Halaman

Translate

Memaparkan catatan dengan label Atheis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Atheis. Papar semua catatan

Isnin, 5 Ogos 2024

Jawapan Sayyid Abdul Aziz Dabbagh Terhadap Suatu Bantahan — Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Jawapan Sayyid Abdul Aziz Dabbagh رحمه الله تعالى terhadap bantahan


Pada ketika ini, timbul bantahan terhadap alim ulama  tentang Zat pertama yang akan zahir pada hari penghisaban nanti dan Zat  itu akan mengaku sebagai Allah تعالى , saat itu mengapa orang Islam akan menolak dari mengakui-Nya? Sedangkan mereka (orang islam) tidak pernah melihat Allah تعالى sebelum ini dan tidak pernah mendengar suara-Nya?.


Akhirat adalah tempat kebenaran lagi pengadilan. Oleh itu, mengapa mereka (orang beriman) kemudian mengingkari-Nya, mengapa pula mereka segera bersujud apabila mendengar suara-Nya yang kedua, sambil mereka berkata, "Ya, Engkaulah Tuhan Pemelihara kami?"

Hadhrat Sayyid Abdul Aziz Dabbagh رحمه الله تعالى telah memberikan jawapan terhadap bantahan ini. Dia berkata bahawa semasa hidup di dunia, kita mengalami nikmat, kurnia, rahmat, kebaikan dan belas kasihan Allah تعالى. Suara bentuk pertama akan menjadi keras dan kasar tanpa belas kasihan dan tanpa kasih sayang. Ini akan menjadi sebab penafian mereka (orang beriman) dengan mengingkari-Nya.

Sepertimana seorang bapa apabila memanggil anaknya yang berada di bilik lain, dan anaknya itu menjawab dengan suara yang kasar dan keras sambil berkata, "Ya!"

Bapanya itu akan berfikir sendiri bahawa anak aku tidak pernah bercakap kasar denganku, oleh itu, dia tidak akan menjawab panggilanku dengan cara sebegini. Mesti ada orang lain yang menjawabnya. 

Begitu juga, nada suara pertama akan menjadi keras manakala suara yang kedua akan dipenuhi dengan belas kasihan dan kasih sayang, sepertimana yang mereka pernah alami di dunia.

Di akhirat nanti kita akan melihat Allah تعالى, di dunia ini kita tidak mempunyai kemampuan untuk melihat-Nya. Kita tidak dapat melihat matahari, yang merupakan ciptaan-Nya, apabila ia telah mencapai kemuncaknya. Kekuatan mata kita sangat lemah. Kita tidak dapat melihat Allah تعالى menggunakan mata itu. Akan tetapi kita akan dapat melihat Dia dengan menggunakan mata yang lain.

Ahad, 4 Ogos 2024

Rasul Penyampai Khabar Yang Benar - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Rasul penyampai khabar yang benar ﷺ 



"Rasul yang benar, Rasulullah ﷺ  telah memberitahu kita bahawa melihat wajah Allah تعالى adalah salah satu anugerah di Jannah(syurga) yang paling besar.

"Setelah penghisaban berlaku, pengumuman akan dibuat bahawa setiap orang harus mencari perlindungan dari objek yang mereka telah ambil sebagai dewa di dunia ini. Ada orang yang menyembah bulan, ada yang menyembah matahari, api dan air. Mereka akan diperintahkan untuk mencari perlindungan daripada tuhan-tuhan palsu mereka, orang-orang Islam, yang telah menyembah Allah تعالى sahaja yang akan kekal dengan iman mereka.

Satu suara akan mendakwa: Aku-lah Tuhanmu, Pemeliharamu.

"Apabila orang Islam mendengarnya, mereka akan menyangkalnya dan berkata, 'Tidak, kamu bukan Tuhan kami."

"Setelah itu Zat itu akan menjadi nyata dan mengatakan, "Aku-lah Pemelihara kamu; maka pada saat itu semua orang akan bersujud kepada-Nya."

Sabtu, 3 Ogos 2024

Pergi Menemui Raja - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Pergi menemui raja


"Sekarang duduk di sini di India, apabila kamu tidak dapat melihat manusia sedangkan dia sama seperti kamu, bagaimana kamu mengharapkan untuk melihat Raja segala raja yang merupakan Pencipta alam semesta?

"Kamu harus terlebih dahulu melintasi soal jawab kubur. Di sana, munkar dan nakir akan menyoal siasat dan menguji kamu untuk melihat sama ada kamu telah membawa sesuatu yang tidak baik dari dunia. Kamu akan disimpan dalam transit di dalamnya untuk satu tempoh masa. Selepas itu, kamu akan dibawa ke dataran kebangkitan di mana akan diambil hisab yang lengkap dan segala perbuatan kamu akan tiba-tiba muncul di hadapan kamu untuk ditimbang. Allah Ta'ala sahaja yang mengetahui sama ada kita akan menerima kitab amalan kita di tangan kanan atau kiri .

"Selepas itu, kamu perlu menyeberangi jambatan siraat dan akhirnya kamu akan dapat melihat Allah Ta'ala. Ketika itu tubuh dan mata kita semasa di dunia ini tidak akan berguna lagi. Semua itu akan binasa dan kamu akan menerima satu set jasad yang berbeza, Mata, otak, dan kekuatan tubuh ini direka untuk dunia ini. Beribu-ribu penyakit menyerangnya dan kita perlu mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya untuk menyembuhkannya. Masa muda berakhir dan kita menjadi tua. Kebahagiaan di dunia ini bersifat sementara dan sering diikuti dengan kesedihan. Intinya ialah di dunia ini pelbagai malapetaka dan kesukaran menimpa kita. 

"Di akhirat, semua itu tidak akan wujud. Di sana, kamu akan diberikan umur muda, yang tidak akan mencapai usia tua, kekuatan yang selepas itu tidak akan ada kelemahan, kesihatan yang tidak akan terjejas oleh sebarang penyakit dan kehidupan yang sesudah itu tidak akan ada kematian." 

Jumaat, 2 Ogos 2024

Tuntutan Yang Kosong - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

 Tuntutan yang kosong




"Betapa hebatnya kenyataan yang kamu buat. Saya tidak akan percaya kewujudannya sehingga saya melihatnya!
"Beritahu saya, adakah kamu telah melihat presiden India? Pernahkah kamu melihat Makkah? Pernahkah kamu melihat Madinah? Adakah kamu melihat England? Kamu tidak melihat mana-mana daripada ini dengan mata kamu tetapi kamu yakin akan kewujudan mereka." Kebenaran perlahan-lahan menyingkap dirinya.

Saya menyambung, "Baiklah! Beritahu saya. Pada mulanya kamu ingin melihat Allah Ta'ala menggunakan semua lima pancaindera. Kami telah menamatkan kemungkinan melihat-Nya menggunakan empat pancaindera.

Tetapi adakah ini menjadikan deria ini sia-sia? Adakah kamu kini mengisytiharkan deria penglihatan sebagai berguna dan menjadikan empat yang lain sia-sia? kamu hanya akan menerima kewujudan sesuatu jika kamu melihatnya! Jadi jika kamu memperoleh ilmu melalui empat pancaindera yang lain, adakah kamu tidak akan menerimanya? Kesimpulan kamu ialah dari pancaindera, hanya satu yang berguna dan yang lain sia-sia? Jadi sejauh mana dakwaan ini: 'Sehingga saya tidak melihat dengan mata saya, saya tidak akan menerima; betul? Tuntutan ini jelas tidak betul. Pada masa hadapan, jangan bincangkan perkara sedemikian dengan orang yang bijak. Ungkapkan soalan kamu dengan cara ini," saya mencadangkan. "Bolehkah kita melihat Allah Ta'ala atau tidak?"

"Baiklah. Maklumkan kepada saya tentang perkara ini," katanya.

"Ya, kita akan melihat Allah Ta'ala", saya meyakinkan dirinya. "Tetapi beritahu saya, jika kamu ingin melihat presiden Amerika, duduk di sini di India, adakah kamu dapat melihatnya? kamu tidak akan dapat melihatnya. Kamu perlu terlebih dahulu melakukan perjalanan, menggunakan pengangkutan yang berbeza untuk sampai ke negara itu. Kamu perlu memohon visa dan pasport. Semasa ketibaan kamu, pihak kastam akan menggeledah bagasi kamu untuk memastikan kamu tidak membawa apa-apa yang menyalahi undang-undang. Kemudian kamu perlu belajar bahasa mereka, memakai pakaian mereka, membina beberapa bentuk hubungan dengan rakan-rakan presiden dan kemudian barulah mungkin kamu mendapat peluang untuk melihatnya sedangkan dia hanyalah manusia seperti kamu."


Khamis, 1 Ogos 2024

Pernahkah Kamu Melihat Hati Kamu - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Pernahkah kamu melihat hati kamu?


Selepas itu, saya terus menerangkan kepadanya dengan cara ini sehingga dia menerima kenyataan saya. Saya kemudian memintanya untuk mengulangi soalannya.

"Di manakah Allah Ta'ala?" rungutnya. "Jika Dia wujud, mengapa saya tidak dapat melihat-Nya? Selagi saya tidak melihatnya dengan mata saya, saya tidak akan menerima kewujudan-Nya."

"Empat daripada lima tiang khemah soalan anda kamu runtuh, tetapi kamu begitu kental dalam pemahaman kamu?". "Beritahu saya, adakah kamu menerima kewujudan semua perkara di dunia hanya jika kamu dapat melihatnya dan jika kamu tidak dapat melihatnya adakah kamu menolaknya? Adakah kamu dapat melihat telinga kamu? Mungkin kamu pernah melihat pantulannya di cermin tetapi kamu belum melihat telinga kamu. Jika seseorang mengatakan bahawa kamu tidak mempunyai telinga, kamu tidak akan bersetuju dengannya sedangkan kamu sendiri tidak pernah benar-benar melihatnya. Adakah kamu pernah melihat biji mata kamu?. Kamu pernah melihat biji mata kamu melalui pantulan cermin tapi kamu tidak pernah melihatnya dalam keadaan sebenar. Jika seseorang mengatakan bahawa kamu buta, apakah yang kamu akan jawab? Adakah kamu pernah melihat leher kamu sendiri? Adakah kamu pernah melihat lidah kamu? Adakah kamu pernah melihat belakang kamu? Pernahkah kamu melihat hati kamu di dalam dada kamu? Pernahkah kamu melihat hati kamu? kamu tidak pernah melihat semua organ ini. Kamu mungkin pernah melihat bahagian tubuh orang lain tetapi kamu sendiri tidak pernah melihat bahagian tubuh kamu sendiri. Jika seseorang mengatakan bahawa kamu tidak mempunyai mana-mana bahagian ini, kamu tidak akan siap untuk menerimanya.

"Beritahu saya," saya bertanya. "Berapa ramai orang yang tinggal di bandar ini?"

"136 000." Jawapannya dengan mudah boleh ditafsirkan sebagai tindakan menentang.

"Adakah kamu mampu melihat setiap penduduk?" Dia terus senyap.

"Adakah kamu telah melihat cahaya mata kamu?" Saya bertanya,. "Kamu telah melihat anak mata kamu di dalam cermin tetapi cahaya di dalamnya, yang dipanggil penglihatan, adakah kamu pernah melihatnya? Kamu tidak boleh melihatnya dalam cermin pun tetapi kamu mempunyainya. Malah kamu yakin bahawa kamu mempunyai penglihatan sedangkan kamu tidak melihatnya."

Saya mengemukakan banyak contoh lain, tidak ada satu pun yang boleh dia sanggah. Namun, saya faham hatinya masih enggan menerima kebenaran. Saya kemudian bertanya kepadanya nama dan nama bapanya. Dia menjawab dengan sewajarnya.

"Adakah kamu pernah melihat bapa dari bapa kamu punya bapa? Kamu hanya melihat seseorang tetapi adakah kamu dapat melihat asal yang kamu sebutkan dia sebagai bapa kamu?" Kesunyian pun mula  memekakkan telinga.

Rabu, 31 Julai 2024

Lima Pancaindera - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Lima Pancaindera



(Sambungan dari kejadian orang yang diberi penerangan tentang pembedahan mata itu)

Apa pun, seperti yang dipersetujui orang itu tiba pada hari tertentu dan memperkenalkan dirinya.

"Baiklah, saya bebas dan kamu pun begitu, teruskan, dan tanya soalan kamu," kataku dengan nada yang lembut.

"Di manakah Allah?" dia menuntut jawab. "Jika Dia wujud, mengapa saya tidak dapat melihat-Nya? Sehingga saya tidak dapat melihat-Nya menggunakan pancaindera saya, saya tidak akan menerima kewujudan-Nya."

"Saya rasa anda pernah mendengar kata-kata ini dari sumber lain dengan hati tanpa memahami maksudnya dan kamu sekarang memetiknya seperti burung kakak tua. Burung kakak tua mengulang perkataan dan frasa tanpa memahami maksudnya," jawab saya tenang.

Dia tidak menyukai jawapan ini dan membalas, "Apa yang membuatkan kamu berkata saya tidak faham maksud soalan saya sendiri?"

"Saya katakan ini kerana jika saya meminta kamu menjelaskan soalan kamu, kamu pasti tidak akan dapat berbuat demikian."

"Saya pasti boleh menjelaskan soalan saya," dia membantah. "Tanya saya apa-apa yang kamu ingin tahu."

Aku mengerling ke arahnya. "Apakah lima perkara yang kamu ingin melihat Allah Ta'ala?"

"Lima deria; penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan."

"Hanya deria penglihatan yang dicipta untuk melihat, bukan empat yang lain," saya membetulkannya. Jika kamu bertanya kepada seorang kanak-kanak mana satu indera yang dia gunakan untuk melihat sesuatu, dia akan menjawab, dengan matanya. Katakan kepadanya bahawa adakah dia mampu melihat dengan telinganya dan dia akan berkata tidak mampu. Telinga digunakan untuk mendengar, bukan untuk melihat. Tanya dia sama ada adakah dia dapat melihat dengan hidungnya, dia akan berkata tidak, hidung itu untuk menghidu, bukan untuk melihat, sama juga jika kau tanya adakah dia mampu melihat melalui lidahnya, dia akan berkata kau tersalah, lidah digunakan untuk merasa bukan untuk melihat. Jika kau tanya adakah dia dapat melihat melihat melalui tangannya, dia akan berkata tidak juga. Intinya adalah bahawa seorang anak kecil memahami perkara-perkara ini sedangkan kamu, seorang yang berilmu, seorang yang memiliki degree kelulusan - Allah Ta'ala sahaja yang mengetahui berapa banyak degree yang telah kamu perolehi, tapi kamu tidak mengetahui perkara-perkara kecil ini.".

Selasa, 30 Julai 2024

Anjing Yang Mementingkan Diri Sendiri - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Anjing yang mementingkan diri sendiri


Seseorang bertanya kepada Maulana Thanwi tentang sebab mengapa tidak boleh memelihara anjing. Maulana Ashraf Ali Thanwi menjawab bahawa malaikat rahmat tidak akan datang ke rumah dimana ada anjing dipelihara. Dia tidak dapat mencerna alasan ini. Akalnya gagal untuk memahaminya.

Maka Maulana Thanwi menjawab bahawa seekor anjing tidak mempunyai rasa bersangka baik walaupun untuk jenisnya sendiri. Ia tidak akan bertolak ansur dengan anjing lain yang masuk ke jalanan atau lorongnya, walaupun anjing itu mungkin dari bakanya sendiri. Individu tersebut menerima alasan ini. Ini adalah alasan yang boleh difahaminya walaupun alasan ini bukan sebab yang sebenar, sedangkan alasan yang masuk akal menurutnya ini sebenarnya tidak boleh diterima pakai.

Isnin, 29 Julai 2024

Mengusahakan Iman - Hadhrat Faqihul Ummat Mufti Mahmood Hassan Ganggohi

Mengusahakan iman


Pada satu ketika, saya telah pergi melawat ke satu tempat. Selepas menunaikan Solat Maghrib, saya dihadapkan dengan seorang yang sangat kasar bertanya kepada saya, "Maulana, saya ingin bertanya kepada kamu satu soalan. Beritahu saya. Di manakah Allah تعالى? Jika Dia wujud, maka mengapa saya tidak dapat melihat Dia? Selagi saya tidak melihat Dia dengan lima deria pancaindera saya, saya tidak akan menerima kewujudan-Nya."

"Jawapan ini memerlukan penjelasan terperinci dan saya tidak boleh menjawab kamu semasa berdiri di sini di jalan raya. Saya tinggal di satu tempat. Sila datang ke sana dan kita akan membincangkan perkara ini."

"Bravo, Maulana," balasnya sinis. "Untuk satu masalah kecil, saya perlu menghadirkan diri di istana raja!"

Dari satu kenyataan beliau ini, saya faham perangainya dengan terperinci dan bagaimana jenis orangnya.

"Jika kamu telah belajar perubatan dan kemudian cemerlang dalam bidang pembedahan, katakan pembedahan mata, dan di sini, semasa berdiri di atas jalan, seseorang datang kepada kamu dan berkata, 'Doktor, saya mempunyai katarak di mata saya, dan sekarang kamu adalah pakar dalam bidang ini, sila rawat saya sekarang.' Apa yang kamu akan katakan kepadanya?"

"Kamu akan berkata," sambung saya, "Abang, pembedahan tidak dilakukan dengan cara ini. Kamu perlu dimasukkan ke hospital terlebih dahulu. Selepas itu, sistem kamu akan dibersihkan. Bulu mata kamu akan dipotong. Kamu akan disuruh untuk berbaring. Mata kamu akan dibius, dan selepas itu barulah pembedahan boleh dijalankan. Selepas pembedahan, pembalut akan diikat di sekeliling mata kamu dan kamu perlu kekal tidak bergerak selama berjam-jam. kamu tidak akan dibenarkan berjalan atau bercakap dengan sesiapa pun. Pembedahan pada mata dilakukan dengan cara ini dan jika orang itu menjawab kepada kamu dengan berkata 'Bravo, Doktor! Untuk perkara kecil ini juga aku harus menghadapkan diriku di istana rajamu,' apa yang akan kamu katakan kepadanya? Jika kamu membedahnya di sana juga, maka kamu telah mengkhianati profesion kamu. Kemungkinan besar kamu akan merosakkan matanya. Tidak perlu dikatakan lagi, jika kerajaan mengetahui tindakan kamu itu, mereka akan merampas diploma kamu dan menghukum kamu dengan sewajarnya." 

Selepas mengemukakan contoh ini, dia bersetuju untuk berjumpa saya di tempat tinggal saya. Mereka ini tidak memahami realiti pembuktian. Mereka hanya memahami contoh dengan cepat tetapi untuk suatu bukti mereka lambat memahaminya.