Halaman

Translate

Memaparkan catatan dengan label Mujarrabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mujarrabat. Papar semua catatan

Ahad, 25 Ogos 2024

Amalan untuk perlindungan agar dihindarkan dari segala macam musibah dan bala — Kitab Mujarrabat Masyaikh Naqshaband Sususan Mufti Ihsanul Haq

Amalan untuk perlindungan agar dihindarkan dari segala macam musibah dan bala


Hendaklah membaca surah Al Fatihah, Ayat Kursi dan surah tiga Qul. Kemudian menghembus nafas pada tubuh badan. Amal ini amat berfaedah untuk perlindungan.

Kitab Mujarrabat Masyaikh Naqshaband susunan Mufti Ihsanul Haq قدس الله سره

Khamis, 22 Ogos 2024

Amalan Untuk Menjadi Kaya Raya — Hadhrat Syaikh Doktor Muhammad 'Adil Azizah Al Kayyali


Amalan untuk menjadi kaya raya

Hendaklah mengamalkan يا كافي sebanyak 12 ribu kali setiap hari selama 40 hari. Amalan ini mujarrab sudah diuji cuba untuk mencapai kekayaan sehinggakan tidak mampu dicerna oleh akal. Pengamalnya akan menjadi jutawan sebelum sempurna tempoh pengamalannya.

إن شاء الله تعالى

Kitab Min Mujarrabat As Salihin Fi Kashfi Kurab Al Makrubin karangan Hadhrat Syaikh Doktor Muhammad 'Adil Azizah Al Kayyali

Selasa, 6 Ogos 2024

Kunci Perbendaharaan Langit dan Bumi - Al Imam Jalaluddin As Suyuthi

هو
Kunci Perbendaharaan Langit dan Bumi


عن عثمان بن عفان قال : سألت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عن قول الله عز وجل {له مقاليد السماوات والأرض} فقال لى يا عثمان لقد سألتنى عن مسأله لم يسألنى عنها أحد قبلك مقاليد السماوات والأرض لا إله إلا الله والله أكبر وسبحان الله والحمد لله وأستغفر الله الذى لا إله إلا هو الأول والآخر والظاهر والباطن يحيى ويميت وهو حى لا يموت بيده الخير وهو على كل شىء قدير يا عثمان من قالها فى كل يوم مائة مرة أعطى بها عشر خصال أما أولها فيغفر له ما تقدم من ذنوبه وأما الثانية فيكتب له براءة من النار وأما الثالثة فيوكل به ملكان يحفظانه فى ليله ونهاره من الآفات والعاهات وأما الرابعة فيعطى قنطارا من الأجر وأما الخامسة فيكون له أجر من أعتق مائة رقبة محررة من ولد إسماعيل وأما السادسة فله من الأجر كمن قرأ التوراة والإنجيل والزبور والفرقان وأما السابعة فيبنى له بيت فى الجنة وأما الثامنة فيزوج من الحور العين وأما التاسعة فيعقد على رأسه تاج الوقار وأما العاشرة فيشفع فى سبعين رجلا من أهل بيته يا عثمان إن استطعت فلا يفوتنك يوم من الدهر تفز بها من الفائزين وتسبق بها الأولين والآخرين . (ابن مردوية ، ورواه أبو يعلى) جامع الأحاديث ويشتمل على جمع الجوامع للإمام السيوطى

Diriwayatkan bahwa Saiyidina Uthman bin Affan ra. meminta informasi lebih jauh mengenai keputusan Allah tentang Kunci Perbendaharaan Langit dan Bumi (disebut beberapa kali dalam Al Qur’an). Nabi Muhammad saww. bersabda kepadanya:

 “Engkau telah memperoleh dariku sesuatu yang tidak seorangpun pernah meminta dariku sebelumnya.”

Kunci Perbendaharaan Langit dan Bumi adalah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلهِ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْأَوَّلُ وَالْأَخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوْتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَىَو كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Tiada Tuhan kecuali Allah dan Allah Maha Besar, Maha Suci Allah dan Segala Puji Bagi Allah, Dan Aku minta ampun kepada Allah, Dzat yang tiada Tuhan kecuali Dia, Dia yang Pertama dan Terakhir Dia yang Maha Nyata dan Maha Ghaib, Dia yang Menghidupkan dan yang Mematikan, Dia yang Maha Hidup dan yang tak pernah mati, Ditanganyalah segala kebaikan, Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.

Nabi Muhammad saw. Melanjutkan: Wahai Uthman barangsiapa membacanya 100x setiap hari akan di beri 10 kebaikan:

1) Seluruh dosanya di masa lampau akan di ampuni.

2) Di bebaskan dari api neraka.

3) Dua malaikat di tugaskan menjaga siang dan malam dari penderitaan dan penyakit.

4) Ia di beri rezeki yang berkah.

5) Ia memperoleh pahala sebanyak orang yang membebaskan 100 hamba keturunan Nabi Ismail as.

6) Ia akan diberi pahala bacaan seluruh Al Quran, Zabur, Taurat dan Injil.

7) Akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.

8) Ia akan di kawinkan dengan gadis syurga yang solehah.

9) Ia akan di beri mahkota kehormatan.

10)Permohonannya akan pengampunan bagi   70 kerabatnya akan dikabulkan.

“Wahai Uthman jika engkau cukup kuat maka engkau tidak akan meninggalkan zikir ini seharipun. Engkau akan melebihi siapapun sebelum dan sesudah kamu”.

(Kitab Jaami’ul Ahaadiitsi – Al Imam Jalaluddin As Suyuthiy, Hadits No.31898)

Khamis, 1 Ogos 2024

Doa Agar Diberikan Rezeki Dan Kewalian — Hadhrat Imam Syaikh Abil Hasan As Syazili

Doa agar diberikan rezeki rohani, kewalian dan kehampiran dengan Allah تعالى karangan Hadhrat Imam Syaikh Abil Hasan As Syazili قدس سره العزيز




بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم يا حي يَا قَيُّومُ لَكَ أصَلِّي وَلَكَ أَصُومُ وَبِكَ نَقْعُدُ وَبِكَ نَقُومُ ، أَحْيِ بِمَعْرِفَتِكَ قَلْبِي ، وَاغْفِرْ لِي بِفَضْلِكَ ذَنْبِي ، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْت

اللهم إِنَّكَ نَاظِرٌ إِلَيَّ ، حَاضِرٌ لَدَيَّ ، قَادِرٌ عَلَيَّ ، أَحَطْتَ بِي عِلْماً وَسَمْعاً وَبَصَرَاً فَارْزُقْنِي أُنْسًا بِكَ ، وَهَيَبةٌ مِنْكَ فَقَوِّ فِيكَ يَقِينِي ، وَبِكَ اعْتَصَمْتُ فَأَصْلِحْ لِي فِي دِينِي ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ فَارْزُقْنِي مَا يَكْفِينِي ، وَبِكَ لُذْتُ فَنَجِّنِي مِمَّا يُؤْذِينِي ، أنْتَ حَسْبِي وَنِعْمَ الْوَكِيلُ .

اللهُمْ رَضَّنِي بِقَضَائِكَ وَقَنِّعْنِي بِعَطَائِكَ ، والهِمْنِي شُكْرَ نَعْمَائِكَ ، وَاجْعَلْنِي مِنْ أَوْلِيَائِكَ ، أَنْتَ الوَلِيُّ الحَمِيدُ.

اللَّهُمَّ أَسْكِنِّي فِي جِوَارِكَ ، وَمَتِّعْنِي بِخِطَابِكَ ، وَإِنْ كُنتُ لَسْتُ أَهْلاً لِذَلِكَ فَأَنْتَ أَهْلُ لِذَلِكَ .

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Selasa, 18 Jun 2024

Wirid Anti Kesedihan, Kemurungan, Depresi, Kegelisahan, Putus Asa Dan 99 Penyakit Yang Lain

Wirid Anti Depresi




Daripada Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu dia berkata : Rasulullah ﷺ telah bersabda : ucapan La Haula Wala Quwwata Illa Billah ubat untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya ialah kesedihan. (Al Hakim dan At Tabarani dalam kitab Al Awsath)

Wirid ini telah diuji cuba kemujarabannya dan didapati amat mujarrab bagi menghilangkan kesedihan dan kegelisahan yang melanda. Bagi mereka yang sedang dilanda dengan berbagai musibah, sudah tidak memiliki tempat untuk bersandar, maka kembalilah pada Allah سبحانه. Luaskan dada, lapangkan hati, percaya dan hilangkan segala keraguan, masalah akan selesai seperti mana malam akan terbitnya fajar, dan siang akan datangnya malam. Segala kegembiraan dan kesedihan adalah milik mutlak Allah سبحانه. 

*Dipetik dari kitab Min Mujarrabat As Shalihin Fi Kashfi Kurab Al Makrubin susunan Doktor Syaikh Muhammad 'Adil Azizah Al Kayali

*Telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu pada 12 Zulhijjah 1445 Hijriah bersamaan 18 June 2024 Masihi pukul 7:08 malam di Surau An-Nur Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.
head

Khamis, 25 Januari 2024

Sanad Salawat Nariyah

Salawat Nariyah / Tafrijiyyah

نحمده ونصلي على رسوله الكريم، أما بعد

Faidah

Dan setengah daripada salawat yang mujarrabah itu salawat tafrijiah dan dikatakan salawat nariyah. Dibangsakan salawat  ini kepada Zain Al 'Abidin yaitu 'Ali bin Al Husain bin 'Ali bin Abi Talib radiyallahu 'anhu. Maka salawat ini sangat banyak khasiatnya. Kata Imam Ad Dainuri barangsiapa membaca salawat ini tiap tiap lepas sembahyang sebelas kali dijadikan dia wirid nescaya tiada berputusan rezekinya dan mencapai ia akan martabat yang tinggi dan barangsiapa mengekali membaca akan dia tiap-tiap lepas sembahyang subuh tiap-tiap hari empat puluh satu kali nescaya mencapai ia akan kehendaknya dan barangsiapa mengekali membaca akan dia tiap-tiap hari seratus kali nescaya hasil matlubnya lebih daripada kehendaknya dan barangsiapa mengekali membaca akan dia tiap-tiap hari tiga ratus tiga belas kali bagi membukakan rahsia nescaya melihat ia akan yang dikehendak. Barangsiapa mengekali membaca akan dia tiap-tiap hari seribu kali nescaya mencapai ia akan barang yang tiada dapat mensifat akan dia oleh orang yang mensifat daripada barang yang tiada melihat oleh mata dan tiada mendengar oleh telinga dan tiada terlintas pada hati.

Kata Imam Al Qurtubi barangsiapa mengekali atas salawat ini tiap-tiap hari empat puluh satu kali atau seratus kali atau lebih nescaya diangkat oleh Allah Ta'ala akan dukacitanya dan mudaratnya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan baginya segala pintu kebajikan dan diluluskan perkataannya dan diaman akan dia daripada datangnya hawadis zaman dan daripada papa dan dicampakkan baginya kasih sekalian hati manusia akan dia dan menjayakan pintanya dan tiada hasil segala faidah ini melainkan dengan mengekali atasnya dan barangsiapa hendak menghasilkan suatu pekerjaan yang besar atau hendak menolakkan bala' yang datang maka hendaklah membaca akan salawat ini empat ribu empat ratus empat puluh empat kali dan mentawasul dengan Nabi yang mempunyai kemegahan yang besar dan minta doa ia nescaya dapat maksudnya insya Allah Ta'ala

Kata Sidi Muhammad Haqqi telah aku ajarkan salawat ini kepada perempuan yang telah buta matanya sudah dua puluh lima tahun maka membaca perempuan itu akan dia dengan sempurna bilangan yang tersebut itu di dalam lapan hari maka terbuka matanya والله على كل شيء قدير وبالاجابة جدير dan yaitu inilah salawatnya :


اللهم صل  صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج وتنال به الرغائب وحسن الخواتم ويستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى آله وصحبه في كل لمحة ونفس بعدد معلوم لك

Sumber : Kitab Lum'atul Aurad karangan Syaikh Wan Ali bin Abdul Rahman


Adapun sanad dan ijazah yang telah faqir dapatkan adalah seperti berikut :


سندي بالصلاة النارية

فاقول انا الفقير محمد عزمي بن أصلي النقشبندي المجددي غفر الله سبحانه ذنوبه وستر تعالى عيوبه، قد أخذت هذه الاجازة المباركة من سيدي وسندي الشيخ جلال الدين أحمد بن نورالدين الراوي الأماني الروحاني البازي النقشبندي المجددي حفظه الله تعالى، وهو عن الشيخ عزير بن محمد الصامسوني القادري حفظه الله تعالى، وهو عن الشيخ عبيد الله بن أحمد الأخضر القادري الحسيني حفظه الله تعالى، وهو عن أخيه الشيخ محمد القادري الحسيني، عن والدهما الشيخ أحمد الأخضر القادري الحسيني، عن الشيخ أحمد الشريف السنوسي، عن الشيخ المهدي السنوسي وأحمد الريفي، كلاهما، عن الإمام محمد علي السنوسي، عن محمد بن عبد السلام الناصري الدرعي، عن ابن عبد السلام بناني الفاسي، عن أبي سالم العياشي، عن أبو المهدي عيسى الثعالبي، عن العالم الحجة أبي عثمان سعيد بن ابراهيم الجزائري 'قدورة'، عن الإمام سعيد المقري، عن أحمد حجي، عن محمد الوهراني، عن قائلها الإمام العارف بالله سيدي أبو سالم ابراهيم بن محمد التازي الوهراني

"قدس الله تعالى اسرارهم"


سبحانك اللهم وبحمدك، أشهد أن لا اله الا انت، أستغفرك وأتوب إليك


Faqir lagi Haqir

 Azmye bin Asli 'ufiya 'anhu waliwalidaihi

Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, 89008 Keningau, Sabah, Malaysia.