Halaman

Translate

Ahad, 21 Julai 2024

Ma'rifat Kepada Allah Ta'ala - Syaikh Nazim Adil Al Haqqani [Mercy Ocean]


Hadis mengatakan, “Sebaik-baik pekerjaan adalah mengenali Allah. Itulah pekerjaan yang terbaik bagi seorang lelaki.” Hadis ini seperti lautan, kerana dalam Al-Quran ada dikatakan, "Wahai manusia, aku bersama kamu - sepanjang masa - di mana-mana." Dia sentiasa bersama kita. Inilah yang dikatakan sebagai ilmu ma'rifat.

Grandsyaikh kami berkata, "Jika seseorang tidak menyedari bahawa Bashar Allah sentiasa bersamanya di mana-mana, sepanjang masa, lelaki itu bukanlah seorang mu'min (mukmin)." kamu mesti bayangkan, dalam hati kamu, bahawa Bashar Allah bersama kamu. Jika kamu lupa akan hal ini kamu akan hilang dari Tuhan kamu, dan apabila kamu tiada kehadiran bersama dengan Tuhan kamu, kamu akan hadir dengan nafs kamu (ego). Perbuatan terbaik akan datang dengan menyimpan pengetahuan ini dalam fikiran kamu. “Ya Tuhanku, mengapa aku menulis perkara ini? aku menulis semata-mata untuk Kamu.”

Tiada ulasan: