Halaman

Translate

Sabtu, 13 Julai 2024

Waktu Yang Boleh Menyapu Khuf — Kitab Fathul Qarib

Waktu Yang Boleh Menyapu Khuf — Kitab Fathul Qarib

ويمسح المقيم يوما وليلة ويمسح المسافر ثلاثة أيام بليالهن المتصلة بها سواء تقدمت أو تأخرت

Dan menyapu oleh orang yang bermuqim (tidak musafir) sehari dan semalam. Dan menyapu oleh seorang yang musafir tiga hari serta malam-malamnya yang bersambung (berturut-turut) padanya (tiga hari) sama terdahulu malamnya (seperti dia berhadas pada waktu maghrib) atau terkemudian.

وابتداء المدة تحسب من حين يحدث اي من انقضاء الحدث الكائن بعد تمام لبس الخفين لا من ابتداء الحدث

Dan permulaan tempoh yang dikira (perkiraan harinya bermula) ialah dari saat dia berhadas iaitu daripada setelah selesai hadas yang terjadi setelah sempurna memakai dua khuf. Bukan dikira saat permulaan hadas (saat berhadas).

والعاصي بالسفر والهائم يمسحان مسح مقيم

Bagi orang yang bermaksiat pada safarnya (safar tujuan maksiat) dan orang yang bermusafir tanpa tujuan, menyapu oleh keduanya sebagaimana sapuan orang yang bermuqim (sehari semalam).

ودائم الحدث إذا أحدث بعد لبس الخف حدثا آخر مع حدثه الدائم قبل أن يصلي به فرضا يمسح ويستبيح ما كان يستبيحه لو بقي طهره الذي لبس عليه خفيه وهو فرض ونوافل

Dan orang yang kekal berhadas apabila dia berhadas setelah memakai khuf akan sebagai hadas yang lain (hadas yang lain dari penyakitnya) berserta hadas yang kekal itu sebelum bahawa dia bersolat akan satu solat fardhu maka dia menyapu dan mengharuskan (boleh dia buat) akan apa (perkara) yang harus (boleh) akan dia (apa yang harus dia buat, dia boleh buat), itu pun) kalau berbaki (masih ada) sucinya, yang mana telah dia pakai (guna) keatasnya ( masa sucinya) akan khufnya iaitu satu solat fardhu dan beberapa solat nawafil.

فلو صلى بطهره فرضا قبل أن يحدث مسح واستباح نوافل فقط

Maka kalau dia solat pada saat sucinya akan satu fardhu sebelum bahawa dia berhadas, maka dia boleh menyapu dan harus (boleh buat) oleh dia akan beberapa solat nawafil saja (tidak boleh buat solat fardhu, hanya solat nawafil saja).

فإن مسح الشخص في الحضر ثم سافر أو مسح في السفر ثم أقام قبل مضي يوم وليلة أتم مسح مقيم

Maka jika menyapu oleh seseorang pada ketika hadhar (tidak musafir) kemudian dia bermusafir atau (jika) dia menyapu pada ketika musafir kemudian dia bermuqim (tidak musafir) sebelum berlalunya tempoh sehari dan semalam maka menyempurnakan oleh dia akan sapuan muqim (sebagaimana orang yang bermuqim).

*Siap diterjemahkan pada 7 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 13 July 2024 Masihi pukul 1:49 petang di Maahad Dakwah Wa Tarbiyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan: