Halaman

Translate

Rabu, 31 Julai 2024

Lima Pancaindera - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Lima Pancaindera



(Sambungan dari kejadian orang yang diberi penerangan tentang pembedahan mata itu)

Apa pun, seperti yang dipersetujui orang itu tiba pada hari tertentu dan memperkenalkan dirinya.

"Baiklah, saya bebas dan kamu pun begitu, teruskan, dan tanya soalan kamu," kataku dengan nada yang lembut.

"Di manakah Allah?" dia menuntut jawab. "Jika Dia wujud, mengapa saya tidak dapat melihat-Nya? Sehingga saya tidak dapat melihat-Nya menggunakan pancaindera saya, saya tidak akan menerima kewujudan-Nya."

"Saya rasa anda pernah mendengar kata-kata ini dari sumber lain dengan hati tanpa memahami maksudnya dan kamu sekarang memetiknya seperti burung kakak tua. Burung kakak tua mengulang perkataan dan frasa tanpa memahami maksudnya," jawab saya tenang.

Dia tidak menyukai jawapan ini dan membalas, "Apa yang membuatkan kamu berkata saya tidak faham maksud soalan saya sendiri?"

"Saya katakan ini kerana jika saya meminta kamu menjelaskan soalan kamu, kamu pasti tidak akan dapat berbuat demikian."

"Saya pasti boleh menjelaskan soalan saya," dia membantah. "Tanya saya apa-apa yang kamu ingin tahu."

Aku mengerling ke arahnya. "Apakah lima perkara yang kamu ingin melihat Allah Ta'ala?"

"Lima deria; penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan."

"Hanya deria penglihatan yang dicipta untuk melihat, bukan empat yang lain," saya membetulkannya. Jika kamu bertanya kepada seorang kanak-kanak mana satu indera yang dia gunakan untuk melihat sesuatu, dia akan menjawab, dengan matanya. Katakan kepadanya bahawa adakah dia mampu melihat dengan telinganya dan dia akan berkata tidak mampu. Telinga digunakan untuk mendengar, bukan untuk melihat. Tanya dia sama ada adakah dia dapat melihat dengan hidungnya, dia akan berkata tidak, hidung itu untuk menghidu, bukan untuk melihat, sama juga jika kau tanya adakah dia mampu melihat melalui lidahnya, dia akan berkata kau tersalah, lidah digunakan untuk merasa bukan untuk melihat. Jika kau tanya adakah dia dapat melihat melihat melalui tangannya, dia akan berkata tidak juga. Intinya adalah bahawa seorang anak kecil memahami perkara-perkara ini sedangkan kamu, seorang yang berilmu, seorang yang memiliki degree kelulusan - Allah Ta'ala sahaja yang mengetahui berapa banyak degree yang telah kamu perolehi, tapi kamu tidak mengetahui perkara-perkara kecil ini.".

Tiada ulasan: