Halaman

Translate

Memaparkan catatan dengan label Kaedah Ajaib Naqshabandiyyin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kaedah Ajaib Naqshabandiyyin. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Julai 2024

Kaedah Ajaib Naqshabandiyyin Pada Menenteramkan Hati Orang Lain



Kaedah Ajaib Naqshabandiyyin Pada Menenteramkan Qalb Seseorang

Kaedahnya adalah dengan menyatukan antara rohani diri dengan rohani orang yang kita ingin untuk ditenteramkan. Dengan membayangkan bahawa dirinya menjadi diri kita lalu kita tawajjuhkan limpahan Faidhz dan cahaya Latifah Qalb kita menuju dan menyelimuti Latifah Qalbnya. Maka dia akan menjadi tenteram. 

Adalah penting bagi kita untuk menghasilkan ketenteraman terlebih dahulu sebelum menenteramkan orang lain. Juga hendaklah dielakkan daripada memberi tawajjuh pada orang yang tidak layak. Malah, sekiranya kita sendiri tidak mendapat izin dari Syaikh Mursyid untuk memberikan tawajjuh pada orang lain, janganlah sekali-kali melakukannya melainkan sangat terdesak. Ditakuti selain manfaat yang didapat, mudarat juga mengiringinya. Hakikat sebenar, hanya Allah Ta'ala yang memberi manfaat dan mudarat, dan iktiqad tauhid inilah yang perlu kita kuatkan dan serapkan dalam diri kita sehingga menjadi sebati.

*Penghuraian ini adalah mengikut silsilah Naqshabandiyyah Mujaddidiyyah Khalidiyyah 

*Siap dikemaskinikan oleh Faqir Azmye bin Asli An Naqshabandi 'ufiya 'anhu pada 7 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 13 July 2024 Masihi pukul 10:21 pagi di Maahad Dakwah Wa Tarbiyah, Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

Jumaat, 12 Julai 2024

Kaedah Ajaib Naqshabandiyyin


Kaedah Ajaib Naqshabandiyyin Pada Menenangkan Qalb Seseorang

Taaluk Warna Lataif Dan Kaedah Tasarrufnya

1- Taaluk warna bagi Latifah Qalb ialah biru. Terbitnya biru yang berkelip-kelip dan kadangkala terang kuat memercik keadaannya.

Sifat asal bagi Latifah Qalb ialah ketenangan dan diam. Hendaklah Latifah Nafs bertawajjuh kepada Latifah Qalb dengan memancarkan cahaya biru kepada Latifah Qalb, kemudian dari Latifah Qalb boleh ditawajjuhkan kepada Latifah Qalb sesiapa saja yang kita niatkan untuk menenangkan Latifah Qalbnya.

Penghuraian kaedahnya dengan lebih terperinci ialah dengan Latifah Nafs diri mentawajjuhkan pada Latifah Qalb diri dengan penuh himmah sambil membayangkan limpahan Faidhz dan cahaya berwana biru, kemudian dari Latifah Qalb diri mentawajjuhkan pada Latifah Nafs seseorang yang kita niatkan, lalu dari Latifah Nafsnya bayangkan limpahan Faidhz beserta cahaya biru turun menyelubungi Latifah Qalb orang tersebut.

*Nota : Penghuraian ini adalah mengikut silsilah sebahagian Masyaikh Naqshbandiyyin iaitu Tariqat Naqshabandiyyah Mujaddidiyyah Khalidiyyah

*Siap dikemaskinikan oleh Faqir Azmye bin Asli An Naqshabandi pada 7 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 12 July 2024 Masihi pukul 9:05 malam di Maahad Dakwah Wa Tarbiyyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.