Halaman

Translate

Memaparkan catatan dengan label Alim Ulama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alim Ulama. Papar semua catatan

Khamis, 1 Ogos 2024

Tazkirah Masyaikh - Qadhi Muar Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hasan ( 1875 - 1938 )

 Qadhi Muar Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hasan ( 1875 - 1938 )





Beliau ke Mekah sewaktu berusia 6 tahun sekitar tahun 1881 . Beliau pulang semula ke Johor pada tahun 1915 iaitu selepas 34 tahun menuntut ilmu disana . Beliau telah menimba ilmu dari ramai Wali Allah yang tinggi maqamnya disisi Allah .

Diantara guru beliau ialah :

1. Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fathani - Guru bagi sekalian Wali Allah
2. Syeikh Ahmad Bin Muhammad Yunus Lingga - Dengan gurunya ini beliau mendalami hadis Imam Bukhari
3. Syeikh Mukhtar Attarid Bogor
4. Syeikh Umar Bin Abdur Rasyid Sumbawa
5. Syeikh Abdullah Bin Qasim as Sanquri - Wali Allah Alam Melayu Menjadi Ketua Qiraat Tujuh Bumi Hijaz
6. Syeikh Muhammad Nur al Fathani - Qadhi Mekah
7. Syeikh Muhammad Sulaiman Hasbullah

Beliau digelar dengan gelaran " Haji Abu Bakar Alim " kerana kealimannya yang mahsyur di kalangan masyarakat . Beliau dilantik menjadi Qadhi daerah Muar . Tuan Guru pernah menjadi Mufti Johor tetapi cuma seminggu sahaja . Disamping itu , beliau juga merupakan Pengasas Madrasah al Arabiyah al Khairiyah yang mahsyur sebagai pusat pendidikan yang telah melahirkan ramai alim ulamak di selatan tanah melayu .

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Muhammad Yasin - Ayah TS Muhyiddin Yasin
2. Tuan Guru Tan Sri Haji Mohamed Noah - Datuk DS Najib Razak
3. Tuan Guru Datok Haji Mohd Noor

Tuan Guru amat lantang dalam menolak pandangan Kaum Muda yang membawa beberapa fahaman bercanggah dengan hukum hakam ahli sunnah wal jamaah . Beliau juga telah menulis beberapa kitab demi untuk menerangkan pada masyarakat mengenai fahaman Kaum Muda ketika itu . Diantara kitab yang beliau karang ialah :

1. Cogan Perikatan
2. Masalah Uraian Muar-Johor
3. Mustika Ajaib
4. Nihayatut Taqrib fi Ma'rifatil Irtsi wat Ta'shib
5. Syarah Nazam al-Fadhil Abil Hasan 'Ali bin Abir Rijal al-Khatib al-Qairawani

Beliau terkenal dalam kealiman ilmu hisab . Diantara mereka yang sealim beliau sewaktu zaman tersebut ialah :

1. Syeikh Abdullah Fahim
2. Tuan Guru Haji Umar Sungai Keladi
3. Syeikh Tahir Jalaluddin

Beliau meninggal dunia ketika berusia 63 tahun .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin



Rabu, 31 Julai 2024

Tazkiratul Masyaikh - Shahibus Samahah Tuan Guru Haji Mohd Noor Penambang Mufti Kelantan Ke-8 (1905-1987)

Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Mohd Noor Penambang | Mufti Kelantan Ke-8 ( 1905 - 1987 )


Dilahirkan di Pasar Lido , Kota Bahru . Beliau merupakan anak kepada Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Ibrahim Tok Raja Mufti Kerajaan Kelantan ke 6 . Manakala ibunya pula Hajah Che Zainab merupakan anak kepada seorang ulamak terkemuka iaitu Tuan Padang .

Beliau telah pergi ke Mekah bersama ayahnya ketika berusia 8 bulan . Pada 1918 , beliau pulang ke tanahair . Kemudian pada tahun 1923 setelah mendirikan rumah tangga , beliau pergi semula ke Mekah untuk lebih mendalami ilmu agama .

Diantara guru guru beliau ialah :

1. Tok Senggora
2. Syeikh Nuh Jamaluddin Kelantan
3. Syeikh Muhammad Nur al Fathani
4. Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi al Fathani
5. Pak Da Eil Mekah
6. Tuan Guru Haji Sulung al Fathani

Kealiman dan ketokohan beliau terbukti apabila beliau
berjaya menghafal keseluruhan al-Qur’an, mempelajari tujuh qira’at yang masyhur (Qira’at as-Sab’u) dan mendapat tauliah pengajian al-Qur’an daripada 20 orang qari terkenal di Makkah yang telah menyemak bacaannya . Disamping itu beliau juga mahir dalam ilmu tajwid, qira’at, feqah, usuluddin, tafsir, hadis dan juga ilmu tibb (ilmu perubatan) .

Antara jasa beliau yang amat besar pada masyarakat ialah :

1. Qadhi Kelantan 1937
2. Penasihat Sultan 1941
3. Guru di Jami’e Merbai al-Ismaili
4. Diminta oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu untuk mengendalikan kelas tahfiz al-Qur’an di Masjid Negara
5. Dilantik menjadi Mufti Kelantan ke 8 pada tahun 1968 sehingga 1987 mengantikan Sohibus Samahah Dato' Ahmad Maher Bin Ismail .

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Dato Seri Abu Hassan Din al Hafiz
2. Tuan Guru Muhsin Syeikh Ahmad
3. Tuan Guru Haji Ismail Mahmud
4. Tuan Guru Haji Zainal Abidin Ahmad
5. Tuan Guru Haji Salehuddin Omar
6. Tuan Guru Hajah Salamah Binti Haji Hassan - Tuan Guru dari kalangan wanita )
7. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat - Menteri Besar Kelantan & Mursyidul Am PAS

Beliau meninggal dunia pada usia 81 tahun dan disemadikan jasadnya di Kampung Penambang , Kota Bahru .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Lima Pancaindera - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Lima Pancaindera



(Sambungan dari kejadian orang yang diberi penerangan tentang pembedahan mata itu)

Apa pun, seperti yang dipersetujui orang itu tiba pada hari tertentu dan memperkenalkan dirinya.

"Baiklah, saya bebas dan kamu pun begitu, teruskan, dan tanya soalan kamu," kataku dengan nada yang lembut.

"Di manakah Allah?" dia menuntut jawab. "Jika Dia wujud, mengapa saya tidak dapat melihat-Nya? Sehingga saya tidak dapat melihat-Nya menggunakan pancaindera saya, saya tidak akan menerima kewujudan-Nya."

"Saya rasa anda pernah mendengar kata-kata ini dari sumber lain dengan hati tanpa memahami maksudnya dan kamu sekarang memetiknya seperti burung kakak tua. Burung kakak tua mengulang perkataan dan frasa tanpa memahami maksudnya," jawab saya tenang.

Dia tidak menyukai jawapan ini dan membalas, "Apa yang membuatkan kamu berkata saya tidak faham maksud soalan saya sendiri?"

"Saya katakan ini kerana jika saya meminta kamu menjelaskan soalan kamu, kamu pasti tidak akan dapat berbuat demikian."

"Saya pasti boleh menjelaskan soalan saya," dia membantah. "Tanya saya apa-apa yang kamu ingin tahu."

Aku mengerling ke arahnya. "Apakah lima perkara yang kamu ingin melihat Allah Ta'ala?"

"Lima deria; penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan."

"Hanya deria penglihatan yang dicipta untuk melihat, bukan empat yang lain," saya membetulkannya. Jika kamu bertanya kepada seorang kanak-kanak mana satu indera yang dia gunakan untuk melihat sesuatu, dia akan menjawab, dengan matanya. Katakan kepadanya bahawa adakah dia mampu melihat dengan telinganya dan dia akan berkata tidak mampu. Telinga digunakan untuk mendengar, bukan untuk melihat. Tanya dia sama ada adakah dia dapat melihat dengan hidungnya, dia akan berkata tidak, hidung itu untuk menghidu, bukan untuk melihat, sama juga jika kau tanya adakah dia mampu melihat melalui lidahnya, dia akan berkata kau tersalah, lidah digunakan untuk merasa bukan untuk melihat. Jika kau tanya adakah dia dapat melihat melihat melalui tangannya, dia akan berkata tidak juga. Intinya adalah bahawa seorang anak kecil memahami perkara-perkara ini sedangkan kamu, seorang yang berilmu, seorang yang memiliki degree kelulusan - Allah Ta'ala sahaja yang mengetahui berapa banyak degree yang telah kamu perolehi, tapi kamu tidak mengetahui perkara-perkara kecil ini.".

Selasa, 30 Julai 2024

Tazkiratul Masyaikh - Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang (1904-2004)

Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang ( 1904 - 2004 )



Ulamak Kedah yang tutup usia pada umur 100 tahun ini lahir di Kampung Semut Api , Kota Bahru . Sewaktu usianya setahun , ayah beliau yakni Tuan Guru Haji Ibrahim telah membawanya ke Madinah dan tinggal disana hampir 10 tahun . Kemudiannya beliau pulang ke tanah air dan menyambung pengajian ilmu di pondok pondok sekitar Kedah & Kelantan .

Diantara guru beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Hamid - Tobiar , Pendang ( mengaji 2 tahun )
2. Tuan Guru Haji Salleh - Pulau Pisang , Jitra ( mengaji 3 tahun )
3. Tok Kenali
4. Tuan Guru Haji Umar Nuruddin - Sungai Keladi
5. Tuan Guru Haji Yaakob Legor
6. Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang
7. Tuan Guru Haji Ahmad Manan

Tuan Guru Haji Abdul Aziz merupakan khadam bagi Tok Kenali . Sayang dan kasihnya pada Tok Kenali sehinggakan dia setia duduk mengaji di Pondok Kenali sampai Tok Kenali meninggal dunia . Selepas 40 hari Tok Kenali meninggal dunia , dia pun pulang ke Kedah dan membantu ayahnya menguruskan pondok .

Beliau memiliki kecerdasan minda yang amat baik . Di usianya yang muda beliau telah hafal banyak mantan ilmu . Antaranya :

1. Al -Ajrumiyyah ( Dihafalnya sejak kecil )
2. Alfiyyah Ibn Malik
3. Jawahirul Maknun
4. Sullam Mantiq
5. Baiquniyah
6. Maqulat

Tuan Guru merupakan Pengasas Madrasah al Falah yang ditubuhkan pada tahun 1960 . Beliau juga telah dilantik sebagai ahli majlis fatwa negeri Kedah dan merupakan ulamak yang paling senior dan paling lama berkhidmat .

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 100 tahun . Diriwayatkan hampir 10,000 jemaah hadir mengziarahi dan menyembahyangkan jenazah beliau . Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim juga hadir bagi memberi penghormatan terakhir pada Ulamak Besar Kedah tersebut . Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Pendang .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Anjing Yang Mementingkan Diri Sendiri - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Anjing yang mementingkan diri sendiri


Seseorang bertanya kepada Maulana Thanwi tentang sebab mengapa tidak boleh memelihara anjing. Maulana Ashraf Ali Thanwi menjawab bahawa malaikat rahmat tidak akan datang ke rumah dimana ada anjing dipelihara. Dia tidak dapat mencerna alasan ini. Akalnya gagal untuk memahaminya.

Maka Maulana Thanwi menjawab bahawa seekor anjing tidak mempunyai rasa bersangka baik walaupun untuk jenisnya sendiri. Ia tidak akan bertolak ansur dengan anjing lain yang masuk ke jalanan atau lorongnya, walaupun anjing itu mungkin dari bakanya sendiri. Individu tersebut menerima alasan ini. Ini adalah alasan yang boleh difahaminya walaupun alasan ini bukan sebab yang sebenar, sedangkan alasan yang masuk akal menurutnya ini sebenarnya tidak boleh diterima pakai.

Tazkiratul Masyaikh —Muhaddith E Deccan Hadhrat Maulana Sayyid Abdullah Shah Naqshabandi Qadiri



MUHADDITH E DECCAN HADHRAT MAULANA SAYYID ABDULLAH SHAH رحمه الله تعالى

 


Maulana Abul Hasanat Sayyid Abdullah Shah, Muhaddith-e-Deccan, dilahirkan di Hussaini Alam, Hyderabad pada 10 Zulhijjah 1292 Hijrah atau 6 Februari 1872 Masihi. 
Maulana Sayyid Muzaffar Hussain Ibn Sayyid Ya'qub dari Naldrug ialah bapanya. Sejak penghijrahan moyangnya, Hadhrat Sayyid Ali, keluarga ini telah menjadi salah satu dari penerima geran tanah daripada Adil Shah I, pemerintah Bijapur. Anak perempuan Hadhrat Gul Badshah ialah ibunya.
Selaras dengan tradisi masyarakat ketika itu, sufi muda ini tidak menghadiri mana-mana sekolah formal untuk pendidikan dan latihannya. Beliau menerima pendidikan rendah dan pelajaran dalam bahasa Parsi daripada bapanya; logik dan falsafah daripada Maulana Mansur Ali Khan; ilmu pengetahuan tentang al-Quran dan mata pelajaran lain beliau menerimanya daripada Maulana Anwarullah Khan; hukum perundangan daripada Maulana Habibur Rahman Saharanpuri; dan ilmu Hadis dan kesusasteraan daripada Maulana Hakim Abdur Rahman Saharanpuri.
Walaupun pada masa Hadhrat Maulana masih seorang pelajar, dia sudah pun mula mengajar dengan cara yang formal dan tidak formal. Kadang-kadang ini adalah salah satu bentuk pendidikan bagi orang yang telah dewasa. Kebanyakan pendengarnya terdiri daripada golongan elit dan biasa. Beliau memulakan kerjaya mengajarnya di masjid bernama Ali Aqa di Hussaini Alam, Hyderabad, dan meneruskan pekerjaannya itu tanpa ada gangguan sehingga nafas terakhirnya.
Pada mulanya dia menerima tarbiyah kesufian daripada Hadhrat Miskin Shah. Setelah gurunya wafat, Hadhrat Maulana mula suhbah mendampingi Hadhrat Sayyid Muhammad Badshah Bukhari, yang memiliki jiwa kerohanian yang terkenal pada masa itu. Pada akhirnya Hadhrat Maulana mengamalkan kedua-dua jalan sufi tariqat iaitu Qadiriyah dan Naqshabandiyah. 
Selama murshid rohaninya masih hidup, Hadhrat Maulana akan pergi kepadanya setiap hari berjalan kira-kira dalam 4 batu tidak kira dalam apa juga keadaan iklim. Perbuatannya ini berterusan selama kira-kira 20 tahun sehingga kewafatan syaikh murshidnya. 
Semasa hayat murshidnya, Hadhrat Maulana Abdullah Shah tidak suka mempunyai pengikutnya sendiri. Jumlah pengikutnya dalam masa hidupnya sendiri adalah dalam ratus ribu dan kini mereka mencecah berjuta-juta. Hadhrat Maulana mengamalkan mazhab Hanafi dalam hukum fiqh dan mengikuti kaedah amalan murshidnya untuk mendidik pengikutnya dalam kedua-dua Tariqat Qadiriyah dan Naqshbandiyah.
Kehebatan Hadhrat Maulana Abdullah Shah tidak dapat dinafikan lagi bahawa beliau sangat menjaga Sunnah dalam semua tindakan, ucapan dan tulisannya. Dia sentiasa bersemangat dalam mengamalkan ajaran Baginda Nabi ﷺ yang tercatat dalam Hadis.
Karya tulisannya banyak, dan beberapa disebutkan di sini sebagai contoh sumbangan sasteranya kepada dunia pengetahuan dan idea: 

Gulzar Auliya, 
Ilajus Salikeen, 
Kitab Al-Mahabbat,
Tafsir Surah Yusuf, 
Mawaiz Hasanah, 
Suluk Mujadadiyyah, 
Qiyamat Nama, 
Meraj Nama, 
Milad Nama, 
Nurul Masabih (terjemahan dalam bahasa Arab: Zujajatul Masabih ),
Fazail-e-Namaz, 
Hassan Hussain, 
dan lain-lain lagi.

Hubungan rohani dan mujahadahnya yang tulus kepada Allah dan Rasul-Nya amat ketara dalam semua yang dilakukannya. Dia akan menghabiskan sebahagian besar masanya untuk berkhidmat kepada ciptaan Allah. 
Pada waktu subuh dia akan memulakan harinya dengan doa. Dia dengan sabar mendengar pelajaran dari murid-muridnya. Seterusnya beliau akan bertemu orang ramai dan mendengar luahan setiap orang yang datang sehingga jam 9 pagi. Selepas solat Israk, untuk sarapan pagi dan keperluan peribadi yang lain, dia akan meluangkan masa beberapa minit. Dari hampir pukul 10 hingga pukul 2 petang dia akan mengadakan sesi berasingan untuk wanita yang sama ada mendampinginya untuk mendapatkan tarbiyah bimbingan atau mengambil keberkatan rohani. 
Pada jam 2 petang dia akan kembali ke masjid untuk solat Zuhur dan sehingga solat Asar dia akan terlibat dalam memberi tazkirah ucapan dan tawajjuh kepada murid-muridnya, menjawab pelbagai permintaan bantuan, dan sebagainya. 
Waktu antara solat Asar dan Maghrib dan Awwabin, dia akan makan malam, membaca surat yang ditujukan kepadanya dan menuliskan surat nasihat. 
Pada pukul 10 malam dia akan pergi ke masjid untuk solat Isyak dan pulang ke rumah pada pukul 12 malam. Dia akan tidur selama tiga jam. Dari jam 2 pagi hingga solat Subuh dia akan sibuk dengan solat Tahajjud. Pendek kata, dia berehat selama tiga jam dan selebihnya 21 jam dia mengabdikan diri kepada Allah dan makhluk-Nya.
Salah satu karamahnya yang telah dilihat oleh sebilangan besar pengikutnya patut disebutkan di sini. Ketika mereka duduk berhadapan dengan Hadhrat Maulana, mereka merasakan hati mereka bergolak dan seolah-olah dihasut untuk berzikir kepada Allah. Mereka juga telah memerhatikan bahawa pengakhiran pengikut Hadhrat Maulana adalah dalam keadaan bahagia dan aman. Pada saat hampir meninggal dunia di bibir mereka menyebut kalimah yang diberkati لا اله الا الله (tiada Tuhan selain Allah).
Apabila Syaikh Hadhrat Sayyid Muhammad Badshah Hussaini yang sezaman dengannya meninggal dunia pada 25 Ogos, Hadhrat Abdullah Shah meramalkan bahawa dia juga akan meninggalkan dunia fana ini dalam tempoh dua hari setelah itu. Ramalannya menjadi kenyataan. Dengan kematiannya pada 18 Rabi'ul Tsani 1384 Hijrah bersamaan tahun 1964 Masihi pada ketika berusia 92 tahun.
Dunia telah kehilangan seorang pemimpin rohani yang hebat dan seorang ulama. Perarakan pengebumian itu adalah yang tersebar di Hyderabad yang dihadiri kira-kira 2.5 ratus ribu orang. Dia dikebumikan di Naqshbandi Chaman, Misri Gunj, Hyderabad. Khalifah dan pengganti kerjanya ialah anaknya sendiri Maulana Abul Barakat Sayyid Khalilullah.




Sabtu, 27 Julai 2024

Martabat Kedudukan Kulit Buku Yang Berada pada Al-Quran Majid — Mahbubul Ulama Wa Sulaha Hadhrat Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi

Martabat kedudukan kulit buku yang berada pada Al-Quran Majid


Para fuqaha telah menuliskan tentang sebuah permasalahan bahawa jika kamu menambah sekeping kulit buku di atas Al-Quran sehingga kulit buku itu menjadi sebahagian daripada Al-Quran, maka seperti mana kamu tidak boleh menyentuh kertas yang bertulis ayat Al-Quran tanpa berwudhu, begitulah juga kamu tidak boleh menyentuh kulit buku itu. Jika seseorang mengatakan bahawa Al-Quran itu tidak ditulis di atas kulit buku, kulit buku adalah perkara lain dan kertas yang ditulis ayat Al-Quran adalah perkara yang lain lagi, maka para fuqaha telah menjawab bahawa kulit buku itu memang bukan Al-Quran bahkan ia benda asing, tetapi ia telah disambungkan dengan Al-Quran melalui jahitan, maka Allah تعالى memberikan kulit buku itu tempat yang kini kita tidak boleh lagi menyentuhnya dengan tanpa berwudhu

Kitab Rahe Salamat Tumhari Nisbat karangan Hazratji Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi

Keagungan Masjid — Mahbubul Ulama Wa Sulaha Hadhrat Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi

Keagungan masjid


Lihatlah, bumi ini diciptakan oleh Allah Taala, tetapi Allah Taala tidak berjanji untuk memasukkan seluruh bumi ke dalam Syurga. Akan tetapi, sebidang tanah yang kita jadikan masjid, iaitu yang menjadi rumah Allah, sebidang tanah yang dikaitkan dengan nama Allah, para ulama telah menulis bahawa pada hari kiamat, semua masjid-masjid di dunia akan berada di dalam Rumah Allah. Dengan kata lain, Baitullah akan dijadikan sebahagian daripada Syurga. Walaupun ini adalah tanah yang sama di mana sebelum pembinaan masjid, orang ramai berjalan dengan kasut dan haiwan mereka membuang air kecil dan membuang air besar. Tetapi kerana dikaitkan dengan nama Allah, kebesarannya bertambah. Di akhirat kelak ia akan menjadi sebahagian daripada Syurga.

Kitab Rahe Salamat Tumhari Nisbat karangan Hazratji Maulana Zulfiqar Ahmad Naqshabandi Mujaddidi

Tazkiratul Masyaikh - Tuan Guru Haji Nik Abdullah Bin Mufti Wan Musa

Tuan Guru Haji Nik Abdullah Bin Mufti Wan Musa ( 1902 - 1935 )

Beliau merupakan anak kepada ulamak terkenal Kelantan iaitu Sohibus Samahah Mufti Wan Musa dan cucu kepada Wali Allah Tuan Tabal yang mahsyur dengan berbagai bagai karomah pada kurun ke 19 .


Dilahirkan di Kota Bahru dan mendapat didikan awal dari ayahnya sendiri . Diantara guru guru beliau ialah :

1. Sohibus Samahah Mufti Wan Musa - Ayah Beliau
2. Tok Khurasan
3. Syeikh Ali al Maliki - Ketua Feqh 4 mazhab Mekah
4. Syeikh Umar Hamdan
5. Syeikh Maulana Ubaidillah Al Sindhi

Diantara kelebihan beliau ialah ingatannya yang kuat . Diwaktu usianya masih muda , beliau sudah mengkhatamkan semua kitab karangan Syah Waliyullah al Dehlawi . Beliau juga hafal banyak mantan hadis .

Beliau meninggal dunia pada usia yang muda yakni pada umur 33 tahun . Ada riwayat yang mengatakan beliau meninggal dunia akibat disihir dan kianat .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Jumaat, 26 Julai 2024

Tazkiratul Masyaikh - Tok Kelaba Al Fathani (1863-1948)




Kredit : Tengku Yusuff

Tok Kelaba al Fathani ( 1863 - 1948 )


Nama beliau mahsyur di bumi Patani sebagai seorang wali Allah yang banyak berjasa pada ummah khususnya dalam bidang penulisan manuskrip guru guru beliau yang bersangatan alim lagi tinggi maqam mereka .

Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Husein Bin Abdul Lathif al-Fathani dan beliau lahir di Kampung Kelaba Beris , Patani .

Keturunan beliau berasal dari Khurasan . Salasilah keluarganya seperti berikut :

● Moyang Kepada Moyangnya - Syarif Zainal Abidin belayar dari negeri Khurasan merantau ke Pulau Jawa lalu berkahwin dengan seorang wanita berasal dari Minangkabau. Oleh sebab terjadi peperangan di Jawa, Syarif Zainal Abidin bersama salah seorang Raja Jawa keluar dari Pulau Jawa lalu terdampar di Kelaba . Syarif Zainal Abidin adalah seorang ulama, sebab itu mudah baginya mendapat pengaruh di Kelaba. Beliau meninggal dunia di Kelaba .

● Datuk Moyangnya - Syeikh Abu Bakar - berpindah ke Kelantan dan menetap di Kampung Laut

● Ayah Moyangnya - Syeikh Abdullah

● Moyangnya - Syeikh Abdus Shamad berpindah dari Kampung Laut , Kelantan ke Kelaba

● Datuknya - Syeikh Abdul Mu'min

● Ayahnya - Syeikh Abdul Lathif

Kesungguhan beliau dalam menyalin manuskrip guru beliau amat luar biasa sehingga mengakibatkan siku beliau berbekas hitam menebal (membelulang) kerana bertekan sewaktu melakukan penulisan yang terlalu banyak .

Tok Kelaba ialah anak murid kanan pada Tok Bendang Daya Muda . Banyak kitab kitab yang disalin oleh beliau ada tercatit nama gurunya itu di nota nota kitab .

Diantara guru beliau ialah :

1. Imam Abdul Samad - Ayah saudaranya
2. Tuan Guru Haji Kamal - Kampung Setan
3. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pancor Bin Abdul Samad - Abang sepupunya
4. Tok Bendang Daya Muda
5. Tuan Guru Haji Awang Kecil
6. Tuan Guru Lebai Encik Hitam - Kampung Ga‘ma
7. Tuan Guru Haji Wan Abdul Latif - Kampung Bendang Badang
8. Tuan Guru Haji Muhammad Salih - Kampung Bendang Gucil
9. Imam Raja Patani | Tuan Guru Haji Abdul Latif Garak - Bendang Daya
10. Syeikh Muhammad Zain al Fathani - Ayah Syeikh Ahmad al Fathani
11. Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al-Fatani
12. Syeikh Nik Mat Kecik Patani - Pengarang Kitab Matlaul Badrin & Wisyahul Afrah
13. Syeikh Muhammad Bin Sulaiman Hasbullah - Mekah

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tok Ayah Kedah | Tuan Guru Haji Abdullah Bin Tahir
2. Tuan Guru Haji Abdul Hamid Bin Fadhullah Domis Besut

Beliau meninggal dunia pada usia 85 tahun dan disemadikan jasadnya di tanah perkuburan kaki Bukit Selindung Bayu berdekatan Masjid Raja Teluban .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin