Halaman

Translate

Jumaat, 16 Ogos 2024

Fikirkan Dan Renungkan - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Fikir dan renungkan

Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa apabila air mani dipindahkan ke dalam rahim, akan dilantik satu malaikat yang ditugaskan untuk mengawasinya, ia berkata:

يا رب نطفة

"Wahai Pemeliharaku! Apakah perintahmu mengenai sperma ini? Adakah ia harus digugurkan atau dibiarkan hidup?''

Jika dibiarkan hidup, ia berubah menjadi segumpal darah dalam tempoh empat puluh hari. Selepas itu, malaikat bertanya:

يا رب علقة

“Wahai Pemeliharaku! Apakah perintahmu mengenai segumpal darah ini?"

Jika dibiarkan hidup, ia akan berubah menjadi seketul daging selama empat puluh hari lagi. Kemudian malaikat bertanya:

يا رب مضغة

"Wahai Pemeliharaku! Apakah perintahmu mengenai seketul daging ini?"

Jika dibiarkan hidup, anggota badan mula terbentuk dan kemudian ruh nyawa dipindahkan ke dalam badan ini.

Darah haid yang dikeluarkan oleh wanita setiap bulan akan tamat ketika hamil. Darah tersebut adalah diperlukan untuk perkembangan jasad janin itu. Selepas janin itu dihidupkan, darah itu menjadi makanannya dan, apabila ia dilahirkan, Allah menukar makanannya daripada darah kepada susu.

Keadaan bayi itu sedemikian rupa sehingga ia tidak dapat membezakan apa-apa. Ia tidak mempunyai pengetahuan, dan ia tidak mempunyai sebarang kekuatan. Ia tidak boleh berpaling ke sisinya, dan ia tidak boleh duduk, bercakap atau menjelaskan ketidakselesaannya. Jika mana-mana bahagian badannya sakit, ia menangis tanpa henti sehinggakan untuk menghiburnya dan melegakannya saja akan membuatkan kita letih. Jika ia dikotori oleh najis, ia kekal dalam keadaan itu tanpa mengetahui keadaannya. Ia mula menjilat tangannya walaupun ia ditutup dengan najis. Ia melakukan ini tanpa disedari. Beginilah keadaan manusia itu semasa awal-awal kelahiran.

Selepas itu dia membesar perlahan-lahan. Keadaan dan derianya mula bertambah baik. Dia belajar makan pelbagai jenis makanan, bercakap dan memahami konsep yang berbeza. Intinya ialah bagaimana seseorang, yang pada permulaannya begitu primitif, menjadi begitu sombong dan angkuh? 

Sepatutnya dia harus merenungkan tentang dirinya, sebagaimana perintah dalam Al-Qur'an :

وفي انفسكم افلا تبصرون

"Adakah kamu tidak memikirkan tentang diri kamu sendiri?" 

Surah Az-Zaariyaat ayat 21



Kita harus merenung tentang bagaimanakah caranya kita telah diciptakan dan perubahan keadaan dan fasa kehidupan yang telah kita lalui. Masa kanak-kanak berakhir dengan kedatangan masa muda. Masa muda adalah tahap kegilaan. Sebagaimana yang dikatakan dalam sebuah syair yang terkenal:

الشباب شبعة من الجنون

"Masa muda adalah sebahagian daripada kegilaan."

Walaupun masa muda seseorang itu  mempunyai lebih banyak kekuatan tetapi pada masa yang sama, ia adalah zaman yang penuh dengan malapetaka. Lihatlah, pada setiap hari berapa banyakkah seorang pemuda itu tidak membuang air kecil? Berapa banyak dia tidak membuang air besar? Jika seseorang makan sebiji epal atau jambu batu, dalam bentuk apakah ia keluar selepas tiga jam? Kami tidak mahu menyebut namanya dan tidak mahu melihatnya dan tidak mahu menghidunya atau menyentuhnya! Ini adalah bagaimana makanan berubah selepas dikaitkan dengan manusia. Makanan yang lazat, disediakan dengan tukang masak professional, memasuki perut menyebabkan warna, rasa dan baunya berubah sepenuhnya. Setiap kualiti uniknya rosak dan dalam keadaan ini ia keluar daripada tubuh.

Manusia sangat lemah. Semasa tidur, jika seekor ular jatuh dari bumbung ke atas katilnya, dan menggigitnya, apakah yang boleh dia lakukan? Jika seorang pencuri masuk ke dalam rumahnya dan mencekiknya, apakah yang boleh dia lakukan? Jika kala jengking menyengatnya, apakah yang boleh dilakukannya? Jika gempa bumi berlaku dan bumi menelannya, apakah yang boleh dia lakukan? Dia tidak boleh berbuat apa-apa. Tiada satu pun daripada peristiwa ini berada dalam kehendak dan kawalannya.

Tiada ulasan: