Halaman

Translate

Memaparkan catatan dengan label Kisah Para Anbiya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Para Anbiya. Papar semua catatan

Ahad, 4 Ogos 2024

Berkat Sentuhan Nabi ﷺ — Mahbubul Ulama Wa Sulaha Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi

Berkat sentuhan Nabi ﷺ 

Suatu ketika Sayyidah Fatimah Al-Zahra رضي الله عنها sedang membakar roti di dalam ketuhar. Sementara itu, Rasulullah ﷺ datang ke rumahnya. Rasulullah ﷺ sangat menyayangi anak perempuannya itu رضي الله عنها. Anak perempuannya رضي الله عنها itu juga sama mencintainya. Apabila Nabi ﷺ melihatnya sedang membakar roti, dia berkata, Fatimah رضي الله عنها!, aku juga ingin membuat roti. Maka Nabi ﷺ pun mengambil sebuku tepung dan mengadunnya menjadi doh, lantas menyuruh Sayyidah Fatimah رضي الله عنها untuk memasukkan doh itu ke dalam ketuhar. Sayyidah Fatimah رضي الله عنها pun memasukkan adunan roti itu ke dalam ketuhar. Apabila Sayyidah Fatimah Al-Zahra رضي الله عنها selesai membakar roti, dia mula berkata, Ayah! Semua roti telah masak dengan matang, tetapi satu roti tadi tidak juga masak-masak sehingga sekarang, sama seperti asalnya. Kepanasan api itu tidak memberi kesan kepadanya. Nabi Muhammad ﷺ tersenyum lalu berkata, "bahawa api tidak akan menjejaskan doh (adunan roti) yang telah disentuh oleh tanganku ﷺ. 

سبحان الله

Seorang sahabat berkata bahawa "aku telah pergi ke rumah Hadhrat Anas رضي الله عنه atas sebab dijemput untuk makan bersamanya. Setelah selesai makan dia telah meminta hambanya untuk membawakan tuala, apabila hamba itu membawa tuala, Hadhrat Anas رضي الله عنه melihat bahawa tuala itu kotor dan basah. Hadhrat Anas رضي الله عنه memandangnya dengan pandangan marah dan berkata, "bawa pergi tuala itu dan bersihkan". Hamba itu telah pergi dan melemparkan tuala itu ke dalam ketuhar yang panas membakar. Selepas beberapa ketika, dia mengeluarkan tuala itu dari ketuhar dan kain itu telah menjadi bersih. Lalu, hamba itu telah membawa tuala yang kering itu kepada aku. Aku membersihkan tangan sambil memandang Hadhrat Anas رضي الله عنه dengan pandangan ingin bertanya. Hadhrat Anas رضي الله عنه tersenyum dan berkata bahawa, "aku pernah menjemput Nabi ﷺ  datang ke rumahku. Aku telah memberikannya tuala ini kepada Mahbub ﷺ kekasihku untuk membersihkan tangannya yang diberkati itu. Sejak Mahbub ﷺ membersihkan tangannya yang mubarak, api sudah tidak lagi dapat membakar tuala ini.

سبحان الله

Apa saja yang disentuh oleh Nabi ﷺ, atas sebab berkatnya nisbat perkaitan ini api pun turut berhenti dari membakarnya.

Rasul Penyampai Khabar Yang Benar - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Rasul penyampai khabar yang benar ﷺ 



"Rasul yang benar, Rasulullah ﷺ  telah memberitahu kita bahawa melihat wajah Allah تعالى adalah salah satu anugerah di Jannah(syurga) yang paling besar.

"Setelah penghisaban berlaku, pengumuman akan dibuat bahawa setiap orang harus mencari perlindungan dari objek yang mereka telah ambil sebagai dewa di dunia ini. Ada orang yang menyembah bulan, ada yang menyembah matahari, api dan air. Mereka akan diperintahkan untuk mencari perlindungan daripada tuhan-tuhan palsu mereka, orang-orang Islam, yang telah menyembah Allah تعالى sahaja yang akan kekal dengan iman mereka.

Satu suara akan mendakwa: Aku-lah Tuhanmu, Pemeliharamu.

"Apabila orang Islam mendengarnya, mereka akan menyangkalnya dan berkata, 'Tidak, kamu bukan Tuhan kami."

"Setelah itu Zat itu akan menjadi nyata dan mengatakan, "Aku-lah Pemelihara kamu; maka pada saat itu semua orang akan bersujud kepada-Nya."

Jumaat, 2 Ogos 2024

Maqam Kedudukan Nisbat Hadhrat 'Adam عليه السلام - Mahbubul Ulama Wa Sulaha Hadhrat Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi

Maqam kedudukan nisbat Hadhrat Adam  عليه السلام




Allah تعالى  menerima doa hamba-Nya dengan berkat Nabi. Sebabnya ialah ketika Sayyiduna Adam عليه السلام diturunkan ke dunia ini, dia menangis dengan penuh khusyuk dan berdoa di hadapan Allah تعالى selama dua ratus tahun atau tiga ratus tahun sehingga jika air mata itu dikumpulkan, ia akan menjadi seperti sebuah sungai yang mengalir. Akhirnya, Hadhrat Adam عليه السلام memohon ampun kepada Allah تعالى dengan perantaraan Mahbub kekasih-Nya ﷺ dengan berkata, "Ya Allah! demi nisbatku dengan Mahbub Kekasih-Mu ﷺ , terimalah taubatku, ya Allah! ."

Tuhan bagi sekalian alam telah menerima doanya itu, tetapi pada masa yang sama bertanya, Wahai Adam عليه السلام sayangku!  Bagaimana kamu tahu bahawa dia itu Muqarrab seorang yang hampir dan Mahbub kekasih-Ku? 

Hadhrat Adam عليه السلام berkata, Ya Allah!  Ketika aku berada di dalam Syurga, aku melihat tertulis di atas arasy, 

لا اله الا الله، محمد رسول الله

Aku mengetahui bahawa orang yang mana namanya di sebelah nama-Mu, dia adalah seorang yang Kamu sangat cintai. 

Itulah sebabnya aku telah berdoa kepada Kamu dengan tasawwur membayangkan orang yang Kamu sayangi ini.

سبحان الله

Sesudah itu diturunkan wahyu kepada Hadhrat Adam عليه السلام bahawa dia itu adalah Khatamun Nabiyyin penutup sekalian nabi-Ku dan termasuk dalam zuriat keturunan kamu, kalau tidak kerana dia, kamu tidak akan diciptakan. 

Telah disebutkan dalam Hadis yang suci bahawa pada hari kiamat nanti, atas sebab nisbat hubungan yang berkat ini, Hadhrat Adam عليه السلام ingin dipanggil oleh Nabi Akhir Zaman ﷺ dengan namanya Nabi ﷺ iaitu (Muhammad) dan bukannya Adam.

Maka para ulama telah menulis bahawa Hadhrat Adam عليه السلام akan dipanggil dengan nama kunniyat "Abu Muhammad ﷺ " di dalam syurga. 


سبحان الله

Telah menjadi keinginan hati Hadhrat Adam عليه السلام bahawa dirinya ingin dipanggil dengan namanya (Muhammad ﷺ) yang mana dengan keberkatan nisbat dengannya iaitu dari anak keturunannya, maka taubatnya telah diterima.

Rabu, 31 Julai 2024

Maqam Kedudukan Nisbat Nama Hadhrat Yusuf عليه السلام - Mahbubul Ulama Wa Sulaha Hadhrat Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi

Maqam kedudukan nisbat nama Hadhrat Yusuf عليه السلام


Seseorang yang menjaga nisbat, sebenarnya menjaga dirinya sendiri. Suatu ketika, seorang budak lelaki yang sedang kelaparan telah datang kepada Hadhrat Yusuf عليه السلام untuk meminta gandum. Hadhrat Yusuf عليه السلام telah memberikannya gandum. Selepas itu, budak itu telah menyampaikan satu perkhabaran kepada Hadhrat Yusuf عليه السلام yang menyebabkan Hadhrat Yusuf عليه السلام gembira sehingga dia telah memberikan budak itu lebih banyak gandum. Hadhrat Yusuf عليه السلام telah menghantarkan budak itu pulang dengan membawa kurniaan dan penghormatan dari Hadhrat Yusuf عليه السلام . Kemudian Allah menurunkan wahyu kepada Hadhrat Yusuf عليه السلام. "Wahai Nabi kekasihku! Kenapakah kamu terlalu menghormati budak ini?."  
Maka Hadhrat Yusuf عليه السلام menjawab, " wahai Tuhanku! Pada mulanya daku memberikannya bahagian yang sepatutnya saja, akan tetapi setelah dia memberitahu kepadaku bahawa dia adalah salah seorang kanak-kanak yang bersaksi bahawa daku adalah tersuci dari segala fitnah tuduhan orang terhadapku. Maka hatiku dipenuhi cinta terhadapnya apabila daku mendengar bahawa ini adalah seorang budak lelaki yang telah memberikan kesaksian terhadap kesucianku sewaktu menjadi budak dahulu. Hari ini dia telah datang kepadaku dalam keadaan melarat hanya untuk meminta sesuatu, mengapa tidak daku memberikannya kehormatan atas sebab kesaksiannya itu?. Oleh itu, wahai Allah, daku menghormati dia, daku sanggup memberikan kepada dia apa saja yang ada padaku."  
Lalu Allah تعالى telah menurunkan wahyu, "wahai Nabiku! Atas sebab dia telah menjadi saksi atas kesucianmu, engkau telah memberikan segala yang dapat engkau berikan, engkau telah melakukan apa yang sesuai dan termampu mengikut kemuliaan dirimu. Maka ketahuilah! Hamba yang mana telah bersaksi terhadap ketuhanan Uluhiyyat-Ku di dunia ini, hamba mana yang telah menjadi saksi terhadap ketuhanan Rububiyyat-Ku, apabila hamba-Ku itu menghadap-Ku pada hari kiamat nanti, Aku lah yang akan memberikan kepadanya kurniaan yang sesuai menurut Kemuliaan Diri-Ku. 

سبحان الله

Khamis, 11 Julai 2024

Kedengkian Syaitan (Kisah Nabi Nuh عليه السلام)

 

٢- حسد الشيطان

ولكن كيف يرضى إبليس وذريته بهذا 
ألا يزال الناس يعبدون الله 
ألا يزال الناس أمة واحدة لا يختلفون، إن ذلك لا يكون، إن ذلك لا يكون
هل يدخل ذرية آدم الجنة، ويدخل إبليس وذريته النار
إن ذلك لا يكون، إن ذلك لا يكون
إنه لم يسجد لآدم فطرده الله ولعنه
ألا ينتقم من بني آدم فيدخلوا معه النار
لا بد أن يكون ذلك، لا بد أن يكون ذلك

2- Kedengkian Syaitan

Akan tetapi bagaimanakah berpuas hati oleh iblis dan syaitan-syaitan dengan perkara ini ?

Bukankah manusia masih menyembah oleh mereka akan Allah ?

Bukankah manusia masih bersatu hati tidak berpisah (berselisih faham) ? Sesungguhnya sedemikian itu tidak boleh jadi ! Sesungguhnya sedemikian itu tidak boleh jadi ! (Itu tidak boleh terjadi)

Adakah akan masuk oleh anak cucu Adam ke dalam syurga, sedangkan iblis dan cucunya (syaitan-syaitan) masuk ke dalam neraka ?

Ini tidak boleh berlaku ! Ini tidak boleh berlaku !

Sesungguhnya iblis pernah tidak bersujud kepada Adam maka Allah telah mengusirnya dan telah melaknatnya.

Bukankah dia (iblis) patut membalas dendam kepada anak cucu Adam supaya mereka semua masuk bersamanya (iblis) ke dalam neraka ?

Tidak dapat tidak jadilah seperti itu, tidak dapat tidak jadilah seperti sedemikian (sepatutnya itulah yang akan berlaku).

*Dipetik daripada kitab Qasas An Nabiyyin karya Hadhrat Maulana Abul Hasan Ali Al Hasani An Nadwi رحمة الله عليه

*Siap diterjemahkan pada 5 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 11 July 2024 Masihi pukul 4:59 Petang di Maahad Dakwah Wa Tarbiyyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

*setelah mengalami kemalangan sebanyak lebih 2 kali dan dalam beberapa kali kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan kanan serta tulang kawasan bahu cacat kekal, maka saya tidak dapat melakukan banyak pekerjaan. Oleh itu, saya menulis blog ini tanpa sebarang keuntungan, maka sekiranya pihak diri tuan puan atau mana-mana syarikat, ngo, badan pertubuhan, majikan-majikan yang kaya raya, bolehlah salurkan sumbangan kepada saya melalui akaun bank personal di bawah ini atas nama Azmye bin Asli :

5648 4712 8095 [Maybank]

Atau dengan menekan paparan iklan yang ada di blog ini sudah memadai untuk membantu saya. Setiap klik daripada iklan ini, maka saya akan dibayar. Terima kasih sebelumnya.

Sekiranya ada apa-apa urusan atau pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui whatsapp : +60 16 77
7 0714.





Kisah Nabi Nuh — Bahtera Nabi Nuh عليه السلام


سفينة نوح
١- بعد آدم
بارك الله في ذرية آدم فكان فيها رجال كثير ونساء
وانتشرت ذرية آدم وكثرت
فلو رجع آدم ورأى أولاده لما عرف
ولو قيل له : هذه ذريتك يا آدم، لتعجب كثيرا
وقال : سبحان الله ! هؤلاء كلهم أولادي 
هذه كلها ذريتي
وكانت لذرية آدم قرى كثيرة، وبنوا بيوتا كثيرة
وكانوا يحرثون الأرض ويزرعون ويعيشون
وكان الناس على دين أبيهم آدم، يعبدون الله ولا يشركون به شيئا
وكان الناس أمة واحدة أبوهم آدم وربهم الله
Bahtera Nuh
1 - Selepas Adam 
Allah telah memberkati pada anak cucu Adam, padanya (anak cucu Adam) ada ramai lelaki dan perempuan.
Dan (lalu) tersebarlah oleh anak cucu Adam dan bertambah banyak.
Maka sekiranya Adam kembali dan melihat anak-anaknya nescaya dia tidak kenal.
Dan kalau dikatakan kepadanya : ini adalah keturunanmu, wahai Adam, maka pasti dia akan terkejut bersangatan. 
Dan dia akan berkata : سبحان الله , Maha Suci Allah! Ini semua anak saya! Ini semua anak-anakku ?
Dan adalah bagi anak cucu Adam ada banyak tempat tinggal. Dan mereka telah membina rumah yang sangat banyak. 
Dan mereka membajak tanah, menanam tanaman dan hidup dalam keselesaan dan kepuasan. 
Dan adalah manusia mengikuti agama kepercayaan nenek moyang mereka, iaitu Adam. Dan mereka menyembah akan Allah dan tidak menyekutukan akan Allah selain-Nya. 
Dan adalah manusia ialah satu ummat (kelompok) yang bersatu, bapa mereka semua adalah Adam dan Allah adalah Tuhan mereka.

*Dipetik daripada kitab Qasas An Nabiyyin karya Hadhrat Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi رحمه الله تعالى
*Siap diterjemahkan pada 5 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 11 July 2024 Masihi pukul 3:43 Petang di Maahad Dakwah Wa Tarbiyyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia. 

*setelah mengalami kemalangan sebanyak lebih 2 kali dan dalam beberapa kali kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan kanan serta tulang kawasan bahu cacat kekal, maka saya tidak dapat melakukan banyak pekerjaan. Oleh itu, saya menulis blog ini tanpa sebarang keuntungan, maka sekiranya pihak diri tuan puan atau mana-mana syarikat, ngo, badan pertubuhan, majikan-majikan yang kaya raya, bolehlah salurkan sumbangan kepada saya melalui akaun bank personal di bawah ini atas nama Azmye bin Asli :

5648 4712 8095 [Maybank]

Atau dengan menekan paparan iklan yang ada di blog ini sudah memadai untuk membantu saya. Setiap klik daripada iklan ini, maka saya akan dibayar. Terima kasih sebelumnya.

Sekiranya ada apa-apa urusan atau pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui whatsapp : +60 16 77
7 0714.





Rabu, 10 Julai 2024

Pengakhiran Nabi Yusuf عليه السلام




٢٥- حسن العاقبة

ولم يشغل يوسف هذا الملك العظيم عن الله ولم يغيره

وكان يوسف يذكر الله ويعبده ويخافه

وكان يوسف يحكم بحكم الله وينفذ أوامر الله

وكان يوسف لا يرى الملك كثيرا ولا يعده شيئا كبيرا

وكان يوسف لا يحب أن يموت موت ملك ويحشر مع الملوك

بل كان يحب أن يموت موت عبد ويحشر مع الصالحين

وكان دعاء يوسف :
رب قد آتيتني من الملك وعلمتني من تأويل الأحاديث فاطر السموات والأرض أنت ولي في الدنيا والآخرة توفني مسلما وألحقني بالصالحين

وتوفاه الله مسلما وألحقه بآبائه إبراهيم وإسحٰق ويعقوب. صلى الله عليهم وعلى نبينا وسلم

25. Baik Akibat (Pengakhiran Yang Baik)

Dan tidak menyibukkan akan Yusuf oleh kerajaan yang besar ini dari Allah dan tidak mengubahnya (kerajaan ini tidak membuat Yusuf berubah menjadi seorang yang lain). 

Dan adalah Yusuf sentiasa mengingati Allah, menyembah-Nya dan takut kepada-Nya. 

Dan adalah Yusuf membuat keputusan (memerintah) dengan peraturan hukum Allah dan dia sentiasa melaksanakan perintah-perintah Allah. 

Dan adalah Yusuf tidak melihat (menganggap) akan kerajaan (harta) sebagai satu perkara yang banyak dan dia tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang besar. 

Dan adalah Yusuf tidak mencintai (menginginkan) bahawa dia mati sebagai matinya seorang raja dan dibangkitkan bersama para raja-raja. 

Bahkan (sebaliknya), adalah dia mencintai bahawa dia mati sebagai matinya seorang hamba dan dibangkitkan bersama orang-orang soleh. 

Dan adalah doa Yusuf : 

Wahai Tuhanku, Engkau telah mendatangkan (memberikan) akan aku daripada kerajaan dan telah mengajarkan akan aku (kepadaku) tentang Ta'wil mimpi perkara yang akan berlaku, Wahai pencipta langit dan bumi, Engkaulah penjagaku dalam dunia dan akhirat. Wafatkanlah aku (Ambillah nyawaaku) dalam keadaan seorang muslim dan temukanlah (himpunkanlah) aku dengan orang-orang yang soleh.

Maka mewafatkan akan Yusuf oleh Allah sebagai seorang Muslim dan menghimpunkannya bersama nenek moyangnya Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas mereka dan ke atas Nabi kita (Muhammad ﷺ) dan kesejahteraan.

*Dipetik daripada kitab Qasas An Nabiyyin karya Hadhrat Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi رحمه الله تعالى

*Siap diterjemahkan pada 4 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 10 July 2024 Masihi pukul 3:18 Petang di Madrasah Maahad Dakwah Wa Tarbiyyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

*setelah mengalami kemalangan sebanyak lebih 2 kali dan dalam beberapa kali kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan kanan serta tulang kawasan bahu cacat kekal, maka saya tidak dapat melakukan banyak pekerjaan. Oleh itu, saya menulis blog ini tanpa sebarang keuntungan, maka sekiranya pihak diri tuan puan atau mana-mana syarikat, ngo, badan pertubuhan, majikan-majikan yang kaya raya, bolehlah salurkan sumbangan kepada saya melalui akaun bank personal di bawah ini atas nama Azmye bin Asli :

5648 4712 8095 [Maybank]

Atau dengan menekan paparan iklan yang ada di blog ini sudah memadai untuk membantu saya. Setiap klik daripada iklan ini, maka saya akan dibayar. Terima kasih sebelumnya.

Sekiranya ada apa-apa urusan atau pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui whatsapp : +60 16 77
7 0714.


Selasa, 9 Julai 2024

Kisah Ya'qub bertemu Yusuf عليهما الصلاة والسلام



٢٤- يعقوب عند يوسف

ولما سار الرجال بقميص يوسف إلى كنعان، أحس يعقوب رائحة يوسف، وقال : إني لأجد ريح يوسف

قال تالله إنك لفي ضلالك القديم

ولكن كان يعقوب صادقا، فلما أن جاء البشير ألقاه على وجهه فارتد بصيرا، قال ألم أقل لكم إني أعلم من الله ما لا تعلمون

قالوا يا أبانا استغفر لنا ذنوبنا إنا كنا خاطئين

قال سوف أستغفر لكم ربي إنه هو الغفور الرحيم

ولما وصل يعقوب إلى مصر استقبله يوسف، ولا تسأل عن فرحهما وسرورهما

وكان يوما مشهودا في مصر وكان يوما مباركا

ورفع يوسف أبويه على العرش ووقعوا كلهم سجدا ليوسف

وقال يوسف : هذا تأويل رؤياي من قبل قد جعلها ربي حقا

إني رأيت احد عشر كوكبا والشمس والقمر رأيتهم لي ساجدين

وحمد يوسف الله حمدا طيبا كثيرا

وشكر يوسف على ذلك شكرا عظيما

وبقي يعقوب وآل يعقوب في مصر زمنا طويلا ومات يعقوب وزوجه في مصر

24. Ya'qub ke sisi Yusuf 

Dan tatkala lelaki-lelaki itu pergi ke Kan'aan dengan membawa baju Yusuf, Ya'qub merasakan bau Yusuf, lalu dia berkata: "Sesungguhnya aku mendapati bau Yusuf. 

Mereka berkata: Demi Allah! Sesungguhnya kau cuma tersesat dalam memori lampau. 

Tetapi Ya'qub adalah benar; maka tatkala datang pembawa berita gembira itu, dia telah meletakkannya (pakaian Yusuf) dekat dengan mukanya, maka kembali akan penglihatannya. Dia berkata: Bukankah aku telah katakan kepada kamu: Sesungguhnya aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak ketahui? 

Mereka berkata: Wahai ayah, mohonkanlah ampun bagi kami atas dosa-dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang kesalahan.

Dia berkata:  nanti aku akan memohon ampun bagi pihak kamu kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

Dan tatkala Ya'qub sampai di Mesir, Yusuf menyambutnya. Dan janganlah ditanya tentang kegembiraan dan kebahagiaan mereka berdua itu.

Dan pada hari itu disaksikan di Mesir (penduduk Mesir menyaksikan) itulah hari yang diberkati penuh keberkatan. 

Dan Yusuf telah mengangkat kedua ibu bapanya ke atas takhta, lalu jatuhlah mereka semuanya dalam keadaan sujud kepada Yusuf. 

Dan Yusuf berkata: Inilah tafsiran mimpiku yang sebelum ini, Tuhanku telah menjadikannya benar.

Sesungguhnya aku melihat 11 bintang dan matahari dan bulan, aku melihatnya sedang bersujud kepadaku. 

Dan Yusuf memuji Allah dengan indah dan terlalu banyak.

Dan Yusuf telah bersyukur dengan kesyukuran yang sangat besar.

Dan tinggalah Ya'qub dan keluarga Ya'qub di Mesir untuk tempoh yang lama. Dan Ya'qub dan isterinya telah meninggal dunia di Mesir.

*Dipetik dari Kitab Qasas An Nabiyyin karya Hadhrat Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi رحمه الله تعالى

*Telah siap diterjemahkan pada 4 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 9 July 2024 Masihi pukul 11:02 Malam di Maahad Madrasah Dakwah Wa Tarbiyyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

*setelah mengalami kemalangan sebanyak lebih 2 kali dan dalam beberapa kali kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan kanan serta tulang kawasan bahu cacat kekal, maka saya tidak dapat melakukan banyak pekerjaan. Oleh itu, saya menulis blog ini tanpa sebarang keuntungan, maka sekiranya pihak diri tuan puan atau mana-mana syarikat, ngo, badan pertubuhan, majikan-majikan yang kaya raya, bolehlah salurkan sumbangan kepada saya melalui akaun bank personal di bawah ini atas nama Azmye bin Asli :

5648 4712 8095 [Maybank]

Atau dengan menekan paparan iklan yang ada di blog ini sudah memadai untuk membantu saya. Setiap klik daripada iklan ini, maka saya akan dibayar. Terima kasih sebelumnya.


Sekiranya ada apa-apa urusan atau pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui whatsapp : +60 16 77
7 0714.

Kisah Yusuf Menghantar Jemputan Kepada Ya'qub (Ayahnya) عليهما السلام




٢٣- يوسف يرسل إلى يعقوب

واشتاق يوسف إلى لقاء يعقوب، وكيف لا يشتاق إليه وقد طال الفراق

ولماذا يصبر الآن وقد ظهر السر

وكيف يطيب له الشراب والطعام وأبوه لا يطيب له شراب ولا طعام ولا منام

قد انكشف السر، وقد ظهر السر، وقد أراد الله أن تقر عين يتقوب

وكان يعقوب قد عمي من كثرة البكاء والحزن فقال يوسف : ﴿اذهبوا بقميصي هذا فألقوه على وجه أبي يأت بصيرا، وأتوني بأهلكم أجمعين﴾

23.Yusuf menghantar jemputan kepada Ya'qub 

Dan Yusuf sangat ingin bertemu dengan Ya'qub, dan bagaimana dia tidak menginginkannya, padahal perpisahan itu telah lama (lama mereka berdua telah berpisah).

Dan untuk apa dia bersabar sekarang, sedangkan rahsianya sudah terbongkar.

Dan bagaimana mungkin minuman dan makanan itu menyenangkan baginya sedangkan ayahnya, tidak ada baginya minuman, makanan, dan tidur pun tidak menyenangkan baginya.

Rahsia telah tersingkap, dan rahsia telah terbongkar, dan Allah telah mengkehendaki mata Ya'qub menjadi sejuk.

Dan Ya'qub telah kehilangan penglihatannya kerana terlalu banyak menangis dan berdukacita, maka Yusuf berkata: Ambillah bajuku ini, lalu letakkan ke muka ayahku, maka akan datang dia dalam keadaan boleh melihat, dan bawalah kemari keluarga kamu semuanya.

*Dipetik dari kitab Qasas An Nabiyyin karya Hadhrat Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi رحمه الله تعالى

*Siap diterjemahkan pada 3 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 9 July 2024 Masihi pukul 4:40 Petang di Maahad Madrasah Dakwah Wa Tarbiyyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

*setelah mengalami kemalangan sebanyak lebih 2 kali dan dalam beberapa kali kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan kanan serta tulang kawasan bahu cacat kekal, maka saya tidak dapat melakukan banyak pekerjaan. Oleh itu, saya menulis blog ini tanpa sebarang keuntungan, maka sekiranya pihak diri tuan puan atau mana-mana syarikat, ngo, badan pertubuhan, majikan-majikan yang kaya raya, bolehlah salurkan sumbangan kepada saya melalui akaun bank personal di bawah ini atas nama Azmye bin Asli :

5648 4712 8095 [Maybank]

Atau dengan menekan paparan iklan yang ada di blog ini sudah memadai untuk membantu saya. Setiap klik daripada iklan ini, maka saya akan dibayar. Terima kasih sebelumnya.


Sekiranya ada apa-apa urusan atau pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui whatsapp : +60 16 77
7 0714.

Isnin, 8 Julai 2024

Antara Kisah Nabi Yusuf, Saudara-Saudaranya Dan Ayahnya Nabi Ya'qub عليهما السلام

Antara Kisah Nabi Yusuf, Saudara-Saudaranya Dan Ayahnya Nabi Ya'qub عليهما السلام



٢٢- يظهر السر
22 - Rahsia Terzahir

ولكن يعقوب كان بشرا، في صدره قلب بشر لا قطعة حجر

Akan tetapi, Ya'qub adalah seorang manusia, di dalam dadanya terdapat hati manusia, bukannya seketul batu.

فذكر يوسف وتجدد حزنه وقال : يا أسفى على يوسف

Maka teringatlah dia akan Yusuf, dan bertambahlah lagi kesedihannya, lalu dia berkata : celakalah aku, Yusuf !

ولامه أبناؤه وقالوا إنك لا تزال تذكر يوسف حتى تهلك

Dan anak-anaknya mencelanya dan mereka berkata : sesungguhnya kamu akan sentiasa mengingati Yusuf sehingga kamu binasa.

قال يعقوب : إنما أشكو بثي وحزني إلى الله وأعلم من الله ما لا تعلمون
Ya'qub berkata : aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku kepada Allah dan aku mengetahui tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui.

وكان يعقوب يعلم أن اليأس كفر، وكان يعقوب له رجاء كبير في الله

Dan Ya'qub tahu bahawa berputus asa adalah satu kekufuran, dan adalah Ya'qub baginya pengharapan yang besar kepada Allah.

وأرسل يعقوب أبناءه إلى مصر ليبحثوا عن يوسف وبنيامين ويجتهدوا في الله

Dan Ya'qub mengutus anak-anaknya ke Mesir untuk mencari Yusuf dan Binyamin dan berusaha keras oleh mereka pada sedemikian.

ومنعهم يعقوب من أن يقنطوا من رحمة الله، وذهب الإخوة إلى مصر مرة ثالثة

Dan Ya'qub menghalangi mereka berputus asa dari rahmat Allah, dan saudara-saudara Yusuf pergi ke Mesir untuk kali ketiga.

ودخلوا على يوسف وشكوا إليه فقرهم ومصيبتهم وسألوه الفضل

Dan datanglah mereka kepada Yusuf, lalu mengadu kepadanya tentang kemiskinan dan kesusahan mereka dan mereka meminta pertolongan daripadanya.

وهنا هاج الحزن والحب في يوسف ولم يملك نفسه

Dan disini, kesedihan dan cinta timbul semula dalam diri Yusuf dan dia mengawal dirinya.

أبناء أبي وأبناء الأنبياء يشكون فقرهم ومصيبتهم إلى ملك من الملوك

Anak-anak ayahku, dan anak-anak Nabi mengadukan kemiskinan dan kesusahan mereka kepada seorang raja dari banyaknya raja-raja.

إلى متى لا أرى أبي ؟

Sampai bila aku akan menyembunyikan perkara itu daripada mereka, dan sampai bila aku akan melihat keadaan mereka dan sampai bila aku tidak akan berjumpa dengan ayahku ?

لم يملك يوسف نفسه وقال لهم : هل علمتم ما فعلتم بيوسف وأخيه إذ أنتم جاهلون

Yusuf tidak dapat mengawal dirinya dan dia berkata kepada mereka : Adakah kamu tahu apa yang kamu lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya semasa kamu berada dalam keadaan jahil ? 

وكان الإخوة يعلمون أن هذا السر لا يعلمه إلا يوسف ونحن

Dan adalah saudara-saudara sedar bahawa rahsia ini, tiada siapa yang mengetahuinya kecuali Yusuf dan kami. 

فعلموا أنه يوسف

Jadi mereka tahu bahawa dia adalah Yusuf.

سبحان الله ! هل يوسف حي، أما مات في البئر 

سبحان الله ! Adakah Yusuf masih hidup, bukankah dia mati di dalam perigi? 

يا سلام ! هل يوسف هو عزيز مصر ؟

يا سلام ! Adakah Yusuf gabenor Mesir? 

هو الذي على خزائن الأرض ؟

Dialah yang berada di atas khazanah bumi?

هو الذي كان يأمر لنا بالطعام ؟
Diakah yang mengeluarkan perintah untuk kita tentang makanan? 

وما بقي عندهم شك أن الذي يكلمهم هو يوسف بن يعقوب !

Dan tidak ada lagi keraguan pada mereka bahwa yang berbicara kepada mereka ialah Yusuf anak Ya'qub !

قالوا أإنك لأنت يوسف

Mereka berkata: Adakah kamu sendiri Yusuf?

قال أنا يوسف وهذا أخي قد من الله علينا إنه من يتق ويصبر فإن الله لا يضيع أجر المحسنين

Dia berkata: aku Yusuf dan ini saudaraku. Allah telah melimpahkan nikmat kepada kita. Sesungguhnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

قالوا تالله لقد آثرك الله علينا وإن كنا لخاطئين

Mereka berkata: Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan kamu atas kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang melakukan kesilapan. 

وما لامهم يوسف على فعلتهم، بل قال :يغفر الله لكم وهو أرحم الراحمين

Dan Yusuf tidak menyalahkan mereka di atas perbuatan mereka, malah dia berkata: Semoga Allah mengampuni kamu; Dialah yang paling penyayang di antara mereka yang mengasihani.

*Dipetik dari Kitab Qasas An Nabiyyin karya Hadhrat Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi رحمه الله تعالى

*Siap diterjemahkan pada 2 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 8 July 2024 Masihi pukul 11:24 Pagi di Maahad Dakwah Wa Tarbiyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

*setelah mengalami kemalangan sebanyak lebih 2 kali dan dalam beberapa kali kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan kanan serta tulang kawasan bahu cacat kekal, maka saya tidak dapat melakukan banyak pekerjaan. Oleh itu, saya menulis blog ini tanpa sebarang keuntungan, maka sekiranya pihak diri tuan puan atau mana-mana syarikat, ngo, badan pertubuhan, majikan-majikan yang kaya raya, bolehlah salurkan sumbangan kepada saya melalui akaun bank personal di bawah ini atas nama Azmye bin Asli :

5648 4712 8095 [Maybank]

Atau dengan menekan paparan iklan yang ada di blog ini sudah memadai untuk membantu saya. Setiap klik daripada iklan ini, maka saya akan dibayar. Terima kasih sebelumnya.

Sekiranya ada apa-apa urusan atau pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui whatsapp : +60 16 777
 0714.