرك الله علينا وإن كنا لخاطئين

Mereka berkata: Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan kamu atas kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang melakukan kesilapan. 

وما لامهم يوسف على فعلتهم، بل قال :يغفر الله لكم وهو أرحم الراحمين

Dan Yusuf tidak menyalahkan mereka di atas perbuatan mereka, malah dia berkata: Semoga Allah mengampuni kamu; Dialah yang paling penyayang di antara mereka yang mengasihani.

*Dipetik dari Kitab Qasas An Nabiyyin karya Hadhrat Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi رحمه الله تعالى

*Siap diterjemahkan pada 2 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 8 July 2024 Masihi pukul 11:24 Pagi di Maahad Dakwah Wa Tarbiyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

*setelah mengalami kemalangan sebanyak lebih 2 kali dan dalam beberapa kali kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan kanan serta tulang kawasan bahu cacat kekal, maka saya tidak dapat melakukan banyak pekerjaan. Oleh itu, saya menulis blog ini tanpa sebarang keuntungan, maka sekiranya pihak diri tuan puan atau mana-mana syarikat, ngo, badan pertubuhan, majikan-majikan yang kaya raya, bolehlah salurkan sumbangan kepada saya melalui akaun bank personal di bawah ini atas nama Azmye bin Asli :

5648 4712 8095 [Maybank]

Atau dengan menekan paparan iklan yang ada di blog ini sudah memadai untuk membantu saya. Setiap klik daripada iklan ini, maka saya akan dibayar. Terima kasih sebelumnya.

Sekiranya ada apa-apa urusan atau pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui whatsapp : +60 16 777
 0714.

Tiada ulasan: