Halaman

Translate

Selasa, 16 Julai 2024

Tazkirah Hadhrat Syaikh Haji Dost Muhammad Qandahari Naqshbandi



HADHRAT SYAIKH HAJI DOST MUHAMMAD QANDAHARI
NAQSHBANDI (1801-1868)


Hadhrat Syaikh Hājī Dost Muhammad Qandahārī Naqshbandī (1801-1868),
قدس الله سره العزيز
adalah seorang ketua para khalifah dan pengganti
kepada Hadhrat Khawajah Shāh Ahmad Sa'id Mujaddidi
Faruqi (wafat 1860), dan hidup pada abad ke-19 di kawasan yang kini berada di Pakistan dan
Afghanistan. 


KELAHIRANNYA

Beliau dilahirkan daripada keluarga
Khawājāh Mullā Ali
Durrānī pada 1216H (1801/1802M)
berhampiran Qandahar, Afghanistan. 


PERJALANAN HIDUPNYA

Hadhrat Syaikh telah memulakan pendidikan awal di kampung
ibu bapanya, beliau kemudiannya
berpindah ke Kabul untuk melanjutkan
pelajaran dalam ilmu agama Islam. Semasa belajar, dia juga telah mengembangkan
kecintaan dan keghairahan yang kuat
terhadap ilmu tasawuf dan mencintai para Auliya. 

Suatu ketika dia telah pergi ke maqam Baba
Wali bersama-sama pelajar lain. Dalam
perjalanan ke sana, mereka bertemu
dengan seorang wali Majzūb yang
memberitahu sesuatu untuk semua orang. Ketika gilirannya tiba, majzūb itu berkata:

“Murid ini akan menjadi seorang yang kamil
sempurna dan termasuk dalam kalangan para wali, dan
akan menjadi wali yang kamil sempurna, sebagaimana tanda-tanda Ma'rifah jelas di
dahinya.”

Kemudian, dia telah pergi ke Haramain (kota
suci Makkah dan Madinah) dan tinggal di
sana selama bertahun-tahun. Di sana, dia telah menunaikan haji dan selepas itu dia telah
pergi ke kota Madinah Al Munawwarah
dan belajar di sana. 

Dia telah mendengar tentang perkhabaran bahawa ada wali dan
syaikh yang agung pada masa itu, iaitu Hadhrat Khawajah Shah
Abdullah Ghulam Ali Dehlawi
Naqshbandi yang tinggal di Delhi. Oleh itu
dia telah berangkat ke Delhi, melalui Qandahar,
Ghazni dan Kabul. Apabila dia tiba di Peshawar, dia
mendengar tentang kematian Hadhrat syaikh. Berita ini sangat menyedihkan hatinya dan dia telah
berpatah balik dari sana ke Qandahar dan
Kabul untuk melanjutkan pelajaran. 

Pada masa ini, hatinya telah jatuh cinta
kepada Allah dan dia sering menangis dan terus
menangis berpanjangan. Kadang-kadang,
dia akan jatuh pengsan selama beberapa hari. Hatinya membara dan jiwanya tidak
tenteram. Untuk menghilangkan dahaga
rohaninya, dia pergi ke Baghdad iaitu Maqam Aqdas Ghaus Al-'Azam Sayyidina Abdul Qadir
Jilani قدس الله سره الأقداس. Kemudian dia telah pergi ke Herat di hadapan
Syaikh Abdullah Herati, iaitu seorang khalifah Hadhrat
Maulānā Khālid Baghdādī Kurdi yang
merupakan salah seorang khalifah
terpenting Hadhrat Khawajah Shah Abdullah Ghulam Ali Dehlawi. Selepas tiga bulan di sana, dia kembali ke
Baghdad dan tinggal bersama Syaikh
Muhammad Jadid, iaitu seorang lagi khalifah
Maulana Khalid Baghdadi. Tetapi memandangkan kegelisahan
rohaninya tidak dapat ditenangkan di
mana-mana, dia akhirnya pergi ke bawah silsilah Hadhrat Khawajah
Shah Abu Sa'id Dehlawi, iaitu ketua para khalifah
dan pengganti Hadhrat Khawajah Shah Abdullah Ghulam Ali Dehlawi. 

Dia telah tiba di Mumbai pada tahun 1834 dan
bertemu dengan Hadhrat Syaikh yang sedang
menunggu kapal laut berlepas untuk
menunaikan haji. Hadhrat Syaikh telah menasihatinya untuk pergi menemui anaknya iaitu Hadhrat Khawajah
Shah Ahmad Sa'id Faruqi Mujaddidi yang
juga merupakan khalifah Hadhrat Khawajah Shah Abdullah Ghulam 'Ali 
Dehlawi dan telah menerima latihan kerohanian dan
Faidhz daripadanya. 

Oleh itu dia telah pergi ke destinasi terakhirnya di
Delhi dan telah datang ke hadapan Hadhrat Khawajah Shah
Ahmad Sa'id, seorang syaikh yang terkemuka dalam tariqah
Naqshbandi di sana. Ketika dia memandang wajah syaikhnya
yang bersinar itu untuk pertama kalinya,
segala kegelisahan dan kekosongan
hatinya telah terpadam dan semua
kebimbangannya pun berakhir. 


IJAZAT KHILAFAT MUTLAK

Beliau telah menerima limpahan Faidhz, keberkatan dan
latihan kerohanian daripada Hadhrat Mursyidnya dan Hadhrat Syaikhnya itu, iaitu Hadhrat Khawajah 
Shah Ahmad Sa'id telah menganugerahkannya
khilāfah mutlak selepas 14 bulan bersuhbah dan berkhidmat pada
tahun 1836. 

Beliau telah dilatih dan disempurnakan
dalam tariqah Naqshbandi Mujaddidi silsilah zahab, bukan itu saja, beliau juga telah menerima hak mutlak
kuasa ke atas tujuh tariqat sufi yang lain, iaitu Qadiri, Chishti, Suhrawardi, Qalandari, Kubrawi,
Madari dan Shattari.

Rangkaian silsilah yang lengkap ini ada
disenaraikan dalam karya biografi Para Masyaikh tariqah ini. Rantai emas tariqat
Naqshbandinya yang sampai hingga Hadhrat Imam Rabbāni Syaikh
Ahmad Sirhindi akan dibentangkan di sini:

1. Hadhrat Khawājah Dost Muhammad
Qandahārī
2. Hadhrat Khawajah Shāh Ahmad Sa'id
Mujaddidī Fārūqī
3. Hadhrat Khawajah Shāh Abū Sa'id Mujaddidī
Fārūqī
4. Hadhrat Khawajah Shāh Ghulām Ali Dehlawī
5. Hadhrat Khawajah Mirzā Mazhar Jān Jānān
6. Hadhrat Khawajah Sayyid Noor Muhammad
Badāyūnī
7. Hadhrat Khawajah Hāfiz Muhammad Mohsin
Dehlawi
8. Hadhrat Khawājah Saifuddin
Sirhindī
9. Hadhrat Khawājah Muhammad
Ma'soom Sirhindī
10. Hadhrat Imām Rabbānī Mujaddid Alfi
Tsānī Syaikh Ahmad Sirhindī Fārūqī 

Hadhrat Syaikhnya telah menghantarnya kembali ke
Afghanistan untuk mengajar tariqat
Mujaddidi kepada orang ramai. Tidak
lama kemudian beliau telah menjadi sangat terkenal dan
ribuan orang telah berpaling kepadanya untuk mendapatkan
bimbingan rohani, termasuk para ulama
dan syaikh sufi. 

Dia telah menubuhkan tiga
khanqah tetap di mana dia akan tinggal di
bahagian yang berlainan setiap tahun. Khanqah terakhirnya yang juga menjadi
tempat pengebumiannya ialah di sebuah Khanqah Mūsā Zaī
Sharif, di daerah Derā Ismāīl Khān, yang kini berada di
Pakistan sekarang. 

Syaikhnya pernah berkata bahawa Hadhrat Syaikh Hājī
Dost Muhammad bagi saya adalah sebagaimana
Maulana Khalid Baghdadi kepada syaikh
saya iaitu Hadhrat Khawajah Shah Ghulam Ali Dehlawi. Dia mempunyai ratusan wakil
Khalifah, sepanjang hidupnya Hadhrat Syaikh telah menyebarkan tariqah ke banyak
kawasan di Afghanistan dan Pakistan
sekarang. 


KHALIFAHNYA

Ketua khalifah dan pewaris rohaninya
ialah Hadhrat Khawājah Haji Muhammad Usmān
Dāmāni (wafat 1897). 

Beberapa nama di bawah ini adalah 
antara khulafa beliau yang masyhur iaitu :

1. Hadhrat Khawājah Muhammad
Usmān Dāmāni (w. 1897)
2. Hadhrat Maulana Amānullah Herāti
3. Hadhrat Maulana Muhammad Ãdil,
Zhob, Balochistan
4. Hadhrat Maulana Rahīm Bakhsh
Ajmeri
5. Hazrat Maulana Ghulam Hasan,
Derā Ismāīl Khān
6. Hadhrat Maulana Sher Muhammad,
Kulāchi
7. Hadhrat Syaikh Mulla Qitār
Akhundzādā (w.1300 Hijrah)
8. Pīr Sayyid Muhammad Shāh Jīlānī,
keturunan Syaikh Abdul-Qādir Jīlānī
quddisa sirruhu

KEWAFATANNYA 

Hadhrat Syaikh telah meninggal dunia pada 22 Syawal
1284H (16/17 Februari 1868) dan
dimakamkan di Khanqah Mūsā Zaī sharīf, sebuah khānqāh
mulia yang telah didirikan olehnya, di daerah
Derā Ismāīl Khān, yang pada masa sekarang ialah di Pakistan. 

Surat-suratnya (Maktūbāt), yang ditulis
dalam bahasa Parsi, telah diterbitkan, dan
terjemahan Urdunya juga telah siap tersedia dengan
nama Tuhfah e Ibrahimiya.


RUJUKAN
1. Jalwa Gāh-e-Dost, oleh Hazrat
Khwājā Muhammad Tāhir Bakhshi
Naqshbandi
2. Mawāhib-e-Rahmāniā, jilid 1
bernama Tajalliyat ad-Dostiyya, oleh
Khwaja Muhammad Ismaeel Sirāji
Mujaddidi dari Musa Zai Sharif. 3. Tuhfā Ibrāheemiya, terjemahan
Urdu dari huruf Hāji Dost Muhammad
Qandahari.

*Rujukan kitab Tazkirah Al Asfiya karangan Hadhrat Syaikh Jalalludin Ahmad Ar Rowi عفى عنه ولوالديه

Tiada ulasan: