Halaman

Translate

Jumaat, 12 Julai 2024

Kaedah Ajaib Naqshabandiyyin


Kaedah Ajaib Naqshabandiyyin Pada Menenangkan Qalb Seseorang

Taaluk Warna Lataif Dan Kaedah Tasarrufnya

1- Taaluk warna bagi Latifah Qalb ialah biru. Terbitnya biru yang berkelip-kelip dan kadangkala terang kuat memercik keadaannya.

Sifat asal bagi Latifah Qalb ialah ketenangan dan diam. Hendaklah Latifah Nafs bertawajjuh kepada Latifah Qalb dengan memancarkan cahaya biru kepada Latifah Qalb, kemudian dari Latifah Qalb boleh ditawajjuhkan kepada Latifah Qalb sesiapa saja yang kita niatkan untuk menenangkan Latifah Qalbnya.

Penghuraian kaedahnya dengan lebih terperinci ialah dengan Latifah Nafs diri mentawajjuhkan pada Latifah Qalb diri dengan penuh himmah sambil membayangkan limpahan Faidhz dan cahaya berwana biru, kemudian dari Latifah Qalb diri mentawajjuhkan pada Latifah Nafs seseorang yang kita niatkan, lalu dari Latifah Nafsnya bayangkan limpahan Faidhz beserta cahaya biru turun menyelubungi Latifah Qalb orang tersebut.

*Nota : Penghuraian ini adalah mengikut silsilah sebahagian Masyaikh Naqshbandiyyin iaitu Tariqat Naqshabandiyyah Mujaddidiyyah Khalidiyyah

*Siap dikemaskinikan oleh Faqir Azmye bin Asli An Naqshabandi pada 7 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 12 July 2024 Masihi pukul 9:05 malam di Maahad Dakwah Wa Tarbiyyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan: