Halaman

Translate

Memaparkan catatan dengan label Usaha Atas Iman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Usaha Atas Iman. Papar semua catatan

Isnin, 5 Ogos 2024

Jawapan Sayyid Abdul Aziz Dabbagh Terhadap Suatu Bantahan — Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Jawapan Sayyid Abdul Aziz Dabbagh رحمه الله تعالى terhadap bantahan


Pada ketika ini, timbul bantahan terhadap alim ulama  tentang Zat pertama yang akan zahir pada hari penghisaban nanti dan Zat  itu akan mengaku sebagai Allah تعالى , saat itu mengapa orang Islam akan menolak dari mengakui-Nya? Sedangkan mereka (orang islam) tidak pernah melihat Allah تعالى sebelum ini dan tidak pernah mendengar suara-Nya?.


Akhirat adalah tempat kebenaran lagi pengadilan. Oleh itu, mengapa mereka (orang beriman) kemudian mengingkari-Nya, mengapa pula mereka segera bersujud apabila mendengar suara-Nya yang kedua, sambil mereka berkata, "Ya, Engkaulah Tuhan Pemelihara kami?"

Hadhrat Sayyid Abdul Aziz Dabbagh رحمه الله تعالى telah memberikan jawapan terhadap bantahan ini. Dia berkata bahawa semasa hidup di dunia, kita mengalami nikmat, kurnia, rahmat, kebaikan dan belas kasihan Allah تعالى. Suara bentuk pertama akan menjadi keras dan kasar tanpa belas kasihan dan tanpa kasih sayang. Ini akan menjadi sebab penafian mereka (orang beriman) dengan mengingkari-Nya.

Sepertimana seorang bapa apabila memanggil anaknya yang berada di bilik lain, dan anaknya itu menjawab dengan suara yang kasar dan keras sambil berkata, "Ya!"

Bapanya itu akan berfikir sendiri bahawa anak aku tidak pernah bercakap kasar denganku, oleh itu, dia tidak akan menjawab panggilanku dengan cara sebegini. Mesti ada orang lain yang menjawabnya. 

Begitu juga, nada suara pertama akan menjadi keras manakala suara yang kedua akan dipenuhi dengan belas kasihan dan kasih sayang, sepertimana yang mereka pernah alami di dunia.

Di akhirat nanti kita akan melihat Allah تعالى, di dunia ini kita tidak mempunyai kemampuan untuk melihat-Nya. Kita tidak dapat melihat matahari, yang merupakan ciptaan-Nya, apabila ia telah mencapai kemuncaknya. Kekuatan mata kita sangat lemah. Kita tidak dapat melihat Allah تعالى menggunakan mata itu. Akan tetapi kita akan dapat melihat Dia dengan menggunakan mata yang lain.

Ahad, 4 Ogos 2024

Rasul Penyampai Khabar Yang Benar - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Rasul penyampai khabar yang benar ﷺ 



"Rasul yang benar, Rasulullah ﷺ  telah memberitahu kita bahawa melihat wajah Allah تعالى adalah salah satu anugerah di Jannah(syurga) yang paling besar.

"Setelah penghisaban berlaku, pengumuman akan dibuat bahawa setiap orang harus mencari perlindungan dari objek yang mereka telah ambil sebagai dewa di dunia ini. Ada orang yang menyembah bulan, ada yang menyembah matahari, api dan air. Mereka akan diperintahkan untuk mencari perlindungan daripada tuhan-tuhan palsu mereka, orang-orang Islam, yang telah menyembah Allah تعالى sahaja yang akan kekal dengan iman mereka.

Satu suara akan mendakwa: Aku-lah Tuhanmu, Pemeliharamu.

"Apabila orang Islam mendengarnya, mereka akan menyangkalnya dan berkata, 'Tidak, kamu bukan Tuhan kami."

"Setelah itu Zat itu akan menjadi nyata dan mengatakan, "Aku-lah Pemelihara kamu; maka pada saat itu semua orang akan bersujud kepada-Nya."

Isnin, 29 Julai 2024

Mengusahakan Iman - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Mengusahakan iman


Pada satu ketika, saya telah pergi melawat ke satu tempat. Selepas menunaikan Solat Maghrib, saya dihadapkan dengan seorang yang sangat kasar bertanya kepada saya, "Maulana, saya ingin bertanya kepada kamu satu soalan. Beritahu saya. Di manakah Allah تعالى? Jika Dia wujud, maka mengapa saya tidak dapat melihat Dia? Selagi saya tidak melihat Dia dengan lima deria pancaindera saya, saya tidak akan menerima kewujudan-Nya."

"Jawapan ini memerlukan penjelasan terperinci dan saya tidak boleh menjawab kamu semasa berdiri di sini di jalan raya. Saya tinggal di satu tempat. Sila datang ke sana dan kita akan membincangkan perkara ini."

"Bravo, Maulana," balasnya sinis. "Untuk satu masalah kecil, saya perlu menghadirkan diri di istana raja!"

Dari satu kenyataan beliau ini, saya faham perangainya dengan terperinci dan bagaimana jenis orangnya.

"Jika kamu telah belajar perubatan dan kemudian cemerlang dalam bidang pembedahan, katakan pembedahan mata, dan di sini, semasa berdiri di atas jalan, seseorang datang kepada kamu dan berkata, 'Doktor, saya mempunyai katarak di mata saya, dan sekarang kamu adalah pakar dalam bidang ini, sila rawat saya sekarang.' Apa yang kamu akan katakan kepadanya?"

"Kamu akan berkata," sambung saya, "Abang, pembedahan tidak dilakukan dengan cara ini. Kamu perlu dimasukkan ke hospital terlebih dahulu. Selepas itu, sistem kamu akan dibersihkan. Bulu mata kamu akan dipotong. Kamu akan disuruh untuk berbaring. Mata kamu akan dibius, dan selepas itu barulah pembedahan boleh dijalankan. Selepas pembedahan, pembalut akan diikat di sekeliling mata kamu dan kamu perlu kekal tidak bergerak selama berjam-jam. kamu tidak akan dibenarkan berjalan atau bercakap dengan sesiapa pun. Pembedahan pada mata dilakukan dengan cara ini dan jika orang itu menjawab kepada kamu dengan berkata 'Bravo, Doktor! Untuk perkara kecil ini juga aku harus menghadapkan diriku di istana rajamu,' apa yang akan kamu katakan kepadanya? Jika kamu membedahnya di sana juga, maka kamu telah mengkhianati profesion kamu. Kemungkinan besar kamu akan merosakkan matanya. Tidak perlu dikatakan lagi, jika kerajaan mengetahui tindakan kamu itu, mereka akan merampas diploma kamu dan menghukum kamu dengan sewajarnya." 

Selepas mengemukakan contoh ini, dia bersetuju untuk berjumpa saya di tempat tinggal saya. Mereka ini tidak memahami realiti pembuktian. Mereka hanya memahami contoh dengan cepat tetapi untuk suatu bukti mereka lambat memahaminya.