Halaman

Translate

Selasa, 30 Julai 2024

Tazkiratul Masyaikh —Muhaddith E Deccan Hadhrat Maulana Sayyid Abdullah Shah Naqshabandi Qadiri



MUHADDITH E DECCAN HADHRAT MAULANA SAYYID ABDULLAH SHAH رحمه الله تعالى

 


Maulana Abul Hasanat Sayyid Abdullah Shah, Muhaddith-e-Deccan, dilahirkan di Hussaini Alam, Hyderabad pada 10 Zulhijjah 1292 Hijrah atau 6 Februari 1872 Masihi. 
Maulana Sayyid Muzaffar Hussain Ibn Sayyid Ya'qub dari Naldrug ialah bapanya. Sejak penghijrahan moyangnya, Hadhrat Sayyid Ali, keluarga ini telah menjadi salah satu dari penerima geran tanah daripada Adil Shah I, pemerintah Bijapur. Anak perempuan Hadhrat Gul Badshah ialah ibunya.
Selaras dengan tradisi masyarakat ketika itu, sufi muda ini tidak menghadiri mana-mana sekolah formal untuk pendidikan dan latihannya. Beliau menerima pendidikan rendah dan pelajaran dalam bahasa Parsi daripada bapanya; logik dan falsafah daripada Maulana Mansur Ali Khan; ilmu pengetahuan tentang al-Quran dan mata pelajaran lain beliau menerimanya daripada Maulana Anwarullah Khan; hukum perundangan daripada Maulana Habibur Rahman Saharanpuri; dan ilmu Hadis dan kesusasteraan daripada Maulana Hakim Abdur Rahman Saharanpuri.
Walaupun pada masa Hadhrat Maulana masih seorang pelajar, dia sudah pun mula mengajar dengan cara yang formal dan tidak formal. Kadang-kadang ini adalah salah satu bentuk pendidikan bagi orang yang telah dewasa. Kebanyakan pendengarnya terdiri daripada golongan elit dan biasa. Beliau memulakan kerjaya mengajarnya di masjid bernama Ali Aqa di Hussaini Alam, Hyderabad, dan meneruskan pekerjaannya itu tanpa ada gangguan sehingga nafas terakhirnya.
Pada mulanya dia menerima tarbiyah kesufian daripada Hadhrat Miskin Shah. Setelah gurunya wafat, Hadhrat Maulana mula suhbah mendampingi Hadhrat Sayyid Muhammad Badshah Bukhari, yang memiliki jiwa kerohanian yang terkenal pada masa itu. Pada akhirnya Hadhrat Maulana mengamalkan kedua-dua jalan sufi tariqat iaitu Qadiriyah dan Naqshabandiyah. 
Selama murshid rohaninya masih hidup, Hadhrat Maulana akan pergi kepadanya setiap hari berjalan kira-kira dalam 4 batu tidak kira dalam apa juga keadaan iklim. Perbuatannya ini berterusan selama kira-kira 20 tahun sehingga kewafatan syaikh murshidnya. 
Semasa hayat murshidnya, Hadhrat Maulana Abdullah Shah tidak suka mempunyai pengikutnya sendiri. Jumlah pengikutnya dalam masa hidupnya sendiri adalah dalam ratus ribu dan kini mereka mencecah berjuta-juta. Hadhrat Maulana mengamalkan mazhab Hanafi dalam hukum fiqh dan mengikuti kaedah amalan murshidnya untuk mendidik pengikutnya dalam kedua-dua Tariqat Qadiriyah dan Naqshbandiyah.
Kehebatan Hadhrat Maulana Abdullah Shah tidak dapat dinafikan lagi bahawa beliau sangat menjaga Sunnah dalam semua tindakan, ucapan dan tulisannya. Dia sentiasa bersemangat dalam mengamalkan ajaran Baginda Nabi ﷺ yang tercatat dalam Hadis.
Karya tulisannya banyak, dan beberapa disebutkan di sini sebagai contoh sumbangan sasteranya kepada dunia pengetahuan dan idea: 

Gulzar Auliya, 
Ilajus Salikeen, 
Kitab Al-Mahabbat,
Tafsir Surah Yusuf, 
Mawaiz Hasanah, 
Suluk Mujadadiyyah, 
Qiyamat Nama, 
Meraj Nama, 
Milad Nama, 
Nurul Masabih (terjemahan dalam bahasa Arab: Zujajatul Masabih ),
Fazail-e-Namaz, 
Hassan Hussain, 
dan lain-lain lagi.

Hubungan rohani dan mujahadahnya yang tulus kepada Allah dan Rasul-Nya amat ketara dalam semua yang dilakukannya. Dia akan menghabiskan sebahagian besar masanya untuk berkhidmat kepada ciptaan Allah. 
Pada waktu subuh dia akan memulakan harinya dengan doa. Dia dengan sabar mendengar pelajaran dari murid-muridnya. Seterusnya beliau akan bertemu orang ramai dan mendengar luahan setiap orang yang datang sehingga jam 9 pagi. Selepas solat Israk, untuk sarapan pagi dan keperluan peribadi yang lain, dia akan meluangkan masa beberapa minit. Dari hampir pukul 10 hingga pukul 2 petang dia akan mengadakan sesi berasingan untuk wanita yang sama ada mendampinginya untuk mendapatkan tarbiyah bimbingan atau mengambil keberkatan rohani. 
Pada jam 2 petang dia akan kembali ke masjid untuk solat Zuhur dan sehingga solat Asar dia akan terlibat dalam memberi tazkirah ucapan dan tawajjuh kepada murid-muridnya, menjawab pelbagai permintaan bantuan, dan sebagainya. 
Waktu antara solat Asar dan Maghrib dan Awwabin, dia akan makan malam, membaca surat yang ditujukan kepadanya dan menuliskan surat nasihat. 
Pada pukul 10 malam dia akan pergi ke masjid untuk solat Isyak dan pulang ke rumah pada pukul 12 malam. Dia akan tidur selama tiga jam. Dari jam 2 pagi hingga solat Subuh dia akan sibuk dengan solat Tahajjud. Pendek kata, dia berehat selama tiga jam dan selebihnya 21 jam dia mengabdikan diri kepada Allah dan makhluk-Nya.
Salah satu karamahnya yang telah dilihat oleh sebilangan besar pengikutnya patut disebutkan di sini. Ketika mereka duduk berhadapan dengan Hadhrat Maulana, mereka merasakan hati mereka bergolak dan seolah-olah dihasut untuk berzikir kepada Allah. Mereka juga telah memerhatikan bahawa pengakhiran pengikut Hadhrat Maulana adalah dalam keadaan bahagia dan aman. Pada saat hampir meninggal dunia di bibir mereka menyebut kalimah yang diberkati لا اله الا الله (tiada Tuhan selain Allah).
Apabila Syaikh Hadhrat Sayyid Muhammad Badshah Hussaini yang sezaman dengannya meninggal dunia pada 25 Ogos, Hadhrat Abdullah Shah meramalkan bahawa dia juga akan meninggalkan dunia fana ini dalam tempoh dua hari setelah itu. Ramalannya menjadi kenyataan. Dengan kematiannya pada 18 Rabi'ul Tsani 1384 Hijrah bersamaan tahun 1964 Masihi pada ketika berusia 92 tahun.
Dunia telah kehilangan seorang pemimpin rohani yang hebat dan seorang ulama. Perarakan pengebumian itu adalah yang tersebar di Hyderabad yang dihadiri kira-kira 2.5 ratus ribu orang. Dia dikebumikan di Naqshbandi Chaman, Misri Gunj, Hyderabad. Khalifah dan pengganti kerjanya ialah anaknya sendiri Maulana Abul Barakat Sayyid Khalilullah.




Tiada ulasan: