Halaman

Translate

Ahad, 25 Ogos 2024

Amalan untuk perlindungan agar dihindarkan dari segala macam musibah dan bala — Kitab Mujarrabat Masyaikh Naqshaband Sususan Mufti Ihsanul Haq

Amalan untuk perlindungan agar dihindarkan dari segala macam musibah dan bala


Hendaklah membaca surah Al Fatihah, Ayat Kursi dan surah tiga Qul. Kemudian menghembus nafas pada tubuh badan. Amal ini amat berfaedah untuk perlindungan.

Kitab Mujarrabat Masyaikh Naqshaband susunan Mufti Ihsanul Haq قدس الله سره

Sabtu, 24 Ogos 2024

Sanad Qasidah Munfarijah




قصيدة المنفرجة لابن النحوي

الفقير عزمي بن اصلي عن الكياهي محمد صالحين بن خضر عن الكياهى احمد مقربين
عن الكياهى سهل محفوظ عن الشيخ محمد ياسين الفادانى عن الشيخ عمر حمدان اْلمحرسى عن السيد احمد بن اسماعيل البرزنجى عن السيد احمد زينى دحلان عن الشيخ عثمان الدمياطى عن اَلمير الكبير عن على 
الصعيدى عن محمد ابن عقيلة عن الشيخ حسن بن على العجيمى عن الشيخ محمد بن علاء الدين البابلى عن 
سليمان بن عبد الدائم وعبد الرؤف المناوى وسالم بن
محمد السنهورى عن النجم محمد بن احمد الغيطى عن 
شيخ اَلسالم زكريا اَلنصارى عن ابى الفضل المرجانى عن ابى هريرة عبد الرحمن الحافظ الذهبى عن الحافظ ابى عبد الله بن رشيد عن محمد بن احمد بن حبان عن على بن مفرج
الصنهاجى عن احمد بن على بن ابى بكر البالطى عن عبد الله
بن ميمون بن محمد بن الغنام عن ابى عبد الله محمد بن
عبد المعطى بن عبد الله بن الرماح عن ناظمها اَلامام ابى الفضل يوسف بن محمد بن يوسف اَلانصارى عرف بابن
النحوى رحمهم الله تعالى


الفقير عزمي بن اصلي عن الكياهي محمد صالحين بن خضر عن الكياهى جمال عبد
النصير كلاهما عن الشيخ محمد ياسين الفادانى الخ

Sanad Qasidah Munfarijah

Alfaqir Azmye bin Asli daripada Kh. Muhammad Shalihin bin Khadhirin daripada Kh. Ahmad Muqarrabin daripada Kh. Sahl Mahfuz daripada Syaikh Muhammad Yasin Al Fadani daripada Syaikh Umar Hamdan Al Mahrasi daripada Sayyid Ahmad bin Ismail Al Barzanji daripada Sayyid Ahmad Zaini Dahlan daripada Syaikh 'Usman Addimyathi daripada 
Syaikh Al Amiril Kabir daripada Syaikh Ali As Sha'idi daripada Syaikh Muhammad bin Aqilah daripada Syaikh Hasan bin Ali Al 'Ujaimi daripada Syaikh Muhammad bin Alauddin Al Babili daripada Syaikh Sulaiman bin Abdid Daim daripada Syaikh Muhammad bin Ahmad Al 
Ghoithi daripada Syaikhul Islam Zakariya Al Anshori daripada Syaikh Abil Fadhli Al Marjani daripada Syaikh Abi Hurairah Abdir Rahman Al Hafizh Ad Dzahabi daripada Syaikh Al Hafizh Abi Abdillah bin Rasyid daripada Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Hiban daripada Syaikh Ali bin Mufarroj As Shanhaji daripada Syaikh
Ahmad bin Ali bin Abi bakar Al Balathi daripada Syaikh 
Abdullah bin Maimun bin Muhammad bin Al 
Ghanam daripada Syaikh Abi Abdillah Muhammad bin 
Abdil Mu'thi bin Abdillah bin Ar Rimah daripada pengarangnya Al imam Abil Fadhli Yusuf bin 
Muhammad bin Yusuf Al Anshari Ibnu Nahwi رحمهم الله تعالى


Dari Alfaqir Azmye bin Asli daripada Kh. Muhammad Shalihin bin 
Khadhirin daripada Kh. Jamal Abdun Nashir daripada Syaikh Muhammad Yasin Al Fadani dan seterusnya...



Jumaat, 23 Ogos 2024

Musalsal Potong Kuku

Musalsal Potong Kuku

قال: أخبرنا أبو عبد الله الخليلي، ورأيته كذلك، قال: أخبرنا الصدر محمد ابن إبراهيم المبدومي، ورأيته كذلك، قال: أخبرنا أبو العباس محمد بن عبد الداني، ورأيته كذلك، قال : أخبرنا أبو الفرج الثقفي، ورأيته كذلك، قال : أخبرني جدي لأمي أبو القاسم التيمي، ورأيته كذلك، قال: أخبرنا الشيخ أبو محمد الحسن بن أحمد السمر قندي، ورأيته كذلك، قال: أخبرنا أبو العباس جعفر بن محمد المستغفرى، ورأيته كذلك، قال: أخبرنا محمد بن احمد بن عبد العزيز المكى، ورأيته كذلك، قال: أخبرنا أبو القاسم إبراهيم بن محمد ابن علي بن شاه المروزى، ورأيته كذلك، قال: أخبرنا أبو بكر محمد بن عبد الله النيسابوري ورأيته كذلك، قال: أخبرنا أبو عبد الله بن موسى بن الحسن، ورأيته كذلك قال: أخبرنا الفضل بن العباس الكوفي، ورأيته كذلك، أخبرنا الحسين بن هارون الضبي، ورأيته كذلك، قال: أخبرنا عمر بن حفص، ورأيته كذلك، قال: أخبرنا أبي حفص بن غياث، ورأيته كذلك، قال: أخبرنا جعفر بن محمد، ورأيته كذلك، قال: حدثنا أبي محمد بن علي، ورأيته كذلك، قال: حدثنا أبي علي بن الحسين، ورأيته كذلك، قال: حدثنا أبي الحسين بن علي، ورايته كذلك، قال: حدثنا أبي علي بن أبي طالب، ورأيته كذلك، قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقلم أظفاره يوم الخميس، ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

«يا علي، قص الظفر، ونتف الإبط، وحلق العانة يوم الخميس، والغسل، والطيب، واللباس يوم الجمعة»


Telah berkata : telah mengkhabarkan kepada kami Abu Abdillah Al Khalili, dan aku telah melihat perbuatannya seperti sedemikian, telah berkata dia : telah mengkhabarkan kepada kami Shadr Muhammad Ibn Ibrahim Al Mabdumi, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata: telah mengkhabarkan kepada kami oleh Abul 'Abbas Muhammad bin 'Abdul Daani, dan dia telah melihatnya seperti sedemikian, telah berkata dia : telah mengkhabarkan kepada kami oleh Abul Faroj As Saqafi, dan telah aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah mengkhabarkan kepada aku oleh datukku sebelah ibu iaitu Abul Qasim At Taimi, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah mengkhabarkan kepada kami oleh Syaikh Abu Muhammad Al Hassan bin Ahmad As Samarqandi, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah mengkhabarkan kepada kami oleh Abul 'Abbas Ja'far bin Muhammad Al Mustaghfiri, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah mengkhabarkan kepada kami oleh Muhammad bin Ahmad bin 'Abdil 'Aziz Al Makki, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah mengkhabarkan kepada kami oleh Abul Qasim Ibrahim bin Muhammad Ibn 'Ali bin Shah Al Marwazi, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah mengkhabarkan kepada kami oleh Abu Bakar Muhammad bin 'Abdillah An Naisaburi dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah mengkhabarkan kepada kami oleh Abu Abdillah bin Musa bin Al Hassan, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah mengkhabarkan kepada kami oleh Al Fadhl bin 'Abbas Al Kufiy, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian dia telah berkata: telah mengkhabarkan kepada kami oleh Al Hussain bin Harun Ad Dhabbiy, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah mengkhabarkan kepada kami oleh 'Umar bin Hafs, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah mengkhabarkan kepada kami oleh Bapaku Hafs bin Ghiyas, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah mengkhabarkan kepada kami oleh Ja'far bin Muhammad, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah menceritakan kepada kami oleh Bapaku Muhammad bin 'Ali, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah menceritakan kepada kami oleh Bapaku 'Ali bin Al Hussain, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah menceritakan kepada kami oleh Bapaku Al Hussain bin 'Ali, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : telah menceritakan kepada kami oleh Bapaku 'Ali bin Abi Thalib, dan aku telah melihatnya seperti sedemikian, dia telah berkata : aku telah melihat Rasulullah ﷺ memotong kuku-kukunya pada hari khamis, kemudian Rasulullah ﷺ bersabda : 

«Wahai 'Ali, potonglah kuku, cabutlah bulu ketiak, dan cukurlah bulu kemaluan pada hari khamis, kemudian mandi, berwangi-wangian dan pakailah pakaian pada hari Jumaat.»

Khamis, 22 Ogos 2024

Amalan Untuk Menjadi Kaya Raya — Hadhrat Syaikh Doktor Muhammad 'Adil Azizah Al Kayyali


Amalan untuk menjadi kaya raya

Hendaklah mengamalkan يا كافي sebanyak 12 ribu kali setiap hari selama 40 hari. Amalan ini mujarrab sudah diuji cuba untuk mencapai kekayaan sehinggakan tidak mampu dicerna oleh akal. Pengamalnya akan menjadi jutawan sebelum sempurna tempoh pengamalannya.

إن شاء الله تعالى

Kitab Min Mujarrabat As Salihin Fi Kashfi Kurab Al Makrubin karangan Hadhrat Syaikh Doktor Muhammad 'Adil Azizah Al Kayyali

Rabu, 21 Ogos 2024

Ilmu Ladunni - Hadhrat Imam Rabbbani Mujaddid Alfi Tsani Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi


Ilmu Ladunni 

Hadhrat Mujaddid قدس الله سره menceritakan pengalamannya menerima ‘Ilmu Ladunni. 

Pertamanya, beliau telah menerima ‘Ilmu Ladunni menerusi perantaraan Rauhaniah Hadhrat Nabi Khidir عليه الصلاة والسلام. 

“Juga, faqir telah menerima ‘Ilmu Ladunni melalui Rauhaniat atau perantaraan Ruhaniah atau Wasilah Hadhrat Nabi Khidir عليه السلام. Bagaimanapun, ianya hanya sehingga jangkamasa faqir melepasi Maqam Aqtab.” 

Keduanya, selepas Hadhrat Mujaddid قدس الله سره ‘Uruj naik melepasi Maqam Aqtab, beliau mula menerima ‘Ilmu Ladunni secara langsung dari Hadhrat Allah تعالى dalam dirinya tanpa sebarang apa-apa perantaraan.

“Selepas itu, faqir telah melepasi Maqam tersebut dan meneruskan Taraqqiyyat maju menuju ke Maqam mulia yang lebih tinggi. Kemudian, faqir mula menerima ‘Ilmu menerusi Haqiqat Diriku (Haqiqat Khud) atau faqir mula menerima pengetahuan secara langsung di dalam Diriku (Dar Khud), dengan Diriku (Ba Khud), dari Diriku (Az Khud). Kemudian, faqir terus-menerus menerima pengetahuan secara langsung dan tidak ada peluang perkara lain datang di antaranya.” 

Disalin dari Kitab Tasdiqul Fuad Syarah Mabda Wa Ma'ad Karangan Hadhrat Maulawi Jalalludin Ahmad Ar Rowi An Naqshabandi Al Mujaddidi

Selasa, 20 Ogos 2024

Tazkiratul Masyaikh - Kiyai Haji Salleh Bin Abdul Rahman Temoh ( 1865 - 1961 )



Kiyai Haji Salleh Bin Abdul Rahman Temoh ( 1865 - 1961 )

Beliau berasal dari Poerworedjo, Jawa Tengah, Indonesia dan mendapat didikan agama di kampung halamannya sendiri sebelum berhijrah ke Kuala Langat , Selangor pada tahun 1907 . Kemudiannya beliau berhijrah ke Batu Gajah , Perak .

Pembuka perkampungan Haji Salleh dan Pengasas Madrasah Saadiah Salihiah yang mahsyur di Perak ini merupakan seorang yang alim dalam ilmu tauhid , feqah , al Quran , tasawuf , tajwid & faraid .

Beliau telah dibantu oleh beberapa orang ulamak dari negara luar dalam mendidik masyarakat Temoh . Diantara sahabat beliau ialah :

1. Syeikh Radhi - dari Arab
2. Kiyai Haji Annuar Abdul Wahid - dari Jawa
3. Kitai Haji Yahaya Haji Salleh - dari Jawa

Kedua dua Kiyai tersebut menjadi menantu beliau .

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Md Surur Bin Haji Hassan - Parit
2. Tuan Guru Haji Salleh Bin Ali - Temoh

Sungguh jasanya dalam membuka sebuah perkampungan Islam yang penuh dengan ciri ciri patuh syariat amat besar . Pondoknya membangun dan pernah suatu ketika mencapai sehingga 700 orang pelajar dalam suatu masa . Beliau juga bersahabat baik dengan Sultan Perak Sultan Iskandar Shah .

Beliau meninggal dunia ketika berusia 96 tahun dan jasadnya disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Haji Salleh , Temoh .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Jumaat, 16 Ogos 2024

Fikirkan Dan Renungkan - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Fikir dan renungkan

Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa apabila air mani dipindahkan ke dalam rahim, akan dilantik satu malaikat yang ditugaskan untuk mengawasinya, ia berkata:

يا رب نطفة

"Wahai Pemeliharaku! Apakah perintahmu mengenai sperma ini? Adakah ia harus digugurkan atau dibiarkan hidup?''

Jika dibiarkan hidup, ia berubah menjadi segumpal darah dalam tempoh empat puluh hari. Selepas itu, malaikat bertanya:

يا رب علقة

“Wahai Pemeliharaku! Apakah perintahmu mengenai segumpal darah ini?"

Jika dibiarkan hidup, ia akan berubah menjadi seketul daging selama empat puluh hari lagi. Kemudian malaikat bertanya:

يا رب مضغة

"Wahai Pemeliharaku! Apakah perintahmu mengenai seketul daging ini?"

Jika dibiarkan hidup, anggota badan mula terbentuk dan kemudian ruh nyawa dipindahkan ke dalam badan ini.

Darah haid yang dikeluarkan oleh wanita setiap bulan akan tamat ketika hamil. Darah tersebut adalah diperlukan untuk perkembangan jasad janin itu. Selepas janin itu dihidupkan, darah itu menjadi makanannya dan, apabila ia dilahirkan, Allah menukar makanannya daripada darah kepada susu.

Keadaan bayi itu sedemikian rupa sehingga ia tidak dapat membezakan apa-apa. Ia tidak mempunyai pengetahuan, dan ia tidak mempunyai sebarang kekuatan. Ia tidak boleh berpaling ke sisinya, dan ia tidak boleh duduk, bercakap atau menjelaskan ketidakselesaannya. Jika mana-mana bahagian badannya sakit, ia menangis tanpa henti sehinggakan untuk menghiburnya dan melegakannya saja akan membuatkan kita letih. Jika ia dikotori oleh najis, ia kekal dalam keadaan itu tanpa mengetahui keadaannya. Ia mula menjilat tangannya walaupun ia ditutup dengan najis. Ia melakukan ini tanpa disedari. Beginilah keadaan manusia itu semasa awal-awal kelahiran.

Selepas itu dia membesar perlahan-lahan. Keadaan dan derianya mula bertambah baik. Dia belajar makan pelbagai jenis makanan, bercakap dan memahami konsep yang berbeza. Intinya ialah bagaimana seseorang, yang pada permulaannya begitu primitif, menjadi begitu sombong dan angkuh? 

Sepatutnya dia harus merenungkan tentang dirinya, sebagaimana perintah dalam Al-Qur'an :

وفي انفسكم افلا تبصرون

"Adakah kamu tidak memikirkan tentang diri kamu sendiri?" 

Surah Az-Zaariyaat ayat 21



Kita harus merenung tentang bagaimanakah caranya kita telah diciptakan dan perubahan keadaan dan fasa kehidupan yang telah kita lalui. Masa kanak-kanak berakhir dengan kedatangan masa muda. Masa muda adalah tahap kegilaan. Sebagaimana yang dikatakan dalam sebuah syair yang terkenal:

الشباب شبعة من الجنون

"Masa muda adalah sebahagian daripada kegilaan."

Walaupun masa muda seseorang itu  mempunyai lebih banyak kekuatan tetapi pada masa yang sama, ia adalah zaman yang penuh dengan malapetaka. Lihatlah, pada setiap hari berapa banyakkah seorang pemuda itu tidak membuang air kecil? Berapa banyak dia tidak membuang air besar? Jika seseorang makan sebiji epal atau jambu batu, dalam bentuk apakah ia keluar selepas tiga jam? Kami tidak mahu menyebut namanya dan tidak mahu melihatnya dan tidak mahu menghidunya atau menyentuhnya! Ini adalah bagaimana makanan berubah selepas dikaitkan dengan manusia. Makanan yang lazat, disediakan dengan tukang masak professional, memasuki perut menyebabkan warna, rasa dan baunya berubah sepenuhnya. Setiap kualiti uniknya rosak dan dalam keadaan ini ia keluar daripada tubuh.

Manusia sangat lemah. Semasa tidur, jika seekor ular jatuh dari bumbung ke atas katilnya, dan menggigitnya, apakah yang boleh dia lakukan? Jika seorang pencuri masuk ke dalam rumahnya dan mencekiknya, apakah yang boleh dia lakukan? Jika kala jengking menyengatnya, apakah yang boleh dilakukannya? Jika gempa bumi berlaku dan bumi menelannya, apakah yang boleh dia lakukan? Dia tidak boleh berbuat apa-apa. Tiada satu pun daripada peristiwa ini berada dalam kehendak dan kawalannya.

Khamis, 15 Ogos 2024

Penyebab Rezeki Seret Dan Cara Mengatasinya - Al Habib Salim As Syathiri




PENYEBAB REZEKI SERET DAN CARA MENGATASINYA


ﺟﺎﺀ ﺭﺟﻞ ﺇﻟﻰ ﺃﻣﻴﺮ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﻋﻠﻲ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻳﺸﻜﻮ ﻟﻪ ﺍﻟﻔﻘﺮ ﻭﻗﻠﺔ ﺍﻟﺮﺯﻕ
Pada Suatu ketika, seseorang kepada Sayyidina Ali كرم الله وجهه mengeluhkan kemiskinan dan kekurangan rezeki

ﻓﻘﺎﻝ ﻟﻪ :
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﺘﻜﻠﻢ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺨﻼﺀ؟
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ :
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ ﻳﺎ ﺃﻣﻴﺮ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ
Maka beliau berkata kepada orang tersebut :
"Mungkin kamu suka berbicara saat di kamar mandi?"
Dia mengatakan :
"Tidak wahai Amirul Mu'minin"

ﻗﺎﻝ :
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﻘﻠﻢ ﺍﻇﻔﺎﺭﻙ ﺑﺎﺳﻨﺎﻧﻚ؟
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ :
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu suka menggigit kukumu?"
"Tidak ".
ﻗﺎﻝ :
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﺴﻤﻲ ﺃﺑﻮﻳﻚ ﺑﺎﺳﻤﻴﻬﻤﺎ ؟
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ :
ﻻ ﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu memanggil atau menyebut kedua orang tuamu dengan nama mereka?"
"Tidak ".
ﻗﺎﻝ :
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﺘﺮﻙ ﺍﻟﻘﻤﺎﻣﺔ ﻟﻴﻼ ﻓﻰ ﺩﺍﺭﻙ ؟
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ :
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu membiarkan sampah bermalam dalam rumah?"
"Tidak ".
ﻗﺎﻝ :
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﻨﺎﻡ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﻭﺿﻮﺀ؟
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ :
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu sering tidur tanpa wudhu ?"
"Tidak ".
ﻗﺎﻝ :
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﺘﻘﺪﻡ ﺃﺑﻮﻳﻚ ﻓﻰ ﺍﻟﻤﺸﻲ ؟
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ :
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu suka berjalan mendahului jalannya orang-tuamu ke depan ?"
"Tidak ".
ﻗﺎﻝ :
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﻜﻨﺲ ﺩﺍﺭﻙ ﻟﻴﻼ ؟
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ :
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu sering menyapu rumah di malam hari?"
"Tidak ".
ﻗﺎﻝ :
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﻘﻠﻢ ﺍﻇﻔﺎﺭﻙ ﻳﻮﻡ ﺍﻻﺣﺪ؟
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ :
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu memotong kuku di hari minggu?"
"Tidak ".
ﻗﺎﻝ :
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﺪﻳﻢ ﺍﻟﻠﻌﻦ ﻋﻠﻰ ﺍﺑﻨﺎﺋﻚ؟
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ :
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ ﻳﺎ ﺃﻣﻴﺮ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ
"Apakah kamu sering mengutuk anak-anakmu?"
"Tidak ".
ﻗﺎﻝ :
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﻠﻘﻲ ﺑﺎﻟﺒﺼﺎﻕ ﻓﻰ ﺑﻴﺖ ﺍﻟﺨﻼﺀ ؟ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ :
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu sering membuang ludah ke kamar mandi?"
"Tidak "
ﻗﺎﻝ :
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﺘﺮﻙ ﺍﺳﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻄﻌﺎﻡ؟ ﻭﺍﻟﺤﻤﺪ ﻓﻰ ﺁﺧﺮﻩ ؟
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ :
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu tidak baca bismillah sebelum makan ataupun Alhamdulillah setelahnya?"
"Tidak ".
ﻓﻘﺎﻝ :
ﻟﻌﻠﻚ ﻻﺗﺪﻋﻮ ﻻﺑﻮﻳﻚ ﻓﻰ ﺍﻟﺼﻼﺓ ؟
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ :
ﻧﻌﻢ ﻳﺎ ﺃﻣﻴﺮ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﻫﻮ ﺫﻟﻚ .
"Mungkin kamu tidak mendoakan kedua orang-tuamu saat shalat ?"
"Iya benar wahai Amirul Mu'miniin. itulah kekurangan saya ".
ﺭﺑﻲ ﺍﻏﻔﺮ ﻟﻲ ﻭﻟﻮﺍﻟﺪﻱّ ﻭﻟﻠﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﻳﻮﻡ ﻳﻘﻮﻡ ﺍﻟﺤﺴﺎﺏ ﺁﻣﻴﻦ .


Dikutip Dari kitab Al-Habib Salim

Dari Mana Ke Mana - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Dari mana ke mana

Oleh itu, kita tidak seharusnya membiarkan suatu kehebatan tertanam dalam hati. Manusia harus merenungkan bagaimanakah dirinya dicipta. Dia diciptakan daripada sperma yang kotor, daripada cecair yang menjijikkan, daripada tanah liat dan daripada lumpur yang cair. Dia dicipta sedemikian rupa sehingga apabila ayah dan ibunya terlibat dalam hubungan intim, mereka terpaksa melakukannya secara privasi. Mereka berhasrat supaya tiada sesiapa pun boleh melihat mereka dan hasil dari hubungan intim ialah mereka diisytiharkan berjunub (berhadas besar) oleh syarak, bahkan mereka tidak dibenarkan untuk menyentuh Al-Quran. Dengan cara inilah, manusia dipindahkan dari belakang bapanya ke rahim ibunya.

Selasa, 13 Ogos 2024

Kesombongan Mencabar Kekuasaan Allah تعالى - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

 

نحمده ونصلي على رسوله الكريم، اما بعد 

Allah تعالى menjelaskan dalam Hadith Qudsi :

الكبرياء ردائي والعظمة إزاري فمن نازعني واحدا منهما أدخلته النار وفي رواية قذفته في النار (مشكاة ص ٤٣٣)

"Kesombongan adalah Rida-Ku (pakaian atas) dan Kebesaran adalah Sarung-Ku ( pakaian bawah). Maka sesiapa saja yang cuba merampas salah satunya daripada-Ku, Aku akan memasukannya ke dalam api neraka."

Hadith Qudsi ini ialah satu penjelasan daripada Rasulullah ﷺ tentang pernyataan yang dibuat oleh Allah تعالى. Rasulullah ﷺ menyifatkan Hadith Qudsi ini kepada Allah تعالى tetapi Hadith Qudsi bukanlah sebahagian daripada Qur'an Sharif. 

Dalam Hadits Qudsi ini, Allah تعالى berfirman:

الكبرياء ردائي

"Kesombongan adalah Rida-Ku."

Apakah yang dapat kita fikirkan tentang seseorang yang cuba merampas pakaian orang lain? Kita akan mengatakan bahawa orang yang merampas itu adalah seorang yang sangat tidak bermoral dan jahat.

Demikianlah orang yang mempamerkan kehebatannya, yang ingin menonjolkan kelebihannya atas orang lain, dia memperlihatkan kesombongannya terhadap orang lain, sebenarnya orang tersebut sedang berusaha merampas Rida Allah تعالى. 

Adakah kita sedar apakah akibat yang akan menimpa seseorang yang cuba merampas pakaian Allah تعالى?

Jika ada seseorang cuba merampas pakaian kamu, kamu boleh mengertaknya, walaupun orang tersebut dua atau tiga kali ganda lebih berkuasa daripada kamu. Kamu boleh mencabarnya dengan menggunakan alat atau dengan satu benda sebagai bantuan tetapi kebesaran dan kekuasaan Allah تعالى tiada batasan. Tiada siapa boleh menandingi-Nya :

وهو القاهر فوق عباده

"Dan Dialah yang berkuasa penuh atas hamba-hamba-Nya. "  

Surah Al-An'am ayat 65


قُلْ هُوَ ٱلْقَادِرُ عَلَىٰٓ أَن يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًۭا مِّن فَوْقِكُمْ أَوْ مِن تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًۭا وَيُذِيقَ بَعْضَكُم بَأْسَ بَعْضٍ ۗ ٱنظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ ٱلْـَٔايَـٰتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ 

Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.

Surah Al-An'am ayat 65


Allah تعالى memiliki kuasa yang sempurna dan mutlak. Seluruh alam ini adalah ciptaan Allah تعالى. Ular dan kala jengking adalah ciptaan Allah تعالى. Singa dan serigala adalah ciptaan Allah تعالى. Allah تعالى berkuasa menghukum mana-mana pendosa dengan menggunakan ciptaan-Nya. Penyakit yang menyerang manusia adalah musuh manusia. Bencana alam juga musuh tersembunyi. Seseorang didiagnosis dengan tumor, seorang lagi dengan TB. Penyakit kolera yang merebak.

Semua ini dan banyak lagi penyakit adalah 'ciptaan' daripada Allah تعالى  juga. Allah تعالى boleh menghukum mana-mana pendosa menggunakan mana-mana 'ciptaan' yang dikehendakiNya. Dan Allah تعالى juga boleh menghukum seseorang yang cuba merampas pakaian-Nya dengan menggunakan mana-mana daripada ciptaan-Nya.


Khamis, 8 Ogos 2024

Tazkirah Masyaikh - Hadhrat Khawajah Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi Naqshabandi



Hadhrat Khawajah Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Al-Dehlawi Al-Naqsyabandi

 
Hadhrat Khawajah adalah seorang Mujaddid pada abad ke -13 dalam kalendar Hijrah. Mujaddid ialah pangkat tertinggi dalam kalangan Auliya yang menghidupkan agama Islam pada permulaan setiap abad, dan semua Auliya abad itu mendapat manfaat daripada Faidhznya
.
Hadhrat Shāh Abdullāh Mujaddidī Naqshbandī, lebih popular dengan nama Shah Ghulām Ali Dehlawi, adalah Syaikh Sufi India yang paling terkemuka pada awal abad ke-13 Hijriah . Seorang ulama besar Islam dan Syaikh bagi Tariqat Mujaddidi, beliau adalah pengganti kepada Hadhrat Mirzā Mazhar Jān Jānān yang terkenal sebagai salah seorang penyair urdu moden yang paling awal serta seorang guru sufi yang terkenal.

Hadhrat Khawajah juga dikenali sebagai Qayyum pada zamannya. Beliau dilahirkan pada 1156 H / 1743 M, di Patiala (kini di Punjab India). Ayahnya Sayyid Abdul Latīf Batālwi adalah seorang yang zuhud dan ahli sufi yang hebat dalam tarīqah Qādiri, murid kepada Syaikh Nāsiruddīn Qādiri.

Sebelum kelahirannya, bapanya telah mendapat musyahadah bahawa Hadhrat Ali al-Murtadha telah datang kepadanya dan memintanya menamakan anak lelakinya yang bakal dilahirkan itu sebagai “Ali”. Oleh itu, dia dinamakan Ali semasa lahir, tetapi kemudiannya dia menukar namanya kepada Ghulām Ali (Hamba Ali). Bagaimanapun, bapa saudaranya telah menamakannya "Abdullāh" seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah. Pada hari ini dia dikenali dengan kedua-dua nama itu. Akan tetapi namanya "Ghulam Ali"  yang lebih biasa dikenali.

Hadhrat Khawajah mempunyai daya ingatan yang tajam dan beliau dapat menghafal Al-Quran dalam tempoh cuma sebulan sahaja.  Ayahnya ingin menjadikannya murid kepada syaikhnya sendiri iaitu Hadhrat Nāsiruddin Qādiri, dan telah memanggilnya ke Delhi untuk tujuan ini. Apabila dia tiba di Delhi, tidak lama kemudian Syaikh Nasiruddin Qadiri meninggal dunia dan bapanya kemudian membenarkannya untuk mengambil baiat daripada mana-mana Syaikh semahunya. 

Dia pernah pergi bersuhbat dengan ramai Masyaikh di Delhi, dan selepas dua tahun, pada usianya 22 tahun, dia telah berbaiat dengan Hadhrat Khawajah Mirzā Mazhar Jān Jānān. Hadhrat Maulana Shah Waliyullah Dehlawi pernah mengulas tentang Hadhrat Syaikh Jān Jānān bahawa beliau ialah seorang Syaikh tariqat sufi yang hebat dalam kalangan Auliya hari ini di seluruh dunia, dan aku tidak pernah menjumpai orang yang seperti dia di ketujuh-tujuh benua ini.

Hadhrat Khawajah Shah Abdullah Ghulam Ali telah dimasukkan oleh Syaikhnya dalam silsilah Qādiri, tetapi dilatih dalam tarīqat Naqhsbandi. Ini menimbulkan kekeliruan dalam dirinya, kerana dia berkata aku ragu jika aku dilatih dalam tarīqat Naqshbandi akan membuatkan Sayyidina Ghaus al-Ãzham kecewa. kemudian, pada suatu hari aku telah melihat dalam mimpi bahawa Hadhrat Ghaus
al-Ãzham sedang duduk di sebuah rumah, dan Hadhrat Shāh Naqshband pula sedang duduk di rumah sebelahnya. Aku ingin pergi ke Hadhrat Shah Naqshband, dan Hadhrat Ghaus al-Ãzham mengizinkan untuk aku pergi ke sana, dengan mengatakan bahawa tujuan kita hanyalah Tuhan bukannya mencari tarīqat tertentu.

Selepas berkhidmat kepada Syaikhnya dan mendapat latihan rohani selama lima belas tahun, Hadhrat Khwajah Shah Ghulām Ali telah mencapai kesucian batin dan kesempurnaan dalam semua tariqat sufi, serta menerima Ijazah daripada Syaikhnya dan menjadi ketua khalifahnya yang kemudiannya menjadi pengganti mursyidnya terutamanya dalam tariqat Naqshabandi Mujaddidi
.
Silsilahnya 

Hadhrat Khawajah juga dilatih dan disempurnakan dalam tariqat sufi utama lain, khususnya
tariqat Qādiri dan Chishti, kedua ini ialah tariqat yang paling lazim di India selepas Naqshbandi. Ramai Syaikh terkemuka dari tariqat lain pernah bermuzakarah dengan beliau dalam hal-hal kerohanian, kerana beliau adalah pembimbing utama dalam semua tariqat di Delhi.

Hadhrat Khawajah telah menerima nisbat dalam tariqah Naqshbandi dari Syaikh Mirza Mazhar Jān-e-Jānān, yang menerimanya dari Hadhrat Noor Muhammad Badāyūnī, yang menerimanya dari Hadhrat Hāfiz Muhammad Muhsin Dehlawi, yang menerimanya dari Hadhrat Khwāja Saifuddin Fārūqi Sirhindi, yang menerimanya. daripada ayahnya Hadhrat Khwaja Muhammad Ma'sum Fārūqi Sirhindi, yang menerimanya daripada Hadhrat Imam Rabbāni Mujaddid Alf Thāni Syaikh Ahmad Sirhindi Fārūqi, semoga Allah menyucikan roh mereka dan memberkati kita dengan Faidhz mereka.

Hadhrat Khawajah telah mendapat izin dalam tariqat Qādiri dan Chishti dari Syaikh Mirza Mazhar Jān Jānān, yang telah menerimanya dari Khwaja Muhammad Ãbid Sanāmi, yang menerimanya dari Syaikh Abdul Ahad Sirhindi, yang menerimanya dari Syaikh Muhammad Said Fārūqi Sirhindi, yang menerimanya daripada bapanya Imam Rabbani Syaikh Ahmad Sirhindi, semoga Allah mensucikan roh mereka.

Perwatakannya

Hadhrat Khawajah sangat merendah diri dan sederhana. Suatu ketika, seekor anjing jalanan memasuki rumahnya. Hadhrat Syaikh berdoa kepada Tuhan: Siapakah aku untuk meminta syafaat daripada sahabat-sahabatmu? Wahai Tuhan! Tolong ampuni aku demi ciptaanmu (anjing) ini.

Beberapa orang telah mengambil (mencuri) buku-bukunya dan kemudian datang kepadanya dengan
menjual buku yang itu semula. Hadhrat Khawajah telah memuji buku-buku itu dan membeli daripada mereka. Jika ada orang mengatakan bahawa buku-buku itu dari perpustakaannya sendiri dan terdapat copnya juga, Hadhrat Khawajah tidak akan mahu percaya perkataan itu.

Ahli politik dan pemimpin India yang terkenal Tuan Sayyid Ahmad Khan (wafat 1898) juga memiliki hubungan dengan Syaikh semasa hidupnya. Dia telah menulis bahawa ayah dan abang saya telah Baiah dengan Syaikh, dan Syaikh sangat mencintai keluarga kami. Beliau menganggap ayah kami sebagai anaknya sendiri. Tuan Sayyid sangat mengagumi beliau dalam tulisannya. Dia melaporkan:

“Sekurang-kurangnya lima ratus orang pernah tinggal di Khanqah Hadhrat, dan perbelanjaan makanan
dan pakaian mereka dibiaya oleh Syaikh, walaupun tidak ada pendapatan tetap untuk Khanqah. Allah telah memberi rezeki Ghaib kepadanya. Lebih-lebih lagi, Syaikh itu seorang yang sangat baik dan pemurah, dia tidak pernah menolak apa-apa permohonan daripada para pemohon. Dia memberikan apa sahaja yang diminta. Dia pernah menjual hadiah yang diberikan kepadanya dan membelanjakan keuntungan itu untuk fakir. Dia memakai pakaian seperti pakaian faqir, dan memakan apa sahaja yang mereka makan.”

(Tuan Sayyid Ahmad Khan) 

Tuan Sayyid selanjutnya menulis, dia pernah membaca sepuluh ajzā daripada Quran selepas Subuh, dan kemudian akan melakukan Murāqabah bersama-sama dengan murid-muridnya. Selepas Isyrak dia akan memulakan pengajaran Hadith dan Tafsīr. Setiap kali dia mendengar nama Nabi, dia akan teruja dan
keadaan rohani yang aneh akan menguasai para hadirin. Dia tidak tidur di malam hari kecuali untuk beberapa saat saja, dia biasanya tertidur lena apabila berbaring di atas Musallahnya (tempat solat). Dia tidak pernah tidur di atas katil selama bertahun-tahun. Dia mempunyai satu permaidani tua, di atas permaidani itu terdapat Musallahnya yang biasa dia pakai. Musallah itu diperbuat daripada belukar, disitulah dia akan berdoa siang dan malam, manakala murid-muridnya akan mengelilinginya dengan membuat halqah bulatan. Keyakinanannya kepada Tuhan menjadikan dia bebas daripada persembahan golongan elit. Ramai orang kaya termasuk raja ingin menyokong khānqah secara kewangan, tetapi dia tidak pernah menerimanya.

Dengan segala kesederhanaan dan kebebasannya itu, dia tidak pernah melakukan perbuatan yang bertentangan dengan Sunnah, malah beliau mengikut Syariah dan Sunnah sehinngga pada perkara yang sekecil-kecilnya. Dia tidak suka orang yang melanggar sunnah menziarahinya.

Ajarannya

1. Hadhrat Khawajah pernah berkata, para pencari Zauq, Shauq, Kashaf serta Karamat
bukanlah pencari Tuhan. Pencari mesti hanya mencari Tuhan sahaja, dan apa-apa yang
menghalanginya dari pencarian itu mestilah dinafikan(ditolak), dan dia harus memiliki pendirian bahawa saya tidak mempunyai tujuan lain selain Zat Suci.

2. Hadhrat Khawajah berkata, tidak ada mujahadah dalam tarīqatku, yang ada hanyalah Wuqūf Qalbi iaitu sentiasa menjaga hati dengan mengingati kepada Zat Yang Maha Mulia (Tuhan) dan hendaklah menjaganya daripada bahaya telah berlaku dan yang akan terjadi (fikiran yang memudaratkan dan tidak berguna).

3. Hadhrat Khawajah berkata, Zakat itu diwajibkan selepas berlalunya setahun, tetapi saya membayarnya sebaik sahaja mendapat sebarang pendapatan (mengikut amalan yang dianjurkan dalam
Fiqh Hanafi).

Karamah dan Musyahadahnya

Banyak Karāmāt dan penglihatan rohani yang telah diceritakan tentangnya. Doanya cepat dikabulkan.
Doanya menyembuhkan orang sakit dan ucapannya menyembuhkan hati. Dia tahu apa yang ada dalam
fikiran pendengar, dan akan bercakap mengikut pengetahuan itu. Karamat terbesarnya adalah dapat menyembuhkan hati dari penyakit rohani dan membersihkan jiwa dari kotoran duniawi. 

Beberapa Kashafat penglihatan dan karamatnya dibentangkan di sini:

  •  Hadhrat Khawajah berkata, pada suatu malam saya memanggil "Ya Rasulallah", dan menerima jawapan "Labbaika Yā Abdun Shalih" (Saya hadir wahai hamba yang soleh)
  •  Hadhrat Khawajah berkata, pada suatu malam saya tidur sebelum Isya. Rasulullah datang secara rohani dan memerintahkan saya untuk tidak tidur sebelum solat isya.
  • Salah seorang muridnya Zulf Shah berkata, “Ketika saya dalam perjalanan ke Delhi untuk mengambil Bai'ah daripada Syaikh, saya tersesat di padang pasir. Tiba-tiba seorang wali muncul dan membimbing saya ke jalan yang betul. Saya bertanya, siapa kamu? Dia berkata, saya ialah orang yang kamu ingin pergi kepadanya. Perkara ini berlaku sebanyak dua kali.”
 Seseorang telah datang kepada Hadhrat Khawajah dari Bukhara melalui Kabul. Unta orang tersebut telah mati lemas ketika menyeberangi sungai Attock dengan segala barangnya. Dia berharap jika untanya keluar dari sungai hidup-hidup beserta barangannya sekali,  saya akan membayar Niaz Syaikh (Niaz adalah sejenis sedekah yang pahalanya ditujukan kepada orang lain, khususnya seorang Syaikh atau Nabi). Dengan izin Allah, unta itu keluar dalam keadaan masih hidup. Apabila orang tersebut datang kepada Syaikh dan ingin menceritakan kejadian itu, Syaikh bertanya kepadanya, apakah dia telah membayar Niaz. Dia berkata ya, saya telah membayarnya.


Legasinya

Tarīqat dan Faidhznya melebar ke serata tempat sama ada dekat atau pun jauh. Orang ramai termasuk alim ulama dari serata dunia berbondong-bondong datang kepadanya untuk mencari cinta Allah, terutamanya dari kawasan India, Parsi, Transoxiana,Turki, Kurd dan dari negara Arab. Hadhart Maulana Khālid al-Baghdadi, yang merupakan seorang yang berbangsa Kurd, telah datang kepadanya dan menerima Khilafah dalam tempoh sembilan bulan. Beliau menyebarkan tarīqat Naqshabandi kepada ratusan ribu orang di Timur Tengah dan negara-negara Turki.

Hadhrat Shah Ghulām Ali pernah berkata, “Faidhzku telah sampai ke negeri-negeri yang paling jauh, Halqah zikir kami diadakan di Makkah dan Madinah Munawwarah,begitu juga di Baghdad, Rom dan Maghrib; dan (dia berkata sambil tersenyum) Bukhara adalah seperti rumah nenek moyang kami.”

Hari ini, antara silsilah Naqshabandi yang banyak tersebar memiliki perkaitan nisbat kepada Hadhrat Khawajah Shah Abdullah Ghulam Ali Dehlawi. Terutamanya yang berada di kawasan Turki dan Iraq silsilah mereka bersambung kepada Hadhrat Khawajah melalui Hadhrat Maulana Khalid Baghdadi. Manakala, sislilah Naqshabandi yang tersebar di kebanyakan tempat seperti negara Parsi dan benua India ialah  melalui Hadhrat Hafiz Abu Said Faruqi.

Tariqat Naqshbandi adalah tariqat yang paling aktif secara rohani hari ini, dan telah diramalkan oleh
para Syaikh tariqat ini bahawa Imam Mahdi juga akan tergolong dalam tariqat Naqshbandiyah yang
mulia.


Kematiannya

Hadhrat Khawajah mengharapkan Shahādah (mati syahid) tetapi tidak memohon kepada Tuhan untuk itu, kerana Shahidnya Hadhrat  Khawajah Mirza telah membawa banyak penderitaan terhadap orang ramai (mungkin sebagai tanda kemurkaan Allah).

Imam besar dan Qutub ini kembali ke alam abadi pada 22 Safar 1240 Hijrah (Oktober 1824) pada ketika berusia 84 tahun. Beliau telah dikebumikan di sebelah Maqam Syaikhnya di Khānqah Mazhariya Delhi, India.

Pada saat kematiannya, beliau sedang memegang kitab Hadith Jami' al-Tirmidhi pada dadanya yang mulia. Solat jenazah beliau disembahyangkan di masjid Jami' Delhi, dipimpin oleh ketua
khalifahnya iaitu Hadhrat Hafiz Abu Said dan dihadiri oleh ribuan orang.


Para Khulafa dan Penggantinya

Hadhrat Khawajah telah memberikan Ijāzah kepada ramai daripada kalangan pengikutnya, kebanyakan dari mereka menjadi Syaikh Sufi yang terkemuka. Tiga puluh lapan nama timbalannya diketahui dan diceritakan dalam biografinya. Para wakilnya telah menyebarkan tariqat Naqshabandi di negara India, Arab, Parsi, Turki dan Afrika. 

Antara nama khulafanya yang paling menonjol disenaraikan di bawah ini:

1. Hadhrat Hāfiz Shāh Abū Said Fārūqī Mujaddidi Naqshbandi , dilantik oleh Syaikh untuk
menjadi penggantinya dalam khānqah di Dehli. Dia hidup sekitar sembilan tahun selepas Syaikh wafat
dan melatih ribuan pengikut selepasnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1250 Hijrah dan
dikebumikan di Khānqah Mazhariya di Delhi.
2. Hadhrat Shāh Ahmad Said Fārūqī Mujaddidi , anak kepada Shah Abū Said Faruqi, yang
menerima Khilafah daripada Shah Ghulām Ali, dan menggantikannya selepas kematian bapanya.
Oleh kerana popularitinya dalam kalangan Muslim India dan peranan utamanya dalam
pemberontakan 1857 terhadap penjajah British, kerajaan ingin mendakwanya. Oleh itu, dia telah
berhijrah ke Madinah al-Munawwarah pada bahagian akhir hidupnya di mana dia meninggal di
sana pada 1277 Hijrah.
3. Maulānā Khālid al-Baghdādī Kurdī Shahrazūrī (Baghdad, Iraq), meninggal dunia 1242 H / 1827. Beliau ialah salah seorang yang paling terkenal dari kalangan para khulafanya. Beliau telah menyebarkan tariqat Naqshbandi di Timur Tengah dan Turki. Sejumlah besar orang awam termasuk ulama terkenal telah dijalankan dalam tariqat Naqshabandi melalui beliau.
4. Hadhrat Shāh Raūf Ahmad Rāft Faruqi Mujaddidi Rāmpuri (Bhopal, India, 1253 H)
5. Hadhrat Maulana Bashāratullah Behrā'ichi
6. Hadhrat Maulana Ghulām Muhiuddīn Qusuri (Qusur, Pakistan, 1270 Hijrah)
7. Hadhrat Maulana Sayyid Ismāil Madani (Madinah, Arab Saudi)
8. Hadhrat Maulana Shah Gul Muhammad Ghaznawi (Bukhara, Uzbekistan)
9. Hadhrat Maulana Muhammad Sharif (Sirhind, India)
10. Hadhrat Maulana Pir Muhammad (Kashmir)
11. Hadhrat Maulana Jān Muhammad Herati (Herat, Afghanistan)
12. Hadhrat Syaikhul Haram Maulana Muhammad Jān (Makkah, Wafat 1266 Hijrah)


Penulisannya

Lima belas karya penulisan dikaitkan dengan Syaikh, selain daripada dua koleksi Malfūzāt (kata-kata
yang ditranskripsi) yang ditulis oleh khulafanya. 

Karya-karya karangan beliau antaranya :

1. Maqāmāt-e-Mazharī (biografi terbaik dan lengkap syaikhnya Hadhrat Mirza Mazhar Jān-
e-Jānān, ditulis dalam bahasa Parsi sekitar tahun 1211 Hijrah.
2. Īdāh al-Tarīqat (ditulis pada 1212 Hijrah, tentang Azkar, syarat dan prinsip tariqat Naqshbandi)
3. Ahwāl-e-Buzurgān (ditulis selepas 1225 Hijrah. Ini adalah karya biografinya dengan biografi beberapa syaikh yang hebat)
4. Maqāmāt Mujaddid Alf Tsani (Risalah ini mengandungi huraian tentang kelebihan dan pencapaian rohani yang tinggi Hadhrat Imam Rabbani Syaikh Ahmad Sirhindi)
5. Tarīq Bay'āh wa Azkār
6. Tarīqah sharīfah Shāh-e-Naqshband
7. Ahwal Shāh-e-Naqsyband
8. Risālah Azkār
9. Risālah Murāqabāt
10. Radd Aetirāzāt , mengandungi penolakan tentang penentangan Hadhrat Imam Rabbani oleh
Shah Abdul Haqq Dehlawi, yang kemudiannya bertaubat dari dakwaannya tetapi beberapa orang
lain menggunakan tulisannya untuk menyangkal Imam Rabbani Syaikh Ahmad Sirhindi.
11. Radd Mukhālifīn Hazrat Mujaddid
12. Risālah Mashghūliyah
13. Kamālāt Mazhari , dikarang pada 1237 Hijrah / 1821
14. Sulook Rāqiyah Naqshbandiyah
15. Makātīb Sharīfa , 125 suratnya yang dikumpulkan oleh khalifahnya Hadhrat Shah Rauf Ahmad
Raaft Mujaddidi. Kitab ini telah diterbitkan beberapa kali.
16. Malfūzātnya telah dikumpulkan oleh dua orang Khulafanya. Yang pertama, bernama Durr al-
Ma'ārif , ditulis oleh Hadhrat Shah Rauf Ahmad Raaft pada tahun 1231 Hijrah, dan yang kedua
yang mengandungi Malfūzāt selama empat puluh hari, ditulis oleh Khwaja Ghulām Muhiuddin
Qusoori, semoga Allah meridhai mereka berdua.


Rujukan

1. Faiz Naqshband , terjemahan Urdu Durr al-Ma'ārif , ucapan Shah Ghulam Ali Dehlavi, ditulis oleh
Shah Rauf Ahmad Raaft Mujaddidi dan diterjemahkan oleh Maulana Abdul Hakeem Khan
2. Maqāmāt Mazhari , terjemahan Urdu oleh Iqbal Ahmed Mujaddidi, diterbitkan oleh Lembaga
Sains Urdu Lahore, edisi kedua 2001
3. Biografi Pendek dalam bahasa Urdu oleh Mukhtar Ahmed Tahiri, diterbitkan dalam Attahir
[ www.islahulmuslimeen.org ]

Rabu, 7 Ogos 2024

[Bahagian Satu] Bani Israil Dan Ummat Islam — Hadhrat Syaikhul Hadith Maulana Fazlur Rahman Azmi




الحمد الله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لو لا ان هدانا الله لقد جاءت رسل ربنا بالحق صلوات الله تعالى عليهم وعلى من تبعهم باحسان، اما بعد

Saudara dan saudari yang saya hormati, pada kesempatan ini saya ingin menyebut tentang sesuatu yang saya rasa amat penting. Oleh itu, dengarlah dengan penuh perhatian.

Kamu yang telah berkenalan secara ringkas dengan subjek al-Quran sama ada dengan mempelajari terjemahan atau dengan menyertai majlis-majlis tafsir al-Quran akan mengetahui bahawa dari semasa ke semasa, adanya yang disebut tentang Bani Israil. Al-Quran Majid bukanlah kitab sejarah, bukan juga buku cerita, malah ia adalah kitab petunjuk. Apa sahaja yang terkandung di dalamnya adalah untuk panduan kita. Penceritaan tentang peristiwa Bani Israil yang begitu kerap juga adalah untuk tujuan ini (mengambil pelajaran).

Siapakah Bani Israil? Hendaklah difahami daripada ini bahawa mereka itu adalah muslim pada zaman mereka, yang bukan sahaja percaya kepada Anbiya عليهم السلام, bahkan mereka (Bani Israil) juga adalah dari keturunan mereka (para Anbiya).  Hadrat Ibrahim عليه السلام mempunyai seorang anak lelaki, Hadrat Ishaq عليه السلام, dan Hadrat Ishaq عليه السلام mempunyai seorang anak lelaki, Hadrat Ya'qub عليه السلام yang bergelar 'Israil'. Oleh itu, anak keturunan dari Ya'qub عليه السلام dipanggil 'Bani Israil' (anak-anak Israil).

Mereka adalah kaum yang percaya kepada Anbiya عليه السلام. Mereka beriman kepada Ibrahim عليه السلام, Ishaq عليه السلام, Ya'qub عليه السلام. Pada zaman Nabi ﷺ, Bani Israil telah terbahagi kepada dua golongan iaitu mereka yang tidak beriman kepada Isa عليه السلام, bahkan mereka menentangnya walaupun mereka beriman kepada Nabi-nabi sebelum dia. Golongan kedua ialah mereka yang beriman kepada Isa عليه السلام. Apabila Al-Quran menyebut tentang Bani Israil, penyebutan itu adalah dibuat untuk kedua-dua kelompok ini. Pada hakikatnya mereka adalah keturunan yang sama. Keadaan mereka adalah sama seperti orang Islam yang ada pada hari ini. Sebagaimana yang kita tahu, umat Islam hari ini menyakini bahawa Al-Quran ialah kitab Allah dan mempercayai bahawa Nabi ﷺ sebagai Nabi yang terakhir. Begitu juga Bani Israil dahulu percaya kepada kitab ketuhanan yang ada pada zaman mereka dan mereka juga percaya pada para Nabi zaman mereka. Walau bagaimanapun, keadaan iman mereka semakin hari semakin merosot seperti mana iman kita umat Islam yang telah merosot pada hari ini.

Ini adalah keadaan umum yang kebanyakan dari kalangan mereka seperti keadaan umum kita. Perkara ini tidak terjadi sepertimana pada zaman Nabi ﷺ  , yang mana pada waktu itu tidak ada seorang pun di antara mereka yang tidak berada di jalan yang lurus. Dalam banyak tempat di dalam Al-Quran ada disebutkan dengan jelas bahawa di kalangan Ahli kitab Bani Israil juga terdapat ramai orang yang soleh dan yang berada pada jalan yang lurus, sepertimana yang terdapat dalam Al-Quran:

ذلك بأن منهم قسسين ورهبانا وانهم لا يستكبرون واذا سمعوا ما انزل الى الرسول ترى أعينهم تفيض من الدمع مما عرفوا من الحق، يقولون ربنا آمنا فاكتبنا مع الشاهدين

yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad ﷺ), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad ﷺ dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad ﷺ).
(Surah Maidah ayat 82-83)

Dalam ayat ini telah disebutkan tentang orang-orang Nasrani dari Habsyah (Ethiopia) bahawa di antara mereka ada ulama yang jujur ​​dan orang-orang saleh yang tidak ada kesombongan. Tambahan pula, Allah تعالى sendiri menyebut keadaan mereka bahawa apabila mereka mendengar ayat al-Quran, mereka segera mengetahui kebenaran hingga mengalirlah air mata mereka, kemudian mereka berdoa kepada Allah تعالى sambil berkata: "Wahai Tuhan kami!, kami beriman (kepada Nabi Muhammad ﷺ dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad ﷺ).

Kendatipun begitu, dari kalangan Ahli kitab Bani Israil terdapat mereka yang soleh, ikhlas dan membawa Iman yang benar, akan tetapi, orang awam keadaan mereka adalah sama seperti yang telah saya sebutkan.

Dalam satu Hadith, Nabi ﷺ ada menyebutkan :

إن الله نظر الى اهل الأرض فمقتهم وعجمهم إلا بقايا من اهل الكتاب وفي رواية إلا بقايا من بني اسرائيل

Makna dari Hadis ini ialah sebelum kedatangan Nabi ﷺ, Allah تعالى melihat seluruh makhluk dari timur hingga ke barat, utara hingga ke selatan, Arab dan bukan Arab. Kehidupan setiap orang sama sekali tidak disukai oleh Allah, justeru menjadikan mereka layak mendapat kemurkaan Allah kecuali beberapa orang dari kalangan ahli kitab Bani Israil, mereka adalah orang-orang yang baik dan benar lagi yang diredhai Allah.

Pada satu tempat lain dalam Al-Quran, Allah تعالى berfirman:

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَـٰقَ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ لَا تَعْبُدُونَ إِلَّا ٱللَّهَ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَانًۭا وَذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَقُولُوا۟ لِلنَّاسِ حُسْنًۭا وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ إِلَّا قَلِيلًۭا مِّنكُمْ وَأَنتُم مُّعْرِضُونَ 

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu ialah orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

(Surah Baqarah ayat 83)

Dalam ayat ini Allah تعالى menyebut tentang perintah-perintah utama yang Dia perintahkan kepada Bani Israil, seperti Tauhid (beriman kepada keesaan Allah تعالى), berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, menunaikan hak orang miskin. Allah تعالى juga menyuruh mereka bercakap baik dengan semua manusia tanpa terkecuali, mendirikan solat dan menunaikan zakat.

Seperti yang kamu sedia maklum, inilah prinsip dan ajaran asas yang ditekankan dan terdapat dalam ajaran setiap Nabi dan kitab Allah تعالى. Ajaran asas Al-Quran dan Syariah yang dibawa oleh Nabi S adalah sama. Bani Israil juga menerima ajaran asas ini, tetapi apa yang berlaku selepas itu? Allah تعالى berfirman:

 ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ إِلَّا قَلِيلًۭا مِّنكُمْ وَأَنتُم مُّعْرِضُونَ 

Selepas itu (selepas beberapa hari) kamu berpaling daripada janji melaksanakan ajaran asas ini kecuali beberapa orang (dari kalangan kamu). 

(Surah Baqarah ayat 83)

Selasa, 6 Ogos 2024

Hadiah untuk yang tersayang ﷺ - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Hadiah untuk yang tersayang ﷺ 


Kita harus membawa dalam diri kita keyakinan bahawa apa sahaja yang diperkatakan oleh Rasulullah ﷺ adalah benar.

"Sesiapa yang membaca shalawat untuk Rasulullah ﷺ dari mana-mana tempat dunia, malaikat pasti akan menyampaikannya kepada Rasulullah ﷺ persis seperti apa yang dibaca."

Jika kita membaca shalawat di kubur Rasulullah ﷺ yang dirahmati, Baginda ﷺ mendengarnya secara langsung; ini ditetapkan dalam Hadith Baihaqi. Disebutkan pula dalam hadits lain,

"Sesiapa yang membaca shalawat kepadaku di samping kuburku, aku dapat mendengarnya dan sesiapa yang membaca shalawat kepadaku dari jauh, shalawat itu akan disampaikan kepadaku."

Oleh itu, kita tidak seharusnya meletakkan keyakinan dan pergantungan pada mata kita. Aspek yang perlu kita yakini ialah sabda Rasulullah ﷺ, sama ada kita mampu melihatnya atau tidak.

Malam ini adalah malam Jumaat. Bacaan shalawat pada Jumaat dan malam Jumaat telah ditekankan di dalam Hadith. Rasulullah ﷺ akan menjadi sangat gembira apabila seseorang membaca shalawat kepadanya. Oleh itu, bacalah shalawat sebanyak mungkin. Sememangnya, kita harus selalu membaca shalawat. Semoga Allah merahmati kita dengan taufiq yang betul. Amin.

Kunci Perbendaharaan Langit dan Bumi - Al Imam Jalaluddin As Suyuthi

هو
Kunci Perbendaharaan Langit dan Bumi


عن عثمان بن عفان قال : سألت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عن قول الله عز وجل {له مقاليد السماوات والأرض} فقال لى يا عثمان لقد سألتنى عن مسأله لم يسألنى عنها أحد قبلك مقاليد السماوات والأرض لا إله إلا الله والله أكبر وسبحان الله والحمد لله وأستغفر الله الذى لا إله إلا هو الأول والآخر والظاهر والباطن يحيى ويميت وهو حى لا يموت بيده الخير وهو على كل شىء قدير يا عثمان من قالها فى كل يوم مائة مرة أعطى بها عشر خصال أما أولها فيغفر له ما تقدم من ذنوبه وأما الثانية فيكتب له براءة من النار وأما الثالثة فيوكل به ملكان يحفظانه فى ليله ونهاره من الآفات والعاهات وأما الرابعة فيعطى قنطارا من الأجر وأما الخامسة فيكون له أجر من أعتق مائة رقبة محررة من ولد إسماعيل وأما السادسة فله من الأجر كمن قرأ التوراة والإنجيل والزبور والفرقان وأما السابعة فيبنى له بيت فى الجنة وأما الثامنة فيزوج من الحور العين وأما التاسعة فيعقد على رأسه تاج الوقار وأما العاشرة فيشفع فى سبعين رجلا من أهل بيته يا عثمان إن استطعت فلا يفوتنك يوم من الدهر تفز بها من الفائزين وتسبق بها الأولين والآخرين . (ابن مردوية ، ورواه أبو يعلى) جامع الأحاديث ويشتمل على جمع الجوامع للإمام السيوطى

Diriwayatkan bahwa Saiyidina Uthman bin Affan ra. meminta informasi lebih jauh mengenai keputusan Allah tentang Kunci Perbendaharaan Langit dan Bumi (disebut beberapa kali dalam Al Qur’an). Nabi Muhammad saww. bersabda kepadanya:

 “Engkau telah memperoleh dariku sesuatu yang tidak seorangpun pernah meminta dariku sebelumnya.”

Kunci Perbendaharaan Langit dan Bumi adalah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلهِ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْأَوَّلُ وَالْأَخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوْتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَىَو كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Tiada Tuhan kecuali Allah dan Allah Maha Besar, Maha Suci Allah dan Segala Puji Bagi Allah, Dan Aku minta ampun kepada Allah, Dzat yang tiada Tuhan kecuali Dia, Dia yang Pertama dan Terakhir Dia yang Maha Nyata dan Maha Ghaib, Dia yang Menghidupkan dan yang Mematikan, Dia yang Maha Hidup dan yang tak pernah mati, Ditanganyalah segala kebaikan, Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.

Nabi Muhammad saw. Melanjutkan: Wahai Uthman barangsiapa membacanya 100x setiap hari akan di beri 10 kebaikan:

1) Seluruh dosanya di masa lampau akan di ampuni.

2) Di bebaskan dari api neraka.

3) Dua malaikat di tugaskan menjaga siang dan malam dari penderitaan dan penyakit.

4) Ia di beri rezeki yang berkah.

5) Ia memperoleh pahala sebanyak orang yang membebaskan 100 hamba keturunan Nabi Ismail as.

6) Ia akan diberi pahala bacaan seluruh Al Quran, Zabur, Taurat dan Injil.

7) Akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.

8) Ia akan di kawinkan dengan gadis syurga yang solehah.

9) Ia akan di beri mahkota kehormatan.

10)Permohonannya akan pengampunan bagi   70 kerabatnya akan dikabulkan.

“Wahai Uthman jika engkau cukup kuat maka engkau tidak akan meninggalkan zikir ini seharipun. Engkau akan melebihi siapapun sebelum dan sesudah kamu”.

(Kitab Jaami’ul Ahaadiitsi – Al Imam Jalaluddin As Suyuthiy, Hadits No.31898)

Isnin, 5 Ogos 2024

Jawapan Sayyid Abdul Aziz Dabbagh Terhadap Suatu Bantahan — Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Jawapan Sayyid Abdul Aziz Dabbagh رحمه الله تعالى terhadap bantahan


Pada ketika ini, timbul bantahan terhadap alim ulama  tentang Zat pertama yang akan zahir pada hari penghisaban nanti dan Zat  itu akan mengaku sebagai Allah تعالى , saat itu mengapa orang Islam akan menolak dari mengakui-Nya? Sedangkan mereka (orang islam) tidak pernah melihat Allah تعالى sebelum ini dan tidak pernah mendengar suara-Nya?.


Akhirat adalah tempat kebenaran lagi pengadilan. Oleh itu, mengapa mereka (orang beriman) kemudian mengingkari-Nya, mengapa pula mereka segera bersujud apabila mendengar suara-Nya yang kedua, sambil mereka berkata, "Ya, Engkaulah Tuhan Pemelihara kami?"

Hadhrat Sayyid Abdul Aziz Dabbagh رحمه الله تعالى telah memberikan jawapan terhadap bantahan ini. Dia berkata bahawa semasa hidup di dunia, kita mengalami nikmat, kurnia, rahmat, kebaikan dan belas kasihan Allah تعالى. Suara bentuk pertama akan menjadi keras dan kasar tanpa belas kasihan dan tanpa kasih sayang. Ini akan menjadi sebab penafian mereka (orang beriman) dengan mengingkari-Nya.

Sepertimana seorang bapa apabila memanggil anaknya yang berada di bilik lain, dan anaknya itu menjawab dengan suara yang kasar dan keras sambil berkata, "Ya!"

Bapanya itu akan berfikir sendiri bahawa anak aku tidak pernah bercakap kasar denganku, oleh itu, dia tidak akan menjawab panggilanku dengan cara sebegini. Mesti ada orang lain yang menjawabnya. 

Begitu juga, nada suara pertama akan menjadi keras manakala suara yang kedua akan dipenuhi dengan belas kasihan dan kasih sayang, sepertimana yang mereka pernah alami di dunia.

Di akhirat nanti kita akan melihat Allah تعالى, di dunia ini kita tidak mempunyai kemampuan untuk melihat-Nya. Kita tidak dapat melihat matahari, yang merupakan ciptaan-Nya, apabila ia telah mencapai kemuncaknya. Kekuatan mata kita sangat lemah. Kita tidak dapat melihat Allah تعالى menggunakan mata itu. Akan tetapi kita akan dapat melihat Dia dengan menggunakan mata yang lain.

Ahad, 4 Ogos 2024

Berkat Sentuhan Nabi ﷺ — Mahbubul Ulama Wa Sulaha Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi

Berkat sentuhan Nabi ﷺ 

Suatu ketika Sayyidah Fatimah Al-Zahra رضي الله عنها sedang membakar roti di dalam ketuhar. Sementara itu, Rasulullah ﷺ datang ke rumahnya. Rasulullah ﷺ sangat menyayangi anak perempuannya itu رضي الله عنها. Anak perempuannya رضي الله عنها itu juga sama mencintainya. Apabila Nabi ﷺ melihatnya sedang membakar roti, dia berkata, Fatimah رضي الله عنها!, aku juga ingin membuat roti. Maka Nabi ﷺ pun mengambil sebuku tepung dan mengadunnya menjadi doh, lantas menyuruh Sayyidah Fatimah رضي الله عنها untuk memasukkan doh itu ke dalam ketuhar. Sayyidah Fatimah رضي الله عنها pun memasukkan adunan roti itu ke dalam ketuhar. Apabila Sayyidah Fatimah Al-Zahra رضي الله عنها selesai membakar roti, dia mula berkata, Ayah! Semua roti telah masak dengan matang, tetapi satu roti tadi tidak juga masak-masak sehingga sekarang, sama seperti asalnya. Kepanasan api itu tidak memberi kesan kepadanya. Nabi Muhammad ﷺ tersenyum lalu berkata, "bahawa api tidak akan menjejaskan doh (adunan roti) yang telah disentuh oleh tanganku ﷺ. 

سبحان الله

Seorang sahabat berkata bahawa "aku telah pergi ke rumah Hadhrat Anas رضي الله عنه atas sebab dijemput untuk makan bersamanya. Setelah selesai makan dia telah meminta hambanya untuk membawakan tuala, apabila hamba itu membawa tuala, Hadhrat Anas رضي الله عنه melihat bahawa tuala itu kotor dan basah. Hadhrat Anas رضي الله عنه memandangnya dengan pandangan marah dan berkata, "bawa pergi tuala itu dan bersihkan". Hamba itu telah pergi dan melemparkan tuala itu ke dalam ketuhar yang panas membakar. Selepas beberapa ketika, dia mengeluarkan tuala itu dari ketuhar dan kain itu telah menjadi bersih. Lalu, hamba itu telah membawa tuala yang kering itu kepada aku. Aku membersihkan tangan sambil memandang Hadhrat Anas رضي الله عنه dengan pandangan ingin bertanya. Hadhrat Anas رضي الله عنه tersenyum dan berkata bahawa, "aku pernah menjemput Nabi ﷺ  datang ke rumahku. Aku telah memberikannya tuala ini kepada Mahbub ﷺ kekasihku untuk membersihkan tangannya yang diberkati itu. Sejak Mahbub ﷺ membersihkan tangannya yang mubarak, api sudah tidak lagi dapat membakar tuala ini.

سبحان الله

Apa saja yang disentuh oleh Nabi ﷺ, atas sebab berkatnya nisbat perkaitan ini api pun turut berhenti dari membakarnya.