Halaman

Translate

Isnin, 29 Julai 2024

Kisah Tentang Peti Tabut Sakinah — Mahbubul Ulama Wa Sulaha Hadhrat Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi

Kisah tentang peti tabut sakinah


Allah menyebut di satu tempat pada surah Al-Baqarah dalam Al-Quran bahawa dua malaikat telah datang kepada Hadhrat Talut dengan membawa sebuah peti yang besar. Lalu berkata bahawa di dalam peti itu ada sakinah di dalamnya. Sakinah itu membawa maksud rahmat, keberkatan dan cahaya yang diturunkan oleh Allah تعالى. Dalam Al-Quran, Allah berfirman pada satu tempat 

انزل الله سكينة على رسوله 

Yang bermaksud bahawa Allah menurunkan sakinah kepada Rasul-Nya. Allah menggunakan perkataan sakinah untuk peti ini juga.

Allah menunjukkan dengan berfirman bahawa

فيه سكينة وبقية مما ترك ال موسى وال هارون تحمله الملائكة

Di dalamnya terdapat sakinah rahmat, keberkatan dan cahaya, dan barang peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun yang dibawa oleh malaikat  

Telah difahami bahawa Allah telah meletakkan keberkatan sakinah pada barang peninggalan daripada kedua-dua mereka itu. Jadi sabit terbukti bahawa nisbat perkaitan boleh membuat sesuatu perkara itu menjadi bernilai. 

Dengan kata lain, kepentingan nisbat dalam kehidupan seorang insan itu adalah sangat tinggi. Jika seseorang itu bukan setakat memiliki nisbat hubungan yang baik dalam kehidupannya, malah dia juga menghormati dan menghargai suatu nisbat, maka dia akan dapat melihat manfaat dan buahnya di dunia dan di akhirat. Jika kita melihat sejarah dan membaca keadaan para wali Allah, maka kita akan faham apakah nilai maqam kedudukan suatu nisbat itu.

Kitab Rahe Salamat Tumhari Nisbat karangan Hazratji Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi 

Tiada ulasan: