Halaman

Translate

Sabtu, 13 Julai 2024

Puisi Nizar Qabbani — Engkau Ditakdirkan Menjadi Wanita



قدر أنت بشكل امرأة

قدر أنت بشكل امرأة
وأنا مقتنع جدا بهذا القدر
إنني بعضك، يا سيدتي
مثلما الأخضر بعض الشجر
وأنا صوتك، يا سيدتي
مثلما الآه امتداد الوتر
مطر يغسلني أنت .. فلا
تحرميني من سقوط المطر
بصري أنت، وهل يمكنك 
أن ترى العينان دون البصر

Engkau Ditakdirkan Menjadi Wanita

Engkau ditakdirkan menjadi wanita
Sedangkan aku sangat puas dengan takdir ini
Aku sebahagian dari dirimu wahai permaisuriku
Sebagaimana daun itu sebahagian dari pokok
Aku ialah suaramu, wahai permaisuriku
Sebagaimana sebutan "Ah" ialah getaran tali gitar
Kau adalah hujan yang membasahiku, maka jangan
Jangan kau haramkan aku daripada menikmati hujan ini
Penglihatanku ialah kamu, maka bolehkah
Bolehkah kedua mata melihat tanpa penglihatan?

Nizar Qabbani

Tiada ulasan: