Halaman

Translate

Memaparkan catatan dengan label Shalawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shalawat. Papar semua catatan

Selasa, 6 Ogos 2024

Hadiah untuk yang tersayang ﷺ - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Hadiah untuk yang tersayang ﷺ 


Kita harus membawa dalam diri kita keyakinan bahawa apa sahaja yang diperkatakan oleh Rasulullah ﷺ adalah benar.

"Sesiapa yang membaca shalawat untuk Rasulullah ﷺ dari mana-mana tempat dunia, malaikat pasti akan menyampaikannya kepada Rasulullah ﷺ persis seperti apa yang dibaca."

Jika kita membaca shalawat di kubur Rasulullah ﷺ yang dirahmati, Baginda ﷺ mendengarnya secara langsung; ini ditetapkan dalam Hadith Baihaqi. Disebutkan pula dalam hadits lain,

"Sesiapa yang membaca shalawat kepadaku di samping kuburku, aku dapat mendengarnya dan sesiapa yang membaca shalawat kepadaku dari jauh, shalawat itu akan disampaikan kepadaku."

Oleh itu, kita tidak seharusnya meletakkan keyakinan dan pergantungan pada mata kita. Aspek yang perlu kita yakini ialah sabda Rasulullah ﷺ, sama ada kita mampu melihatnya atau tidak.

Malam ini adalah malam Jumaat. Bacaan shalawat pada Jumaat dan malam Jumaat telah ditekankan di dalam Hadith. Rasulullah ﷺ akan menjadi sangat gembira apabila seseorang membaca shalawat kepadanya. Oleh itu, bacalah shalawat sebanyak mungkin. Sememangnya, kita harus selalu membaca shalawat. Semoga Allah merahmati kita dengan taufiq yang betul. Amin.

Ahad, 28 Julai 2024

Shalawat Dan Salam - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Shalawat dan salam kepada Baginda Rasulullah ﷺ 


Disebutkan di dalam Hadis bahawa Allah Ta'ala telah memerintahkan sekumpulan malaikat untuk bertebaran di muka bumi dan menyampaikan salam dan selawat yang dibacakan ke atas Nabi Muhammad ﷺ kepada Pemiliknya shalawat serta salam. Lalu mereka para malaikat menyampaikan salam kepadanya dan berkata, "Fulan anak fulan telah membacakan salam dan salam ini untukmu." Maka Nabi Muhammad ﷺ menjadi gembira dengan perkhabaran itu kemudian membalas salam itu.

Sekarang seseorang mungkin mempersoalkan bahawa kerana kita membaca Shalawat untuk tempoh yang panjang, kenapakah kita tidak melihat mana-mana malaikat? Jawapannya ialah 'melihat' bukanlah pra-syarat untuk membuktikan sebuah kewujudan. Untuk 'melihat' atau 'menyaksi' sesuatu yang fizikal dan menggunakan syarat ini sebagai penanda aras untuk penerimaan, adalah satu kesilapan besar. Aqidah pegangan kita hendaklah mempercayai apa sahaja yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad ﷺ , syarat ini sudah memadai untuk kita terima.