Halaman

Translate

Rabu, 3 Julai 2024

Puisi Fazleena Hishamuddin - Subjektif

Puisi ; Subjektif karya Fazleena Hishamuddin 





Kita bukan pekak
Bukan kudung
Bukan tuli
Bukan bisu
Bukan buta
Bukan nazak
Bukan uzur

Kita cuma punya
Kulit gelap
Badan pendek
Hidung peset
Telinga besar
Tetek kecik
Kurus kering
Betis penuh
Lengan lembik
Muka petak
Dahi sendat
Mulut lebar
Gigi bersempang siur

Kita rasa rendah diri
Rasa kecil hati
Rasa mahu mati
Rasa mahu bunuh diri
Rasa kecewa
Rasa duka
Rasa hina
Rasa malu
Rasa pilu
Rasa rendah
Rasa murah
Rasa sedih

Dan kita menjerit-jerit pada Tuhan;
Kenapa aku tidak secantik dia?
Kenapa aku tidak selawa dia?
Kenapa aku tidak semanis dia?
Kenapa tidak dicipta aku sesempurna dia?

Tak perlu bijaksana
Tak perlu hati mulia
Tak perlu pandai berkata-kata
Tak hormat manusia
Tak perlu rasa bahgia
Tak perlu rasa cinta
Tak perlu tahu tentang dunia
Mahu cantik saja

Biar mereka semua pandang
Biar mereka semua tenung
Biar mereka terbayang-bayang
Biar mereka bertambah sayang
Biar mereka peluk depan belakang

Cantik subjektif itu sial belaka
Akal perangai buang semuanya
Yang adili bukan Tuhan, Cuma manusia
Maka perkara pertama adalah rupa

Rupa lawa
Rupa jelita
Rupa cantik
Rupa menarik
Rupa rupawan
Rupa menawan
Rupa hebat
Rupa memikat

Dan, perlahan-lahan kita mati
Bukan dengan caci dan maki
Bukan dengan suara-suara yang menyakiti
Bukan dengan pandangan mereka yang benci
Bukan dengan persekitaran yang membebani
Tapi dengan falsafah cantik yang kita bina sendiri

*setelah mengalami kemalangan sebanyak lebih 2 kali dan dalam beberapa kali kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan kanan serta tulang kawasan bahu cacat kekal, maka saya tidak dapat melakukan banyak pekerjaan. Oleh itu, saya menulis blog ini tanpa sebarang keuntungan, maka sekiranya pihak diri tuan puan atau mana-mana syarikat, ngo, badan pertubuhan, majikan-majikan yang kaya raya, bolehlah salurkan sumbangan kepada saya melalui akaun bank personal di bawah ini atas nama Azmye bin Asli :

5648 4712 8095 [Maybank]

Sekiranya ada apa-apa urusan atau pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui whatsapp : +60 16 777 0714.

Tiada ulasan: