Halaman

Translate

Jumaat, 26 Julai 2024

Khatrah Nafsani - Azmye Asli

Khatrah Nafsani - Azmye Asli


Begitu banyak ideologi yang wujud sejak zaman dulu. Masing-masing cuba mempertahankan ajaran masing-masing sehingga ada yang sanggup berkorban harta, nyawa dan emosi. Selang masa berlalu, tahun demi tahun, apa yang kita lihat, pengorbanan atas dasar ideologi sebenarnya tidak memiliki apa-apa keuntungan pun, melainkan untuk memuaskan kehendak nafsu keinginan. Ingin menaikkan sebuah ajaran, ingin mengajak manusia mengikut satu demi satu ajaran dan itu cukup menyeronokkan.
Itulah sebabnya, timbul bermacam gerakan, mazhab, ideologi, fahaman dan ajaran di muka bumi ini. Masing-masing hendak mengatakan bahawa mereka adalah yang paling benar. Tidak ada ajaran yang akan mengatakan bahawa ajaran yang tidak sama sepertinya adalah benar.
Jadi sebenarnya, kalau kita di pihak yang benar, apakah keuntungan yang kita dapat. Mampukah kita pastikan bahawa kita akan berjaya di muka bumi dan di akhirat yang dinantikan. Atau setidak-tidaknya kita merasa gembira atas apa yang kita sedang lakukan sekarang. Apakah ada manusia yang gembira sepanjang hayat tanpa melalui sedetik pun fasa kesedihan. Mustahil. Apa tujuan sebenarnya kita mempertahankan ajaran yang sedang kita pegang?
Mereka yang berjaya, adalah mereka yang hanya menginginkan keridhaan tuhan dan kecintaan dari-Nya saja. Dia tidak memiliki apa-apa maksud, benar atau salah, dosa atau pahala, sakit atau sihat, senang atau susah, berjaya atau gagal, syurga atau neraka, yang dia mahu cuma Tuhan saja. Inilah sebenar-benarnya kejayaan.
Azmye Asli
July 26 2024 / 20 Muharram 1446
17:22

Tiada ulasan: